Lagi Fasha Sandha dan Rizal

Pada: Sabtu, 22 Ogos 2009
Beberapa hari yang lepas seorang etlit ekuin negara mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 25, pelakon itu teruk "diserang" apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli, muncul di Internet.

Gambar pelakon dan model iklan itu memaparkan kemesraannya bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi. Tidak dapat dipastikan bila dan di mana gambar itu diambil, malah Fasha sendiri enggan memberi sebarang komen apabila diajukan soalan mengenai gambar berkenaan dengan alasan bimbang kenyataannya akan disalah tafsir.

"Ia gambar lama dan saya tidak tahu apa motif orang menghantar gambar itu ke Harian Metro. Lagipun gambar terbabit bukan kami berdua saja tetapi beramai-ramai," kata Fasha Sandha.
Fasha berkata gambar itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia bukan menunjukkan sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Rizal.

"Siapa yang hendak memanaskan keadaan dengan gambar itu saya tidak tahu dan malas hendak komen, nanti salah tafsir. Lagipun tidak lama lagi, kita hendak sambut Ramadan, jadi lebih bagi saya mendiamkan diri," tambahnya.

Tag : , , ,