Pada:
Sabtu, 25 April 2009


Apapun alasannya, ketua kumpulan ini, Cat Farish pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua ahli wanita itu menarik diri kerana ada komitmen lain. Bukan kerana tiada keserasian atau perselisihan faham.
Kali ini, giliran Farhana pula meninggalkan The Fabulous Cats. Kenyataan ini dikeluarkan oleh syarikat rakaman Metadome Sdn. Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Farhana, tindakannya keluar daripada kumpulan itu adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang ingin diceburinya iaitu bidang peragaan, perniagaan, pengacaraan di samping menyanyi.
Cat Farish pula memberitahu yang dia berasa sedih dengan pengunduran Farhana.
“Segala aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan berjalan seperti biasa. Ia tidak mematahkan semangat kami, kami akan terus berjuang di dalam industri ini malah kami amat teruja dan tidak sabar untuk menembusi pasaran Indonesia”, ujar Cat apabila diminta mengulas tentang pengunduran Farhana.
-Gua
Tag : Berita Artis