Pada:
Isnin, 18 Mei 2009
Kata kawan CAK, pada mulanya mereka tidak perasan siapa di samping Nora kerana si jejaka itu menutup mulutnya dengan baju yang dipakai kerana tidak mahu dikenali. Namun, macam mana hendak menyorok kalau diri itu memang popular.
Tenung punya tenung, rupa-rupanya Noh yang bergandingan dengannya. Tidak tahulah apa hubungan mereka berdua, tetapi bak kata rakan CAK, kenapa perlu menyorok bak kura-kura. Lagi sorok, lagi banyak telahan dibuat.
Kadangkala, perkara yang orang tidak berapa kisah pun boleh jadi cerita panas hanya kerana kelakuan pelik kita. CAK tidak kata yang mereka berdua bercinta, tetapi jika benar ada sesuatu yang terdetik dalam hati mereka, baguslah.
Nora pun perlukan seseorang untuk menjaganya, maklumlah bukan senang hendak menguruskan keluarga setelah bergelar ibu tunggal.
Yang ingin jadi pengganti pun, kenalah bersiap sedia menerima status Nora. Jangan hendakkan ibu, anak diabai. Tak eloklah macam itu! -Metro
Tag : Gossip Artis , Nora Danish

