Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bila Nora Danish Bertudung

Ahad, 27 September 2009

Pelakon janda anak satu, Nora Danish sememangnya masih lagi comel dan cantik walaupun ditinggalkan oleh suami yang sememangnya seorang lelaki (ngeh3). Lagi comel bila Nora Danish bertudung dan tak mendedahkan auratnya sana sini dan boleh menjadi icon kepada peminatnya. Namun malangnya ianya cuma boleh dilihat apabila dia berlakon dalam slot Lagenda Sumpahan Puteri Bunian mulai 30 September 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30PM, TV3.

Gambar Azwan Ali Umrah

Sabtu, 26 September 2009

Syukur Alhamdulillah, akhirnya Azwan Ali bertemu dan pergi ke Tanah Suci Mekkah dan sempat beraya di sana. Kata Azwan Ali, dia dapat merasakan perubahan pada dirinya dan berharap ianya adalah Azwan Ali yang baru. Selain memaafkan musuh-musuh dia yang memfitnah dan mengosipkan dirinya di mana-mana sebelum ini. Baguslah kalau macam itu Azwan, semoga umrah Azwan Ali adalah umrah yang mabrur. Jangan pas ni keluar kata-kata kesat lagi dalam blog, dah lah, yang itu penulis enggan mengulas.

Maizawati Mengejar Lelaki Berharta?

Hati siapa yang tidak sedih kalau dituduh mengejar lelaki berharta sedangkan yang dicari adalah lelaki yang kaya dengan budi bahasa. Itulah perkhabaran terbaru yang di dengar menimpa Maizawati Zainal, janda Akhil Hayy. Lantaran kecewa, Maizawati atau Maiza akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah akhbar tabloid tempatan kerana melaporkan kisah berbaur fitnah ke atas dirinya.

Dalam laporan akhbar Harian Metro semalam, Maiza dipetik sebagai berkata,
"Memang dia (wartawan tabloid itu) ada bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan sekiranya saya ingin berkahwin lagi. Saya cuma nyatakan mahu lelaki yang kaya budi bahasa dan tidak menyebut langsung mengenai duit atau harta benda seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan."
Maiza berkata, selepas artikel itu tersiar, dia cuba menghubungi wartawan berkenaan semula untuk meminta penjelasan tetapi gagal.
"Sudah banyak kali saya cuba hubungi dan menghantar SMS kepada wartawan itu tapi ia tidak berbalas. Saya masih beri peluang kepadanya untuk memohon maaf dan mengakui kesilapannya dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadap wartawan dan akhbar berkenaan," katanya.
Maiza mendakwa, akibat tulisan berkenaan, dia mendapat banyak panggilan telefon dan SMS daripada keluarga serta rakan yang menyangka dia sudah berubah. Katanya lagi, wartawan yang sama juga sebelum ini pernah mengeluarkan tulisan yang mendakwa dia meninggalkan suami pertama dulu semata-mata kerana mengejar Akhil.
"Jika benar saya mahukan lelaki kaya, saya tidak perlu bersusah payah mengusahakan perniagaan untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak," ujar Maiza.

Menyanyi 1 Jam dapat RM70000

Semua orang akan terbeliak bila melihat penyanyi menyanyi dalam masa tempoh sejam sahaja, sudah mendapat RM70000. Fakta ini bukanlah satu gurauan, namun itulah realiti dalam negara ini. Bayangkan dengan mengeluarkan suara dalam masa demikian, anda boleh jadi jutawan dalam sekelip mata (mengalahkan gaji pengurus dalam masa setahun tue) Siapa lagi kalau bukan artis-artis yang mendapat nama di Negara ini seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Anuar Zain dan Jaclyn Victor. Jom lihat jadual harga nyanyian mereka jika u'all mahu menempah mereka buat show time kahwin u'all.


DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM70,000 untuk persembahan selama 1 jam

DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam

ANUAR ZAIN
* RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam

JACLYN VICTOR
* RM18,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM30,000 untuk persembahan selama 1 jam

Keluarga Amy Mastura

Pelakon dan juga penyanyi cantik manis, Amy Mastura semamngnya sudah diakui berkahwin dengan seorang jejaka yang dikehendakinya. Rupa paras suami Amy ni bukanlah sekacak yang disangka juga pun, namun telah menjadi rahsia Amy dalam memilih bakal suaminya. Keluarga Amy jarang digembar gemburkan dalam mana-mana media, lebih-lebih lagi anak-anaknya yang kedua-duanya perempuan. Kali ini kita boleh lihat dengan jelas siapa disebalik orang belakang Amy Mastura.

Adik Camelia Sosial Sungguh

Jumaat, 25 September 2009

Kenapalah segelintir artis-artis di negara ini, sangat sosial sehinggakan adik-adik mereka juga turut mengikut jejak langkah. Yang mendapat kesannya, artis berkenaan juga walaupun adiknya sosial. Dikatakan tiada bimbingan agama, mustahil juga, dah tua bangkak mestilah ada juga ilmu agama kan. Mungkin dengan alasan terlupa dan usia masih muda. Penulis pun tak tahulah dunia sosial ni, kalau diikutkan memang tiada batasan bila dah bergaul bebas tahap cipan.

Abby, Zul Beraya Bersama

Memang tidak disangka, hubungan Abby dan Zul makin hari makin menampakkan bunga-bunga cintun. Tapi mungkin kerana mereka pandai main nyorok-nyorok, akibatnya orang dah mula lupa. Dalam facebook Abby, ada gambar mereka berdua bergambar ketika Hari Raya yang baru-baru ini, gambar ni bukanlah gambar biasa-biasa, Abby merapatkan ke dada Zul, mungkin sebagai pengubat rindu Zul kot (jangan marah erk), tambahan lagi gambar itu jadi gambar utama Facebook Abby. (saje nak panas-panaskan Norman)

Sitcom Raya - Teres Kembar Empat

Drama ini seakan-akan filem Allahyarham P.Ramlee bertajuk Madu 3, namun yang ini ditambah satu lagi menjadi Madu 4. Barisan pelakonnya pula terdiri daripada mereka yang menawan dari luaran nya lah (dalaman? Wallahualam), Diana Danielle, Aleyah Lee (2nd), Raja Farah (3rd), dan Anne Abdullah. Namun filem ini dah habis dah episodnya yang bermula dari 21 hingga 24 September 2009, jam 1.00 petang lalu. Siapa tak tengok, melepas lah dia..

Personaliti TV, Sasha Bashir

Sasha Bashir memang kureng dikenali ramai. Dia dikenali pun apabila berkerja di TV3 dan menjadi seorang pemodel. Gadis yang pernah menuntut di The West Australian Academy of Performing Arts dengan mengambil Bachelor of Arts Honours in Performing Arts ini, masih lagi membujang. Dan ini bukan sesuatu yang mudah, memandangkan Sasha Bashir seorang yang sibuk dengan kerjayanya. Gadis kacukan ni sememangnya seorang yang jelita rupawan dari segi rupanya dan juga bentuk fizikal, siapa bakal suaminya, itu akan menjadi satu misteri~..

Ally, Khai AF1 Tak Solat Raya?

Khamis, 24 September 2009

Tngah tengok tv3 nih, MHI pastu ada live solat sunat raya yg ada sultan Mizan tu... aku tertanya2 jer. kaum lelaki yg dtg ke Saloma Bistro tu tak solat raya ker?
bkn apa, aku tengok, ramai jer retis2 braya kat sana, live MHI. ada Ally Iskandar, Khai AF1, budak melaka AF1, dan ada la lagi.. aku tak ingat nama.. depa dah duduk tnggu hidangan..

ker aku dh salah faham ni, mungkin ada masjid dkt2 sana, tiba masa nanti, kaum lelaki islam tu berlari2 anak ke masjid berhampiran? aku konpius jer aaa. bukan nak fitenah ker hapa... walau solat raya nih sunat jer.. tp mcm hilang seri la klu tak gi solat sunat raya nih.. btw, aku kat sni masih posa.. tu pasal lum pegi solat raya... -Peminat

Scha al Yahya di Hari Raya

Scha ni secara kasarnya tidak popular di dunia luar, tapi di dunia maya, dia merupakan salah seorang yang paling popular di hati peminat. Buktinya, dia selalu updates Facebook nya dengan meletakkan isu-isu yang terbaru terutama sekali dia merupakan salah seorang artis yang terawal meng-upload gambar Hari Raya 2009 bersama keluarganya yang disayangi dan ini meletakkan Facebook nya dengan Fan yang agak menakjubkan. Apa-apa pun marilah lihat waktu-waktu riang Scha ketika berhari Raya. (Fahrin tak g ke rumah ker?)

Emelda Rosmila Mengandung?

Perkahwinan Emelda Rosmila dan Adlin pada bulan Mei 2009 lalu bukan lah sesuatu yang baru lagi. Dah 4 bulan berlalu dan ini menampakkan kemungkinan yang Emelda bakal mengandung anak mereka berdua. Buktinya masih samar-samar lagi, namun bila melihat kemunculannya di Lagenda Lebaran 09 baru-baru ini di TV3, perutnya seakan-akan 'kembung'. Kalau benar mengandung, tahniahlah, satu pencapaian yang membanggakan.