Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hafiz AF7 bercinta dengan Adira AF8

Sabtu, 23 April 2011

Hafiz AF7 mendedahkan bahawasanya dirinya sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu. Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.

Kata Hafiz...

"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katan Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing. Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.

Kata Adira pulak...

"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.

"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya." -mStar

Anne Ngasri diserang strok?

Terkejut bila mendengar pelakon, Anne Ngasri terkena 'minor stroke attacked'. Dan kini telah dihantar untuk buat rawatan di sebuah hospital yang tidak diketahui. Berita ini dapat melalui sumber yang boleh dipercayai. Memang tak disangka-sangka jika perkara ini benar-benar terjadi, apatah lagi yang kita tahu masa ini Anne nampak sihat sahaja. Apa-apa pun kita berdoa sahaja, semoga Anne kembali pulih seperti sedia kala. Amin.

Gambar Mia Sara Nasuha April 2011

Jumaat, 22 April 2011

Amboi-amboi makin bergaya melihat Mia Sara Nasuha ni. Semakin comel juga agaknya, biasalah dah semakin dewasa. Berita terbaru mengenai Mia adalah Mia kali ni akan berlakon dalam drama 'Berpaling Dari Jannahmu' dan digandingkan bersama pelakon, Ogy Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan. Memang sesuatu yang dinantikan oleh peminat-peminat Mia di luar sana. :) -Gambar Budiey

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasua

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Zed Zaidi nikah pada 29 April 2011

Wah tahniah lah kepada pelakon kacak, Zed Zaidi yang akan bernikah dengan Natalia Mustafa Kamal, 28 pada 29 April ni. Zed kenal Natalia pada 2008 yang lalu. Kisahnya bermula apabila Zed memohon doa di Makkah setahun yang lalu, dan setibanya di Malaysia, Natalia la orang pertama yang 'call' Zed, terus Zed dengan penuh romantik melamar Natalia. Wah, bukan men lagi Zed ni, hehe..

Kad jemputan pun unik dan menarik, bertemakan laman web sosial Facebook, kata orang, Zed jumpa Natalia di Facebook (cinta Facebook). ngeh2.. dan mungkin Zed ni mahu peminat-peminatnya serbu ke majlis 'nasi minyak' dia ni. Kita serbu~ -gambar ManggaOnline

Gambar Tiz Zaqyah di Glam Anniversary

Gambar Tiz Zaqyah ni diambil ketika dia menghadiri harijadi Glam Magazine 7th Anniversary Party Best Dressed baru-baru ini. Penulis tak tahu menahu serba fesyen ni, jadi tak tahu nak komen apa. hehe. Pakaian Tiz ni memang nampak cantik dan simple hasil rekaan Alia Bastamam (skirt kuning). Tiz pakai pun pekena juga (^_____^). Gambar dengan lelaki tue adalah CuteCarry. Korang layan dulu la yer. -gambar cutecarry.com

Isma AF hamil dua bulan anak ke-6

Khamis, 21 April 2011

Tahniah lah kepada Isma AF7 dan juga Zul 2 By 2 merangkap suami kepada Isma kerana Isma saat ini tengah hamil 2 bulan anak ke-6 sumber daripada portal Murai. Sebelum ni mereka dah mempunyai 5 orang anak. Kelas gitue. Baguslah, ramai anak tue boleh memberikan suasana yang meriah. Boleh buat team bolasepak nanti. Ngeh2. Apa-apa pun Isma kenalah jaga kesihatan, insyallah nanti berjalan lancar ketika proses bersalin.

Sebagai renungan kita semua lah yer, "seorang ibu boleh jaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai tue, mampu ke jaga seorang ibu."..

Yusry KRU, Lisa Surihani tengah bercinta?

Terkejut juga mendengar gosip yang dikeluarkan oleh sebuah laman sesawang Harian Metro baru-baru ini. Maka tidak menjadi satu kehairanan sebab Yusry KRU yang sering kali dikaitkan oleh mana-mana aktress jelita termasuklah Maya Karin dan juga Kyla Fairy. Biasalah orang kaya, hensem, siapa tak nak kan. Memandangkan gosip kali ini yang mengaitkan dirinya dengan aktress jelita, Lisa Surihani agak bakal mengusarkan dan mengugat lelaki-lelaki diluar sana. Seperti sediamaklum, Lisa pun belum pernah dengar lagi mengenai siapa kekasih sebenarnya, kekasih gosip adalah, Farid Kamil dan Shaheizy Sam. Takpelah, apa-apa pun mengenai Lisa itu hak dia, kita doakan sahaja kebahagian dia. hakhak.

HMetro: Terbaru, SS dapat tahu, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Bukan SS sengaja buat cerita ini sebaliknya gosip ini disampaikan rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.

Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.

Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.

Dahlia Iking, Shaeahnee Iman dalam Mingguan Wanita

Buat pertama kalinya MW menggabungkan dua orang personaliti NTV7 sebagai penghias muka depan. Punya aura yang tersendiri, kedua-duanya merupakan saudara baru selain bergelar ibu kepada anak-anak yang comel dan keletah. Baik Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan Sheahnee Iman Lee keduanya nyata cukup bahagia selepas bergelar muslimah. Kini mereka berdua merasakan tenang dan selesa dalam kehidupan selepas memeluk agama Islam melalui solat dan juga doa. Alhamdulillah.

Krisdayanti hamil 4 bulan!!!

Rabu, 20 April 2011

Haisemen. Apa nak jadi dengan artis yang popular di Asia Tenggara ni. Rupa-rupanya Kris Dayanti dah hamil 4 bulan dah. Memang agak mengejutkan ramai pihak, peminat dan juga 'kawan karib' Kris. Takpe la, asalkan tak digugurkan. Kesihan anak tu kalau digugurkan. Kris pun agaknya tidak kisah sangat (tidak amik berat) mengenai apa yang terjadi. Jadi perkahwinan gilang gemilang tue sekadar tutup kes ker? pelamin bunting??... Zzzzz. Nauzubillah..

Murai: Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.

Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yuni Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.

Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,

"Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.

Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.

"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.

Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

Gambar Zizan, Juliana Evans kelas korporat

Zizan RL dan Juliana Evans tak perlu disebutkan lagilah tentang hubungan mereka, pasti korang dah tahu yang dorang tengah hangat bercinta. Cinta dorang mungkin diam-diam kot, sebab time ABPBH pun jarang kelihatan sama-sama. Baguslah seperti itu, tak elok tunjuk-tunjuk dikhalayak ramai, nanti orang ramai makin meluat pula. hehe. Apa-apa pun kita doakan yang hubungan Zizan dan Jue kekal hingga ke jinjang pelamin kelak. Amin. Ni belum lagi sebut soal kahwin-kahwin, gambar dibawah ni umpama gambar potret suami dan isteri korporat lah, boleh buat bujet ni letak d ruang tamu Zizan nanti. Cewah, segak, mantop, Class... -gambar Kosmo

Dafi dan Mila ada apa-apa ke?

Percintaan Dafi memang menjadi satu misteri yang sukar untuk diselongkar oleh media-media dan wartawan. Belum dipastikan lagi siapa wanita yang bertuah tue. Cuma gosip-gosip suam sahaja yang selalu melanda Dafi apabila dikaitkan dengan seseorang wanita. Yang pasti mungkin Dafi masih lagi menyimpan sesuatu. Hehe. Gambar di bawah ni gambar bersama Mila AF. Agak mesra juga, siap di 'pangku' lagi tue. Mungkin untuk sesi photoshot sahaja kot. Kalau betul-betul cinta, agak-agaknya cocok tak?? -gambar SyokKahwin

Tan Sri P. Ramlee top 4 artis Malaysia?

Selasa, 19 April 2011

Senarai top 100 artis Malaysia yang dikeluarkan oleh Sinema Malaysia memang amat mengejutkan. Dimana sineman agung yang ramai memperkatakan sedemikian, berada di top 4 di belakang Dato' Siti Nurhaliza, Maya Karin dan Saiful Apek. Tidak tahu bagaimana senarai top ini diukur, melalui kerjaya, bakat, pencapaian ataupun populariti selebriti berkenaan. Sudirman pun tak tersenarai dalam top 10 di Sinema Malaysia.

Musykil2, dah title Tan Sri, filem dikenang sepanjang zaman, semua filem Tan Sri P. Ramlee bagi admin, memang tiada tandingannya, tidak cepat basi, malah semakin lucu dan ketawa melihatnya. Jadi nak salahkan siapa ni? uh... lu fikirlah sendiri.. nak tunggu ada undian SMS agaknya. kuang3. Source..

Gambar Tiz Zaqyah yang cun melecun!

Bukan main manis lagi gambar Tiz Zaqyah dalam gambar di bawah ni. Sampai tak tahu nak kata apa da mulut dibuatnya. Memang mengoda juga keimanan dibuatnya. Korang nak tahu sangat erk? amboi2 lelaki tue cepat juga nak buka post ni yer. Hehe. Jangan lupa saksikan NurKasih The Movie pada 19 Mei ini, filem ni pasti gempaq la, Fan kat FB pun dah cecah 60,000 fan. apa-apa pun, korang layan lah dulu ok. -YgMenarik.blogspot.com

Ashraf Muslim nak bertunang 23 April

Tahniah lah kepada pelakon paling sensasi yang selalunya orang ramai gelear dirinya sebagai pelakon ustaz, Ashraf Muslim. Tak lama lagi Ashraf nak bertunang dah dengan calonnya dan akan berkahwin selewat-lewatnya tahun ini juga. calonnya itu kini sedang praktikal di sebuah hospitak kat Melaka. Baguslah kalau macam tu Ashraf, nanti dah lepas berkahwin/tunang kena jaga hati isteri/bakal. Dugaan bertunang ni besor jadahnya.

updates 9.00PM: Noor Dayana merupakan anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka. -sumber

Mengikut daripada sumber berita daripada mStar, Ashraf juga akan merasmikan selepas majlis pertunangannya, sebuah klinik yang dinamakan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak (sebelah rumah Ashraf jerk) pada pukul 12 tengah hari hari berkenaan. Paling mengejutkan TV9 buat sponser tayangkan secara LIVE majlis pertunangan Ashraf dan perasmian itu. Bertuah badan nok. Tunang masuk TV lagi. uall tunggu tahu di TV9

nakalnya pelakon Azhar Sulaiman

Isnin, 18 April 2011

Usha dalam Facebook milik pelakon, Azhar Sulaiman baru-baru ni, kejut jah ada lah gambar-gambar yang mungkin boleh dianggap menarik. Azhar Sulaiman pun tak privatekan album-album dia di Facebook tu. Nak tahu apa yang menarik? tengoklah sendiri. Ada dua gambar yang memungkinkan uall rasa menarik. Nakal juga Azhar Sulaiman ni yer. Kekeke.

Tomok nikah 1 Julai 2011

Tahniah lah kepada Tomok, penyanyi kegilaan ramai wanita diluar sana tu. Penyanyi yang mula naik namanya melalui One In a Million beberapa tahun yang lalu selepas merundum beberapa tahun sebelumnya. Kini Tomok bakal bernikah dengan kekasih hatinya selama 8 tahun bercinta jadah. Lama juga tue. Kiranya Tomok memang lelaki jenis setia, sayang uall tak amik dia dulu. Hehe. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada tomok kerana bakal bergelar suami yang sah tidak lama lagi yakni 1 Julai 2011. Doakan ianya akan berlaku.

-gambar dengan papau jer ada kat uncle G! hakhak..
Untung penyanyi ini apabila persiapan majlis kahwinnya itu sudah lebih separuh disiapkan. Semuanya sudah diatur oleh dia dan keluarga sejak awal tahun 2011. Memilih gadis yang hanya dikenali dengan nama Ayu sebagai suri hatinya, Tomok sedar tidak mudah untuk dia mengemudi layar nanti memandangkan dia merupakan insan seni yang cukup dikenali. Sudah resam anak seni, habis cerita akan dikorek untuk diketahui umum. Atas dasar itu sudah pasti Tomok perlu memilih calon isteri yang benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang mendatang.

“Memang saya berdebar dengan perkahwinan ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke satu fasa yang lebih mencabar memandangkan ini fitrah semula jadi manusia.

“Saya tidak mahu menyorok perkahwinan seperti orang lain. Bagi saya perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama apatah lagi dengan peminat yang sudah setia menyokong kerjaya seni saya sejak kecil lagi.

“Ini masa yang benar-benar sesuai. Insya-Allah seboleh-bolehnya Tomok mahu peminat sama-sama mendoakan kebahagiaan saya nanti,” jelas Tomok yang kini mencecah usia 27 tahun.

Mengulas lanjut mengenai bakal isterinya itu, penyanyi Berlari memberitahu dia cukup bertuah kerana wanita tersebut benar-benar memahami dirinya sebagai anak seni yang tidak pernah lekang dengan kontroversi. Sambil menyifatkan dia sebagai insan yang sangat memahami, kata Tomok dia cukup gembira memadangkan Ayu masih lagi setia dengan apa juga onak dan duri sepanjang perkenalan mereka.

“Bila sudah kenal lama, saya pasti dia cukup memahami saya. Jadi saya tidak fikir ada apa-apa masalah yang akan timbul selepas kami berkahwin disebabkan saya seorang artis.

“Sama juga halnya dengan hal populariti. Ada orang cukup takut untuk berkahwin. Ada yang kata kalau berkahwin dalam usia yang masih muda populariti akan hilang dan peminat akan lari.

“Saya tak rasa kata-kata itu benar. Peminat sudah pandai menilai dan tidak timbul soal lari memandangkan orang sekarang lebih melihat pada produk yang kita keluarkan.

“Kalau lagu atau apa sahaja produk baik, peminat akan tetap suka. Tak perlulah saya takut dengan hal-hal yang tak pasti memandangkan hidup kita perlu diteruskan.

“Sebab itu saya sangat mengharapkan agar jodoh ini berkekalan sampai akhir hayat. Ini yang pertama dan ini yang terakhir” katanya lagi. -Utusan

Zizan Raja Lawak ft. Dina - Selamat Tinggal

Buat julung-julung kalinya Zizan Raja Lawak menyanyi tue~. Selalu kita tak sedar yang pelawak berbakat ini boleh menyanyi. Serius lagi tu muka Zizan dalam video ni. Gandingan mantap bersama Dina MI. Memang cool la gabungan Zizan dan Dina. Zizan bawa lagu rap/hiphop lah. Berbakat-bakat2.. Layanz..

selebriti kanak-kanak terbaru, Nur Aisyah Humairah

Ahad, 17 April 2011

Gambar dibawah ni merupakan gambar pelakon kanak-kanak terbaru yang bernama Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aisyah Humairah. Dilahirkan pada 14 Julai 2008, Aisyah ni mula digilap bakatnya ketika usia 6 bulan oleh kedua orang tuanya, dengan mengambil gambar Aisyah menggunakan kamera. Tidaklah sehinggakan mengabaikan pembelajaran ilmiah dan islamiah, Aisyah juga seorang kanak-kanak yang boleh dianggap genius.

Dan paling memberangsangkan pencapaian, Aisyah telah banyak kali menghadiri casting seperti di MIG Production milik David Teo (di MIG, Aisyah berpeluang casting bersama Lisa Surihani), Line Clear Motion Pictures milik Prof Razak Mohaideen, Lensa Film Sdn Bhd, menjalani photoshoot di DZMS Talent Agency dan Hannah Studio.

Selain daripada itu Aisyah juga telah menjadi duta kanak-kanak untuk produk tudung, Pearl Haya. Kiranya Aisyah ni setanding dengan Mia Sara. TipTop namanya sudah dicop dalam SenimaMalaysia.com. Uall boleh jadi Fan Aisyah dengan menaip Nur Aisyah Humaira di laman sosial Facebook.




























Norman Hakim, Memey dikenakan waran tangkap!

Norman Hakim dan tunangnya, Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini untuk sebutan kes khalwat tanpa sebarang notis kepada mahkamah. Arahan waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Syarie Salehan Yatim dan menetapkan untuk keputusan kes pada 29 Julai depan selepas kedua-dua belah pihak selesai mengemukakan hujah penggulungan masing-masing.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap dikeluarkan walaupun peguam syarie, Munirah A. Bakar lebih dahulu memaklumkan Norman sakit manakala Memey mempunyai urusan.
“Kami tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan oleh peguam sebentar tadi, oleh yang demikian, pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua tertuduh terbabit,” tegas beliau. -Utusan

Aksi mesra Dayang Nurfaizah, Marcell

Sabtu, 16 April 2011

Gambar dibawah ni sebenarnya gambar dah basi dah, namun belum lagi menjadi sensasi. Sekarang ni gambar dibawah ni betul-betul gempar sangat. Dayang Nurfaizah dan Marcell (artis Indon) sedang membuat aksi mesra di hadapan penonton ketika acara perasmian single terbaru Dayang di Hard Rock Cafe. Pun begitu, tak tahu dan dipastikan apa motif aksi berkenaan, adakah mereka sedang bercinta atau sekadar lakonan diatas pentas. -Gambar LimauAis