Pada:
Jumaat, 24 April 2009



“Saya rasa berbesar hati dan tidak menyangka MB memberi kepercayaan untuk melantik saya sebagai jurucakap.
“MB merupakan tempat istimewa saya semasa kecil di mana selepas waktu sekolah, saya dan kawan-kawan akan melepak di MB, Kulai.

“Insya-Allah, selepas ini saya mengimpikan untuk membuka sebuah francais MB,” ucap Mawi dalam satu sidang media di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur semalam.Mengulas lanjut tentang hal tersebut, Mawi berkata dia serius untuk melakukan dan impiannya itu bukanlah suatu perkara ‘main-main’.
“Saya tengah fikirkan tentang impian membuka francais MB. Kalau boleh saya nak buka francais ini dalam sebuah bangunan ‘shop lot’ dan bukannya dalam kompleks membeli-belah seperti ini (MB Berjaya Times Square).

“Saya juga belum fikirkan tempat untuk membuka francais. Jadi, selepas ini saya akan melihat kertas kerja dahulu.
“Saya tengok perniagaan seperti ini boleh pergi jauh dan fikirkan untuk jangka masa panjang. Lagipun, ekonomi kita bukan ‘up’ sahaja,” beritahu Mawi yang mendapat tawaran tersebut pada bulan Disember lalu.
mStar
Tag : Berita Artis , Mawi