Pada:
Jumaat, 24 April 2009
Selain Aaron, barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama yang sarat dengan konflik air mata itu adalah Arash Mohd, Rita Rudaini, Mohd Azlan Kamiran, Hafizuddin Fadzil, Ifa Raziah, Watie Elite, Rosnah Johari dan Nurul Ab Wahab serta Afian Giman."Sebenarnya saya rasa terkejut dan terharu apabila dengar Rosyam cakap begitu pada diri saya. Terasa makin berat pula tanggungjawab saya selepas ini dan kalau boleh saya buat yang lebih terbaik lagi serta tidak mahu kecewakan Rosyam.
"Saya harap tidak akan ada benda-benda yang tidak elok dikaitkan dengan saya terutama kontroversi panas. Kalau boleh saya mahu cerita yang positif saja.
"Alhamdulillah, setakat ini, nampaknya saya masih boleh bertahan dan teruskan kerjaya saya seperti biasa. Mujurlah saya sudah berumahtangga dan mempunyai 2 anak. Rasanya itulah yang menjauhkan diri saya daripada kontroversi hangat. Kalau nak buat apa-apa, saya sentiasa ingat anak dan isteri dulu. Yang penting saya kena kerja keras sebab saya banyak tanggungan di Malaysia dan Singapura," katanya lagi.
-Murai
Tag : Aaron Aziz , Berita Artis

