Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Julia Perez Memakai Busana Muslimah

Khamis, 28 Mei 2009

Model terkenal Indonesia, Julia Perez atau nama singkatannya, Jupe, tidak asing lagi kerana dia merupakan seorang yang berpengaruh dalam dunia permodelan, kisah cintanya dengan pemain bola sepak Argentina, Gaston Castano. Jupe yang sering kali mempergayakan pakaian dalam dan aksi separuh bogelnya dalam setiap pengambilan sesi fotografi, kini dia juga telah mempergayakan fesyen busana muslimah yang dinamakan, Islamic Fashion Festival di Hotel Mulia, Jakarta, Selasa 26 Mei baru-baru ini. Lihatlah bagaimana dari pakaian dalam bertukar ke pakaian busana muslimah. Statusnya yang juga non muslim itu, bukan penghalang bagi dirinya untuk mempergayakan model busana muslimah modern berkenaan.

Siti Zone Raihkan Siti Nurhaliza

Pada hari Sabtu, 23 Mei 2009 majlis SitiZoners Mini Gathering 2009 yang dianjurkan oleh Ahli Kelab Peminat Dato Siti Nurhaliza, Sitizone.com telah diadakan di Restoran Resepi Sang Dewi, Cheras iaitu milik Puan Rozie kakak ipar kepada Dato Siti Nurhaliza.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk meraikan kejayaan besar Dato Siti Nurhaliza di Anugerah Industri Muzik 16, Anugerah Bintang Popular 2008 serta ingin menyambut ulangtahun karier beliau yang ke 14.

Ajai dan Chaq 'Operat' Gigi

Dari kes Akademi Fantasia dan sekarang kepada Mentor. Apa tidaknya, selepas Claudia dan Aishah menjalani rawatan gigi yang canggih sehingga mencecah RM30,000, sekarang tiba pula giliran Ajai dan Protegenya, Chaq.

Kelihatan sungguh berlainan barisan gigi kedua-dua mereka di satu majlis makan malam bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ajai & Chaq telah diundang oleh Korean Tour Agency (KTO - yang menaja Mawi & Ekin ke berbulan madu) bagi menyaksikan pelancaran kempen pelancongan EXPO 2010 - YOEOSU KOREA di situ.

Bagaimanapun, gigi yang dipakai sekarang masih lagi sementara dan akan digantikan dengan gigi yang lebih real dari segi tekstur dan warna kurang lagi seminggu selepas kesan pembedahan kecil tempoh hari ke atas mereka, benar-benar telah sembuh.

Difahamkan kedua-dua mereka telah pergi ke klinik pakar gigi yang sama dikunjungi oleh Claudia dan Aishah dulu. Selain itu, apa yang menarik, ketika sesi latihan show majlis itu, Chaq yang handal menari telah membuat persembahan dengan penari-penari Korea yang lincah dan mendapat pujian.

Patutlah nampak senyuman Ajai dan Chaq makin berseri sebab gigi lama yang agak kureng sedikit dah makin cantik. Maklumlah artis katakan, jadi kenalah jaga senyuman agar berseri-seri, lagi pun gigi juga sangat penting untuk kita makan dengan lebih sempurna. Chaq pun juga semakin popular dan imejnya ada nilai komersial macam adiknya, Stacy. -Murai
Ps: rawatan gigi? dorang nie xpndai jaga gigi erk, xder masa kot nak gosok gigi. ngeh3

Akhil Hubungi Waheeda Bukan Maiza

"Saya rasa setakat ini saya masih boleh bersabar. Ini hal mereka suami isteri, jadi selesaikanlah sendiri," luah Waheeda berhubung kontroversi yang melanda dirinya saat ini.
Maizawati dilihat semakin 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

"Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja.

"Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya 'ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan'.

"Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan.

"Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini.

"Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi," kata Waheeda yang menambah, dia sendiri tidak tahu di mana Akhil berada ketika ini.
Ditanya sama ada dia sebenarnya tidak terlepas berasa tertekan gara-gara kontroversi itu, dalam nada perlahan, Waheeda menjawab:
"Saya serah kepada Allah. Hanya itu yang terbaik boleh saya katakan."
Lain yang jadinya pula, apabila Maiza mengeluarkan kenyataan ini sebelumnya:
“Bagi saya, selepas saya sudah nekad membuat keputusan untuk ke mahkamah, jadi saya tak perlu hubungi dia lagi,” ulasnya yang pernah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) buat kali terakhir selepas mereka berunding pada Februari lalu.

Jelasnya, “Memang saya terpaksa membuat perbincangan menerusi SMS disebabkan mungkin Ustaz (Akhil) sedang sibuk untuk berbincang tentang apakah masalah yang mereka hadapi setelah saya memberi keizinan itu (untuk berkahwin).” -mStar

Jasmin Hamid Seksi Dedahkan Paha

Amboi-amboi, seksinya Jasmin Hamid buat penampilannya yang terbaru ni. Pelakon yang sudah meningkat usianya, mesti nak kelainan juga agar reputasi tidak menjunam di mamah zaman. Kali ni, dia memberanikan pahanya yang mulus itu kepada khyalak ramai. Motifnya tidak dapat dipastikan lagi untuk tujuan apa. Namun kita seharunya menyedari, usia makin meningkat, amal juga kenalah ada peningkatan. Ngeh3.

Foto Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie

Rabu, 27 Mei 2009

Gosip artis Indonesia hari ini bakal membawa khabar dari selebriti yang tengah berpacaran. Setelah sebelumnya ada Widi Vierra dan Intan Ayu, serta yang paling new @ fresh foto mesra cinta laura cium pacarnya, kali ini bakal diberi lihat foto kemesraan Nia Ramadhani Dan Ardi Bakrie di segenap tempat. Pasangan kekasih yang menjalinkan cinta beda jauh usia ini sememangnya lagi asyik-asyiknya. Maklumlah pasangan baru yang bahkan udah pernah dapat gosip Nia Ramadhani dan Bakrie bakal bertunangan.

Video Klip Amy Mastura - Happy

Lagu Happy adalah lagu baru yang telah dinyanyikan oleh penyanyi cantik molek, Amy Mastura ketika dijemput di WHI kelmarin. Lagu baru ini telah dirakamkan di Indonesia dan ditulis oleh Amy sendiri. Namun lagu ini adalah untuk kedua-dua buah negara juga. Apa-apa pun tahniah lah kat Amy Mastura kerana berjaya melahirkan album terbaru nya yang terkini. Jom lihat NK dan Irin gelek sekali dah. Ngeh3.



Scha al Yahya Luka di Mulut

Pula dah dengan satu artis heroin tempatan ni. Dahulu sibuk digossipkan dengan berkasih sayang dengan Fahrin, kini bila dijumpai, luka di bahagian mulut sampai berdarah-darah penulis lihat. Memang tidak boleh penulis terima hakikat dengan penampilannya yang sedemikian. Namun pun begitu, ianya hanyalah sekadar lakonannya sahaja ketika membintangi filem EVOLUSI KL DRIFT. Anda jangan lah rasa suspen pula erk. Ngeh3..

Ejarn Kekasih Fatin AF5

Siapa tak kenal Kumpulan Es D co? Kumpulan asal Adam yang dahulunya popular memuncak dengan artis keluaran realiti Tv yang pandai menari dan menyanyi dengan baik. Ejarn merupakan salah seorang anggota kumpulan Es D Co yang juga di anggotai oleh Adam dan Boyanda. Dan masih ingat dengan Fatin dari akademi fantasia 5 juga? ini pun gambar dikatakan mereka sedang berputik-putik cinta suatu masa dahulu. Sungguh mesra dengan aksi peluk memeluk dan berlaga pipi. Ngeh3..

Maizawati (Isteri Akhil) di WHI

Gambar penampilan pertama Maizawati, 33, ketika ditemubual dalam program WHI di TV3 bersama Irin Putri (dua dari kanan yang sarat mengandung) dan NK (kanan) dan Ustaz Zawawi (kiri pendakwah bebas). Dia dijemput bagi mengupas topik ‘Ditinggalkan Suami’ pada 26 Mei kelmarin. Isunya bukan apa, apalagi, mengenai kes Akhil Hayy dan Waheeda lah. Dia kelihatan sungguh tenang dalam menghadapi situasi yang dialaminya. Memang melepas lah korang tengok dia muncul kelmarin di WHI. Namun penulis dapat sedikit melihat ulasan di laman web mStar yang telah menyimpulkan apa yang berlaku. Selain itu sebagai info, Maiza dan bekas suaminya, Akhil telah dikurniakan 6 orang cahaya mata sebelumnya (power juga ustaz Akhil, kopi jantan punya icon tue beb!). Ngeh3.