Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ashraf Sinclair Terlibat Kemalangan

Khamis, 27 Ogos 2009

Tadi bersamaan jam 8.20am (27/8) adalah pergi tengok rancangan KissVaganza di Indosiar, ada berita tentang Ashraf Sinclair aka husband BCL kemalangan (sebelum subuh). Kereta Toyota Harrier dia di langgar dari arah kanan oleh sebuah teksi dan terus terbalik. Kalau dilihat dari condition Harrier dia memang kemek teruk and cermin depan retak seribu but dengan kuasa Allah, Ashraf hanya luka sikit di lutut dan peha. Luka pun sebab kena kaca cermin tingkap. Dia orang semua kata keajaiban bulan Ramadhan. -Peminat

Mungkin ini adalah salah satu hidayah dari Allah untuk Ashraf untuk mengubah kehidupannya. itu pun jika Ashraf sendiri memahami hikmah disebalik sesuatu yang terjadi..

Nasha Aziz Dalam Kasih Tercipta

Nasha Aziz kalau dia berlakon, memang semua orang tidak mahu terlepas menyaksikannya. Artis yang berpenampilan pendiam ini lebih kurang gossipnya. Terbaru mengenai Nasha Aziz, dia akan bergandingan dengan Aaron Aziz dan Erra Fazira dalam Drama cinta romantik 26 episod 'Kasih Tercipta' yang disiarkan di Astro Prima (saluran 105), setiap Selasa, pukul 10 malam. Selain menampilkan gelagat Erra yang baru sudah lama tidak berlakon selepas menjaga pantang dan Engku Aleesya.















Fara Fauzana Berniaga Kuih Raya

Jom kita jenguk apa aktiviti Fara Fauzana sepanjang bulan puasa ini. Kalau anda hendak tahu, sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, Fara akan menjual biskut raya istimewa di Bazar Ramadhan Plaza Damas, Sri Hartamas. Menurut Fara lagi, biskut yang dijualnya itu adalah resipi istimewa daripada ibu dan juga makciknya.

“Bermula pada minggu hadapan, saya akan cuba luangkan masa untuk menjual biskut raya di Plaza Damas. Sebenarnya, saya berkongi ruang niaga dengan Kak Liza, pembantu peribadi Ziana Zain.Biskut raya ini emak dan makcik saya yang buat. Koleksi biskut ini dinamakan Fafau Cookies kerana ia gabungan nama emak dan makcik saya, Faridah dan Fauziah. Antara biskut yang dijual ialah seperti Cip Coklat, Nescafee dan Biskut Arab.
“Semua biskut ini dijual pada harga berpatutan dan yang paling penting, ada jaminan wang dikembalikan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan rasa biskut ini. Kami berani bagi jaminan tersebut kerana yakin biskut ini memang sedap!” ujar Fara semasa ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan Anak Yatim anjuran Rangkaian Radio Media Prima Hot FM dan Fly FM Selasa lepas....

Sehati Berdansa 3, Salih Yaacob Masuk

Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru dapat didengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal. Dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..


Kenapa dicakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!

Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu.

Salima AF dengan Kekasih

Rabu, 26 Ogos 2009

Kenal Salima lagi tak. Pelajar AF yang paling kontroversi dari segi isu pemakaian tudung yang pernah diuar-uarkan dahulu. Namun itu kisah dahulu dan mungkin sudah lapuk, yang sekarang nie, Salima dah mempunyai kekasih hati yang baru. Kekasih barunya ini bernama Afif Bekas Peserta MyStarz LG(kalau tidak silap). Apa-apa pun semoga berbahagialah percintaan anda berdua sehingga ke jinjang pelamin nanti.

Scha, Fahrin Swimming Bersama

Artis dua sejoli nie, memang pasangan yang berani mendedahkan cinta masing-masing. Tidak kira langsung mahupun tak langsung. Yang terbaru bila pergi swimming bersama-sama. Siap pakai baju renang lagi tue. Sebenarnya masa ni scha dalam sesi latihan belajar berenang bersama Fahrin. Suasana pada itu agak kecoh juga lah, apabila babak scha terlepas dari pautan dan hampir lemas dan bernasib baik kerana ada abang Fahrin. Ngeh3.

Maizawati Akui Kahwin 2 Kali

Ketika ini, masyarakat terus memperkatakan tentang perceraian Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, serta perkahwinan terbaru Akhil dengan penyanyi Waheeda, 31. Pelbagai komen dan kritikan telah dilemparkan. Dan ada di antaranya turut menuduh Maizawati yang dulu pernah berkahwin dengan seseorang, telah meninggalkan suaminya itu semata-mata untuk menjadi isteri Akhil!

"Saya perlu bersuara kerana tuduhan saya pernah meninggalkan suami pertama demi untuk hidup bersama Akhil tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita-cerita karut dan keterlaluan seperti ini. Memang saya sendiri ada terbaca dalam internet tentang gosip ini.
"Sebenarnya, perkahwinan pertama saya dulu berlaku pada usia 17 tahun. Ketika itu, pemikiran saya masih mentah lagi dan saya berkahwin bukan atas kerelaan sendiri tapi atas kehendak keluarga. Apabila perkahwinan itu tidak terjadi atas kerelaan hati, banyak masalah mulai timbul. Akhirnya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga iaitu pada usia saya masuk 20 tahun, kami pun mengambil keputusan untuk berpisah. Hasil perkongsian hidup itu, saya dikurniakan 2 anak yang kini tinggal bersama saya.
"Kebetulan, ketika saya dalam proses hendak berpisah dengan bekas suami pertama itu, secara tidak sengaja, saya dan Akhil telah berjumpa. Pertemuan itu berlaku di sebuah kedai makan. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Akil iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi.
"Pada pertemuan itu, Akil kebetulan sedang mencari calon isteri untuk berumah tangga dan saya pula berpisah dengan suami. Selepas bertemu semula, Allah telah membuka hati kami sehinggalah kami mengambil keputusan untuk berkahwin," jelas Maizawati.

Nurul Syuhada, Mejar Faiz Putus

Dengar khabar dari orang rapat dari Kustem, Nurul Syuhada (host rancangan Majalah 3) telah pun memutuskan untuk tidak lagi bersama Mejar Faiz (angkasawan negara). Mereka dijadualkan bertunang pada 4 Julai lalu, namun segala perancangan itu telah musnah dan tidak dapat direalisasikan atas sebab masih terlalu awal banget. Dalam hal yang lain, Nurul diberitahu melalui sumber berkenaan, telah mencari penganti Faiz yakni, seorang pelajar dari Incef, nama pelajar berkenaan Raja Amir.



Jodoh itu ketentuan Allah, maka kita tidak boleh mengatakan mereka tiada jodoh. Mana tahu satu hari nanti, hati mereka berubah, kan3. Apa-apa pun selagi tak membuat maksiat dalam mencari cinta, maka carilah cinta itu dengan penuh kesabaran dan hanya semata-mata hanya keredhaanNYA.

Akhil Hayy Mahu Menyaman

Selasa, 25 Ogos 2009

Akhil Hayy baru-baru ini membuat satu statement dalam Harian Metro edisi cetak, dimana dia akan menyaman mana-mana blog yang memberi kebenaran (green light) kepada pengomen blog berkenaan dengan berunsur maki hamun dan juga memburukkan namanya dan Waheeda, isterinya. Yang dimaksudkan Akhil, kureng jelas blog mana yang dimaksudkan. Zaman sekarang nie, main saman-saman, napa tak mahu ikut zaman Nabi dahulu, saman-saman ada ke masa tue? atau takut menerima kritikan dan pandangan orang terhadap kelemahan diri sendiri. Akhil sendiri juga memberi pandangannya kepada para pendengar ceramahnya, dan semua orang ada boleh dikatakan menerima pandanganya dan memperbaiki diri pendengar itu sendiri.

Sebagai seorang yang warak dalam beragama, seharusnya Akhil menjadi icon dalam mencerminkan kepribadian Islam itu sendiri. Namun sebaliknya berlaku, dah terlajak perahu, nak salahkan kritikan orang terhadap diri sendiri. Kita tidak bolehlah selalunya benar pada hakikatnya, mungkin tanggapan orang adakalanya benar juga dan boleh diguna pakai melainkan pandangan berbentuk emosional dan negatif. Orang yang berjaya dalam hidup, adalah orang yang menerima seadanya kritikan dan tanggapan kelemahan diri sendiri, agar pada satu masa dia boleh perbaikinya dengan penuh semangat bersungguh-sungguh.

Model Dan Artis Baru, Azie Yahaya

Apalah nak jadi dengan segelintir perempuan zaman sekarang ni. Azie Yahya ni banyak kali muncul/keluar majalah terbitan Karangkraf seperti NONA. Adalah buat catwalk sikit sikit kot. Model suam suam kuku je dan baru start berlakon drama yang berepisod pendek-pendek sahaja. Dengar kata dari orang terdekatnya dia ni dah banyak service vip vip dan anak org kaya. Macam social ascott la kira. Macam macam la. -Peminat




























Lan Ex-MUH Lancar Single Album

Lan yang merupakan bekas vokalis kumpulan MUH makin 'garang' ditempat lain, apabila belum ada setahun jagung di band baru, Azlan & The Typewriter sudah membuat album single terbaru mereka. Mungkin ini lah rezeki Lan berhijrah ke satu tempat ke tempat yang lain. Gambar Lan pun sempat diambil ketika majlis pelancaran single pertama dorang yang bertajuk 'Kelibat Si Penyair' yang berlangsung di Uncle Chilli's, Hotel PJ Hilton pada 20 Ogos 2009 kelmarin.

Ahli Fiqir Popularkan Lagu Rausyanfikir

Akhirnya tercapai juga hasrat Ahli Fiqir untuk merakamkan semula lagu Dikir Fiqir yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rausyanfikir satu ketika dulu. Kalau tidak kerana pertemuan dengan salah seorang bekas anggotanya iaitu Art Fadzil sekitar bulan Ogos tahun lalu, mungkin hasrat yang sekian lama terpendam itu akan terus tertangguh lagi.
"Sudah lama sebenarnya kami hendak rakamkan lagu ini. Tapi, Art Fadzil sentiasa saja sibuk dan tidak punya masa untuk berjumpa dengan kami. Sehinggalah pada bulan Ogos yang lalu, barulah kami berpeluang meluahkan hasrat kami itu serta meminta kebenaran daripadanya untuk merakamkan semula itu..
"Apa yang memeranjatkan, pada saat itu, dia terus setuju dan kata OK. Akhirnya, dengan sentuhan muzik kami sendiri, muncullah lagu Fiqr Fiqir," kata salah seorang anggotanya iaitu Daly. -Murai

Bila Ramlah Ram Nak Sedar Diri?

Isnin, 24 Ogos 2009

Saya menerima email-email gambar dari Ramlah Ram. Siap ada yang zoom lagi. Agak tidak sesuai ditunjukkan di sini, tapi kerana kami nak sampai dengan kenapa yang dimaksudkan dengan sedar diri ni, saya pamerkan juga. Tiada apa yang teruk mengenai Ramlah Ram. Karier seninya sememangnya hebat dari dulu sehinggalah kini. Bak kata orang tua tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tak gitu? Cuma apa yang dimaksudkan dengan ’sedar diri’, adalah mengenai penampilannya. Bila kita ni dah berusia, bawa-bawalah bertaubat. Bukan dengan menonjolkan diri yang lebih seksi. Kami lihat dah macam balutnangka je. Maaf kami memang berterus-terang orangnya. -Peminat