Pada:
Sabtu, 25 April 2009





"Setiap minggu, saya dah dapat rasakan mungkin tersingkir kerana undian saya berada di bottom. Jadi, saya telah bersedia menerima keputusan ini," katanya pada sidang akhbar selepas persembahan berakhir.Mengenai halatuju kerjayanya sebagai penyanyi dan penggubah lagu, Nine berkata, dia akan memfokus kepada kumpulan Coco selepas ini.
Kejutan
Sempat lagi pihak penerbit menyelitkan satu lagi ‘kejutan’ buat musim ini. Seperti yang sudah diterangkan Awal dan Marion sebelum penutup rancangan tadi, musim ini, anda, peminat ‘One In A Million 3’, mempunyai kuasa menentukan jika dua atau ketiga-tiga finalis, iaitu Tomok, Aweera dan Esther akan berentap di malam penentuan OIAM3 pada 1 Mei ini.
Anda hanya perlu ke laman web 8TV, www.8tv.com.my/oiam dan memilih jika anda inginkan Top 2 atau Top 3 di Grand Finale. Jika Top 3 pilihan anda, maka jumlah undian sepanjang minggu depan akan diambil kira ketika di Grand Finale nanti. Oleh itu, amat penting juga untuk anda teruskan mengundi juara pilihan anda.
Tag : Berita Artis