Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Seri Vida cabar Datuk Siti Nurhaliza.. Amek Kaw!

Jumaat, 28 Julai 2017

Wah bukan main lagi kau ha aura dan kehangatan Datuk Seri Vida ni dengan lagunya I Am Me. Banyak versi parodi dan pelbagai versi lagu dibuat untuk lagu Datuk Seri Vida ni.

Sehinggakan dia mencabar Datuk Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu berkenaan versi Datuk Siti.
"Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

"Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula," katanya memetik mStarOnline.

Persembahan Aiman Tino paling kurang RM12,000!

Ahad, 30 April 2017

Kontroversi berpanjangan membabitkan penyanyi Aiman Tino yang dikatakan perlu dibayar tinggi dalam sesebuah persembahan menimbulkan rasa kurang senang pihak syarikat pengurusannya.

Menurut Mahadhir Mohamad selaku pengurus Aries Music, Aimanitu layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya.

"Apa salahnya jika kami meletakkan kadar bayaran tertentu mengikut kemampuan penganjur.

"Perkiraan yang dibuat adalah berdasarkan kaedah ekonomi iaitu selagi ada demand (permintaan), selagi itulah wujudnya supply (penawaran).

"Pada masa ini jadual Aiman sangat padat, setiap minggu ada saja acara yang perlu dihadirinya. Ini bermakna dia mempunyai nilai atau value untuk mendapat bayaran tinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online

Ada individu tertentu yang mendedahkan wakil Aiman Tino didakwa meletakkan kadar bayaran sehingga RM12,000 bagi persembahan di Semenanjung dan RM14,000 jika mengadakan persembahan di Sabah atau Sarawak.

Kadar bayaran itu adalah bagi persembahan yang menggunakan minus one untuk satu hingga tiga buah lagu tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan

Khai Bahar cemburu dengan Aiman Tino & Sufian Suhaimi?

Khamis, 19 Januari 2017

Kejayaan dan populariti yang dikecapi artis baharu seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi nampaknya mendapat perhatian ramai pengemar muzik tempatan. Dalam pada yang sama, penyanyi Khai Bahar menafikan yang dia berasa cemburu dengan pencapaian rakan selebritinya itu.

Khai juga menganggap kejayaan kedua-duanya itu merupakan rezeki bagi mereka kerana sambutan luar biasa terhadap lagu masing-masing.

Lagu dari Fattah Amin, Wajib Dengar!

Selasa, 10 Januari 2017

DIkecam haram mernyanyi, Fynn Jamal bongkar rahsia disebalik lagunya

Khamis, 22 Disember 2016

Dikecam Haram Menyanyi, Fynn Jamal Dedah 'Rahsia' Disebalik Lagunya

Dengan keberaniannya bersuara lantang selain lagu-lagunya yang meninggalkan kesan, itulah Fynn Jamal yang dikenali umum. Siapa yang mengikuti perkembangan Fynn sejak zaman awal kemunculannya pasti tahu turun naik perjalanan hidup wanita ini, kerana Fynn sering bercerita mengenai kisah hidupnya menerusi blog, puisi, lagu-lagu, serta status di akaun media sosialnya.

Walaupun Fynn menganggap perkongsian tersebut sebagai muhasabah diri dan pengajaran untuk orang lain, ramai yang mengecamnya dalam diam mahupun secara terbuka. Baru-baru ini Fynn ditebak dengan komen yang mempersoalkan hukum dia menyanyi menggunakan suaranya yang haram. Bagaimana Fynn menangani public shaming sebegitu dan apakah hikmah disebalik situasi tersebut?

“Dia Rasa Bangga Cakap Terbuka Tentang Dosa Aku”

Tahniah Yuna.. Ops!

Rabu, 20 Julai 2016

Tahniah Yuna kerana telah berjaya menjadi artis ternama peringkat antarabangsa selepas kejayaan lagu Crush duet bersama Usher. Kalau korang nak tahu, lagu tu adalah lagu Top 10 di carta US..

(Tangan didada, mata keatas, jelir lidah)

Bila anak Dato' Jamal Abdilah, Osama berduet bersama (mantap!)

Selasa, 17 November 2015

Persembahan Khas Dato' Jamal Abdillah Bersama Anaknya Osama Yamani Dengan Lagu Hingga Tiba Saat Itu. Dah besar dah Osama ni. Suara dia pun tak kalah dengan ayahnya.

Kekasih Abadi - Yusry ft. Lisa Surihani

Sabtu, 25 Januari 2014

Rasanya ini adalah lagu pertama mereka berduet sebagai suami isteri, Lisa Surihani dan Ahmad Yusry.  Lagu berjudul Kekasih Abadi ini adalah hasil adik Yusru, Edry. Memang best juga dengar lagu ni, lebih-lebih lagi suara Lisa. Nah nyanyi lah korang, siap ada lirik lagi diberikan tu. :)

Verse 1
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerna Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh

Chorus
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

Verse 2
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi

Chorus 2
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

Ratuku - Awie & Adira

Isnin, 25 Februari 2013

Lagu versi Ratuku nyanyian asal Awie memang digemari ramai oleh peminat muzik tempatan, lagu yang begitu mengusik kalbu dan jiwang itu menjadi pilihan kepada kaki cinta.

Lagu Ratuku ini dinyanyikan semula oleh Awie dan digandingkan oleh Adira bersempena untuk drama 'Sehangat Asmara', yang dilakonkan oleh pelakon, Adi Putra dan Rita Rudaini yang bermula 21 Januari yang lalu.

Sekitar Konsert Fenomena 30 tahun Search

Isnin, 19 Disember 2011

Amy Search hampir menitiskan air mata apabila melihat seramai 15,000 penonton tidak henti-henti menyanyi bersama-samanya sepanjang konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran MINES pada malam Sabtu.

Perasaan terharu semakin memuncak ketika membawakan lagu terakhir iaitu Fantasia Bulan Madu lebih-lebih lagi mendengar gema suara nyanyian seluruh penonton yang berada di konvesyen berkenaan. Selain Amy, Search dibarisi Din, Kid, Nasir dan Yazid.

Persembahan energetik Search selama hampir tiga jam telah memukau para penonton yang tidak henti-henti menyanyi bersama-sama sepanjang 25 buah lagu dipersembahkan

Suntikan 'magis' Search bermula dengan lagu pembukaan, Panggung Khayalan diikuti dengan barisan lagu lain seperti Gothik Malam Edan, Fenomena, Metropolitan, Melayar Bahtera, Serigala Segalanya, Pemuzik Jalanan, Isabella, Melastik Ke Bintang, Cakap Memang Meriah, Rozana dan Bisa.

Download Lagu Hari Raya dari izyan.com

Isnin, 29 Ogos 2011

Izyan.com mengucapkan Salam Idul Fitri 2011M/1432H kepada pembaca dan juga peminat setia izyan.com, orang Islam amnya dan dan khusus juga kaum muslimin dan muslimat. Dihari yang mulia ini, haruslah kita bermaaf-maafan. Kalau ada silap izyan.com, mohon dimaafkan yer. Izyan.com bercuti selama 3 hari, dari 30 Ogos 2011 sehingga 1 September 2011. Insyallah berjumpa di 2 September 2011 nanti. Khas untuk anda, koleksi lagu raya dari izyan.com. :)

Ahmad Jais – Dari jauh Kupohon maaf download
Aljawaher – Selamat Hari Raya download
Aljawaher – Ku pohon restu ayah bonda download
Aisyah – Pulanglah download
Aisyah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri download
Aman Shah – Kepulangan Anakmu download
Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya download
Asha Malik - - – Pulang Di Hari Raya download
Black Dog Bone - - – Cahaya Di Hari Raya download
DJ Dave - - – Menjelang Hari Raya download
Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya download
Handy Black - - – Cahaya Aidilfitri download
Jeffrydin - - – Musafir Di Hari Raya download
Khairil Johari – Sepasang Kurung Berwarna Biru download
M. Nasir - - – Suatu Hari Di Hari Raya download
P. Ramlee - - – Dendang Perantau download
Raihan & Nowseeheart - - – Hari Raya Untuk Semua download
Sudirman – Selamat hari Raya download
Saloma - - – Selamat Hari Raya download
Sharifah Aini - - – Suasana Hari Raya download
Siti Nurhaliza - - – Suara Takbir download
P Ramlee – Suara Takbir download
Sharifah Aini – Minal Aidil Wal Faizin download

video Maher Zain - InsyaAllah (Malay Version)

Selasa, 1 Februari 2011

Fenomena artis kelahiran Asia barat, Maher Zain di Malaysia memang tidak perlu diperkatakan lagi. Sana sini sudah menjadi bualan orang. Dari kecil ke remaja sehinggalah ke retua. Lagu dan iramanya yang lembut bersertakan dengan lagu da'wah semamangnya membawa kita dekat kepada Allah. Selain berhibur, kita juga dapat pahala sebab dalam setiap lagu Maher ada kalimah Allah dan Rasulullah.

Namun sejauh mana kita memahami lagu Maher dalam bahasa orang putih tu? kali ini Maher Zain sudah berjaya merakamkan lagu 'Insyallah' versi Melayu, jadi dah ramai orang boleh faham erti dalam lagu itu. enjoy for ibadah. :)

Filem Indonesia Meniru 'Cover' Filem

Khamis, 17 September 2009

Segelintir rakyat Indonesia menuduh Malaysia sebagai tidak kreatif dan tidak seni. Buktinya kerana lagu-lagu Indonesia popular di Malaysia. Kepada stesyen radio Malaysia tolonglah. Masa ni la kita lebih mainkan lagu artis Malaysia yang tidak kurang hebatnya. Rakyat Indonesia pun sebenarnya bukannya seni sangat, mereka pun tak kreatif juga. Orang sana gelakkan filem Cicakman yang diadaptasi dari Spiderman tapi cover filem diaorang pun meniru juga. Ini baru cover, entah-entah cerita pun tiru juga. Paku dulang paku serpih. -Peminat


















Lan Sah Tinggalkan MUH

Sabtu, 27 Jun 2009

Bukan lagi satu khabar angin. Lan sah sudah tidak lagi bersama Meet Uncle Hussain (MUH). Masalah dalaman yang telah membelenggu kumpulan yang meraih gelaran Juara Lagu dan Juara Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada awal tahun ini, akhirnya membawa kepada perpisahan vokalis utama, Lan dengan kumpulan yang diasaskan bersama Taja dan Afat sejak 2001.

Pengumuman itu dibuat Taja ketika sidang media Konsert Generasi Baru sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 semalam. Keputusan itu dicapai Isnin lalu apabila Lan dikatakan sudah nekad nak bergerak solo. Penampilannya di Konsert Generasi Baru pada 5 Julai di Hard Rock Cafe merupakan kemunculan terakhir Lan dengan MUH.

Diingatkan kekusutan diantara Lan dan anggota MUH yang lain sudah diselesaikan. Malah Lan pernah berjanji akan berubah. Tetapi selepas beberapa bulan, terbaca pula cerita dia kembali kepada perangai lama. Ada juga terdengar khabar angin yang dia tidak senang dengan cara pengurusan band.

Sebelum ini, apabila diajukan soalan apa sebenarnya masalah Lan, pengurus MUH Kimi memberitahu, Lan tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan dia atau mana-mana anggota MUH.

Ceritanya lagi, sebelum ini sudah beberapa kali Lan meluahkan hasrat untuk bergerak solo. Oleh itu, bila dihantarnya satu SMS kepada Kimi pada 23 Mei lalu (hari berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH08 dimana dia gagal menghadirkan diri), memaklumkan itu mungkin minggu terakhirnya bersama MUH, kerana katanya dia mempunyai peluang yang baik dan ingin fokus pada kerjanya, Kimi dan anggota MUH lain tidak mengambilnya begitu serius. -Gua