Pada:
Isnin, 30 Mac 2009

Antara pesaing terdekat Tomok, Esther turut memberikan persembahan hebat dengan menjadikan lagu rancak I Dont Love You nyanyian My Chemical Romance menjadi rentak perlahan. Cuma impak yang ditinggalkan agak kurang, mungkin kerana tidak ramai penonton yang mengetahui melodi asal lagu tersebut. Penulis juga mengambil masa yang agak lama untuk menangkap melodi lagu I Dont Love You versi Esther, sehinggalah sampai part verse, barulah ada umpph.
Manakala, peserta lain memberikan persembahan yang agak baik, cuma tidaklah terlalu menonjol berbanding Tomok & Esther. Mereka perlu bekerja lebih keras lagi, kerana hadiah yang ditawarkan bernilai 1 juta, bukan calang-calang.
Tag : Berita Artis , Tomok