Tudung MYZA, Keluaran Maizawati

Pada: Rabu, 29 Julai 2009
Hidup perlu diteruskan walau apa pun telah terjadi. Dengan sikap positif inilah, Maizawati Zainal, bekas isteri penyanyi dan pendakwah (serta ahli politik PAS), Akhil Hayy yang dihotkan dengan penyanyi, Waheeda, menceburi dunia perniagaan (tudung). Maizawati kini menjual pelbagai jenis koleksi tudung secara online.

"Pembukaan butik tudung secara online ini sebenarnya diusahakan bersama bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH) iaitu badan yang menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal dan menyalurkan kemahiran dalam pelbagai aspek. Idea ini diperolehi selepas mereka melantik saya menjadi duta bagi YPNH untuk memberikan ceramah dan motivasi tentang pengalaman saya dalam mengasuh serta membesarkan anak-anak di rumah.
"Dari situ, idea itu dikembangkan dan akhirnya wujudlah butik tudung secara online ini yang diambil bersempena nama saya sendiri. Pelancaran koleksi tudung Myza ini pula akan dilakukan di Hotel De Palma, Ampang pada 2 Ogos ini, jam 2.30 petang. Bagi siapa yang berminat untuk menyertai pelancaran koleksi tudung ini, kehadiran anda semua sangat-sangat dialu-alukan. Namun, bayaran sebanyak RM50 turut dikenakan bersama hidangan hi-tea.
"Hanya 50 peserta pertama saja yang berpeluang untuk masuk secara percuma. Jadi, bagi siapa-siapa yang hendak jadi 50 peserta pertama ini, anda boleh hubungi (sms tidak dilayan. Ngeh3) Puan Zah menerusi talian: 019- 211 4448 atau layari www.myza.com.my" katanya lagi. -Murai

Tag : , , , ,