Pada:
Ahad, 29 Mac 2009
Menyentuh tentang hubungannya dengan Kefli, Marsha yang pada mulanya enggan memberi komen, akhirnya mengaku hubungan mereka sudah berakhir. Kata Marsha, dia bukannya sengaja mahu merahsiakan hal sebenar tetapi dia lebih suka mengunci mulutnya daripada terus ‘mencanang’ tentang hubungan mereka.
Bagaimanapun, Marsha menafikan punca perpisahannya dengan Kefli itu adalah disebabkan ‘orang ketiga’ seperti mana yang digembar-gemburkan itu. Marsha bukannya tidak pernah dihimpit VIP, aktres jelita bak ‘supermodel’ ini lebih senang memilih orang biasa berbanding VIP. Marsha sendiri mengakui bercinta dengan VIP pasti banyak risikonya dan sejak dulu lagi dia cuba mengelak dari menjalin hubungan dengan golongan ini.
Tag : Gossip Artis , Marsha Londoh

