Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tak tahu malu! - Chef Wan

Selasa, 21 Julai 2015



By 9:00 AM dah tak tahan lagi, mulalah mulut saya mengharuk satu rumah which seem like a yearly affair. Bangun-bangun rasa nak sepak-sepakkan sahaja manusia-manusia yang malas ini dari membuat sehingga matahari tu suluh ke ju-bur. Ada yang tak mandi lagi dah menghadap televisyen pagi-pagi buta tergolek macam ikan buntal yang dah tak laku itu.

I told my mother loud and clear and menyindir.

"Faham ke muka-muka tebal yang tak tahu malu ini? Rumah ini bukan hotel ada baruah to run around to feed some of them 3 meals a day!"

Dah besar-besar panjang, bulu bawah tu dah sampai ke pusat dan beranak pinak and still don't get it? Tu cucu menantu emak tu, Naim, Hafeez, pagi-pagi rajin sapu sampah dan siram pokok semua. Itu orang luar emak. Menantu bukan anak lelaki sendiri or nephew orang lain, but our family.

The nieces, sisters and sisters in law semua rajin-rajin bertungkus lumus bekerja di dapur tu are all to help. But some of their sons in this house langsung tak tahu malu mahu berusaha. Duduk melepak and menyemakkan rumah lagi ada.

Geram rasa hati ini. Pagi-pagi saya dah katakan, "Jika rasa tak boleh nak membantu and do something, balik rumah masing-masing dari menyusahkan hidup orang lain dan emak ni,".

Kita pandang pun sakit hati kan. I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life.

As far as I am concern, mampus kau orang la tak suka aku pun, yang salah tetap salah. Ubahlah sikap pemalas tu. Puas saya mengajar, berleter kan and show as an example dari kecil sampai ke tua!

There always some bad apples in a family. They drived you nuts and become a pest after a while. Sukap curi tulang, tidak ada attitude, duduk bersembang panjang dah jadi macam penyakit masyarakat Melayu these days! -Chef Wan

Sekitar Hari Raya Rita Rudaini (36 gambar)

Sekitar Hari Raya Erra Fazira (6 Gambar)

Isnin, 20 Julai 2015

Sekitar Hari Raya Scha al Yahya, Awal Ashaari (49 Gambar)

Sekitar Hari Raya Fasha Sandha (30 Gambar)

Sekitar Hari Raya Nora Danish (36 Gambar)

Sekitar Hari Raya Siti Nurhaliza (15 Gambar)

Syaiful Zero nikah gantung..

Khamis, 16 Julai 2015

Ahli kumpulan Zero, Sharif Kunal Doli Sharif atau Atu, 22, berkata majlis resepsi perkahwinan abangnya, Syaiful yang dijadualkan pada Aidilfitri nanti terpaksa ditangguhkan dan dia akan hanya bernikah terlebih dahulu.

Keputusan itu diambil berikutan rumah mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar pada 15 Jun lalu. Mengikut Atu, biarpun sedih dengan nasib malang menimpa keluarga mereka dan penduduk kampung lain, dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan.

Anak kecil Che Ta memakai barangan kemas..

Akui Rozita Che Wan aka Che Ta yang anak perempuannya, Aasiyah Dhia kini memakai barangan kemas seusianya lapan bulan adalah hanya pemberian daripada peminatnya bukan dibeli oleh Che Ta memetik laporan mStar semalam.

Peminat berkenaan merupakan wanita dari Kelantan yang juga stokis untuk produk wangian. Che ta menjelaskan hal ini akibat dikritik oleh pengikutnya kerana dikatakan satu pembaziran yang belum sesuai untuk anak seusia itu.

Corak baju Izreen Azminda ada salib?

Izreen Azminda telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan ahli kelab peminatnya, Izreen Azminda FC pada 11 Julai lalu di Silka Hotel Cheras. Untung peminat-peminat Izreen Azminda kerana sudi meluangkan masa dan sporting menghargai sokongan dari peminat beliau.

Pada majlis berbuka puasa tersebut, Izreen Azminda telah mengenakan busana dari butik Istana Puteh yang direka oleh saudara Boboy. Namun, motif rekaan busana tersebut dikatakan menyerupai tanda salib oleh segelintir peminat dan mereka mempersoalkan tindakan Izreen dan pereka yang dilihat kurang sensitif. Peka dengan isu yang timbul, Boboy tampil menjelaskan isu tersebut dan menganggap hanya salah faham dan sempat berterima kasih pada yang memberikan maklumbalas.

Ada sumber beritahu - Erra Fazira, Shahir sekali sekala berjumpa..

Rabu, 15 Julai 2015

Nah pendedahan demi pendedahan. Harap ianya betul lah kan, doakan yang terbaik untuk mereka berdua ini agar disatukan dengan ikatan yang sah. :)

Yuna dihalau oleh kedai alat solek di Pavillion..

Kasihan, dengarnya Yuna diarahkan untuk keluar daripada sebuah kedai alat solek di kompleks membeli belah, Pavillion. Nak tahu sebabnya? tu kat Twitter milik Yuna, telah meng-explain-kan hal yang terjadi.

Kikiki mana tak marahnya kedai tu kan.. sebab peminat pula..

Mon Ryanti selamat melahirkan anak (2 gambar)

Tahniah kepada pelakon, Mon Ryanti yang selamat melahirkan anak sulungnya pada 12 Julai yang lalu. Bayi yang menyerikan lagi pagi Syawal ini nanti berjantina lelaki dengan berat 3.1kg dilahirkan secara normal sekitar jam 7 pagi di Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, Shah Alam memetik laporan portal Murai, tapi belum lagi dinyatakan nama anak sulungnya itu.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana saya dapat melahirkan anak sulung saya dengan sihat dan sempurna. Terima kasih kepada suami, keluarga serta semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bakal berpantang di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman di Johor Bahru," -Mon

Tahniah! Liyana Jasmay hamil anak ke-2 berusia.. (gambar)

Tahniah kepada Liyana Jasmay yang dikhabarkan kini hamil anak ke-2 dengan usia kandungannya kini berusia 2 bulan. Anak pertama Liyana, Sofia Arissa yang kini berusia dua tahun.
"Memang kami mahu anak cepat. Tak mahu jurang terlalu banyak di antara anak pertama dan kedua. Saya dan suami pun nak kasi adik kepada Sofia.

"Saya sendiri pun nak dapat anak sekurang-kurangnya sebelum berusia 30 tahun. Sekarang ini saya sudah 27 tahun, jadi ada tempoh tiga tahun lagi untuk menambah anak. Selepas usia itu, saya mungkin berfikir tiga kali untuk mengandung lagi," katanya kepada BH Online.

Ini ke kekasih Julia Ziegler (gambar)

Selasa, 14 Julai 2015

Bercakap kepada Harian Metro, Julia Ziegler mengakui yang beliau kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang rakan lama yang sudah dikenali selama sembilan tahun namun belum mempunyai apa apa perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Inilah rahsia kebahagian rumahtangga Aaron Aziz.. (5 gambar)

Inilah rahsia kebahagian rumahtangga Aaron Aziz selama 12 tahun yang diberitahu semalam melalui portal mStar. Iaitu 3 cahaya matanya (Danish Anaqi, 10, Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.) yang dikongsi dengan isterinya, Diyana Halik.

Latiff Borgiba dalam keadaan tenat.. Mohon ziarah..

Dari Facebook Latiff Borgiba (Dikendalikan anak beliau)
Assalammualaikum.. salam ramadhan..
Saya sekadar ingin berkongsi info tentang bapak..
Sudah masuk 5 hari bapak dapat rawatan di HKL..
Kerana asma.. paru2 bengkak dan ada jangkitan paru2..
Saya sengaja tidak war2kan sebelum ini..
Sebab keadaan bapak masa tu lemah..
Alhamdulillah.. kini kesihatan bapak beransur pulih..
Pada yang selalu bertanya ingin bertemu bapak..
Amiklah peluang ini untuk ziarah beliau..
Bapak kelihatan ceria tiap kali terima pelawat..
Sesapa yang nak datang ziarah tu
Bapak di tingkat 5.. wad 28.. HKL
Terima kasih saya dan keluarga ucapkan
Di atas doa2 dan perhatian untuk bapak
Selamat berpuasa yea!

Usia kandungan Lisa Surihani terkini.. (gambar)

Tip top usia kehamilan Lisa Surihani kini dah berusia 7 bulan memandangkan suaminya, Yusry memberitahu yang isterinya itu bakal melahirkan anak pada bulan September nanti.

Buat masa ini Lisa adalah selebriti yang tidak rajin menayangkan baby bumpnya dan jantina anaknya itu kepada orang ramai mungkin atas sebab-sebab tertentu.
"Alhamdulillah saya okey. Alahan pun tak kronik sangat dan masih terkawal," -Yusry

Siti Salehah okey jika berlakon adegan intim!

Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.
"Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa.

"Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi," ujarnya
Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri. -sumber mStar

Lagu Raya dari Wan Aishah, WOW!!

Isnin, 13 Julai 2015


Nyanyian lagu raya kak Wan Aishah Wan Ariffin secara "unplugged" - sangat menusuk kalbu!

Emma Membong bertudung untuk memikat lelaki? betul ke?

Pelakon Emma Maembong nampaknya tidak putus-putus dihimpit kontroversi, dari bab putus dengan Zizan, isu SPM, dan hubungannya dengan Kamal Adli. Mesra dengan Kamal sendiri juga, Emma dituduh bertudung untuk memikat hati lelaki.

Namun Emma menafikan perkara itu dan memberikan komen balasan seperti di bawah ini.

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah bercinta? (3 gambar)

Pelakon Azwan kombos dikatakan selalu keluar bersama Ezzaty Abdullah dan sekaligus mengiyakan yang mereka kini bercinta. Namun buat Azwan, mereka masih lagi belum bercinta hanya sekadar mengenali lebih rapat lagi.