Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yus, Tauke bergaduh?

Isnin, 17 Februari 2014

Memetik sumber portal Utusan, dikhabarkan yang hubungan dua akrab pelawak kumpulan Jambu, Yus dengan Tauke kini rengang.

Keadaan itu berlaku ketika akhir program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) minggu yang lalu. Mereka berdua bergaduh diatas sebab yang remeh temeh.

Jika anda perasan, persembahan mereka pada akhir itu, mereka bermasam muka dan enggan memberikan kerjasama yang terbaik dan akhirnya mendapat tempat ke-4.

Tak dapat dipastikan sebab apa, namun diharap kedua pelawak ini boleh berbaik semula dan menjalinkan persahabatan seperti sediakala.

Gambar Shah Rukh Khan ketika sampai di Malaysia

Baru-baru yang lalu, Datuk Shah Rukh Khan aka SRK telah datang ke negara kita untuk membuat konsert bertenaga dengan ditemani artis terkenal Bollywood yang lainnya seperti Madhuri Dixit, Nene dan Yo! Yo! Honey Singh.

Agak mengejutkan apabila SRK yang sebelum itu tiba di KLIA dengan keadaan bertongkat. Mungkin ada mengalami sedikit masalah kesihatan, namun difahamkan ianya hanya sudah kembali normal. -gambar Selebriti Online

Sharnaaz Ahmad Bertatu Naga!


Minggu lalu, Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik gambar dia bertatu pada dirinya ke dalam laman sosial Instagram. Namun penampilan dia bertatuitu sudah tidak menjadi satu kejutan memandangkan dia seorang pelakon.

Maka sudah pastinya, tatu dia itu bukan yang asli, tapi adalah untuk lakonan semata-mata. Sharnaaz berlakon watak Jebat untuk drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Memang kelihatan real dan ganas bila Sharnaaz memakai tatoo berkenaan.

Rozita Che Wan rela di madukan!

Ahad, 16 Februari 2014

Mana-mana wanita pun tidak akan mahu dimadukan jika tidak terdapat sebab munasabah dan harus di madukan. Rozita Che Wan aka Che Ta juga memiliki pendiriannya yang sebegitu.

Menurut kata Che Ta dalam portal mStar semalam, dia yakin suaminya, Zain Saidin tidak akan memadukan dirinya dengan berkahwin lagi.
“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,”
Ha yang kejutannya, Che Ta rela berpoligami/dimadukan hanya untuk drama/filem lakonannya sahaja. Yang terbaru adalah telefilem, Madu (bermula 16 Feb, jam 10 malam TV3).
"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan,"
Telefilem yang dibarisi pelakon Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Zizan, Emma rancang untuk kahwin!

Sabtu, 15 Februari 2014

Zizan Razak mengakui akan melamar Emma Maembong namun tidak dipastikan bila. Zizan memberikan tempoh setahun untuk dia dengan Emma berjaya dalam kerjaya masing-masing sebelum mendirikan rumahtangga.

Itulah perancnagan awal Zizan terhadap kekasih hatinya. Zizan ni satu, tak payah tunggu setahun lagi, nanti dikebas orang kan susah, Zizan dah mampu untuk kahwin rasanya kan.

Ni komen Zizan di portal mStar semalam.
"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini," -Zizan

Shahrol Shiro, Jep Sepahtu Bergaduh?


Aiseh tak sudah-sudah salah faham yang berlaku di kalangan selebriti tempatan ni. Terbaru melibatkan Shahrol Shiro dengan Jep Sepahtu yang dikatakan dingin.

Tidak dipastikan apa penyebab utama, ada sumber mengatakan yang Shahrol ni mulut leser dan ada juga yang mengatakan Jepp ni ego dia tinggi.

Korang baca lah ni artikel, klik untuk zoom kan.

Video sekitar hari jadi ke-40 Erra Fazira

Jumaat, 14 Februari 2014

Selamat ulang tahun kepada aktress Erra Fazira yang menyambut ulang tahun ke-40 pada 9 Feb yang lalu. Walaupun dah menjangkau usia 40, Erra kelihatan berumur 30 je kan. Apa-apa pun semoga panjang umur dan murah rezeki. :) -instagram ErraFazira

Johan Asari Serius Cari Calon Isteri beb!

Nah kali ni Johan Asari memendam niat untuk mencari jodoh dengan seriusnya. Namun tidak dinafikan Johan menerima kritakan yang banyak oleh segelintir pihak apabila didakwa selalu mempermainkan buah hati cintanya.

Mungkin ini adalah yang terakhir kalinya untuk Johan mencari jodohnya, kalau masih putus juga, tak tahu lah nak kata apa, perempuan pun dah mungkin tak percayakan lagi rasanya.. Hehe.

Gambar sekitar harijadi Neelofa ke-25

Baru-baru ini pada tanggal 10 Februari yang lalu, pelbagai majlis untuk menyambut hari kelahiran Neelofa yang ke-25 telah diadakan, termasuk acara formal oleh ahli keluarganya di Pool Bar, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor dan tidak formal oleh kawan-kawanya yang lain.

Menurut portal GUA, Neelofa tidak menerima apa-apa hadiah istimewa lagi daripada Hans Isaac.Biar betul, adakah Hans nak buat kejutan yang lebih gempaq daripada dibawah ini. Hhee..

Apa pun selamat ulang tahun, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Gambar terkini Didie Alias mengandung/hamil

Ni lah gambar terbaru Didie Alias mengandung/hamil lebih kurang nak dekat 5 bulan usia kandungnya itu. Untuk pengetahuan ini adalah hasil perkahwinannya dengan suami keduanya, Norisham Ismail. :)

Fizz, Almy kahwin 31 Mei

Akhirnya, tarikh sebenar pernikahan Fizz Fairuz dengan kekasihnya, Almy Nadia telah terjawab. Fizz mengesahkan yang mereka memilih 30 Mei 2014 sebagai tarikh bermakna untuk bergelar suami isteri.

Majlis berkenaan akan berlangsung di kampung halaman Almy dekat Pulau Pinang memetik sumber mStar.
"Saya akan bernikah pada 30 Mei yang jatuh pada hari Jumaat di Pulau Pinang, sementara majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

"Persiapan sudah dilakukan sebanyak 70 peratus dan ia akan berlangsung dalam keadaan sederhana,"

"Kami memilih tarikh 30 Mei kerana cuti sekolah dan mudah untuk saudara-mara datang ke Pulau Pinang nanti.

"Majlis resepsi di Raub Pahang akan dilakukan pada Jun, sementara majlis di Kuala Lumpur masih dalam perancangan," -Fizz

Gambar Perpisahan Yana Samsudin dengan David Teo

Khamis, 13 Februari 2014

Yana Samsudin kini sudah tidak lagi bersama dengan MiG Production syarikat perfileman dibawah naugan David Teo.

Sudah hampir 11 tahun bersama akhirnya Yana nekad untuk tinggalkan MiG. Sebab apa tidak diketahui pula. -Gambar MiGonline

Rabecca Nur al Islam Sudah berhijab/bertudung!

Pelakon, Rabecca Nur al Islam akhirnya mula bertudung/hijab sejak mengerjakan umrah pada akhir bulan Januari lalu bersama ahli keluarganya yang lain.

Kebiasaannya memakai tudung/hijab ketika umrah, telah memotivasikan Rabecca untuk nekad memakainya setelah berada di tanah air.

Stacy di jangkiti virus H1N1!

Beberapa hari lalu, Stacy ada membuat kenyataan di laman sosial Twitter miliknya mengenai dirinya yang dijangkiti virus H1N1 (selesema burung).

Namun tidak diketahui sejauh mana keadaan Stacy walaupun menyedari dia ada kekkuatan ketika menyanyi membuat persembahan ketika malam Anugerah Meletop Era.

Portal Kosmo! semalam ada membuat wawancara dengan Stacy menanyakan lagi lanjut mengenai keadaan sebenarnya..
Sejak bila anda disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1)?

STACY: Saya mula demam, batuk dan selesema sejak beberapa hari sebelum membuat persembahan pada malam anugerah MeleTOP Era. Ketika itu, saya anggap hanya demam biasa sahaja. Walaupun saya telah makan ubat, namun, suhu badan tetap tidak turun. Jadi, pada malam tersebut, saya terpaksa menggagahkan diri untuk mengadakan persembahan.

Jadi, bila anda pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan?

Saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada hari Ahad lalu. Ketika itu, demam yang saya alami masih kuat, tekak pula semakin perit dan sendi-sendi terasa sungguh ngilu. Badan saya berasa sangat sakit sehingga saya tidak mampu untuk bergerak. Doktor di klinik tersebut mengesahkan bahawa saya dijangkiti virus Influenza A.

Apakah tindakan anda selanjutnya?

Kemudian, saya pergi ke sebuah hospital di Subang, Selangor untuk membuat pemeriksaan darah. Doktor di sana memberi saya suntikan bagi mengurangkan demam dan beberapa jenis ubat untuk dihabiskan dalam tempoh lima hari. Saya juga diminta untuk datang semula selepas tempoh itu untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Bagaimana dengan keadaan anak angkat anda, Bella De Luna Valentina, dua tahun, setakat ini?

Saya agak risau kerana Bella sudah menunjukkan rasa kurang sihat. Badannya sedikit panas dan sudah mula menunjukkan simptom selesema. Jadi, saya akan membawanya ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Anda membawa anak anda bersama pulang ke Sabah?

Ya, saya ada membawa Bella bersama. Tujuan kami balik ke Sabah kerana ingin menyambut hari lahir Bella pada 14 Februari ini. Saya sangat berharap agar Bella sihat dan tidak dijangkiti virus yang sama.

Adakah anda pernah mendapatkan sebarang suntikan vaksin untuk menghalang dijangkiti virus berkenaan beberapa tahun lalu?

Ya, sewaktu virus H1N1 melanda negara tidak lama dahulu, saya ada mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan dijangkiti penyakit itu. Saya kurang pasti mengapa saya masih berisiko untuk dijangkiti virus berkenaan.

Buat masa ini, apa langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan pada orang lain?

Sekarang saya mengikuti nasihat doktor dengan banyak berehat di kampung. Suhu badan mulai turun dan saya juga dimestikan untuk memakai topeng muka setiap masa agar virus ini tidak berjangkit dengan ahli keluarga yang lain.

Gambar Isteri Daus AF8 Mengandung

Daus AF8 yang juga finalis program realiti berkenaan dengan mendapat tempat ke-3 kini dikhabarkan isterinya telah sarat hamil/mengandung anak sulung kalau tidak silap.

Dan menunggu hari untuk bersalin. Dan tak lama lagi Daus akan bergelar ayah. :) gambar - www.momentlicious.com

Zizan Minta Maaf Isu Pakaian Ala Askar

Rabu, 12 Februari 2014

Akhirnya, Zizan Razak mengakui dia membuat satu kesilapan di dalam fesyen yang dipakainya di dalam anugerah Meletop Era minggu lalu.

Pakaian ala tentera ATM itu menunjukan logo dan pingat yang sememangnya menjadi impian setiap askar.

Namun Zizan akui dia meminta maaf kepada sesiapa yang terlibat menerusi portal mStar semalam.
"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.

"Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.

"Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu," -Zizan
"Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.

"Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," -Butik Bianco Mimosa

Gambar Sekitar Kenduri Hari Jadi Fara Fauzana

Baru-baru ini, deejay, Fara Fauzana aka Fafau telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran untuk ulang tahunnya ke-34. Majlis diadakan bertempat di Yayasan Islam Shah Alam.

Tetamu istimewa adalah ibu bapa Fafau sendiri.

Isteri Lan Kristal hamil anak ke..

Menurut sumber, isteri kepada penyanyi kumpulan Kristal, Lan telah dikhabarkan hamil/mengandung. Kandungannya ini adalah untuk anak ke-3 mereka.

Dengan usia kandungannya kini mencecah 5 bulan. Apa-apa pun tahniah buat Lan dan isterinya.

Gambar Fesyen Selebriti di Meletop Era

Ini adalah gambar penuh ketika anugerah Meletop Era hujung minggu lalu. Memang ramai selebriti yang hadir, dan fesyen-fesyen pakaian mereka juga menjadi perhatian dengan warna warni gitu.

Ok pilih siapa yang paling cantik dan anggun dengan fesyen mereka..

Amir Raja Lawak digilai 2 wanita!

Selasa, 11 Februari 2014

Ha siapa kata takde orang perempuan minat kat Amir Raja Lawak ni. Dia mengakui pernah kecewa dengan 5 orang wanita yang didakwa cuba memainkan perasaannya.

Namun kali ini Amir yang sudah mencecah usia 25 tahun tidak menafikan terdapat 2 orang wanita yang kini rapat dengannya.

Portal mStar melaporkan yang 2 wanita itu dikenali melalui laman sosial WeChat. Yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun.
“Saya mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan mereka,

“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” -Amir

Badan Saya Original! -Tasha Shila

Lagi mengenai fesyen di Anugerah Meletop Era. Kali ini pelakon wanita, Tasha Shila yang didakwa segelintir pihak dimana dia memakai padding untuk kelihatan montok dibahagian punggung dan dadanya.

Namun memetik sebuah blog hiburan, Tasha menafikan sekeras-kerasnya, dan ianya adalah original dengan senaman yang dilakukan selama ini. -gambar Ohbulan
"Saya taknak komen banyak pasal ni. Terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding.

Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat." -Tasha

Isteri Black: Disangka Hamil Tapi..

Menurut portal mStar semalam, isteri penyanyi Black Hanafiah, Naquia telah dikejarkan ke hospital Columbia Asia dan ditahan di wadnya.

Ianya berikutan isterinya disahkan terkena jangkitan demam denggi sejak hari Sabtu yang lalu. Pada awalnya, Naquia muntah-muntah dan Black menyangka isterinya hamil, namun apabila membuat pemeriksaan, dia terkena jangkitan demam denggi.
"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,"

"Doktor membenarkan dia keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.