Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pembaca berita TV9 belum sedia (video)

Khamis, 27 November 2014

Kadang-kadang pembaca berita ni tak tahu apa yang sedang berlaku jika kamera untuk sesebuah rancangan TV sedang ke udara.

Ini kemungkinan besar adalah kesilapan teknikal, semalam berlaku kepada seorang pembaca berita TV9 yang sedang ke udara namun dirinya tidak tahu yang ianya sudah ke udara.

Nasib tak terjadi benda lain nok.

Abam Bocey akui cari isteri guna cara syirik!

Isnin, 24 November 2014

Rasanya mencari calon isteri dengan menggunakan cara seperti ini adalah berdosa besar dan sangat musyrik. Namun itulah hakikat sebenar yang dilakukan oleh pelawak Abam Bocey yang mengakui membuat demikian untuk pasangan hidupnya.

Ini dilakukan olehnya atas satu babak untuk telemovie, Terpaku Pontianak yang akan ke udara penonton di TV9 bermula pada 24 November 2014, 8.30 malam. -sumber mStar

Nak tahu lebih lanjut, silalah tonton nanti malam ek. Keh keh.. Suspen kan..

Jimmy Shanly dah kahwin dan dapat anak?

Jumaat, 21 Februari 2014

Aik baru sahaja mendengar kes penjagaan anak di antara Jimmy Shanly dengan bekas isterinya, Nur Suhaila, kini dikhabarkan Jimmy sudah bernikah dan menimang anak kecil.

Berita ini disiarkan kalau tidak silap dekat rancangan SIS di TV9 baru-baru ini. Kalau betul apa yang berlaku ini siap ada gambar kat bawah ni, tahniah lah kan diucapkan. :)

Umie Aida Sanggup Bunuh Erra Fazira!

Rabu, 29 Januari 2014

Aik tiada angin kencang ribut, kini dikhabarkan yang dua aktress terkenal, Datin Paduka Umie Aida dengan Erra Fazira bertengkar. Dengarnya Umie sanggup membunuh Erra disebabkan dendamnya.

Memang agak mengejutkan juga apabila dapat tahu berita mengenai ini. Tapi korang rasa betul ke?

Memang lah tak betul, takkan lah ada orang nak terus terang nak bunuh seseorang secara public. Hehe. korang terkena beb.

Mereka sebenarnya berlakon untuk satu slot drama Ammara Batrisya yang berakhir semalam, 28 Januari. Rugilah sapa tak tengok, tapi jangan risau, korang boleh ke portal Tonton untuk melihat siaran ulangannya itu.

Drama 11 episod itu mengisahkan Umie sebagai Ammara yang dikatakan memiliki kejahatan selama dia berselindung dengan kebaikkannya kepada Erra (Batrisya).

Mengikut sinopsis ceritanya..
Dendam yang disimpan semenjak kecil membuatkan Ammara sanggup melakukan apa sahaja walaupun yang bersalah adalah Marliah, ibu Batrisya yang merampas kebahagiaan keluarga mereka. Batrisya diseksa dan dikurung setelah dia mengetahui segala pergerakkannya diperhatikan oleh Ammara melalui CCTV dan gambar-gambarnya memenuhi ruang dinding kamar rahsia Ammara yang turut menyimpan semut-semut kecil sebagai teman Ammara di rumah itu.

Ammara sanggup memberi arahan kepada pembantunya iaitu Judo untuk membunuh Mrs. Gia dan Nilam yang menjaganya selama dia berada di Australia untuk menjalani rawatan mentalnya.

Ammara sudah hilang arah dan sesiapa yang cuba menghalang misinya untuk menghancurkan keluarga Batrisya akan dibunuhnya termasuk Rayyan.

Pak Cik Airport Terima Tawaran Berlakon

Rabu, 6 November 2013

Menurut sumber, pakcik yang dihina oleh bini Mat Yo beberapa bulan lalu, kini menerima rezeki untuk berlakon untuk sebuah drama tv dekat TV9.

Drama itu berjudul yang diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang ke-2 itu adalah untuk tayangan slot Aurora di Tv9.

Rambut Fazley yang masyuk!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Siapa ada tengok rancangan Manisnya Kurma Ini, eh silap, Semanis Kurma di TV9 mesti terkejut kan melihat penampilan Fazley dalam rancangan tu. Fazley juga ditemani ibundanya. Bukan apa, jarang kita tak lihat penampilan Fazley, dah nampak semalam, mak ai, rambut dia dah, macam artis kat US tu, artis hip hop. Aish, biar betul Fazley ni. Erm, ada-ada jerk, layan la.

[gambar Via]

gambar mirip Siti Saerah dengan seorang bayi?

Selasa, 5 April 2011

Dalam rancangan Galaksi di TV9 minggu yang lalu memaparkan seorang yang mengambil gambar telah mendakwa gambar yang diambilnya seolah-olah mirip kepada adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah yang sedang dukung bayi?. eik? bayi? jangan fikir yang bukan-bukan dulu erk, sebab gambar yang diambil ni kemungkinan hanya kebetulan jerk kot. tak pun memang Siti Saerah dukung anak kepada makcik sebelah tue kot. Memang banyak andaian disini boleh difikirkan. Mustahil lah juga kan Saerah dah beranak sampai anaknya besar macam ni da oi. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat komen Saerah nanti macamana. *Next updates..

Finaz Yunus bertunang dengan bekas kekasih LO?

Rabu, 1 September 2010

Siapa Finaz Yunus ni? memang terlalu asing bagi peminat artis tempatan, tapi selepas kemunculannya di berita TV9 dan Hijrah TV, mungkin lebih meyakinkan anda untuk mengenali siapa dirinya. Baru-baru ini Finaz akan merancang/sudah dirancang bertunang dengan bekas kekasih kepada Deejay terkenal, LO (paham-paham sendiri ler erk), Saleh Nor. Gosip diantara LO dan Saleh Nor pada masa dahulu juga tidak kurang hebatnya, banyak gambar mesra diantara mereka, dan juga beranggapan ramai yang mungkin tidak tahu apa status hubungan LO dan Saleh. Masih menjadi suatu hubungan yang misteri yang sukar diungkapi dengan fakta gambar sahaja.


Dengan LO dahulu..

Bakal Isteri Khair Syed Hussein

Selasa, 24 November 2009

Inilah wajah bakal isteri Syed Khair Syed Hussein, penyampai berita kacak di TV9. Khair akan berkahwin dengan wanita Arab yang berasal dari Madinah, pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua, 28 November 2009 di rumah datuk perempuan di Muar, Johor. Bakal isterinya, Maha Mohammad Ahmad Al-Darwish berdarah Arab. Ibunya seorang yang berketurunan Arab dari Muar yang kini berrhijrah ke Madinah. Selepas kahwin Maha akan terus menetap di Malaysia.

Gadis Melayu TV9 Menyampah

Selasa, 11 Ogos 2009

Sejak terbongkarnya gambar-gambar panas seorang peserta Gadis Melayu, bermacam-macam lagi cerita yang terdengar dan terima tentang beberapa orang lagi calon Gadis Melayu musim ini. Cerita ini dikongsi seorang pembaca/peminat gosip-gosip. Kisahnya kali ini bukan tentang gambar panas, hanya perangai sesetengah gadis yang jauh sekali memperlihatkan perwatakan seorang Gadis Melayu.

Rungut pembaca/peminat ini, belum lagi dinobatkan juara, ada yang sudah pandai mengada-ngada, berlagak dan merungut kerana terpaksa menunggu lama. Ditambah pula, bahasa yang keluar dari mulut mereka ini, kurang sedap (kurang ajar) di dengar. Buat mereka ni, sedikit nasihat dari si pembaca/peminat ini:
"Kalau tak bersedia dan setakat nak cari glamer, tak payah la. Baik pergi pasar cari ikan Gelama!"

Gadis Melayu Musim Ke-2 Sosial

Rabu, 5 Ogos 2009

Di manakah keayuan dan keindahan seorang wanita melayu? Adakah pihak TV9 tersalah pilih calon buat kali ini? Pihak kami agak terkejut apabila menerima gambar-gambar panas dan liar seorang peserta Gadis Melayu Tv9 Musim Kedua. Keadaannya sungguh tidak menggambarkan seorang perwatakan seorang gadis melayu asli. Minum arak dan bergaul bebas. Lebih memalukan apabila penerbit program tersebut, Shukri Ibrahim mengatakan bahawa,
“Calon-calon yang telah dipilih telah dinilai dari segi kecantikan, kemahiran, personaliti dan keagamaan.” .
Bagaimanakah ini? Peserta yang menjadi kontroversi ini pula telah mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa,
“Walaupun saya berdarah kacukan Melayu dan Cina, saya Gadis Melayu sejati kerana saya memahami dan mempraktikkan budaya dan adat Melayu”. -Syokkahwin