Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby Abadi Sudah Ada Kekasih?

Selasa, 27 November 2012

Abby Abadi dikatakan telah menimbulkan satu lagi gosip terbaru dalam dirinya. Yakni kini dia dikatakans sedang mendapat cinta baru. Kisah ini bermula apabila dia memuat naik gambar yang amat mencuri perhatian di dalam laman sosial miliknya.

Gambar yang ditertera adalah gambar ketika Abby ke kedai bunga. "Mencari apa yang patut untuk...Jeng! Jeng! Jeng! Huhu...Yang penting yang wajib di dahulukan, kan? Couple2 banyak dosa, kahwin semua buat dapat pahala kan? So apa lagi! Hehe 3 #JomNIKAH ;D" 

Dan paling yang tak disangka sekeping gambar tertera dua objek yang tertulis 'Marry me!' dan 'You and Me'.  dengan status yang berbunyi " Cenggg! Cenggg! Tajuk Album: Takdir Penentu Segalanya..."

Rasanya Abby telah menyimpan satu rahsia mengenai pasangan hidupnya, mungkinkah dia bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi??


Gambar Red Carpet Shout Award 2012

Gambar dibawah adalah gambar Red Carpet ketika majlis Anugerah Shout! Award 2012 yang lalu. Tema majlis itu adalah ala santai di tepi pantai. Ramai selebriti daripada kumpulan mana yang tak dikenali namanya datang sekali memeriahkan majlis. Jom lihat warna warni pakaian dorang ni. -gambar  facebook.com/bungastudio

Gambar Syella Kamaruddin Mengandung

Isnin, 26 November 2012

Siapa yang masih mengenali Syella Kamaruddin? seorang penyanyi yang dikenali lebih kurang 12 tahun yang lalu. Namun kini nama Syella sudah seperti sepi dan sunyi tanpa ada sebarang berita.

Tip top dia dah sarat mengandung. Baguslah kalau macam itu, tapi yang pelik, identiti suami masih lagi menjadi satu rahsia samaada dari golongan VIP atau pun orang biasa.

Gambar Kekasih Stacy?

Gambar dibawah dikatakan atau lebih lagi digosipkan sebagai gambar yang penuh tanda tanya. Memang melihat gambar diatas seperti biasa sahaja namun menurut sumber, gambar berkenaan adalah gambar kekasih kepada penyanyi, Stacy.

Lelaki di sebelah gambar Stacy itu adalah seorang pelakon untuk sebuah drama 6 Progresif yang bernama singkat, Ijoy. Ada saksi mengatakan yang terserempak diantara mereka berdua di beberapa buah acara.

“Tetapi, mereka berdua sering menolak kalau kami ingin ambil gambar bersama — mungkinkah ada rahsia antara mereka yang mahu disembunyikan?” -sumber.

Tahniah, Nabil Dapat Anak Perempuan

Tahniah kepada pelawak, Nabil kerana isterinya Nazirah telah melahirkan anak perempuan pada hari Ahad pagi semalam.

Kelahiran bayi berkenaan dikatakan awal daripada jangkaan sebenar yang dijadualkan pertengahan Disember,

Anak Nabil itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.
“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya selamat dan terkawal. Namun, saya juga berasa gementar dan berdebar untuk bergelar bapa.

“InsyaAllah, saya akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Yang penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat,

“Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tidak sangka kelahiran berlaku terlalu awal. Kalau ikutkan, kami memang buat persiapan untuk bulan depan.

“Kalau hendak tahu, saya dan isteri baru sahaja membeli buku panduan nama-nama Islam ketika kami keluar bersama pada malam tadi (malam Sabtu).

“Belum sempat pun saya selak nama-nama yang sesuai, anak sudah lahir. Tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama,” kata Nabil.

Gambar Anak Zahnita Wilson

Ahad, 25 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar studio anak kepada model, Zahnita Wilson yang kini sudah semakin besar. Nama anak Zahnita ini adalah Zasha Rayna. -ganbar  facebook.com/shakerhanafiPhotography

Gambar Pra Perkahwinan Apek, Leauniey

Sabtu, 24 November 2012

Apek atau lebih dikenali sebagai Khairul Fahmi Che Mat yang tidak lama lagi akan bernikah yakni pada 28 Disember 2012 dengan pasangannya, Leauniey kini dalam persiapan untuk hari yang bersejarah itu.

Mungkin memilih tarikh itu kerana kerjaya Apek sebagai penjaga gawang bola sepak Kebangsaan akan berentap di piala Suzuki yang dijadualkan tidak lama lagi.

Namun mereka berdua sudah pun menjalani aktiviti bergambar pra-perkahwinan baru-baru ini.  -gambar  facebook.com/thephotolicious

Gambar Selebriti di ABPBH 2012

Gambar dibawah adalah gambar selebriti yang sempat dishot ketika majlis perasmian Anugerah Berita Harian, ABPBH yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Gambar dibawah menampilkan calon-calon yang mungkin tersenarai untuk salah satu kategori yang dipertandingkan. -gambar  facebook.com/ryaniezmoments