Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Lisa Surihani, Yusry di Kundasang, Sabah

Selasa, 19 November 2013

Minggu lalu Lisa Surihani dengan suaminya, Yusry KRU telah bercuti ke Sabah. Kalau tidak silap mereka ke tempat menarik di Sabah seperti Desa Castle di Kundasang, Rumah Terbalik di Tamparuli dan Pasar Ikan Bakar di Bandaraya Kota Kinabalu.

Cuti mereka ini sepertinya singkat memandangkan hanya beberapa keping foto sempat dimuatnaik di dalam laman sosial Instagram mereka. Selepas itu sepertinya pergi ke Sarawak pula kalau tidak silap.

Foto Seksi Bukan Untuk Publisiti Tetapi cari Pelanggan - Ammar

Isnin, 18 November 2013

Gambar seksi yang sering dimuatnaik oleh Ammar Alfian di laman sosial miliknya bukanlah mencari publisit murahan tetapi hanya untuk mencari pelanggan menurut portal mStar, ha bukan pelanggan gigolo ok.

Hanya untuk mencari pelanggan pelatih baru untuk yang mahu mengikuti kelas gym kerana tugas Ammar sebagai jurulatih gym berkenaan.

Ummi Nazeera Tidak Pergi Promosi Filem Penanggal Sebab..

Isu Ummi Nazeera tidak mengikuti aktiviti promosi filem Penaggal dimana dia adalah pelakon dalam filem berkenaan telah menjadi satu bualan yang mencalarkan reputasinya.

Namun bukanlah sebab dia berhijab (bertudung) Ummi tidak dapat dapat, namun disebabkan dia sedang sibuk belajar di Australia. Orang mengatakan yang dia tidak datang sebab malu, kerana gayanya yang tidak bertudung dan berkemban dalam filem itu yakni sebelum dia berhijab.

Memetik portal mStar, pengarah filem berkenaan, Elly Suriati, menyangkal dan mempertahankan pelakon Ummi daripada dituduh bukan-bukan.

(Gambar) Liza Hanim Kini Langsing

Penyanyi Liza Hanim baru-baru ni membuat kejutan apabila penampilannya di acara Muzik-Muzik 28 yang lalu memperlihatkan dirinya yang begitu langsing aka slim.

Memang agak mengejutkan apabila melihat penampilannya itu, mana tidaknya dulu atau beberapa bulan sebelum tu (gambar atas), badan dia 'comel' daripada ini, sekarang dah menjadi zaman kegemilangannya sewaktu jadi penyanyi dulu.

Video Hari Terakhir Faizal Ismail di Hot FM

Maka dengan rasminya Faizal Bin Ismail telah meninggalkan dunia deejay bersama Hot FM minggu lalu. Dimana ada video yang berdurasi 8 minit dimana untuk mengabadikan hari terakhir Faizal di stesen radio itu.

Lagu dan deejay-deejay lain seperti Fara Fauzana, Suraya dan Aleeya telah memberikan reaksi atas pemergian Faizal ini. Sedih siut juga lah video ni. Maybe yang peminat radio Hot FM juga akan sedih bila melihat video ini, walaupun suasana meriah juga. dui.

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Tahniah kepada pelajar Akadmei Fantasia 2013 (AF2013), Faizul dari Sabah yang menjuarai program realiti Astro itu yang berakhir semalam di Stadium Negara.

Pujian juga haruslah diberikan kepada 5 lagi peserta yang bertanding di peringkat akhir program itu. Difahamkan Faizul membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak rakaman dan juga trofi.

Gambar Seksi Nabila Huda Edisi Klasik

Ahad, 17 November 2013

Berani juga Nabila Huda apabila dia memuatnaik gambar seksi menampakkan sedikit bahagaian atas buah dada di laman sosial Instagram.

Bahkan gambar itu dikatakan mendapat kecaman dan komen negatif daripada peminatnya. Gambar ini diambil Nabila ketika dia dalam shooting untuk filem Saloma. Filem unsur-unsur klasik gitu, tapi tak tahu pula zaman dulu ada seksi macam ni. Hehe.

Gambar Rafidah Yang Cantik Melepak

Jumaat, 15 November 2013

Rafidah Ibrahim ni sekarang makin cantik dan menawan lah, setelah masuk gelanggan Akademi Fantasia dengan Kerusi Panas Maharaja Lawak baru-baru ini, wajahnya memang semakin up gitu.

Rafidah ni mengingatkan admin mengenai seorang kawan admin dari wechat, yang mana kawan admin ni namanya 'mimi ..' sebijik muka dia macam Rafidah ni.

'Anak' Diana Danielle Parah Berdarah

Kenapa dengan 'anak' Diana Danielle dengan Farid Kamil ni? parah semacam je. Lihat wajah macam cool dan tenang sahaja Diana ni, tabah juga kan. Sampai berdarah-darah dengan keluar tali pusat seperti baru dilahirkan.

Rupanya Diana saje nak gambar dengan 'baby' untuk filem Penanggal. Jadi jangan risau lah ek, ini bukan anak dia. Haha.

Gambar Nurul Wahab Selepas Bersalin

Selepes melahirkan anak sulung pada awal ulan Oktober lalu, kelibat Nuruk Wahab jarang di lihat apatah lagi dekat Instagram miliknya. Baru-baru ini dia ada memuat naik gambar terbarunya setelah dua bulan tak kelihatan.

Mungkin sudah habis pantang kot, jadi tak salah memuatnaik gambar dia yang kini serba langsing dan bergaya kelas ibu gitu. :)

Zahida Rafik Bakal Kahwin Tahun Depan!

Lama sudah kita tidak mendengar khabar berita pelakon, Zahida Rafik. Tip top dikhabarkan pelakon berusia 41 tahun itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Tahniah lah seperti itu, melalui laman sosial HarianMetro, Zahida mengakui bakal berkahwin pada tahun hadapan dengan seorang ahli perniagaan.

Dimana perkenalan mereka sudah terjalin sejak 8 tahun yang lalu. Kita doakan agar perjalanan ke arah perkahwinan akan termakbul.
“Memang saya sedang bercinta dengan orang biasa yang masih bujang dan tiga tahun lebih tua daripada saya.
Kami juga merancang untuk berkahwin, mungkin tahun depan,” -Rafida

Pernikahan Syanie Pada Tarikh 1....

Dikhabarkan memetik sumber SinarHarian yang Syanie akan menjadi isteri yang sah kepada tunangnya, Nadi Putera pada tanggal 1 Mac 2014 nanti. Dan ini sekaligus membuatkan tali pertunangan mereka selama 6 bulan selepas hari Raya Aidilfitri yang lalu di akhiri dengan ikatan yang sah.

Anak Ayu, Zaquan Belajar Berjalan

Khamis, 14 November 2013

Wah dah belajar berjalan anak Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha yang kini sudah berusia 7 bulan. Muhammad Aisy Qaiser diajar berjalan oleh ayahnya, Zaquan dengan dibantu oleh Ayu yang mengira 10 langkah untuk Muhammad Aisy Qaiser berjalan.

Wah keluarga bahagia kan. :)

Gambar Kekasih Syazwan Zulkifly?

Difahamkan yang Syazwan Zulkifly yang juga pelakon drama slot Juvana dan juga drama Jodoh Itu Milik Kita telah memuatnaik gambar Facebook miliknya dengan seorang gadis.

Gadis itu katanya kekasihnya. Namanya adalah Sya Eriesya dan percintaan mereka sudah mekar sejak bulan Mac yang lalu.

Wah baguslah seperti itu, semoga cepat-cepat kahwin kan. :)

Saya Pakai Bra, Baju Ketat Sangat - Raja Ema

Beberapa minggu yang lalu, gambar Raja Ema yang dikatakan sangat berubah dari segi wajah dan penampilannya mendapat perhatian ramai.

Ketika itu dia menghadiri satu majlis perasmian butik Didie Alias. Namun yang jadi perhatian penuh adalah pakaian yang dipakainya, kata orang nampak bahagian dada Raja Ema.

Raja Ema menafikan yang dia tidak memakai bra, bahkan dengan tegas dia memakai bra dan mengakui bajunya sangat ketat.

Yasmin Hani Selamat Lahirkan Anak Berjantina.....

Tahniah kepada pelakon, Yasmin Hani yang selamat melahirkan seorang baby pada 12 November lalu. Difahamkan yang bayi itu dilahirkan pada sebelah pagi dan berjantina lelaki.

Nama dan gambar penuh tidak dinyatakan lagi oleh Yasmin Hani lagi buat masa ini, cuma gambar tangan bayi berkenaan di ambil gambar.

Gambar Terkini Anak Ke-2 Marion Caunter

Rabu, 13 November 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada Marion Caunter dan NS Nasarudin yang lahir pada 3 November lalu. Nampak dari raut wajah baby berkenaan, nampak seperti lelaki kan. Comel la baby ni. :)

Jangan Kurang Ajar di Instagram Saya - Lana Nordin

Lana Nordin memang seorang selebriti yang berani berpakaian seksi dan mengugat jiwa. Namun segelintir pengikut di Instagramnya kini diberi amaran oleh Lana berikutan sikap mereka seperti 'binatang' yang kadang kala menghentam Lana sendiri.

Pastinya itu tidak disukai Lana, dan admin juga percaya, jika ada orang komen negatif di tempat post/gambar milik korang pastinya anda tidak sukainya.

Fara Wahida Nak Kahwin?


Dengarnya Fara Wahida bakal melangsungkan pernikahannya tidak lama lagi. Ini berikutan sekeping gambar telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram dengan dia mencuba gaun pengantin.

Dan difahamkan lagi, majlis penuh makna itu akan dilangsungkan pada bulan Disember 2013. Kat bawah ni, gambar blurr yang dikatakan calon suaminya. Tahniah lah kalau berita ini betul. :)

Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin!

Dengarnya Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan berani di dalam laman Twitter miliknya yang mana keberanian Siti menegur Menteri Belia Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Teguran Siti agak pedas juga apabila dibaca, teguran positif bersifat pribadi itu disebabkan tindakan YB yang terlalu lantang dan seakan biadap dengan pemimpin yang lebih senior.

Filem Highland Tower Kutip RM........

Kalau dilihatkan filem Highland Tower yang berada di pawagam sekarang bersaing sengit dengan filem antarabangsa lainnya, seperti Thor. Namun sambutan filem ini juga amat mengalakkan dikalangan mereka yang kaki seram punya orang. Di Facebook dan Wechat ramai menyatakan filem ini tidak menghampakan.

Filem terbitan MiG ini dikatakan memetik portal Utusan telah mengaut keuntungan nak mencecah RM3.3 Juta dari 31 Oktober lalu, satu angka tidak disangka dengan kos yang rendah.

(gambar) Anak Eja Masuk Hospital

Selasa, 12 November 2013

Dikhabarkan minggu lalu, anak perempuan Siti Shahrizah @ Eja iaitu Nur Eishal dimasukan ke wad disebabkan sakit. Tidak dipastikan apa penyakitnya, namun difahamkan suhunya tidak menentu iaitu turun naik.

Anaknya yang sakit itu, ditemani ayah yang juga suami kepada Eja serta Eja sendiri yang bergilir-gilir menjaga Nur Eishal di hospital. Gambar terakhir adalah waktu Eishal kelihatan boleh keluar dari wad iaitu sembuh dah. :)