Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Fathia enggan mohon maaf isu pramugari MAS!
Fathia Latiff telah banyak dikecam gara-gara kes pramugari MAS berkaitan mengangkat beg di dalam kapal terbang. Namun semenjak hari itu, Fathia belum ada buat kenyataan sehinggalah semalam Fathia tampil membuat kenyataan pedasnya.
Ramai yang mendesak agar Fathia tampil untuk memohon maaf, dan ini jawapan Fathia
Ramai yang mendesak agar Fathia tampil untuk memohon maaf, dan ini jawapan Fathia
“Saya tidak mengarah, tetapi meminta tolong secara baik. Namun jawapan yang diberi pramugari terbabit mengundang rasa panas dan terkejut di hati saya.
Tiba-tiba status itu pantas dipanjangkan hingga menjadi viral. Dalam situasi itu, saya meletakkan diri ini sebagai manusia. Tidak ada maksud nak berlagak diva atau hanya disebabkan saya artis”.
"Isu ini bukan antara saya dan netizen sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tak rasa perlu sampai begitu,” jelasnya pada Berita Harian Plus
Neelofa luah perasaan hubungan dengan Fattah
Neelofa ada berkongsi status panjang lebar mengenai gosip hubungan cintanya dengan Fattah Amin yang mencetus spekulasi sejak lakonan mereka dalam drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot meledak, beberapa bulan lalu.
"Saya harap peminat akan terus menyokong kerjaya saya dan Fattah. Cuma buat masa sekarang, saya memerlukan sedikit ruang untuk mencintai diri sendiri supaya dapat menebarkan cinta itu dengan lebih baik kepada seseorang yang istimewa dalam hidup ini,"
"Saya juga manusia biasa seperti anda juga yang mahu bernafas dalam hidup yang sama. Malah, pada satu tahap, saya rasa seperti mereka di luar sana menghakimi diri ini,"
"Kalau cerita membabitkan saya, boleh diterima. Tetapi jika membabitkan keluarga sendiri dan orang lain, ia sangat tidak 'cool'. "Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat terhadap keluarga saya dan Fattah. Apa yang kalian rasa jika orang luar yang seolah-olah lebih tahu segala segi cerita berbanding keluarga sendiri,"
"Saya jarang bercakap soal begini, namun kalau menyentuh soal jodoh, saya percaya dengan kuasa Allah. Kalau sudah jodoh tak ke mana. Pada akhirnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan Fattah.
"Saya dan Fattah juga sudah berbincang hal ini dan diharap akan diberi sedikit ruang dan masa untuk berfikir. Kami tak mahu rasa dibebani dengan apa yang ditulis di laman maya dan akhbar.
"Kami juga tak mahu rasa seperti bertanggungjawab atas tekanan ini semata-mata untuk menggembirakan hati peminat. "Soal kahwin bukan boleh dibuat keputusan dalam masa sehari. Andai ada jodoh tak ke mana-mana," katanya.
Anak Fasha Sandha sedih ibunya pergi bekerja...
Rabu, 14 Disember 2016
Anak sulung Fasha Sandha yang berusia 3 tahun,Putra Rayfal Ramli sedih hingga menangis melihat ibunya pergi keluar bekerja sekejap atau menjalani penggambaran di luar.
Fasha berkata anaknya tidak membenarkan dia keluar bekerja kerana merinduinya dan selalu ingin bersama pelakon utama siri, Lara Aishah tersebut.
"Saya menjalani penggambaran Lara Aishah hampir lapan bulan dan jadual kerja saya agak padat sepanjang tahun ini.
"Anak saya terutama Rayfal juga sudah mula perasan kesibukan saya yang sering keluar bekerja mencari rezeki.
"Pernah sekali itu ketika di set penggambaran, saya membuat panggilan video dengan Rayfal dan dia menangis kerana mahukan saya serta merindui saya.
"Dia (Rayfal) seorang budak yang bijak dan sudah pandai bercakap, katanya tidak mahu saya bekerja dan mahu saya sentiasa bersama dengannya.
"Dia beberapa kali beritahu tak beri saya keluar bekerja kerana katanya dia tak perlukan duit tetapi dia hanya perlukan saya sahaja. Sedih juga melihatnya.
"Saya sedar saya kuat mencari duit sepanjag tahun ini tetapi semua untuk anak-anak saya. Namun bila dengar luahan dia, saya akan cuba berehat selepas tamat penggambaran Lara Aishah ini dan mula bekerja kembali awal tahun hadapan," katanya kepada Astro Gempak.
Neelofa bawa cuti satu keluarga ke tempat idaman korang
Umum mengetahui Neelofa sudah pun menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Terbaru, khabarnya Neelofa bakal membawa kesemua ahli keluarganya untuk mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.
Apa yang dilakukan Neelofa dipuji sangat dan merasakan ia sebagai contoh buat artis lain agar tidak pernah melupakan amal ibadat walaupun sudah disirami dengan kemasyuran serta kekayaan dunia. -Utusan Online
Apa yang dilakukan Neelofa dipuji sangat dan merasakan ia sebagai contoh buat artis lain agar tidak pernah melupakan amal ibadat walaupun sudah disirami dengan kemasyuran serta kekayaan dunia. -Utusan Online
Zizan Razak mahu jadi sado, sebab filem ini..
Zizan Razak memberitahu dia kini sedang giat melakukan senaman bagi membina otot badannya sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran filem Polis Evo 2 tahun hadapan.
Zizan kini banyak menghabiskan masa di pusat kecergasan untuk mendapat bentuk tubuh sesuai dengan kehendak watak yang dipegangnya.
Zizan kini banyak menghabiskan masa di pusat kecergasan untuk mendapat bentuk tubuh sesuai dengan kehendak watak yang dipegangnya.
"Jujurnya saya bukanlah seorang yang terlalu taksub untuk memiliki badan tegap dan berotot tetapi demi menjayakan watak dalam Polis Evo 2 nanti saya anggap ini sebagai satu tanggungjawab.
"Saya baharu sahaja beberapa minggu memulakan senaman di gimnasium dan jujur saya katakan ia bukannya mudah.
Zizan kini sedang giat membina otot bagi menjayakan filem Polis Evo 2 pada tahun hadapan.
"Badan terasa sakit kerana tidak biasa dengan senaman membina badan tetapi ini adalah sesuatu yang perlu saya lakukan," katanya kepada mStar Online.
Nabila Huda nak hamil anak ke-2?
Walaupun usdah berkahwin sejak Januari 2016 dan hampir nak setahun, Nabila Huda belum ada lagi berita yang menunjukkan dia berbadan dua.
Namun buat masa ini, dia dan suaminya tengah berusaha untuk mendapt adik kepada Keisha Laila.
Namun buat masa ini, dia dan suaminya tengah berusaha untuk mendapt adik kepada Keisha Laila.
“Setiap bulan kami akan cuba, tapi tak ada rezeki lagi, kami pun sudah berkahwin lebih kurang setahun sudah. Daripada hati kecil memang saya agak sedihla. Tapi saya tak nak fikir,”
“Tak payah berfikir tentang perkara ini, anggap sekarang ini masa honeymoon saya dan suami. Dulu tak ada masa dengan dia masa couple sebab bukan muhrim, jadi kami bercinta masa sekarang”
“Kalau saya mengandung sekarang, tidak ada masa pula untuk suami, kerana sekarang pun kita sudah berebut dengan Keisha,” kata Nabila
Golongan VIP saya tolak sebab.... - Ruhainies
Ruhainies mengakaui dirinya masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki kerana beliau ingin memberikan fokus kepada kerjayanya dahulu.
Jadual kerja saya juga sangat sibuk hingga Jun tahun depan. Sekarang ini masa untuk diri sendiri pun tidak ada, inikan pula nak bercinta.Ia memang mustahil.Menurut Ruhainies, beliau tidak memilih ataupun meletakkan sebarang syarat buat mana-mana lelaki. Ruhainies mengidamkan seseorang yang mempunyai sikap hormat kepada orang tuanya dan mampu membimbing beliau.
Saya akui memang banyak lelaki yang cuba mendekati dan mahu menjalin hubungan termasuk golongan VIP, tetapi saya menolak dengan baik. Bukan tak mahu, tapi buat masa sekarang saya belum bersedia.
Saya mempunyai sasaran tersendiri untuk diri sendiri. Kalau saya berjaya mencapainya iaitu membelikan rumah untuk ibu bapa, baru saya boleh fikir untuk berkahwin.
Orang selalu kata saya terlalu memilih, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang syarat, cukuplah sekadar lelaki itu menghormati saya, ibu bapa dan boleh membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Selebihnya saya berserah kepada jodoh." -katanya memetik HarianMEtro
Isteri Adi 6ixth Sense hamil, usia kandungannya kini...
Isnin, 12 Disember 2016
Setahun bergelar suami, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi bersyukur kerana kehidupannya semakin teratur, malah lebih bermakna apabila isterinya, Natasyah Ahmad kini hamil tiga bulan.
Adi mengakui kehidupannya juga semakin sempurna sejak bertemu jodoh dengan wanita yang berasal dari Sabah itu, membuatkan dirinya tidak sabar menanti detik untuk menjadi bapa.
Adi mengakui kehidupannya juga semakin sempurna sejak bertemu jodoh dengan wanita yang berasal dari Sabah itu, membuatkan dirinya tidak sabar menanti detik untuk menjadi bapa.
"Alhamdulillah, tidak lama lagi kehidupan kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah apa jantina anak, memadai andai nanti dilahirkan sempurna dan sihat," katanya.
Pelakon vateran, Zakaria Yusof meninggal dunia
Zakaria Yusof meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad semalam.
Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool ketika dihubungi berkata, Allahyarham Zakaria, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.
Kata Zack, anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan Zakaria mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.
Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak. -mStarOnline
Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool ketika dihubungi berkata, Allahyarham Zakaria, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.
Kata Zack, anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan Zakaria mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.
Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak. -mStarOnline
Umii Nazeera selamat menjadi tunang Doktor (7 gambar)
Ummi Nazeera selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga dikenali sebagai Mr. I, 29, pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang, semalam.
Umi memberitahu dia mengenali lelaki yang bekerja sebagai doktor itu selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda itu sendiri pada 29 Januari lalu.
Umi memberitahu dia mengenali lelaki yang bekerja sebagai doktor itu selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda itu sendiri pada 29 Januari lalu.
AG Coco selamat bergelar suami (gambar & video)
Ahad, 11 Disember 2016
Gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco selamat diijab kabulkan dengan Zuliana Eusoff atau Zue dengan sekali lafaz pada upacara yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kelana Jaya, pagi semalam.
Pada upacara itu, AG yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan. Pasangan itu mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu. -BharianOnline
Pada upacara itu, AG yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan. Pasangan itu mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu. -BharianOnline
Elly Mazlein mahu bertudung, TAPI...
Jumaat, 9 Disember 2016
Baru-baru ini aktres Elly Mazlein telah dilantik menjadi duta pakaian muslimah iaitu Neng Geulis. Menyedari dirinya belum bersedia untuk bertudung, namun Elly memberitahu dia berasa bertanggungjawab untuk mencetuskan ilham pakaian yang betul-betul menutup susuk tubuh seorang wanita muslimah.
"Sekarang tak pakai tudung tetapi saya rasa bertanggunjawab untuk menjaga bahagian-bahagian tersebut. Jadi insya-Allah satu hari nanti saya dan semua orang akan berubah, saya pun nak bertudung.
"Walau bagaimanapun, kadang-kadang ada orang yang tak suka dengan kita macam-macam dia akan ungkit. Jadi saya rasa bila saya menjaga dari segi sensitiviti, saya tetap perjuangkan gaya itu kepada mereka yang bertudung.
"Oleh itu bila saya telah ditawarkan untuk menjadi duta, ini adalah apa yang saya mahukan, eksklusif Elly apa yang saya suka, pada masa yang sama memudahkan mereka yang bertudung, bahkan bahagian belakang pun tertutup," ujarnya.
Sebab Alif Satar suruh isteri berhenti bekerja
Alif Satar memberitahu dia telah meminta isterinya Shadila Halid untuk berhenti kerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
"Saya seorang lelaki yang konservatif dan kalau boleh balik rumah ada isteri yang menunggu dan makanan sudah terhidang di atas meja.
"Saya minta dia berhenti kerja dan beri perhatian kepada keluarga sahaja, lagi pula tahun depan anak kami sudah masuk dua orang lebih baik dia uruskan anak. Insya-Allah dia akan beri notis berhenti dalam masa terdekat.
"Tidak mengapalah, saya beritahu dia biar saya seorang sahaja yang cari duit untuk keluarga," ujarnya memetik mStar online
Aeril Zafrel buat ini demi Wawa Zainal.. Auchh
Berikutan ramai yang mahu mengoda pelakon kacak, Aeril Zafrel, empunya badan Aeril sepertinya mempersiapkan diri untuk mengelak pelbagai pujukan dan rayuan peminatnya.
Dia kini dikatakan mahu kelihatan semakin berisi dan sasa berikutan kini berjinak-jinak ke pusat gym untuk membina otot badan.
Dia kini dikatakan mahu kelihatan semakin berisi dan sasa berikutan kini berjinak-jinak ke pusat gym untuk membina otot badan.
“Dia (Wawa) yang suruh saya besarkan badan selain push saya untuk ke gym. Demi mengikutkan kehendak dia saya turuti,” katanya. Tambahnya lagi, dia kini dalam proses untuk menambahkan berat badannya.
“Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya lebih sesuai dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit,” ujarnya






















