Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar anak SM Nasarudin, Marion Counter

Sabtu, 24 Disember 2011

Gambar dibawah adalah gambar anak kepada pasangan ideal SM Nasarudin dan Marion Rose Caunter. Bayi perempuan ini dilahirkan pada tanggal 16 Disember yang lalu. Nama bayi perempuan ini pula adalah Leia Rose Caunter Nasarudin. Memang sungguh comel dan nampak sangat wajah yang berseri-seri. Semoga dengan kehadiran bayi ini dapat memberikan suasana lebih meriah dan bahagia lagi.

Lisa, Yusry umum tarikh kahwin esok!

Jumaat, 23 Disember 2011

Jeng3.....Berita yang diterima oleh mStar baru-baru ni mengesahkan bahawsanya.. Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan anatara Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, mereka bakal membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis. Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Kalau korang nak pergi juga, jum la sergah, pasti ramai dan sesak ketika itu menanti dan mendengar bila kah tarikh keramat bagi pelakon cantik, Lisa menjadi isteri.

Gambar Miera Liyana seksi di Mangga

Miera ni tak perlu diperkatakan lagi lah, sebab dia ni seorang artis yang serba seksi seksa. Kalau dah dapat peluang jadi model depan majalah, sure seksi berabis. Apatah lagi Majalah Mangga yang selalunya menampilkan artis-artis yang seksi sebagai cover muka hadapan majalah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, belilah majalah ini, kalau tak, belilah majalah ilmiyah. huehue.

Anak Didie Alias dapat 8A PMR

Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan (baju kuning) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

"Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik," katanya. -Via

Pelakon baru, Anzalna Nasir yang cun

Khamis, 22 Disember 2011

Siapa Anzalna Nasir ni? dia ni merupakan pelakon dan model muda yang berusia 23 tahun. Anzalna Nasir pernah muncul dalam iklan Celcom, tapi tak tahu la bab yang mana pulak. Kalau lakonan, sure korang mesti pernah lihat dia, contohnya, drama Gemersik Kalbu (proses), drama Suria di Cordoba dan Ramadhan Terakhir. Jangan terlepas pandang pula, Anzalna Nasir merupakan lepasan Diploma Bahasa Perancis di Launceston College Tasmania, Australia. Macam cantik tak orangnya?

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu


Doakan Latif Ibrahim semoga sihat

Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim yang berumur 61 tahun dikhabarkan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Ahad yang lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal. Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN,

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya. -Via
Kita doakan agar Abd. Latif Ibarahim segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

AC Mizal, Eizlan Yusof dapat gelaran 'Datuk'

Tahniah kepada AC Mizal dan juga rakannya, Eizlan Yusof yang mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada hari ini, Khamis.

Pengesahan AC ini sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.

"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.

"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya. -Via

Tahniah diatas perkahwinan Adzriefaiz, Suliza

Rabu, 21 Disember 2011

Pada 9 Disember 2011 yang lalu dikhabarkan pengacara TV3 yang tidak asing lagi dengan kelakarannya, Adzriefaiz telah pon selamat diijab kabulkan aka berkahwin di Kangar, Perlis dengan pasangan pilihan sehidup sematinya, Suliza. Perkenalan mereka ini bermula 7 tahun yang lalu dimana ketika itu Suliza berusia 18 tahun dan Adzri berumur 20 tahun, sungguh tak diduga, perkenalan selama 7 tahun itu, akhirnya diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah. Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua pengantin, semoga kekal selamanya.

kad kawin Adzrifaiz

kad kawin Adzrifaiz

Adzrifaiz

Adzrifaiz

Adzrifaiz

-Gambar Via

Pelakon lama, Lydiawati kini bertudung!

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, dia memakai tudung bagi menutup aurat dan bukannya kerana terikut-ikut dengan fesyen semasa. Bagi pelakon drama dan filem yang popular pada tahun 1980-an ini dan kini, berfesyen dalam bertudung adalah perkara kedua.

"Apa yang penting ialah niat kita bertudung kerana memenuhi tuntutan ajaran Islam dan bukannya kerana mahu berfesyen. Bagi saya, bertudung bukannya kerana dipaksa dan terpaksa atau mengikut trend, tetapi ia lahir daripada hati dan kesedaran si pemakai itu sendiri.

"Saya bertudung kerana ia datangnya daripada hati dan kesedaran sendiri. Tidak timbul soal berfesyen kerana sewaktu saya mula-mula memakai tudung tujuh tahun lalu, ketika itu belum ada fesyen tudung seperti yang dipakai oleh Wardina atau Yuna.

"Sebab itu, saya anggap bertudung bukan sahaja wajib bagi setiap wanita agar menutup aurat kerana mematuhi ajaran Islam tetapi pada masa sama, mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya wajib menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. -Via

Gambar Mesra Lisa Surihani, Yusry KRU

Wah bukan main mesra lagi Lisa Surihani dengan pakwenye, Yusry KRU. Memang jarang kita lihat gambar semesra ini tersebar luas di internet. Lebih-lebih lagi pertama kali Lisa bermanja dengan dengan seorang yang bernama lelaki. Jadi kepada peminat Lisa diluar sana tu, jangan cemburu erk, nanti kalau cemburu juga, boleh koyakkan gambar ni. Haha

Kahwin Mac 2012, No Komen - Fasha

Selasa, 20 Disember 2011

Kecoh di laman-laman sosial, ruangan gosip serta blog-blog tempatan apabila sekeping gambar Fasha Sandha mengenakan sepasang busana pengantin berwarna krim tersebar. Persoalan timbul, benarkah gaun pengantin itu yang bakal dipakainya untuk resepsi perkahwinan yang dikhabarkan akan berlangsung sekitar bulan Mac tahun 2012 dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram (Jejai)?

“Insya-Allah kalau ada jodoh akan kahwin, lebih baik jangan cakap terlalu awal.”
Itu jawapan ringkas yang kompleks untuk diterjemah demi kedua-dua soalan mengenai jodoh dan gambarnya mencuba gaun pengantin.

Selebihnya, Fasha lebih selesa menguntum senyum dan enggan mengeluarkan walau sepatah kata. Lebih banyak jawapannya berbunyi: “No comment.”

Azizah Mahzan kini dah bertudung?

Akhir tahun 2011 yang tak lama lagi melabuhkan tirainya memang banyak episod yang terlalu manis, ramai artis berubah 360 darjah memakai tudung dan sekaligus memberikan persepsi positif terhadap perkembangan selebriti tempatan. Syukurlah kalau macam ini, negara kita semakin terserlah dari sudut itu. Yang terbaru dikhabarkan di dalam rancangan 'Wanita Hari Ini' edisi baru baru ini, menampakkan penampilan Azizah Mahzan dah mula memakai tudung. Walaupun pemakaian tudungnya masih suam-suam, tapi diharapkan itulah titik permulaan baginya untuk bertudung. Yang kita harap-harapkan juga melihat perubahan penuh dari sudut penampilan.

Fazura tunaikan umrah di Makkah

Fazura dikhabarkan kini pergi menunaikan umrah buat dirinya. Memang sesuatu yang diluar dugaan peminat mengenai berita baik ini. Kita doakan sahaja semoga umrahnya mabrur diterima oleh Allah. Dan yang pasti adakah kepulangan Fazura nanti akan menampilkan sesuatu yang misteri (bertudung)? jeng-jeng..

Gambar Abby Abadi Bertudung

Isnin, 19 Disember 2011

Wah, bukan main sweety dan preety lagi melihat kelibat Abby Abadi bertudung pada satu majlis yang turut dihadiri oleh penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini. Memang kita tak nafikan, ini sememangnya majlis ilmu, sudah tentu sesiapa yang hadir pasti menutup aurat. Adakah Zul akan bertaut kembali setelah melihat gambar ini? hehe... Apa-apa pun kita enjoy dulu dengan gambar di bawah ini.

Inikah kekasih Betty Banafe?

Gambar dibawah ini diambil ketika Betty Banafe dan Bruce (orang kacukan Britain dan Lubnan) pergi menghadiri majlis perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia baru-baru yang lalu. Bruce hanyalah kawan biasa Betty yang sejujurnya diungkap oleh Betty. Kehadiran Bruce adalah untuk melihat budaya orang kita berkahwin. Dan itu membuatkan Bruce amat-amat teruja. Tapi apa sebenar motif utama membawa Bruce? hehe. Adakah Betty mahu Bruce mengahwini dirinya, kita saksikan episod seterusnya, cewah, macam drama pla.

"Dia adalah teman saya dan saya sengaja bawa dia ke sini untuk melihat sendiri bagaimana suasana perkahwinan cara kampung masyarakat Melayu. Kerana sebelum ini saya pernah bawanya ke satu lagi majlis perkahwinan Melayu yang sama sekali berbeza konsepnya.

"Biarlah dia lihat dan alami sendiri bagaimana majlis perkahwinan cara orang kita. Saya gembira kerana dapat membawanya bersama dan memperkenalkan dia kepada budaya kita," kata Betty. -Via

Sekitar Konsert Fenomena 30 tahun Search

Amy Search hampir menitiskan air mata apabila melihat seramai 15,000 penonton tidak henti-henti menyanyi bersama-samanya sepanjang konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran MINES pada malam Sabtu.

Perasaan terharu semakin memuncak ketika membawakan lagu terakhir iaitu Fantasia Bulan Madu lebih-lebih lagi mendengar gema suara nyanyian seluruh penonton yang berada di konvesyen berkenaan. Selain Amy, Search dibarisi Din, Kid, Nasir dan Yazid.

Persembahan energetik Search selama hampir tiga jam telah memukau para penonton yang tidak henti-henti menyanyi bersama-sama sepanjang 25 buah lagu dipersembahkan

Suntikan 'magis' Search bermula dengan lagu pembukaan, Panggung Khayalan diikuti dengan barisan lagu lain seperti Gothik Malam Edan, Fenomena, Metropolitan, Melayar Bahtera, Serigala Segalanya, Pemuzik Jalanan, Isabella, Melastik Ke Bintang, Cakap Memang Meriah, Rozana dan Bisa.

Oh Abby i still need u lah - Zul

Ahad, 18 Disember 2011

Zulkifli Ariffin mengakui masih sayangkan bekas girlfriend-nya, Abby Abadi walaupun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta buat masa ini. Zul akui adalah tidak mungkin dia dapat melupakan hubungannya bersama Abby yang telah berlangsung selama tiga tahun begitu sahaja dan masih menghormatinya sebagai seorang kawan.

"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya.

"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya adakah Zul akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Abby, Zul menjawab ringkas. “mungkin...!

Jimmy dakwa isteri suka main judi?

Sabtu, 17 Disember 2011

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam baru-baru ini membabitkan Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.
“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,”
Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya. -Via
ps: aish, apa nak jadi dengan kedua-dua rumahtangga ni. mana yang satu betul pon admin tak tahu, sampai pening nak dibuatnya. ishk...

Kereta Mewah Fasha Sandha, dicuri!

Makin pandai pencuri sekarang ni, bukan sahaja kereta tak mewah, kereta mewah yang mempunyai sistem keselamanatan yang tinggi pon tak boleh jamin apa-apa. Kereta mewahh Fasha Sandha disahkan hilang dipercayai dicuri. Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, pada hari Jumaat.

"Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat. Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu," katanya
Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.

Bukan Silikon atau Kanser, tapi Virus

Jumaat, 16 Disember 2011

Dalam kesibukan membuat persiapan persembahan minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega (MLM), ahli kumpulan Syok, Ifa Raziah terpaksa dikejarkan ke hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan baru-baru ini. Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan asetnya itu membengkak dan keras seperti batu.

"Sekarang ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra sound. Ifa masih lagi menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman doktor, terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.

"Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini.

"Apa sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah sangka terhadap apa yang diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu membuat pembedahan payudara untuk masukan silikon.

"Doktor telah memberitahu, sakit Ifa ini bukanlah kanser payudara. Kalau kanser, pesakit tidak akan merasa sakit dan ianya akan terus membunuh mangsa dalam diam. Pun begitu, Ifa tidak boleh menipu, dalam hati Ifa, rasa takut terkena kanser itu ada bermain difikiran Ifa." -Via

Gamba suami dan anak Ayu OIAM ?

Bagi peminat-peminat Ayu OIAM yang dulunya mempunyai berbisa apabila berada di pentas, kini Ayu sudah sepertinya tidak lagi kelihatan dan mula menyepi. Kemungkinan besar, dia mahu menguruskan rumahtangga dan keluarganya sepenuh masa. Dan yang terbaru, Ayu 'tersengaja' memperlihatkan anak dan juga suaminya yang selama ini dianggap misteri oleh para media dan juga peminat-peminat hiburan tempatan.

Awie Kantoi Sebut Erra !

Haha. Buat pertama kalinya Awie terkantoi memanggil nama Ella kepada Erra. Memang lawak sungguh Awie ni, masih teringatkan dengan kekasih lamanya. Tapi mungkin tersasul agaknya dan tiada apa-apa niat langsung pon. Apa-apa pon jum kita gelak di awal pagi ini dulu. Minit 8:30.