Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

gambar Wardina ketika kecil

Jumaat, 22 Julai 2011

Semua orang dah tahu yang Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot merupakan anak kacukan. Ayahnya orang Australia. Wardina terkenal ketika dia berlakon dalam Spanar Jaya di NTV7 beberapa tahun yang lalu dan kini menjadi lebih daripada sekadar berlakon. Tapi pernah kah anda melihat Wardina masa dia kecil? pastinya tidak pernah kan. Jom lihat gambar Wardina ketika kecil yang kemungkinan umur Wardina masa ini dalam 5-6 tahun. (gambar Wardina duduk paling kanan)

[fb Wardina]

gambar perkahwinan Zul Handy Black

Khamis, 21 Julai 2011

Zul Handy Black ni juga seorang pelakon untuk filem Mantra. Pelakon yang waktu itu sangat kontroversi kerana memperaksikan watak sungguh 18sx. Tapi tip top sekrang dah pon selamat diijab kabulkan oleh wanita pilihan dirinya. Details mengenai gambar perkahwinan dibawah tidak dapat dikesan. Apa-apa pun tahniah kepada Zul Handy Black dan juga isteri beliau. Moga kekal hingga ke akhir hayat.

[via]

gambar seksi Marsha Londoh~

Seksi betul Marsha Londoh di majalah FHM ni. Tak terkata-kata melihat aksi Marsha yang sungguh mengugat jiwa kejantanan yang sedang melihat gambar dia ni. Tapi selepas ni harap Marsha bolehlah perbaiki sedikit pengayaan yang sedia ada ni. Bawalah imej ketimuran, kita kan orang Malaysia. Seharusnya Marsha dapat menyesuaikan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. huhu.

[via]

Siti Nurhaliza - Falling in Love

Falling in Love ni merupakan lagu untuk album single Inggerish pertama Dato' Siti Nurhaliza. Dan kini lagu ini boleh anda dengari melalui laman sesawang YouTube sekaligus Dato' Siti membuka 'channel' nya sendiri di Youtube yang dinamakan SitiDIGITAL atau terus ke http://www.youtube.com/sitidigital. Jom layan dulu lagu baru Dato' Siti ni. Siap boleh buat callertone lagi tue. hehe.

Dian Sastrowardoyo selamat lahirkan anak

Rabu, 20 Julai 2011

Artikel dibawah ni agak menghairankan pelik bin ajaib. Tidak tahu salah pengarang media ke atau memang betul-betul punya kejadian. Sebab bayi normal yang dilahirkan adalah di atas 2.5 kg. Jadi bila kurang dari 2.5kg maka termasuk kategori BBLR (Berat Bayi Lahir Rendah). Namun itu tidak mustahil jika berat bayi berkenaan mencecah 8 kg lebih.

Sebab kes bayi terberat bukan yang pertama didunia, malah dah berpuluh-puluh kes di serata dunia. Kuasa Tuhan, apa-apa pun boleh dijadikan dengan kehendakNya. Tapi yang peliknya diseni, gambar bukan macam 8 kg diatas jerk, ni mesti salah mengarang nie.. artikel asal seperti dibawah, tapi tekan balik link, sepertinya dah dihapuskan.. Zzz.. Apa-apa pun tahniahlah kepada Dian Sastrowardoyo dan suami.

Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 17 Julai lalu pada Ahad lalu pukul 3 petang di Rumah Sakit YPK Menteng, Jakarta Pusat. Seperti dipetik Inilah.com, pengurus pelakon tersebut, Wisnu telah mengirimkan kenyataan kepada media berkenaan maklumat bayi tersebut. Bayi lelaki yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo telah dilahirkan dalam keadaan normal dan seberat 8.03 kilogram.

Dalam surat tersebut juga, Dian melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing. [via]

Fara Fauzana akui belum ada kekasih!!

Bekas pengacara Melodi, Fara Fauzana memang tidak asing lagi kerana kecolotehannya bercakap bersama peminat tak kira di Radio Hot FM dan sebagainya. Umur Fara pun dah mencecah 31 tahun. Dan masih lagi dalam proses mencari teman lelaki untuk bermulanya kisah putik memutik cinta. Namun jejaka yang diidamkan masih belum muncul lagi di dalam mimpi Fara.

Sabarlah Fara, pasti ada jodoh di antara Farah dengan seseorang lelaki, mungkin jodoh Fara tu, masih sibuk dengan kerjayanya kot, sebab tu belum tergerak hati nak berkenalan dengan Farah. Kita doakan sahajalah Fara berjumpa dengan jejaka idamannya yang soleh yang boleh membimbing Fara.
“Saya masih belum ada teman lelaki dan masih mencari calon suami yang sesuai. Sempena nak hampir bulan Ramadhan ini, saya harap peminat doakan supaya saya berjumpa dengan bakal suami yang soleh.” [via]

Intan Sarafina Hamil Lagi

Tahniah kepada penyanyi dan pelakon, Intan Sarafina yang kini berusia 29 tahun telah pun hamil anak ke-2 yang berusia 5 bulan hasil perkahwinannya dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu. Anak sulung mereka yang bernama Megat Evan Raez kini dah berusia 2 tahun masuk hujung tahun ni.

Intan selepas ni perlulah banyakkan berehat daripada melakukan kerja-kerja berat. Tapi Intan dah lama menyepi daripada dunia seni kan? mungkin dia nak tumpukan sepenuhnya masa dengan keluarga dan menjadi surirumah yang baik.

[via]

video Karma - Faizal Tahir keterlaluan?

Selasa, 19 Julai 2011

Video Karma nyanyian Faizal Tahir yang boleh dilihat melalui YouTube dianggap oleh sesetengah pihak agak keterlaluan dan mengandungi unsur-unsur ganas tahap tidak berperikemanusian. Dikatakan babak dan jalan ceritanya yang pada mulanya agak menarik dan memberi pengajaran tetapi diakhir-akhir babak adegan yang tidak boleh diterima sebagai orang yang bertamadun. Mungkin babak-babak yang terakhir ini adalah tidak wajar tindakannya untuk menutupi segala apa yang 'dia' alami.

Kiranya haruan makan anaklah ni citernya. Video ni mungkin bukan menunjukkan karma aka pembalasan Tuhan tapi bermotifkan balas dendam. Sebab tue lah, ada sesetengah pihak tidak setuju dengan ini video. Lain pulak ceritanya dalam video tue, membunuh tue 1 dosa besar, bunuh 'ayah' lagilah dosa besor punya. Lagipun mungkin 'ayah' dalam video tue dah bertaubat, takda 'chan' pulak dia nak menjalani kehidupan baru.. Zzzz.. Kalau korang kata wajar atau setuju dengan video ni, korang komen lah kenapa.. hehe.. :)

Yasmin Hani akan kahwin Oktober ini

Pelakon dan pengacara cantik, Yasmin Hani akan berkahwin dengan bekas pemain drum Black Rose, Sha'arin, pada bulan Oktober ini. Dikhabarkan mereka bercinta dah hampir setahun. Mereka saling menganggapi mempunyai ciri-ciri yang mahu dimiliki dari segi persamaan, mereka berdua sangat sukakan muzik dan laut.

Baguslah Yasmin, cepat-cepatlah kahwin. Tak perlu tunggu lama-lama, setahun perkenalan dan juga percintaan itu adalah cukup untuk mengenali hati budi masing-masing. Semoga rumahtangga yang dibina nanti terpelihara olehNYA. Nantikan gambar perkahwinan Yasmin Hani bulan Oktober nanti. :)

[via]

Shahir oh Shahir kemana kamu?

Isnin, 18 Julai 2011

Baru-baru ni terbaca kat Kosmo yang mengatakan penyanyi idaman ramai yang juga 'kawan rapat' Rozita Che Wan telah hilang sekali lagi. Dulu Shahir pernah hilang dengan alasan yang kira munasabah juga kalau difikirkan namun kini Shahir dikatakan buat lagi benda yang sama. Wartawan susah nak berjumpa Shahir apatah lagi manager aka pihak pengurusannya. Manakan tidak hp Shahir dikatakan selalu sahaja susah untuk dihubungi.

Kali terakhir Shahir kelihatan ketika dia mempromosikan filem sulungnya iaitu filem Karak dan telemovie Cer Citer Cinta yang telah ditayangkan di Astro Ria. Shahir oh Shahir, mungkin Rozita kot yang tahu dimana Shahir berada. Kalau Shahir sakit, kita doakan lah dia sembuh dan boleh kembali di arena pentas anak seni ni. Peminat Shahir pasti masih ada lagi menanti ketibaan Shahir.

[via]

gambar pernikahan Nurul Syuhada, Raja Amir

Tahniahlah kepada pengacara M3 aka Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, di Binjai On The Park, KLCC, pada malam Sabtu selepas solat Isya, 16 Julai 2011. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan pada hari Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.


[via | via]

Konsert Ning Baizura kos RM1 juta!

Penyanyi Ning Baizura kini dalam proses persediaan menjelang konsert yang dikatakan menelan belanja RM1 juta yang akan diadakan pada 2 dan 3 Disember, di KL Life Centre, Kuala Lumpur bakal memberikan seribu satu kepuasan kepada peminatnya nanti dari segi pencahayaan dan juga sound, dikatakan lagi Ning terpaksa merantau ke UK dan USA untuk melihat konsert beberapa artis terkenal sebagai penambahan ilmu untuk konsertnya itu nanti.

Kemungkinan ada juga aksi lagak ngeri yang bakal diadakan dalam konsert berkenaan, namun katanya itu cuma idea sahaja, nanti Ning kasih 'confirm'. Ning Live In Concert merupakan sebuah persembahan berskala penuh yang bakal menggunakan khidmat penyanyi latar, penari dan 12 orang pemuzik.

[via]

Abby Abadi maafkan Norman, Memey

Ahad, 17 Julai 2011

Aura Hari Raya aka lebaran pun belum lagi terasa, inikan pula aura bazar Ramadhan. Tiada angin tiada ribut salji, Abby Abdai dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara pribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey. Ada juga terselit kat post tu, 'kwn baik', mungkin ehem2 la si tutzz.. Hehe. Baguslah tindakan Abby walaupun hanya di Facebook, kita sebagai manusia haruslah saling memaafi antara satu sama lain, yang sudah tue sudah lah, buka buku baru dan amik pengajaran yang sudah berlaku. :)

klik untuk besarkan gambar

gambar mesra Nora Danish, Lisa Surihani

Sabtu, 16 Julai 2011

Kedua-dua pelakon ini sama cantik dan sama comel, Lisa Surihani dan Nora Danish memang menjadi pelakon memiliki gaya yang tersendiri. Tapi cuma status mereka sahaja yang tak sama. Jarang lihat mereka berdua digandingkan dalam satu drama/filem, tip top rupanya mereka ni rapat juga yer. Rapat sebagai kawan jak ler, janganlah korang fikir yang bukan-bukan pula, biasalah wanita, suka bermesra-mesra. Kalau lelaki mesra-mesra dengan lelaki, lain dah tue. Kalau perempuan tue lumrah.. :)

gambar pernikahan Farah AF2, Johan

Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2) sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya, selepas solat Jumaat kelmarin. Manakala itu, mas kahwin mereka sebanyak RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.

[via]

Nurul Syuhada Nurul Ain diminta mohon maaf?

Jumaat, 15 Julai 2011

Difahamkan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain telah didakwa membatu api-api kan keadaan di dalam sebuah post di fan page Facebook (MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact). Tidak difahami kenapa boleh terjadi begitu, sedangkan kalau dilihat post yang dilampirkan di fan page berkenaan cukup sensitif. Dorang ni pon satu hal, tak rujuk dengan pakar ilmuan, ustaz-ustaz, ulama-ulama tapi pergi rujuk di Facebook yang rata-rata semua cakap main copy paste jerk.

Seeloknya hindarkan daripada perkara-perkara yang sensitif, lagi-lagi isu Agama, bangsa dan maruah. Manusia sekarang ni berani-berani betul, tanya soklan pon yang diluar batas pengetahuan akal fikiran. Beginilah senang, lu fikirlah sendiri. hehe.

Dalam email yang dihantar kepada Murai, pihak tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penyampai Majalah Tiga, Nurul Shuhada Nurul Ain. Mereka mendakwa Nurul Syuhadah telah bersikap biadap kerana memburuk-burukkan page mereka. Pada awalnya, telah berlaku ketidaksalah fahaman di antara page mereka dengan sebuah page facebook yang lain.

Akibat campur tangan daripada Nurul Syuhadah seperti yang didakwa, ianya telah menyebabkan pergaduhan. Apa yang dikesalkan oleh pihak mereka, mengapa Nurul Syuhadah harus berbuat begitu?

Dakwa mereka lagi, sepatutnya Nurul Syuhadah harus menjadi orang tengah untuk meleraikan serta mendamaikan pergaduhan tersebut. Bukannya menjadi batu apa dengan memburuk-burukkan page mereka.

Disebabkan itu juga, pergaduhan yang tercetus ini khabarnya masih belum selesai lagi dan atas sebab itu, pihak mereka mahu Nurul Shuhada Nurul Ain segera membuat permohonan maaf. [via]

Gambar Terbaru Waheeda

Gambar dibawah ni adalah gambar ketika Akhil Hayy dimajlis pelancaran untuk programnya di Astro Oasis yang bernama Cubaan. Tip top rupanya dia bawa isterinya sekali, Waheeda. Alahai sampai tak cam sudah kalau itu Waheeda, tinggal mata sahaja da yang nampak, hehe, main-main sajer. Memang lah itu Waheeda pon. Memang bahagia sekali mereka kan, kemana suami pergi, isteri pasti menjadi penyokong dibelakang. Semoga berbahagialah.

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

[via]

Zuan Azmi nafi jadi kekasih Fida

Baru-baru ni Zuan Azmi (pengacara/wartawan Melodi) dan Fida (Syurga Cinta) ada ikut program Bang Bang Boom TV3 dimana mereka sedang main minang-meminang olok-olok. Dek kerana itu, mulalah timbul gosip yang mengatakan mereka berdua ni ada apa-apa. Namun pun begitu Zuan dengan pantasnya menyangkal dakwaan itu melalui Facebook miliknya.

Kata Zuan, Fida kini sedang mengenal hati budi kepada seseorang yang menjuarai program realiti diantara juara dengan juara. Tidak dinyatakan program apa, yang menjadi kemusykilan adalah mungkin MaharajaLawak. Yang menang tue pula kumpulan Sepah. Tak tahu lah kalau ada diantara ahli kumpulan Sepah ni siapa gerangannya, Mamat atau Jep? jangan Shuib sudah kang naik parang si Siti Sarah pulak. keke.

Dato' Siti Nurhaliza akan belajar di UiTM

Khamis, 14 Julai 2011

Dengar cerita Dato' Siti Nurhaliza nak sambung pelajaran kat UiTM dalam waktu terdekat ni. Tip top cerita ini adalah benar. Dato' Siti dah pun buat pengakuan. Ini disahkan lagi oleh Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Dato' Siti ni cuma ada SPM 10 tahun yang lepas. Dan kini nak sambung dalam jurusan muzik yang sealiran dengannya.

Di pihak UiTM pula mereka akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat/niat Dato' Siti itu memandangkan Dato' Siti membantu bersama-sama memungut dana pada malam SimplySiti di UiTM (RM100,000 tiket, RM30,000 SimplySiti, RM10,000 pribadi) untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian.

[via]

gambar Black Mentor dengan Fasha Sandha

Gambar dibawah ni diambil dari laman Fan page We Love Fasha Sandha. Gambar memang lah takde apa-apa pun cuma nak lihatkan kat korang, yang Black Mentor boleh bergambar dengan Fasha Sandha. Tak tahu pula apa yang dibuat dek Black dengan set lakonan Fasha ni. rupa-rupanya Black kan penyanyi untuk drama berkenaan (Black - Aku Cinta Rindu Padamu (Lagu Tema Dewa Cinta)) sebab tue la ada dalam album Facebook Fasha yang bernama 'Dewa Cinta' :) nanti ada lagu bertajuk 'Fasha Sandha', adaptasi daripada 'Sofea Jane'. Nge2..

[via]

gambar pertunangan Dira Abu Zahar

Pengacara terbaru Melodi di TV3 tue, yang bernama Dira Abu Zahar bukan Zizan ok, dah selamat bertunang baru-baru ini dengan pasangannya yang bernama Helmi. Dira ni dulu dah pernah kahwin dan mendirikan rumahtangga setahun dengan penyanyi kumpulan Bau, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Kini dia sudah bersedia untuk berumahtangga lagi. Tapi dalam tempoh 4 bulan lagi, sebab dorang rancang nak kahwin tarikh yang paling special, 11.11.11. Tahniahlah kepada Dira, semoga proses pertunangan ini berjalan dengan penuh terpelihara. :)

klik gambar untuk lebih besar
[via]