Pada:
Selasa, 31 Mac 2009
Emran juga sempat menceritakan tentang pengalaman Erra yang menangis gembira selepas selamat melahirkan puteri sulung mereka itu. Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada 30/3.Mengenai tawaran lakonan dari David Teo yang telah di offer kepada anaknya itu untuk berlakon, Emran sepertinya enggan melepaskan anak sulung kesayangannya itu.
“Saya rasa tak sesuai jika dedahkan Aleesya kerana dia masih kecil. Saya minta produksi supaya mencari bayi lain.“Kalau boleh saya juga tidak menggalakkan anak untuk menceburi dunia seni ini.
“Biarlah ibunya sahaja yang menjadi artis kerana industri seni ini bukannya manis sepanjang masa.
“Banyak kerja lain lagi yang dia boleh terokai. Selebihnya saya serahkan kepada mak dia untuk nasihatkan.“Mana tau Aleesya akan bergelar seorang pemain golf yang berjaya kerana ibunya suka bermain golf sewaktu hamil,” luah Emran yang berharap supaya Aleesya menjadi anak yang solehah.
-Ehsan mStar-
Tag : Berita Artis , Erra Fazira

