Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ammar Nafi Sindir Puteri Sarah Bertudung

Selasa, 26 Mac 2013

Bekas kekasih Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian Aziz dikatakan menyindir Puteri melalui laman sosial Facebook pada hari Isnin yang lalu berkaitan dengan tudung yang dikenakan oleh Puteri.

Namun Ammar yang dihubungi oleh portal mStar semalam menyangkal post itu ditujukan kepada bekas kekasihnya itu malah menganggap ianya sebagai 'public post' untuk semua fan page Ammar.

Ammar menyokong tindakan Puteri bertudung walaupun tidak pernah menghubungi setelah putus pada akhir tahun lalu.
"Saya tulis secara ‘random’ (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja.

"Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung," katanya

Fahrin Ahmad Beli Kereta BMW

Golongan selebriti ni tak usah cakap lah, memang gaji mereka berpuluh ribu setiap bulan. Dari pelakon sehinggalah kepada penyanyi mereka mendapat imbuhan daripada pelbagai sumber penajaan dan juga duta. Jadi tak salah jika mereka mempunyai kemewahan menjangkaui gaji-gaji professional jawatan awam yang lain.

Lihat sahaja Fahrin Ahmad, dengar khabar dia telah menukar rim kereta di salah sebuah kedai tayar, yang menjadi kenyataan disini adalah keretanya itu dikatakan baharu dibeli olehnya. BMW model Series-1 ini adalah kereta family yang berharga RM200,000. Memang dasyat lah Fahrin ni, banyak duit waA. bab kahwin bila pula. Hehe, -gambar twitter Fahrin Ahmad.


Rileksla, gua pakai motor kapcai jew.. Keh Keh..



Najwa Latif Tumbuk Pelajar Lelaki!

Itu dia Najwa Latif yang boleh dikatakan pandai menumbuk dengan rakan lelaki di sekolahnya. Bahkan ianya terjadi kerana ketidak puasan hati Najwa sendiri kepada pelajar lelaki berkenaan.

Bukan kerana Najwa seorang kaki pukul atau gangster sekolah tapi kerana kebenaran berada di pihaknya, dia menumbuk disebabkan pelajar lelaki berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya, lalu kena debomm lah oleh Najwa. Wajar kan tindakan Najwa ini. Namun itu semua menjadi kenangan dan iktibar untuk pelajar wanita lainnya.

Lain-lain mengenai Najwa ada dibawah ini memetik portal GUA:
  1. Sering mengigau ketika tidur. Sama ada tidur siang mahu pun malam.
  2. Fobia dengan eskalator sebab pernah berlaku insiden di mana selipar yang dipakainya terputus gara-gara tersangkut di eskalator. Najwa lebih selesa naik tangga atau naik lif.
  3. Seorang yang kuat makan. Tidak pernah risau tentang berat badan.
  4. Pernah menaiki bas dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM20 sahaja.
  5. Suka menghendap orang di laman sosial seperti di Instagram dan Twitter.
  6. Memiliki beberapa gajet seperti telefon bimbit Blackberry, Samsung SIII, PlayStation 3, DVD mudah alih dan IPod.
  7. Tidak suka makan ubat atau mengambil sebarang vitamin. Selalu kena paksa dengan pengurus supaya makan vitamin untuk elak kelesuan.
  8. Untuk menjaga suara, Najwa minum madu pada setiap pagi.
  9. Selepas setahun bergelar penyanyi, Najwa sudah mampu membeli sebuah kereta MyVi untuk kegunaan sendiri.
  10. Mempunyai dua barang yang sangat disayangi iaitu jam tangan berjenama Casio dan seutas gelang tangan yang terukir namanya.
  11. Tidak makan di restoran mamak. Biarpun perut terasa sangat lapar, Najwa tidak akan sesekali menjamu selera di restoran pilihan ramai ini.

Ozlynn Isteri Johan Pun Ikut Tocang

Isnin, 25 Mac 2013

Setelah melihat Johan mengenakan fesyen rambut tocang pada dirinya, kini giliran isterinya, Ozlynn mengenakan fesyen yang sama.

Fesyen yang dikatakan sukar untuk membuatnya itu telah dipadankan dengan pasangan ini. Namun fesyen ini tidak kekal lama, hanya sementara sahaja, mungkin untuk event atau majlis tertentu.

Kini rambut Johan dan Ozlynn kelihatan seperti biasa. -gambar Instagram Johan


Sebagai tambahn: Ini bukan anak mereka, tapi anak orang lain ok.
Bersama baby aishah yg sgt comel.. (berangan nak sgt anak pompuan so pinjam ar anak org lain)

Elfira Loy Dah Bertudung?

Wah pelakon, Elfira Loy kini dah bertudung. Rasanya admin, ini kali pertama melihat kelibat Elfira Loy bertudung selepas melihat adiknya, Ezlisa Loy bertudung beberapa bulan yang lalu,

Kedua-dua adik beradik ini kini kelihatan bertudung ketika berada di airport KLIA baharu-baharu ini bila Elfira memuatnaik gambarnya ke dalam Instagram.


Gaji Aidil RM50k Sebulan, Tidak Beri Nafkah?

Kes prosiding diantara aktres, Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan telah berlangsung lagi baharu-baharu ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari. Terbaharu, Rita mendakwa yang Aidil tidak memberik nafkah yang dikehendaki kepada Rita serta kedua-dua anak mereka walaupun dikatakan Aidil berpendapatan gaji RM50,000 sebulan melalui portal Hmetro.
"Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya," kata Rita.
Rita dikatakan menuntut sejumlah wang nafkah melebihi RM12,000 sebulan itu merangkumi:

-RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
-RM7,400 sebulan untuk Rita termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.

Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Namun Aidil menyangkal dakwaan Rita, malah menegaskan dia masih memberikan nafkah kepada mereka.
"Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu," kata Aidil

Gambar Siti Sarah Mengandung

Wah dah semakin membesar usia kehamilan anak ke-2 penyanyi, Siti Sarah isteri kepada pelawak Shuib Sepah. Baharu-baharu ini kelihatan mereka bertiga bersama anak sulung mereka, Uwais Al Qarni yang berusia setengah tahun yang pandai berjalan dah.

Mereka kelihatan melakukan aktiviti di dalam pejabat, tidak tahu apa yang ingin ditunjukkan oleh mereka, nampak seperti sebuah mesin inovatif yang didemonstari oleh Shuib.


Gambar Keluarga, Shila Amzah di Makkah

Syukur Alhamdulillah, Shila Amzah sudah selamat menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Makkah baharu-baharu ini. Dia sempat berkongsi beberapa gambar dalam laman sosialnya untuk peminat-peminatnya.

Turut kelihatan Nd Lala serta ahli keluarga kandungnya sendiri. Semoga damai dan tenang hati mu Shila. Kembali ke Malaysia dengan fresh dan 'chapter' baharu.

Anak Jimmy Shanley Yang Cute

Ahad, 24 Mac 2013

Dah besar panjang dah anak kepada pengacara, Jimmy Shanley. Kalau yang masih tidak mengingati nama anak Jimmy ni, namanya, Zahrah Rania Shanley.

Dalam usia nak dekat 2 tahun, Zahrah Rania Shanley kini selesa bersama ayahnya. Sememangnya masih tidak memahami apa yang terjadi kepada kedua orang ibubapanya.


Abby Abadi Perli Tun M.?

Sabtu, 23 Mac 2013

Aduhai si Abby Abadi ni, dah semakin rasanya tidak menghormati pemimpin-pemimpin Negara yang banyak berjasa kepada Negaranya sendiri. Lebih-lebih lagi kepada Tun Mahathir, walaupun beliau banyak musuh politik, tapi musuh-musuh politiknya tidak menghinanya malah menghormati Tun sebagai seorang pemimpin yang berkaliber.

Ni lah Twitt yang disampaikan Abby beberapa hari lalu. Apalah dosa Tun sehinggakan diperli sedemikian. Atau Abby ni cemburu kot, pemimpin Parti dia tak sampai ke Lahad Datu. Keh keh.

gambar dari blog http://www.sahabat-gunung.com

Ayu Shopping, Zaquan Mercedes..

Dah semakin besar dah nampaknya perut Ayu Raudhah. Mungkin hanya menunggu beberapa hari sahaja lagi untuk bersalin nak masuk 9 bulan dah. Tapi masih lagi boleh pergi shopping dengan bersahaja. Hehe.

Suaminya, Zaquan juga tidak kurang hebatnya sebagai kerjaya pemain bola sepak, pakai kereta Mercedes tuu. Kaw2 punya kereta ni. Hebat kan. Apa-apa pun rezeki mereka masing-masing. Dan Ayu semoga selamat melahirkan anak nanti. :)


Gambar Dina Selepas Buat Pembedahan

Jumaat, 22 Mac 2013

Beberapa hari yang lalu kalau tidak silap 16 Mac, finalis program realiti, Malaysian Idol dan juga deejay Era FM, Dina telah dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani satu pembedahan untuk membuang batu karang pada badannya.

Keadaan Dina nampak semakin stabil setelah melihat beberapa gambar Instagramnya yang dimuatnaiknya sendiri di Hospital Tawakal. Sukurlah kalau dah stabil dan kembali sihat sepenuhnya.

Gambar Terkini, Ashraf, BCL dan Anaknya


Pasangan dari dua buah negara berbeza, Ashraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari kini cukup berbahagia dengan seorang anak tunggal yang kini berusia 2 tahun lebih, Noah.

Boleh dikatakan keluarga bahagia ini kini masih lagi aktif dalam beberapa drama / filem di Indonesia.


Puteri Sarah Nekad Bertudung Penuh!

Di hari yang mulia, hari Jumaat ini kita telah dapat dikhabarkan dengan satu berita baik daripada pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana. Sebelum ini dia telah belajar memakai tudung pada dirinya, namun semalam melalui portal MediaHiburan, dia telah mengesahkan untuk bertudung penuh dan untuk selamanya pada dirinya.

Akhirnya inilah yang dinantikan oleh peminat Puteri Sarah, penampilannya selepas ini sudah berbeza dengan yang dahulu.
"Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."

Nora Danish Jadi Duta Uniqlo, Cantik Dan Bergaya!

Nora Danish kini diberikan kepercayaan untuk menjadi duta kepada gedung membeli belah pakaian terbesar di Malaysia, Uniqlo. Dengan berwatakkan seperti remaja dan dewasa, Nora Danish masih dianggap sebagai seorang yang bergaya dan anggun bila berpakaian t-shirt dan berseluar.

Apa-apa pun tahniah diatas pelantikkan ini, yang pasti Nora memang sesuai menjadi duta kepada produk Uniqlo.

Najwa Latif Dapat 4A SPM

Tahniah! dengar khabar penyanyi, Najwa Latif mendapat keputusan yang dianggap baik dalam SPM 2012 yang diumukan keputusannya semalam.

Najwa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dengan aliran sains mengambil sepuluh (10) subjek akhir SPM dengan mendapat 4A sedikit tersasar daripada targetnya untuk mendapat 6A sebelum ini. Lain-lain subjek tidak dapat diketahui apa keputusannya.

Namun Najwa tidak dapat menhadiri untuk mengambil keputusan SPM berkenaan.

Lagi Gambar Anak Harith Iskander V1

Khamis, 21 Mac 2013

Anak Harith Iskander, Zander Xayne kini sudah mahu memasuki usia setahun umurnya. Dan perkembangan terbaharu Zander Xayne sedikit sebanyak boleh duduk dan juga berjalan.

Memang melihatkan Zander Xayne juga comel seperti paras wajah ayahnya. Auch, tak tahu nak kata apa-apa, layan.. IG Harith

Zain Saidin Hapus Akaun Instagram

Dikhabarkan semalam melalui portal mStar, yang Zain Saidin telah menghapuskan akaun Instagram miliknya untuk satu langkah bagi mengelakkan cemuhan dan kritikan 'follower' selepas memasukkan gambar dia dengan kekasih hatinya, Rozita Che Wan.

Bah kan tambah Zain lagi, ianya dibuat untuk kekasihnya itu adalah semata-mata menjaga maruah, nama baik serta imej Rozita.
"Ya... Saya padam akaun (Instagram) kerana tidak mampu untuk mengawal orang yang beri komen dan kutukan pada setiap gambar yang saya muat naik.

"Gambar-gambar itu hanyalah sekadar gambar biasa sahaja, bukannya gambar tidak sopan. Kalau ada pun mungkin hanya skirt (Rozita) tertarik sikit semasa sedang duduk,"-Zain Saidin.

Motosikal Kuasa Besar Milik Fauziah Latif

Tak sangka minat sungguh Fauziah Latif dengan aktiviti motor berkuasa besar ni. Memang kamcing dengan rakan selebriti yang lain yang meminati hobi yang sama iaitu Erra Fazira, Umie Aida dan Linda Onn.

Motor berkuasa besar yang dimiliki oleh Fauziah atau Gee ni kemungkinan berharga lebih daripada RM100,000. Nampak memang besar, Fauziah begitu bertenaga sekali menggunakan motorsikal ini.