Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Eja, Nazim Othman hiasi Majalah GLAM

Selasa, 26 Jun 2012

Dua selebriti terkenal dalam bidang lakonan Siti Shahriza atau dikenali sebagai Eja dan juga Nazim Othman telah terpilih untuk menghiasi majalah hadapan GLAM edisi Julai. Kedua-dua selebriti ini tampaknya lebih berktrampilan dan bergaya. Pastinya kepada peminat pembaca majalah hiburan tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya untuk mengetahui kisah yang menarik seperti sehari bersama Nazim dan kisah Eja yang tidak bersedia menjadi ibu lagi tetapi...

Saiful Apek dibebaskan dakwaan dadah

Saiful Apek berasa amat lega dan bersyukur apabila Mahkamah Majistret PJ semalam membebaskan dia dan tiga rakannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan dua tahun lalu.

Saiful berkata, keputusan yang dibuat oleh Majistret tu adalah satu kebenaran yang telah terbukti selepas dua tahun dibelenggu dengan insiden yang telah mencalarkan namanya sebagai seorang selebriti.

"Syukur Alhamdulillahlah semuanya telah selesai dan sedikit sebanyak keputusan yang dibuat oleh Majistret telah membersihkan nama saya yang tercalar sebelum ini.

"Bebanan yang dipikul sebelum ini kerana kes tersebut telah bertukar menjadi lega dan sokongan peminat sentiasa membuatkan saya kuat untuk mengharungi semua dugaan ini,"-Via

Emran nafi kahwin lagi, Erra masih isteri!

Isnin, 25 Jun 2012

Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Engku Emran tampil kepada akbar Harian Metro baru-baru ini untuk menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua (poligami) dan setersunya menafikan segala cerita/gosip palsu yang tersebar itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran. -Via

Daphnie Iking cerita keretakan rumahtangga!

Daphnie Iking akan mendedahkan kepincangan dalam rumah tangganya termasuklah pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes. Selama ini ramai pihak yang tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga menyebabkan hatinya benar-benar pedih dan terluka.
“Ya, hati saya pedih apabila bekas suami menyaman lelaki lain kerana mengurat saya tetapi saya cuba melupakan peristiwa itu dengan ketawa.

Ramai yang tidak tahu cerita sebenar tentang masalah dalam rumah tangga saya tetapi menuduh saya yang bukan-bukan, jadi saya mahu menggunakan pentas teater untuk mendedahkan semua itu.
Teater ini akan dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam. Teater ilham daripada kes mahkamah yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne. -mStar

Ras Adiba nekad botakkan kepala!

Penyampai berita, Ras Adiba Radzi kini berani berimej membotakkan diri untuk dikhalayak umum mahupun ketika berada di media. Ini bukanlah suka-suki hati Ras untuk membotakkan kepala, tapi adalah semata-mata untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan menurut portal Murai sebagai Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Namun yang baiknya bukan botak sepenuhnya, masih ada rambut lagi sikit-sikit.

Sami Yusuf - You Came To Me (Feat. Siti Nurhaliza)

Ahad, 24 Jun 2012

Penyanyi nasyid, Sami Yusuf telah merakamkan lagu berduet (feat) dengan Dato' Siti Nurhaliza dengan diberi nama 'You Came To Me'. Dengan Sami menyanyikan dalam versi English, manakala Nurhaliza dalam bahasa Melayu/English lirik daripada Yassin. Nak lihat persembahan konsert Sami Yusof, pada 14 Julai nanti di Stadium Melawati dengan tiketi boleh didapati di http://redtix.airasia.com.. Jom layan lagu ni, memang best juga bila mendengarnya. :)

Lagi Gambar Percutian Siti Nurhaliza di Australia

Sabtu, 23 Jun 2012

Sebelum ni ada entry berkaitan Dato' Siti Nurhaliza bergambar bersama-sama Johnny Depp. Namaun itu adalah gambar susulan dan kali ini adalah gambar full yang menampakkan aktiviti-aktiviti bersama peminatnya di Australia selama 5 hari yang bertemakan 'Stress-Free Getaway'. Jom kita lihat apa ada di sana.

Irma Hasmie di Majalah Pengantin

Irma Hasmie yang memilih 29 Jun ini yakni Jumaat depan untuk bernikah sudah pastinya berdebar menantikan saat itu. Dengan perubahan pada dirinya yang begitu anggun sekali pastinya ramai ingin melihat Irma berpakaian pengantin pada hari itu, namun usah ditunggu saat itu, Irma sudah pon memakai pakaian pengantin serba hijau dan bermanik-mani untuk muka hadapan Majalah Pengantin.

pelakon Shah Iskandar, pelakon kacak!

Jumaat, 22 Jun 2012

Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar merupakan seorang pelakon kacak yang bakal mengungat prestasi mana-mana pelakon kacak yang lain. Diperkenalkan khas melalui drama aksi Gerak Khas di TV2 arahan Datuk Yusof Haslam, Shah Iskandar nampak lebih matang dalam dunia lakonan. Orangnya masih lagi bersih daripada sebarang gossip liar.

Gambar Dynas Mokhtar Mengandung

Minggu lalu Dynas sudah selamat melahirkan anak ke-2 nya. Kini pastinya dia sedang berehat dan berpantang untuk menjaga kesihatan dirinya.

Namun kita tak payahlah nak sibukkan diri untuk melihat anak ke-2 Dynaz tu, sebab pasti nanti dia akan memperlihatkan kepada peminat-peminatnya juga.

Dan dibawah ini adalah sesi photographer sebelum kelahiran anak ke-2 itu bersama-sama anak sulong. -gambar Aizat Aziz.

Khairul Fahmi pakai cincin, tunang ke?

Betul ke pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) Dan Leuniey (Nur Eilunie Natasha Nazri) sudah betunang. Pastinya ramai yang menunggu-nunggu pekhbaran ini benar atau tidak. Yang sudah tentu, bukti terakhir yang menyatakan mereka bertunang adalah
melalui Blackberry Messenger yang menunjukan Apek memakai cincin. Cincin tunang atau cincin suka-suka yang tu menjadi persoalan besar setakat ni. Zz

Gambar Maya Karin Terbaru

Khamis, 21 Jun 2012

Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin memang menarik perhatian orang untuk melihat filem berkenaan. Kali ini Maya Karin bakal menaruhkan satu lagi filem hebat yang bertajuk, JWANITA. Filem ni bukan filem hantu atau romantik ok, tapi filem berkisar soal dendam luar biasa terhadap adik kandung sendiri merampas 'jantan' kakaknya. Jadi kakaknya bukan jadi Hulk, tapi menjadi wanita ganas setanding dengan Hulk je. Nanti kan lah filem ni ok, yang pasti Maya Karin masih nampak cute masa pelancaran filem berkenaan di bawah ni. peace!

<

gambar Budiey.com

Cristina Suzane hiasi majalah EH! Julai

Siapa Cristina Suzane ni? pasti masih lagi terlalu asing ditelinga korang kan. Dia ni adalah seorang pelakon baru yang anggun dan cantik. Mana tidaknya dia berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu, sebab itu wajahnya betul-betul lain dari orang Melayu yang original. Dia juga adalah pelakon untuk drama Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006).

Dan terbaru rezekinya adalah untuk mencipta nama di muka depan halaman majalah EH! edisi Julai 2012 yang bertemakan seperti permaisuri mesir sedang bersiar-siar di sungai tapi bawa tudung saji pulak dah..

Mizz Nina berazam mahu anak tahun depan

Mizz Nina dalam berkata dalam laman mStar sudah berkeinginan untuk bergelar ibu dan berhasrat mengandung bermula pada awal tahun depan.

Mizz Nina juga berazam untuk ahun 2013 adalah waktu terbaik untuk dia memberikan tumpuan kepada urusan membina keluarga selepas setahun mendirikan rumah bersama Noh Hujan yakni pada 1 Julai 2011 lalu dinikahkan.

“Selepas hampir setahun berkahwin kini saya baru benar-benar bersedia untuk bergelar ibu. Jika diizinkan, saya mahu mendapatkan anak pada tahun depan.

“Lagipun umur saya pun akan mencecah 33 tahun pada 2013, jadi saya rasa tahun depan adalah waktu terbaik untuk saya dan Noh membina keluarga,” kata Mizz. -Via

Maria Farida di Litar Sepang

Rabu, 20 Jun 2012

MEsti ramai yang ternanti-nanti gambar terbaru aktress jelita, Maria Farida. Yang pasti kelibatnya akan membuatkan ramai orang melihat. Percaya atau tidak, memang begitulah lumrah dunia kecantikan. Gambar dibawah ini diambil pada 10 Jun lalu, apabila Maria datang ke litar Sepang untuk memeriahkan satu kejohanan permotoran Super GT.

gambar RotiKaya

Isu Tatoo, Awi Rafael Taubat!

Pada Jumaat lalu, Awi Rafeael melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya. Bagaimanapun dia akhirnya mengakui sudah pun bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.

gambar MediaMalaya
"Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.

"Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal," katanya. -Via

luahan Awi melalui Mediahiburan. Klik untuk besarkan