Pada:
Ahad, 3 Mei 2009


Dan kini, penghibur kesayangan ramai itu dilaporkan sudah mengumpul aset kekayaan RM50 juta sepanjang tempoh 13 tahun menjadi anak seni.
Kedua-dua pencapaian Siti dipetik daripada laman web rasmi 2008 MTVAsia Awards dalam nota pengenalan mengenai latar belakang penghibur yang baru-baru ini disenaraikan sebagai calon Artis Wanita Popular(Malaysia).
Laman web berkenaan juga menamakan penghibur yang juga isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammad Jiwa sebagai antara tiga artis terkaya di Asia Tenggara.

Penulis percaya laman web itu tidak akan menulis sembarangan tentang berita ini melainkan ia datangnya dari sumber yang begitu sahih.
Sepanjang menjadi artis, Siti memang bijak merencana karier seninya dan pendapatan yang diperolehinya tidak dibelanjakan sewenang-wenangnya.
Penulis dapat tahu juga Siti juga bijak melaburkan wangnya menerusi saluran yang betul.

Apa pun, kita akan sentiasa menunggu kelahiran album terbaru Siti yang khabarnya juga banyak lagu-lagu sedap.
Tag : Berita Artis , Siti Nurhaliza