Pada:
Sabtu, 26 September 2009
Dalam laporan akhbar Harian Metro semalam, Maiza dipetik sebagai berkata, "Memang dia (wartawan tabloid itu) ada bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan sekiranya saya ingin berkahwin lagi. Saya cuma nyatakan mahu lelaki yang kaya budi bahasa dan tidak menyebut langsung mengenai duit atau harta benda seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan."Maiza berkata, selepas artikel itu tersiar, dia cuba menghubungi wartawan berkenaan semula untuk meminta penjelasan tetapi gagal.
"Sudah banyak kali saya cuba hubungi dan menghantar SMS kepada wartawan itu tapi ia tidak berbalas. Saya masih beri peluang kepadanya untuk memohon maaf dan mengakui kesilapannya dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadap wartawan dan akhbar berkenaan," katanya.
Maiza mendakwa, akibat tulisan berkenaan, dia mendapat banyak panggilan telefon dan SMS daripada keluarga serta rakan yang menyangka dia sudah berubah. Katanya lagi, wartawan yang sama juga sebelum ini pernah mengeluarkan tulisan yang mendakwa dia meninggalkan suami pertama dulu semata-mata kerana mengejar Akhil."Jika benar saya mahukan lelaki kaya, saya tidak perlu bersusah payah mengusahakan perniagaan untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak," ujar Maiza.
Tag : Akhil Hayy , Artis Janda , Gossip Artis , Maizawati

