Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kereta Vanidah Imran terbakar, nasib dia macamana?

Khamis, 18 Jun 2015

Syukur Alhamdulillah itulah kata-kata yang terkeluar dari suami Vanidah Imran, Rashidi yang dilaporkan isterinya itu selamat apabila kereta miliknya, Mini Cooper terbakar tiba-tiba dekat plaza tol Serdang menuju ke Sungai Besi (rumahnya) semalam Rabu kira-kira jam 3 pagi.

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.

"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri,"

"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.

"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," -Rashidi memetik laporan mStar semalam.

Untuk rekod, kenderaan dipandu Vanidah itu adalah hadiah kemenangan pasangan berkenaan ketika menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama pada tahun 2007.

Rumah Zero di Kudat terbakar hangus (4 gambar kebakaran)



Kediaman kumpulan pelawak, Zero di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, Selasa.

Yatt Amzah meninggal dunia di Syria?

Yatt Amzah menafikan yang dia telah terkorban atau meninggal dunia ketika berada di bumi Syria seperti yang didakwa oleh seorang pemilik laman sosial baru-baru ini.

Humood AlKhudher nyanyi Kun Anta versi loghat Utara

Rabu, 17 Jun 2015

Dipetik daripada Facebook Imam Muda Asyraf yang berasal dari orang Utara Semenanjung yang mengenakan Humood AlKhudher dengan loghat berkenaan.

Bade enggan bercerai dengan Erma...

Rumahtangga Erma Fatima dengan suaminya, Bade telah hampir musnah apabila Erma memfailkan perceraiannya minggu lalu.

Kini Bade tampil menjelaskan rumahtangga yang dibina 25 tahun itu bukan untuk dimusnahkan, malahan dia berkahwin lagi satu bukan untuk bercerai.
“Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting”

“Kepada dua-dua isteri, saya nak beritahu. Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun, jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apa pun keadaan, bukan kuasa saya. Erma mahupun Aida tahu saya berkahwin bukan untuk bercerai,” -Bade

Baby bump Lisa Surihani (3 gambar)

Anak Nabila Huda, Kiesha terkini (17 gambar)

Selasa, 16 Jun 2015

Tumpang simpati terhadap isteri Ezad Exist..

Isteri Ezad Exist, Nor Azeana Ramli kini disahkan menghidap penyakit kanser dan sedang hamil 5 bulan. Azeana sering mengadu sakit perut ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun lalu dan telah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dimana satu ketumbuhan dikenalpasti. Walaubagaimanapun, isterinya sudah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi.

Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan.
Walaupun sedang menghidapi penyakit yang agak serius dan berbahaya, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka berdua menghadapi dugaan ini. Amin.

Sektiar resepsi kali ke-2, Hairul & Hanis (17 gambar)


Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi mereka untuk bagi pihak lelaki di Hotel Majestic.

Perkahwinan Ust. Don yang korang tak tahu..


Pelanggan komen kafe mahal, ini komen Nora Danish...

Fenomena makanan naik harga di sesetengah kedai makan terutama restoran kini menjadi semakin viral. Tidak ketinggalan kafe milik Nora Danish, kafe Kopi & Xoxo yang dikatakan pelanggannya agak mahal.

Nora pada mulanya menafikan harga di kafenya mahal, namun selepas itu mahu meminta para pelanggannya untuk memahami perbelanjaan sewa yang dikatakan mahal seperti komennya di portal mStar semalam.

Jadi tolak tambah kira kira, harga berpatutan dengan kualiti yang terbaik dari ladang! keke.
“Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi”

“Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,”

“Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” -Nora

Erra akui yang dia kini... (video)

Isnin, 15 Jun 2015

Ini lah kenyataan live dari Erra Fazira setelah dia bertudung minggu lalu. Katanya dia cukup selesa dengan perubahan ini. Cuma tidak terfikir untuk semata-mata fesyen. -video mStar

Berita TV3 dikecam orang Sabah sebab..(PANAS)


Ni lah berita TV paling express, amik dari je laman sosial dan banyak sponsor iklan. Dah bosan. Lihat Awani dan RTM lagi bagus.

Sekitar aqiqah anak Black (14 gambar)

Sabtu lalu, Black telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Khaleef Dayyan di Dewan N’dah Mahligai yang diadakan cukup meriah selain turut dihadiri oleh keluarga terdekat.

Punca Siti Nordiana belum berkahwin lagi..


Anak Siti Nordiana atau Nana kini yang berusia 7 tahun, Muhammad Rayyan Nakhaie mengakui enggan ibunya itu kahwin lagi. Anaknya inilah menjadi punca sebenar kenapa Nana belum lagi berhasrat untuk berkahwin lagi.

Awie dedah amalan syirik Rozana Misbun (PANAS)


Amalan Khurafat Isteri Awie
Kisah penceraian Awie dan isterinya, Rozana Misbun masih tiada kesudahannya apabila Awie mendakwa masih terdapat beberapa barangan khurafat milik Rozana di rumah kediamannya di Ukay Bestari.

Menurut Awie, ia dijumpa di dalam bantal tidurnya dan percaya ia menjadi penyebab kepada sakit-sakit yang dialaminya kebelakangan ini.
“Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.

“Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain,” -kata Awie
Sebelum ini Awie mendakwa Rozana mengamalkan ilmu hitam sepanjang perkahwinan mereka apabila menjumpa pelbagai barangan pelik seperti patung kemaluan, tali pusat bayi dan tangkal.

Ia dikatakan disorokkan di beberapa tempat seperti bawah tilam, almari baju dan perabut rumah pasangan itu dengan tujuan menundukkan Awie.

Dalam hal yang lain, Awie akui tidak akan menceraikan Rozana selagi Rozana tidak memulangkan duit dan harta yang dicuri daripada anak-anaknya.

Yana Samsudin, suami bulan madu di Taiwan (36 gambar)


Minggu lalu, Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari telah pergi ke Taipie Taiwan. Kehadiran mereka disana adalah terpilih untuk menjadi pasangan yang bertuah untuk sebuah program berbulan madu untuk pasangan selebriti yang baru berkahwin.

Resepsi Ramona Zamzam, suami di atas air (10 gambar)

Ahad, 14 Jun 2015

Ramona Zamzam dan juga suami, Rami Alashkar yang telah sah bergelar suami isteri pada 1 Mei lalu telah mengadakan majlis resepsi di Perak pada hujung minggu lalu yang turut dihadiri teman-teman rapat.

Emma Maembong dikritik pakai seluar ketat (gambar)

Emma Maembong akui dirinya bukanlah sempurna lagi, masih dalam dalam proses ke arah itu dalam pemakaian. Kadang kala dia melakukan kesilapan.

Namun akibat kerana terlalu alpa kerana di kelilingi oleh komuniti alam siber, ramai yang kritik dan menegur dia di dalam laman sosial.

Ini berikutan Emma memuatnaik gambar dia memakai seluar ketat yang tidak sesuai dengan penampilannya bertudung.

Dayana, Sakinah kerap di kritik. Ini komen Ashraf..

Dengarnya ketabahan keluarga Ashraf Muslim terhadap tolmahan dan kritikan segelintir masyarat terhadap mereka adalah sangat teruji.

Isteri Ashraf, Noor Dayana dan Wan Sakinah dikatakan berkecil hati apabila mereka sering diperbandingkan oleh pihak di media sosial.
"Saya anggap ini dugaan untuk saya dan isteri-isteri. Tetapi kebanyakan kritikan telah mengguriskan hati mereka.

"Walaupun mereka faham suami mereka selebriti dan sudah bersedia menghadapi cabaran dan dugaan, tetapi disebabkan hati perempuan, macam mana pun mereka tetap akan sedih,"

"Kita manusia, kadang-kadang ada rasa ingin tahu. Tetapi saya sudah pesan pada mereka jangan baca. Sebab komen-komen itu buatkan mereka sedih.

"Cuma sekiranya kutukan itu terlalu melampau, saya akan membalas balik komen berkenaan dengan cara yang berhemah. Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Apa-apapun saya anggap perkara tersebut adalah dugaan hidup berpoligami," -Ashraf petikan portal mStar

Khabar Ella sudah hamil anak sulung?


Ella Hamil
Ella menafikan khabar angin terbaru mendakwa kononnya dia kini hamil. Ella akui ura-ura itu adalah tidak benar sama sekali.
“Belum lagi buat masa ini. Mudah mudahan ya.

“Doakan yang baik-baik okey. Terima kasih,” kata Ella petikan portal Hmetro
Khabar angin terbaru ini adalah kejadian kali ke-2 membabitkan dakwaan penyanyi lagenda itu hamil.

Sebelum ini, Ella pernah didakwa hamil pada sekitar lewat 2013.

Lara Alana comel bercuti ke London (12 gambar)

Jumaat, 12 Jun 2015