Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Panas! Putri Mardiana berbohong untuk kes khalwat?

Khamis, 18 Disember 2014

Dengarnya kenyataan Putri Mardiana mengenai isu khalwatnya mendapat keraguan dan ada sesuatu yang tidak kena. Memandangkan kenyataannya hendak singgah ke rumah sebentar untuk minum air pada pukul 3 pagi!

Ada sumber yang menyatakan yang dia turut berbohong mengenai teman khalwatnya, Ejump yang sebelum itu sudah sah bercerai dengan isterinya.

Kenyataan Putri ini dibidas oleh isteri Ejump yang mendakwa mereka belum lagi bercerai dan masih dalam proses untuk itu.

Jadi adakah Putri berbohong untuk menutupi kontroversinya ini?
Sumber: Astro Gempak / HLIVE!

Panas! kekasih baharu Hetty Sarlene bercuti bersama (5 gambar)

Hetty Sarlene dah putus dengan kekasih lama nya ke? dengarnya kini dia dah mempunyai kekasih baru yang sepertinya berketurunan Mat Salleh.

Jika dilihatkan memang agak mesra gambar mereka di laman sosial ni, agaknya memang mereka ni sah menjadi kekasih hati.

Gambar Wafa Abdul Kadir terkini (5 gambar)

Rabu, 17 Disember 2014

Inilah keadaaan sekarang pelakon dan penerbit, Wafa Abdul Kadir yang tahun lepas dia mengalami kemalangan yang memberikan kesan terhadap dirinya.

Menurut portal Utusan, Wafa mengalami gangguan pada saraf badannya iaitu di tulang lehernya dan terpaksa menggunakan kerusi roda selama 7 bulan.

Sekitar pertunangan Zul Huzaimy (12 gambar)

Tahniah Zul Huzaimy yang bakal menamatkan zaman dudanya sejak 2010 dengan kini bertunang dengan seorang wanita bernama Misz Erna.

Awie tak pergi ke majlis tahlil ibunya sebab..

Awie yang sebelum ini diberitakan telah kehilangan ibundanya tercinta, mengakui tidak dapat menghadiri majlis tahlil arwah ibunya itu disebabkan tugas melakonkan watak untuk Teater 3 Ratu.

Jangan fikir bukan-bukan, Awie terpaksa buat demikian kerana bimbang pihak lain akan terjejas mengenai kontrak yang telah di tandatangani nya itu.

Namun Awie tetap membuat majlis tahlil selepas kerjayanya ini selesai kelak.
“Bunyinya macam saya tidak mengambil berat, seperti melepaskan tanggungjawab untuk buat majlis tahlil, tetapi saya ada sebabnya.

“Saya dah tanda tangan kontrak dengan Erma dan perlu akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Biarlah saya susah seorang daripada menyusahkan orang lain yang bertungkus lumus menjayakan naskah ini,”

“Alhamdulilah keluarga pun faham, dan saya harap peminat pun akan faham, kerja saya ini umpama berperang. Ketika berperang anda menerima berita yang sedih, maka demi tanggungjawab anda akan terus laksanakan misi peperangan itu, begitu juga dengan situasi saya sekarang ini,”

“Buat masa sekarang, saya mohon bantuan dengan pihak masjid buat majlis tahlil untuk arwah ibu, selepas selesai kerja dan tugas saya ini, saya akan buat dan menjemput para tahfiz atau anak-anak yatim, saya rasa isu ini tak perlu diperbesarkan,” - Awie petikan portal Murai

A Rahman Hassan, Fadilah nikah pada tarikh....

Tahniah kepada pelakon vateran, Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang bakal bernikah pada 25 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas waktu Isya.

Menurut portal mStar, majlis diadakan cukup sederhana dan tiada tema dikenakan kepada tetamu.
"Saya minta maaf tidak dapat jemput ramai pada majlis perkahwinan itu nanti kerana tempat terhad kepada ahli keluarga sahaja. Itu pun ada sanak saudara jauh yang tidak dapat dijemput.

"Ia hanya majlis sederhana sahaja, saya pun sudah tua untuk buat majlis besar-besar sangat cukup untuk 400 tetamu sahaja," -Datuk A Rahman.

Nama anak sulung Johan, Ozlyn adalah.. (2 gambar)

Dengar cerita yang Johan dan ozlyn telah berkongsikan nama anak sulung perkahwinan mereka dengan diberi nama sebagai Nur Latifah Chantiq Hanania.

Walaupun nama anak mereka didedahkan namun wajah anak mereka itu belum lagi boleh ditayangkan secara umum, hanya sipi-sipi sahaja yang boleh dilihat.

Panas! Isteri Ezad keguguran ketika Ezad...

Selasa, 16 Disember 2014

Ezad yang sebelum ini ada kaitan dengan kes polis dimana disyaki memiliki dadah dengan air kencingnya positif dadah dan kini masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada masa yang sama baru-baru ini Ezad dijemput ke rancangan HLive! dalam segmen Apa Kata Malaysia. Dan Pak Nil sebagai host turut membincangkan mengenai kehidupan Ezad yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah itu.

Ezad menghadiri rancangan TV itu dengan harapan dia boleh meluahkan kekesalannya dan memohon maaf kepada semua pihak. Namun begitulah kehidupan Ezad, sudah jatuh ditimpa tangga, isterinya, Zeana, keguguran ketika dia kena tangkap pihak polis.
"Bila saya fikirkan isteri, bila saya fikirkan anak saya, saya rasa menyesal sangat. Perkara ini banyak buat saya terfikir kalau boleh saya tak nak lagi jadi macam ini.

Masa saya kena tangkap itu, isteri saya gugur. Memang saya rasa menyesal. Pernah sekali saya dukung anak dan saya menangis. Saya terkapai-kapai tak tahu mcm mana nak berhenti. Isteri tahu saya terlibat dengan benda ini. Saya merayu agar isteri beri peluang." -Ezad

Ada pihak cemburu hubungan Amar-Izreen, mereka adalah..

Akui Amar Baharin yang hubungannya dengan pelakon Izreen Azminda kini sedang bahagia, namun dalam kebahagian mereka itu, ada pihak yang cemburu akan mereka berdua bersama.

Memetik portal msTar, mereka yang cemburu itu adalah pihak-pihak yang mengikuti laman sosial Instagram milik mereka berdua. Dan ini diperhatikan oleh Amar sendiri.

Dua anak Dynas Mokhtar (12 gambar)

Dah besar anak kepada pelakon dan juga model, Dynas Mokhtar ni. Dua anaknya, Khyra Khalyssa yang berusia 4 tahun manakala yang ke-2, lelaki berumur nak masuk 2 tahun. Tak perlu banyak info, jom layan. Hee. -gambar IG dynasmokhtar

Inilah tunang Cico Harahap (3 gambar)

Dengar khabar yang anak kepada Uji Rashid, Cico Harahap sudah bertunang 4 bulan yang lalu, kini Cico sedang berbahagia dengan pasangannya Fernie.

Sebelum ini Cico pernah berkahwin dan menjadi duda selama 4 tahun dan dikurniakan seorang anak bernama Rindu.

Sekitar resepsi Wan Raja, Yaya Maembong (12 Gambar)

Majlis resepsi yang diadakan pada hari Ahad lalu diantara Wan Raja dengan Yaya Maembong selamat diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil. Dengan bertemakan bangsawan Melayu, pengantin dan tetamu telah mengenakan baju Melayu masing-masing.

Kieran tinggalkan Hot Fm sebab..

Isnin, 15 Disember 2014

Dengar khabar yang Kieran telah meninggalkan stesen radio Hot FM selepas 6 tahun bersama stesen radio itu. Semalam adalah hari terakhir beliau di Hot FM menurut laporan Bharian.

Kieran membuat keputusan berkenaan untuk memfokuskan bidang perniagaan yang dia ceburi iaitu perniagaan sejuk beku, menjual makanan 'lamb chop' dan 'chicken chop'.
"Saya tak merancang apa apa lagi selepas ini. Saya terbuka kepada apa saja tawaran mendatang.

"Pada masa yang sama, perniagaan sejuk beku di bawah nama Kieransfoodproducts yang diusahakan sejak dua bulan lalu akan terus saya tumpukan.

"Saya juga berminat untuk berjinak jinak dengan kerjaya pengacaraan mahupun sebagai pengulas dalam bidang sukan... jika ada tawaran," -Kieran

Faralyna Idris Selamat bernikah (5 gambar)

Pernikahan pelakon, Faralyna Idris ini dikatakan sanga mewah, mana tidak mewah buat majlis pernikahan atas kapal mewah, Cruise menurut sumber. Tapi memang unik dan cantik suasana malam yang diadakan.

Semoga berbahagia dengan suami tercinta. -gambar Forum Cari

Nissan GTR milik Zizan Razak? (5 gambar)


Zizan Razak sememangnya seorang yang amat bertuah. Kereta GTR yang berharga RM400,000 milik Zizan ini memang menjadi idaman kepada ramai lelaki kacak dan gadis comel di luar sana.





Rezeki buat Zizan kan. Dari jadi mat dispatch sehinggalah menjadi seorang yang terkenal dan disukai ramai. :)

Velvet selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)

Tahniah Velvet yang selamat melahirkan anak ke-3 secara normal pada 10 Disember yang lalu. Anak itu berjantina lelaki dengan diberi nama Kianu Richael.

Bayi berkenaan dilahirkan di Pusat Pakar KK pada jam 8.45 malam.-Bharian

Mustapha Maarof meninggal dunia!


Salam Takziah..

Erma Fatima timang anak madu ke-2 (gambar)

Tahniah buat Erma Fatima dimana madunya, Aida selamat melahirkan anak sulungnya dengan Bade. Namun Erma tidak merasa iri hati, namun menyambut kedatangan anak sulung madunya itu dengan penuh kesyukuran.

Tidak ada maklumat lanjut mengenai bayi ini, melihat keadaannya, semuanya selamat sahaja.

Ibu Awie Meninggal Dunia..

Sabtu, 13 Disember 2014

Salam takziah diucapkan kepada Awie diatas kepermegian ibundanya, Allayarharmah Azizah Abdul Hamid berusia 75 tahun yang kembali ke Rahmatullah semalam. Jumaat jam 8 pagi.

Allayarharmah Azizah menghembuskan nafas terakhirnya di Ukay Perdana, Ampang, tempat kediaman Awie. Menurut portal mStar, Allayarharmah meninggal disebabkan terjatuh ketika masuk ke bilik air, sebelum itu Allayarharmah juga menghidap kencing manis serta darah tinggi.

Sekitar pernikahan Wan Raja, Yaya Maembong (9 Gambar)

Wan Raja sah bergelar suami kepada Yaya Maembong yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang, petang Jumaat.

Wan Raja memberikan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran RM12,121.40

Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, minyak wangi dan kasut, cincin, telekung dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran daripada pihak perempuan pula ialah minyak wangi, buah-buahan, kasut, kek, Al Quran dan sejadah.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, pada Ahad ini. -mStar

Kena sampuk atau dadah? Aliff Aziz tumbuk pekerja hotel.

Jumaat, 12 Disember 2014

Baru-baru ini Aliff Aziz sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila dia dikatakan bergaduh lalu menumbuk seorang pekerja hotel berdekatan Petaling Jaya dimana tempat dia menginap untuk AIM 21 sehingga melibatkan pihak polis untuk meleraikan keadaan.

Aliff mengakuinya yang dirinya tidak sedarkan diri atau disampuk (gangguan makhluk halus). Namun memetik portal mStar yang pihak hotel mengesyaki yang Aliff dalam pegaruh dadah ketika pergaduhan itu berlaku.

Diana Danielle seksi, reaksi peminat..

Bukan main lagi baju Diana Danielle ni, adakah terlalu singkat atau ternaik atas dek kerana mengangkatkan tangan kanannya. Namun keadaan ini terpaksa ditelan oleh Diana yang berani memuatnaik gambar berkenaan sehinggakan ramai yang mengomen positif dan negatifnya gambar berkenaan..