Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Linda, Diana Rafah bergaduh?

Selasa, 19 Mei 2015

Menurut laporan Utusan, Diana Rafah yang baru menjadi isteri semula Zamarul Hisyam kemungkinan mempunyai krisis dengan kakaknya, Linda Rafah.

Melihat laman sosial Instagram milik Diana, Linda sepertinya sudah kabur. Selalunya mereka berdua sangat rapat dan berdua kemana sahaja. Namun kali ini menjadi persoalan, dimana Linda.

Ada juga desas desus yang mereka kini mengalami salah faham yang tak tahu tahapnya, samada kritikal atau biasa-biasa sahaja.

Kita doakan agar ini semua gosip yang tak benar, dan Linda sebenarnya sibuk dengan urusan rumahtangganya juga. :)

Rita akui belum memaafkan Aidil!

Isnin, 18 Mei 2015

Rita Rudaini mengakui belum lagi memaafkan bekas suaminya, Aidil Zafuan disebabkan tindakan Aidil yang meninggalkan mereka 3 beranak tanpa sebarang kasih sayang ayah yang diinginkan oleh anak-anak

Top 9 artis tempatan ada kembar (9 gambar)


1) Zain Saidin
Kembar Seiras Artis Malaysia
Rasanya korang perasan tak muka selebriti tempatan kita ni ada juga kembar mereka di pentas dalam mahupun luar. Cuma ada yang perasan dan ada juga yang tak perasan.-gambar OhBulan

Sekitar majlis aqiqah, hari jadi anak Nabil (6 gambar)


Baru-baru ini Nabil telah mengadakan satu majlis aqiqah untuk anak ke-2 nya, Leyla Medyna dan juga sambutan harijadi anak sulungnya, Naera Mikayla yang berusia setahun

Majlis diadakan di Yayasan Seni, Jalan Ritchie, Ampang.

Wan Sakinah hamil anak ke-2? (gambar baby bump)


Dengar khabar yang Wan Sakinah isteri ke-2 Ashraf Muslim hamil anak ke-2. Berita ini menjadi hangat apabila ada seseorang memuatnaik gambar Wan Sakinah sepertinya hamil.

Namun buat masa ini belum ada kenyataan rasmi lagi dari pihak Ashraf mahupun Sakinah sendiri. Kalau betul, tahniah la kan.

Anda percaya ini kembar Ziana Zain?

Korang percaya ini kembar Ziana Zain. Pastikan anda tidak percaya bukan. Cuba lihat video dibawah ini, pastinya korang terus percaya. :)

Wan Sakinah minta kahwin lagi satu?

Sabtu, 16 Mei 2015

Dengarnya isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah telah bergurau dengan satu status di Instagram miliknya dengan bertanyakan suaminya itu mahu kahwin lagi satu.

Ianya bermula apabila Sakinah menggunakan howold.net dimana satu perisian web yang berupaya meneka usia siapa yang menggunakannya secara tekaan.

'ada hati nak tamba seorang lagi?' dimana wajah Ashraf berusia 66 tahun. Memang bergurau pun Sakinah ni.

Lagi sekitar perkahwinan Lana Nordin (31 gambar)

-instagram LanaNodin

Punca Hans Isaac dimasukkan ke hospital

Jumaat, 15 Mei 2015

Dengar khabar yang Hans Isaac kini dimasukkan hospital gara-gara sakit dada dan sesak nafas. Hans memberitahu di laman sosial Instagram miliknya semalam.
“Back in emergency and waiting for my chest results.Rasa Susah Nak nafas with chest pains before I wanted to sleep tonight. Drove my self straight to the hospital. What a scare . This month,me and hospitals are like lebah and madu man :( “
Orang tedekatnya mengakui yang Hans seorang yang kuat bekerja. Sama-sama lah kita doa dia cepat sembuh. :)

Sharifah Sakinah bersuara Siti Nurhaliza! (video)

Sharifah Sakinah telah Dubsmash secara langsung suara Datuk Siti Nurhaliza untuk satu rancangan TV bersempena AidilFitri nanti. Jom kita lihat reaksi spontan Datuk Siti di bawah.

Tahniah Lana Nordin sah sebagai isteri McKenzie (48 gambar)

Tahniah Lana Nordin yang selamat bergelar isteri kepada David McKenzie di Palace of the Golden Horses kira-kira jam 10 pagi tadi, 15 Mei berlangsung majlis akad nikah perkahwinan mereka.

Selebih gambar adalah malam berinai Lana Nordin yang berkonsepkan Puteri Gunung Ledang.

Zamarul, Diana sah suami isteri semula (gambar & video)

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor Zamarul Hisham terhadap isterinya, Diana Rafar pada 14 Februari lalu kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.

Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.
"Adiana Bt Abdul Rafar aku merujuk kamu semula," kata Diana ketika ditanya lafaz rujuk tersebut.
Menurut keterangannya di mahkamah, Diana memberitahu, Zamarul melafazkan cerai terhadapnya pada pukul 1.40 pagi di kediaman mereka.

Zamarul, 44, dan Diana, 33, yang hadir ditemani ahli keluarga masing-masing tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.

Dalam pada itu, Mohd Hisyam memerintahkan lafaz rujuk pasangan itu didaftarkan di kaunter mahkamah. -mStar

Zizan bantu anak kemalangan DUKE, terima komen negatif!

Khamis, 14 Mei 2015


Zizan Razak Tolong Anak Yatim Kemalangan Myvi
Zizan baru-baru ini telah melawat anak-anak mangsa nahas di DUKE dan sebagai manusia biasa Zizan sendiri mempunyai rasa belas kasihan.

Tapi biasa lah tak semua benda yang kita buat dapat memuaskan hati semua pihak. Walaupun Zizan baik hati cuba menghiburkan adik Amira dan Aqila, namun ada sesetangah pihak masih ingin memberi komen negatif terhadap perbuatan Zizan tu.

Wawa Zainal hamil anak ke-2, usianya..

Tip tup Wawa Zainal kini disahkan hamil anak-2. Memetik laporan Hmetro semalam usia kandungannya masih diperingkat awal dan perlu penjagaan yang mencukupi.

Anak pertama Wawa dan Aeril Zafrel, Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia setahun 10 bulan.
“Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti.

“Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga,” -Wawa

Natasha Hudson hamil anak ke-3, usianya.. (gambar)

Jarang kita melihat Natasha Hudson sekarang ni, tip top dia dah hamil anak ke-3. Usia kandungannya itu kini mencecah 5 bulan.
“Kini usia kandungan saya sudah memasuki usia lima bulan. Soal perancangan untuk menambah jumlah zuriat ini memang dirancang saya dan suami .

“Saya rasa diusia muda ini dan dengan kesihatan yang masih baik lebih baik digunakan untuk membesarkan lagi keluarga saya, " -Natasha Hudson petikan portal Murai

Awie meninggal dunia?


Khabar Awie meninggal dunia adalah bohong semata-mata, Awie yang memetik laporan Bharian semalam dikatakan masih lagi hidup dan mampu membalas mesej dari Whatsapp.

Berita ini timbul apabila ada pihak yang mahu membangkitkan semula kembar Awie di Lahad Datu Sabah bernama Awie Lahad Datu yang meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun 2013 yang lalu.

Bulan madu Fahrin, Elena di Itali (15 gambar)

Rabu, 13 Mei 2015


Bulan madu suami isteri, Fahrin Ahmad dengan Elena Hani di Piazza San Marco, Venezia, Italy.

Yuna belum layak bergelar artis antarabangsa!

Penerbit album dan komposer tersohor David Foster, 65, berpendapat penyanyi popular tanah air Yuna belum bersedia bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa.

Foster berkata, penyanyi dan pencipta lagu berusia 29 tahun itu perlu mempertingkatkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.

Tanpa bersenam, Fazley kurangkan badan 18kg-sebulan! rahsianya...

Wah dengarnya penyanyi, Dato' Fazley Yaakob kehilangan 18kg dalam masa sebulan. Agak mengejutkan juga. Ini adalah impian setiap orang nak turunkan berat badan sepantas itu.

Namun Fazley ada rahsianya tersendiri. Memetik portal Murai, dia memberitahu cara sebenar adalah dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa perlu bersenam!

"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.

Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," -Fazley

Kekasih baru Aliff Aziz (7 gambar)

Wah penyanyi Aliff Aziz ni sering kali bertukar teman wanita. Nak suruh kahwin tak nak pula. Keke.
Terkini, khabarnya kini teman wanitanya adalah kakak kepada penyanyi Didi Astillah iaitu Bella Astillah.

Ada beberapa gambar di muatnaik meunjukkan mereka berselfie bersama-sama.

Zamarul Hisyam rujuk kembali Diana Rafah esok!

Tahniah lah kan, akhirnya Diana Rafah dan Zamarul Hisyam memilih 14 Mei ini akan esok untuk merujuk kembali. Namun mahkamah tempat mereka melafazkan rujuk itu dirahsiakan daripada media.

Mari baca ulasan mereka memetik portal Bharian semalam.

Bakal suami Mimi One Nation Emcee (gambar)


Dengar khabar yang Mimi One Nation Emcee bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Firdaus seorang pensyarah Unitar yang juga rakannya dari kecil, mereka memilih disatukan bersama pada hujung bulan Mei ini.

Tarikh, lokasi pernikahan dan gambar bakal suaminya buat masa ini dirahsiakan.