Pada:
Ahad, 26 April 2009

Aril yang mendendangkan lagu Nakal oleh Gigi hanya mampu bertahan sehingga minggu ke-7 setelah mendapat undian 11 peratus menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diadili 100 peratus oleh penonton.

‘Itu saya tak tahu nak cakap sebab terpulang kepada pihak Astro. Saya nak buat macam mana..'Sementara pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang pada mulanya kelu lidah untuk berkata-kata akhirnya menyuarakan reaksinya tentang penyingkiran Aril.
“Memang kami di fakulti tidak jangka Aril akan keluar. Dia merupakan pelajar paling rajin, dedikasi dan antara bakal ikon yang ingin kami lahirkan menerusi AF7 kerana dia ada pakej yang hampir lengkap dan ada ruang dalam industri seni ini.
“Unfortunately, kita tidak tahu apa voters nak...walau apa pun, kami menganggap Aril tetap ikon,” tutur Tiara yang agak sedih dengan pemergian Aril dari AF7.

Turut serta adalah Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz, 19, (Kau Yang Punya - Malique/ Najwa), Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, (Situasi - Bunkface) dan Mohd. Yazid Ibrahim atau Yazid, 22, (With Or Without You - U2).
Selain menyanyikan lagu masing-masing, mereka turut menghiburkan penonton dengan lagu bonus iaitu Untukmu oleh Feminin (pelajar wanita) manakala Fiona oleh 4U2C (pelajar lelaki).
Peratusan pelajar sebelum konsert bermula:
Isma - 25 peratus, Yazid - 19 peratus, Hafiz - 14 peratus, Aril - 12 peratus, Akim - 10 peratus, Claudia - 10 peratus dan Aishah - 10 peratus.
Peratusan pelajar selepas undian ditutup:
Hafiz - 17 peratus, Isma - 17 peratus, Aishah - 15 peratus, Yazid - 15 peratus, Akim - 14 peratus, Claudia - 11 peratus dan Aril - 11 peratus.
-mStar
Tag : Akademi Fantasia