Gadis Melayu TV9 Menyampah

Pada: Selasa, 11 Ogos 2009
Sejak terbongkarnya gambar-gambar panas seorang peserta Gadis Melayu, bermacam-macam lagi cerita yang terdengar dan terima tentang beberapa orang lagi calon Gadis Melayu musim ini. Cerita ini dikongsi seorang pembaca/peminat gosip-gosip. Kisahnya kali ini bukan tentang gambar panas, hanya perangai sesetengah gadis yang jauh sekali memperlihatkan perwatakan seorang Gadis Melayu.

Rungut pembaca/peminat ini, belum lagi dinobatkan juara, ada yang sudah pandai mengada-ngada, berlagak dan merungut kerana terpaksa menunggu lama. Ditambah pula, bahasa yang keluar dari mulut mereka ini, kurang sedap (kurang ajar) di dengar. Buat mereka ni, sedikit nasihat dari si pembaca/peminat ini:
"Kalau tak bersedia dan setakat nak cari glamer, tak payah la. Baik pergi pasar cari ikan Gelama!"

Tag : , , ,