Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ayu Raudhah bakal jadi isteri Zaquan, Jan 2011

Jumaat, 24 September 2010

Ayu Raudhah Che Wan sudah mula merancang tema majlis persandingannya dengan pemain bolasepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak. Untuk majlis sebelah keluarganya, Ayu memilih tema fairy-tale. Walaupun tarikh pernikahan belum ditetapkan, namun keluarga kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyatukan mereka pada bulan Januari 2011. Keluarga Zaquan juga sudah membuat kenyataan kepada media pasal persetujuan memilih bulan Januari depan untuk tujuan itu. Dan tak lama lagi yakni beberapa jam mereka akan menjadi tunang. Tahniah diucapkan. -ManggaOnline

Artis Tudung program realiti tak ada maruah?

Melihat penampilan artis wanita bertudung ini, takkan mungkin kita percaya ada sisi 'kejalangan' dalam dirinya. Tapi itulah hakikat sebenar apabila teman-temannya sendiri membuat pendedahan aktiviti kurang sihat artis wanita ini. Diberikan sedikit bayangan mengenai profil artis wanita ini. Tidak begitu popular namun dikenali kerana dia pernah membintangi sebuah program realiti. Berbalik pada gosip yang didengar, artis berperwatakan Islamik ini sebenarnya tidaklah sebaik mana.

gambar hiasan sahaja!

Iyalah, kalau dia perempuan baik takkan menyelinap masuk rumah lelaki bujang kot! Pergi malam buta balik siang pulak tu. Curiga teman-teman dan orang sekeliling berganda, apabila mendapat tahu rumah yang dikunjunginya itu didiami lelaki tulen bukan golongan 'adik-adik'. Lebih dahsyat, dalam masa sama dia ada pasang skandal lain juga dan sering mengunjungi rumah mereka mengikut kemahuan hatinya. Apa yang berlaku di dalam rumah, wallahualam tak pasti kerana tidak nampak.

Tapi secara logik apabila pasangan lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan takkan syaitan tidak berbisik untuk melakukan perkara terkutuk itu. Tidak mungkinlah bersembahyang tahajud bersama kan? Bagaimanapun, teman-temannya mengesyaki dia sudah melakukan sesuatu kerana selain bentuk badan nampak perubahan macam orang sudah berkahwin, mulutnya memang ringan kalau bercerita pasal seks, siap cerita skil-skil lagi.

Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan. Bertudung bukan sekadar menutup aurat, pemakaian juga harus dijaga. Bahkan pertuturan dan tingkah laku mestilah seiring dengan imej yang dibawakan barulah orang 'respect' kepada wanita yang berpenampilan sebegini. Kalau mulut asyik bercakap benda tidak baik, pakai baju pun sendat dan menjolok mata tak payah pakai tudung lagi. -hMetro

PS: siapakah gerangan artis ni...?

Mawi jadi Badang rambut rebonding

Populariti Mawi yang semakin lama semakin dibimbangi akan ditelan zaman, maka ada pihak produksi bakal membawa Mawi kembali menjadi top. Dalam drama/filem Magika, Mawi dipilih menjadi pelakon utama memegang watak sebagai Badang. Ingatkan watak serba moden, tapi watak kuno. tak palah, mahu tidak mahu Mawi harus terus memperjuangkan diri sebagai anak seni. Paling lawak, rambutnya, siap rebonding ker tue. Hehe.. Jangan marah erk..

"Saya malu bila ditawarkan watak Badang. Kenapa mereka bagi saya watak ini sebab banyak lagi hero lain yang berbadan sasa dan lebih sesuai. Senang cerita, saya fikir saya tak layak jadi hero. Namun setelah menerimanya saya harus tampilkan karisma di dalam watak Badang kerana saya tak ada badan yang sasa. Harap penonton sukakannya.
"Dan saya suka bila berambut panjang dalam Magika, nampak kacak juga (ketawa). Tapi biarlah penampilan itu di dalam filem saja. Saya belum bersedia menyimpan rambut," gurau Mawi. -ManggaOnline.

Perang mulut Maizawati kepada Waheeda?

Khamis, 23 September 2010

Kecoh dan kepoh betul melihat gelagat bekas isteri kepada Akhil Hayy ini. Sebab masih tidak bersefahaman dan tidak erat dengan isteri baru Akhil Hayy yakni Waheeda. Keadaan menjadi keruh lagu mereka dicop sebagai 'NINJA'. Tidak dipastikan kenapa perkataan 'NINJA' menjadi sebutan Maizawati dalam Facebook miliknya. Ingatkan suasana dah aman tapi selepas isu 'Abby, Norman dan Memey' yang memanas sebelum ini, maka adakah selepas ini Maizawati pula bakal mengegarkan dunia dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan. Apa ini menjadi trend dan fenomena yang harus dilanjutkan??

Gambar ulangtahun ke-10 Vanidah, Rashidi

Dua pelakon yang bergelar suami isteri, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sememangnya adalah salah satu contoh terbaik dikalangan suami isteri dari golongan artis. Bahagia dan saling memahami dalam kerjaya serta tiada gosip panas masing-masing selama waktu itu. Dengan berlalunya waktu perkahwinan mereka yang menjangkau 10 tahun, maka baru-baru ini, mereka telah mengadakan majlis ulangtahun ke-10 perkahwinan mereka dengan memotong kek dengan memperkenakan pakaian yang sungguh indah. Jarang suami isteri buat macam ni taw. Semoga hubungan mereka akan dipertahankan sehingga ajal menjemput. Amin. -ManggaOnline

Bunga Citra Lestari selamat lahirkan anak lelaki

Tahniah kepada Bunga Citra Lestari, 27, kerana selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram (beratnya!, ingatkan anak kembar) di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta (22 September 2010). Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu.

gambar Hari Raya BCL dan Ashraf..

Bunga dan Ashraf berasa gembira kerana telah menunggu selama dua tahun setelah bernikah pada 8 November 2008 yang lalu di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

Mizz Nina, Noh Hujan tengah bercinta

Rabu, 22 September 2010

Mizz Nina iaitu anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan Noh Salleh daripada band Hujan ketika ini sedang berkolaborasi dalam penghasilan album baru Mizz Nina dan turut berduet dalam album tersebut yang berjudul, Kurnia. Sejak itu, mereka seringkali digosipkan sedang hangat bercinta selepas bekerjasama dalam pembikinan album tersebut, walaupun masing-masing sentiasa menafikan hubungan cinta mereka.

Baru-baru ini dalam facebook milik mereka berdua telah kantoi akbibat pendedahan hubungan mereka berdua di sana. Umum mengetahui ianya suatu kejutan, apatah lagi Noh sering kali dikaitkan dengan mana-mana artis wanita (kira playb** juga erk). Nak tunjukkan kat dunia, bahawasanya mereka mungkin tengah bercinta saat ini. Tapi macam itulah akhirnya, bila nak dapatkan kepastian, apa mereka jawab? NO COMMENT!

Erra fazira, Esma Daniel mesra sangat?

Wah bukan main romantis lagi artis kita ni, Erra Fazira dan Esma Daniel. Bukan apa aksi romantis mereka ni diambil ketika mereka tengah berlatih untuk Muzikal Tun Mahathir di Lambang Sari baru-baru yang lalu. Bukan itu sahaja, malah Zizan Nin juga turut bersama bagi menjadi watak Tun di masa mudanya, dan Esma Daniel yang menggambarkan Dr Mahathir dalam hari-harinya sebagai Perdana Menteri, manakala Erra pulak menjadi isteri kepada Tun. Memang agak menarik juga jalan ceritanya kalau melihat mereka menjalani latihan ini. -runwitme

Kereta Shahir kali ini remuk akibat kemalangan

Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak. Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut. Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini. Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan. -mStar

Abby Abadi tidak berperikemanusian

Selasa, 21 September 2010

Norman 'diisytiharkan' sebagai suami tidak bertanggungjawab. Bukan sahaja tidak membayar nafkah untuk anak-anak bahkan lebih memalukan, wang hantaran perkahwinan berjumlah RM11,111.11 yang dijanjikan semasa memeterai pernikahan mereka lapan tahun lalu didakwa belum dilangsaikan kepada Abby. Berikut merupakan pengakuan daripada hati Norman berhubung dakwaan bekas isterinya, Abby Abadi.

Apa perasaan anda bila timbul isu itu?

Selama ini saya tidak suka berbalas kenyataan dengan Abby. Tetapi sampai ke saat ini, saya sangat terkejut, kecewa dan sedih. Tidak sepatutnya perkara itu ditimbulkan lebih-lebih lagi untuk paparan umum. Sebelum ini, dia (Abby) pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu ambil tahu soal hidup saya, tetapi sampai sekarang, rasanya hidup saya masih diceroboh.

Apa butiran perjanjian kalian berdua sehingga memutuskan wang hantaran itu tidak perlu dibayar oleh anda?

Perkara itu sudah menjadi persetujuan kami bersama. Lapan tahun lepas, kami sepakat untuk menggunakan semua jumlah wang hantaran itu untuk menampung belanja majlis perkahwinan. Sebelum ini, perkara itu langsung tidak dibangkitkan tetapi bila ada perselisihan faham begini, soal hantaran jadi sebab untuk menyalahkan saya. Sedangkan masa bercerai, perkara itu tak dibangkitkan pun. Kurang bertanggungjawab terhadap nafkah anak-anak malah hanya pernah sekali memberikan wang berjumlah RM200 untuk belanja anak-anak, benarkah?

Kenapa saya harus sebut jumlah nafkah yang saya belanjakan setiap bulan untuk anak-anak? Anak-anak semakin besar dan memahami. etiap bulan, bukan hanya duit, bahkan saya cuba berikan kasih sayang, ambil berat tentang pelajaran dan keperluan sosial mereka. Itu yang tidak pernah saya abaikan. Saya berikan apa yang termampu mengikut gerak hati saya.

Jadi apa maksud kenyataan Abby itu?

Dia mahu melepaskan geram dengan niat untuk sengaja melukakan hati saya sebab katanya saya adalah lelaki yang tidak menghormati hak isteri. Tetapi jika saya ini dihormati sebagai bapa kepada anak-anak saya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya masih ada maruah diri. Saya akui, saya ada kelemahan tetapi kenapa kelemahan itu yang sengaja diperbesarkan.

Jadi tindakan berbalas kenyataan ini untuk apa?

Saya tidak pernah mahu mengaibkan bekas isteri saya memandangkan anak-anak semakin besar. Nampaknya kebaikan saya tidak diendahkan. Selama ini saya tunduk bukan mahu dipijak. Saya tidak mahu mengungkit tetapi semua itu tidak adil untuk saya kerana apa yang saya buat semuanya nampak salah. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Kenapa anda tidak mahu mendedahkan jumlah nafkah yang diberikan kepada anak-anak?

Saya boleh cakap berapa banyak dihabiskan untuk anak-anak tapi untuk apa? Saya hanya boleh cakap saya berikan makan minum yang terbaik untuk mereka.

Apa yang menyedihkan anda ketika ini?

Saya paling terluka apabila Abby mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiga tahun anak-anak beraya tanpa ayah sedangkan kami baru dua tahun bercerai. Dia cakap seolah-olah saya sudah meninggal dunia padahal setiap tahun saya menghabiskan cuti perayaan bersama anak-anak. Bagi saya itu kenyataan yang tidak berperikemanusiaan.

Pada hari raya baru-baru ini, saya beraya bersama anak-anak pada hari raya pertama, hari raya kedua pula saya bawa mereka beraya ke rumah saudara-mara, sama macam tahun lepas. Tidak adil kata anak-anak beraya tanpa ayah. Cuma saya akui, baju raya dan kelengkapan anak-anak tahun ini disediakan oleh Abby. -Kosmo

Gambar Rozita Che Wan bergaun yang cantik

Rozita akan menamatkan penggambaran terakhirnya pada 19 Disember tahun ini. Selepas itu, Rozita akan membawa haluan dalam bidang perniagaan pakaian wanita dan bulu mata palsu setelah bergelumang dengan dunia seni selama empat tahun lamanya. Sungguh tak disangka artis jelita ini akan bersara tidak lama lagi. Jadi memang sah sudah Rozita akan bersara ini. Tapi tak mengapa, baru-baru ini dia membuat photoshot yang menarik, mungkin hadiah terakhirnya kepada peminatnya di luar sana.

Lagi artis pegang anjing

Luahan Peminat: "Artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii." Kata Mike, dia ada ramai kawan Melayu. Semua kawannya tak pegang anjing. Malah dia orang beritahu Mike, orang Islam tak boleh pegang anjing. Jadi bila ada artis Melayu yang pegang anjing, Mike pun hantar satu gambar kepada yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov tengah pegang anjing.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah “kantoi” gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.
Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.


Tapi masalahnya artis-artis kita ini bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing. Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda. Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

Band Peterpan mahu bankrap, tiada undangan

Isnin, 20 September 2010

Berita kurang enak meliputi kumpulan terkenal Peterpan. Setelah vokalis group asal Bandung itu, Ariel, dipenjara ekoran kes video lucah, group tersebut dikatakan bankrap pula. Sebuah bistro dengan nama Jet Zet yang terletak di Jalan Riau, Kota Bandung milik Lukman, pemain gitar Peterpan, dikhabarkan akan dijual bagi menanggung biaya pampasan akibat pembatalan beberapa persembahan.

Namun, khabar angin itu dinafikan penerbit Peterpan, Chapunk. Menurut Chapunk, khabar tersebut merupakan berita murahan. Memang setakat ini Peterpan tidak menerima undangan persembahan kerana kes Ariel yang merupakan kekasih Luna Maya itu belum selesai. -Kesiannyer~

Corriene Adrienne memeluk agama Islam

Alhamdulillah Syukaran itulah ungkapan yang terbaik untuk mengalu-alukan saudara baru dalam Islam, dikhabarkan bahawa pelakon Corriene Adrienne dah pun masuk memeluk agama Islam. Tue pun nasib baik lah rancangan tv, Fitrah Kasih yang disiarkan di RTM TV1 war warkan, kalau tak tak tau langsung penulis dan peminat-peminat artis tempatan. Manakan tidak, media kita asyik cover kisah artis cerai berai seksi skandal sahaja. Betul tak? kisah bagus-bagus dan tauladan seperti ini kurang disiarkan dan diambil tahu pulak.

Sebelum itu, dengar-dengar Corriene ni dulu berlakon seksi jugak kan? dia pernah ber'bogel' dalam filem arahan Elly Surayati satu masa dahulu. Tapi itu kisah lalu, sekarang Alhamdulillah, patut selalu nampak dia berlakon dengan Rosyam dalam dua tiga tahun ni.

Anuar Zain habiskan RM150,000

Wah dalam diam-diam jejaka idaman Malaya ini dah berhabis sampai RM150,000 untuk kepuasan dirinya. Memang terkejut juga bila dapat tahu Anuar Zain sanggup berbuat demikian. Jangan ada yang syak bukan-bukan pulak sebab Anuar Zain berhabis duit sebegitu untuk album terbarunya yang masih dalam pembikinan. Rasanya lama juga Anuar tak keluar dengan album terbaru, balik-balik hanya putar lagu lama sahaja.

Malah ada seorang teman yang menjadi sang pemuja setia adik kepada Ziana Zain memberitahu ang dia sudahpun mendengar lagu terbaru Anuar yang akan dimuatkan dalam album baru nanti.
"Aku dah dengar lagu Ku Berjanji Karna Cinta tu, memang sedap sangat beb. Aku dapat rasakan kematangan Anuar itu sendiri dan yang paling penting suaranya memang lain daripada yang lain. Bila aku dengar lagu itu berulang-ulang kali pun aku tak jemu. Memang teruja sampai tak tahu nak cakap apa. Album dulu dia berhabis hampir RM100,000 juga. Kali ini kos semuanya semakin meningkat memandangkan album itu di buat diIndonesia tau.
"Bila aku berborak dengan dia, aku dapat rasakan yang dia juga mahu album barunya itu memberikan impak kepada karier seninya seperti mana yang pernah dikecapinya sebelum ini," katanya. -Utusan

Perangnya rambut Nurul Syuhada

Ahad, 19 September 2010

Tengok tak rancangan berbentuk info, Majalah Tiga baru-baru ni, mengisahkan penderitaan rakyat di Pakistan. Memang sedih dan terharu sungguh dengan nasib mereka. Tapi tiba-tiba pla tak jadi sedih, sebab terlihat pengacaranya Nurul Syuhada Nurul Ain. Bukan nak menyibok apa, tengok Nurul ni rambut dia makin berwarna perang lah, kalau ada hitam sikit2 kira ok lah, tapi macam dah tak dah, semua perang macam minah salleh. Kalau kekal warna tue, xbleh rasanya Nurul nak solat, tapi harap2 tak kekal warna tue.. sebab warna hitam rambut Nurul lagi manis, apatah lagi kalau pakai tudung. Pergh.. Peace no War..

Siti Nurhaliza: hamil? politik? kesihatan?

Sabtu, 18 September 2010

Konsert Datuk Siti Nurhaliza sempena Hari Malaysia yang lepas yang juga dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan ekoran nasihat doktor yang sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil. Konsert anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu sepatutnya berlangsung pada 25 September di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media ringkas. Menurutnya, pihak penganjur telah pun menerima salinan surat doktor pakar dari Pusat Perubatan Prince Court Rabu lalu. Namun, difahamkan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions, ia hanyalah spekulasi dan menyifatkan berita kehamilan itu sebagai satu khabar angin.

Siti hanya menjalani rawatan biasa dan dinasihatkan doktor supaya tidak berjalan jauh atau membabitkan diri dengan aktiviti fizikal termasuk mengadakan konsert dalam waktu terdekat. Pihak pengurusannya bagaimanapun kesal dengan dakwaan beberapa pihak yang begitu cepat membuat andaian dan spekulasi.

“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Siti masih belum mengandung setakat ini,” ujar Rozi Razak, pengurus Siti. -Gua

M. Rajoli meninggal dunia. -al Fatihah

Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada yang dalam keadaan kritikal sebelum ini telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu. Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zohor 18 September 2010. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. -mStar
Minat dengan lakonannya yang membawa seribu makna, kepemergianmu tiada pengantinya, al Fatihah buat Arwah dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Marsha pakai baju fitted dalam In Trend

Jumaat, 17 September 2010

Sekali sekala tengok Marsha berpakaian sukan ni memang masyuk juga. Dari artis program realiti yang memfokuskan kepada bidang nyayian, kini beralih kepada permodelan pula. Begitulah kalau artis dah popular, banyak tawaran sana sini, mana nak jadi duta, modeling, pelakon iklan, dan sebagainya. Nasib lah Marsha bukan Muslim, kalau Muslim, sah kena bidas di negara ini. Jadi Marsha pun boleh lah berlagak seksi sedikit (had yang ditetapkan, hikhik).