Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi Nik Zaris Nellydya Bercium

Sabtu, 28 Mac 2009

Haiyo, kenal tak pelakon Nik Zaris Nellydya? apa? tak kenal? ala yang pelakon Spa Q tue. Ha kenal pun. Ni terbaru mengenainya, aksi nyaris ciuman dari bibir ke bibir oleh kekasihnya. Mungkin ini gambar yang sempat tersebar meluas, mana tahu juga kan ada gambar 'lain' yang masih di sorok dengan aksi yang 'lebih' lagi. Almaklumlah, teknologi semakin canggih, daya pemikiran juga makin menjadi-jadi. Apa tu, "cara tidak menghalalkan matlamat". Ahaks.



Artis Yang terlibat Dalam 60 Earth Hour

60 Earth Hour sekarang makin popular atau mendapat sambutan sejak pelancarannya pada tahun 2007. Namun kebarangkalian, cuma bangunan di bandar sahaja yang berbuat demikian dan tidak di luar bandar. Artis-artis pun ada juga terlibat bersama dalam menjayakan kempen ini, mereka menjayakannya di Menara Kuala Lumpur, jam 8 malam nanti waktu Malaysia. Gambar di bawah ini adalah sesi raptai atau fotografi mereka sahaja. Ahaks.*klik untuk besarkan gambar..
Ehsan earthhour.org.my

Gambar Que Haidar Ketika Remaja

Ini adalah gambar Que Haidar ketika zaman remajanya bersama kumpulan Shogunz lebih kurang 7 tahun dulu. Penulis rasa anda boleh agak yang mana satu Que. Penulis pun baru tau yang dia ni dahulu ada band nyanyi-nyayi. Dan sekarang dah beralih arah kepada bidang lakonan juga dan sudah menamatkan zaman bujangnya dengan janda anak 1, siapa lagi kalau bukan Linda Jasmin. Ahaks.

Wiwid Gunawan Memakai Kemeja-T Rolling Stones

Seksinya pelakon Indonesia, Wiwid Gunawan memakai sepasang Kemeja-T Rolling Stones. Penulis rasa Wiwid hendaklah memakai baju-t berkenaan lebih kerap, ia adalah membuat dia lebih muda dan fresh dalam mata peminat. Dan tentang gambar-gambar di bawah ini, penulis suka memperlihatkan apabila dia mengangkat dia memberi, ia amat seksi sekali dan seperti mahu menarik cinta.

Gosip Eira Syazira Dengan Ryzal?

Pelakon popular yang didakwa menyulam cinta dengan Ryzal iaitu Eira Syazira mengaku dia mula mengenali Ryzal selepas terlibat dalam penggambaran drama bersiri 26 episod, Issandra kira-kira empat bulan lalu.

“Saya memang berkawan dengan Ryzal. Dia adalah seorang lelaki yang peramah dan menghormati orang lain sepanjang tempoh perkenalan kami.“Saya okey sahaja berkawan dengan dia, namun perhubungan kami sekadar macam kawan biasa. Cuma tiadalah sampai ingin bercinta dan mempunyai hubungan istimewa.

“Selebihnya saya enggan komen lebih-lebih kerana saya tidak selesa apabila kisah peribadi saya menjadi tajuk perbualan di media cetak dan elektronik.

“Janganlah masyarakat mensensasikan persahabatan saya dan Ryzal. Saya baru sahaja hendak melibatkan diri dalam lapangan seni sekali gus melakar nama sebagai pelakon.

“Kalau perihal peribadi terlalu diuar-uarkan, tetapi mutu lakonan saya masih belum dapat dibuktikan kepada umum, kesudahannya saya juga yang dapat malu kelak.

“Saya merayu sangat agar gosip ini dihentikan. Berilah ruang kepada saya untuk meneruskan kerjaya lakonan berbanding bercakap bab cinta dan perkara remeh-temeh,” luah wanita berusia 25 tahun itu mohon dimengertikan.

-Ehsan Kosmo-

Gambar Diana Johor Kahwin

Jumaat, 27 Mac 2009

Pada entri yang lepas yang sudah terdelete, ada komentar yang tertanya-tanya mengapakah Diana Johor berada dalam gambar bersama keluarga bekas suami Nora Danish. Diana Johor merupakan menantu kepada Tan Sri Ramli, iaitu ayah kepada bekas suami Nora Danish. Dan ini adalah gambar Diana Johor berkahwin dengan Ramelle Ramli pada 7 Febuari yang lepas. (Maaf terlambat nak post) Ahaks.

Lakonan Norman Hakim Pondan Haram

Isu Norman Hakim kini semakin hari semakin panas meledak. Malah bukan dia sahaja menjadi mangsa kontroversi ini namun kesemua krew-krew yang terlibat dalam filem berkenaan termasuk Fizz. Ini bukan tuduhan namun ianya pandangan benar dari seorang ulama mengikut sumber-sumber al Quran dan as Sunnah. Ikuti ulasan mufti Johor mengenai isu berkenaan.
*klik gambar untuk besarkan jika perlu sahaja

Gambar Terbaru Nia Ramadhani

Namanya yang sudah melonjak semenjak kemunculannya dalam drama bersiri paling popular, Bawang Merah Bawang Putih, kini lebih kelihatan cerah dan manis. Selain dari itu, dia juga bakal menjadi menantu kepada jutawan dan hartawan Indonesia, Bapak Abu Rizal Bakrie dengan menjalinkan hubungan kekasih dengan Ardie Bakrie. Walaupun usianya dibawah 20 tahun, namun undang-undang pemerintahan Indonesia membolehkan pernikahan seusia berkenaan. Ahaks.

Aktiviti Diana Danielle di PLKN

Wah. Artis remaja seorang ni sedang giat dalam aktiviti di PLKN kem Princess Heliza. Selain dari itu, dalam keadaan kepenatan pun dia masih boleh tersenyum lagi. Apakan tidak, sudah ada pengalaman dalam bidang lakonan. Jadi tiada masalah dalam mengharungi cabaran. Gambar di bawah merupakan diantara aktiviti DD, selain daripada aktiviti kawad, menarik tali dan juga memotong bawang. Ahaks.

Lagi Gambar Hot Nikki Palikat

Inilah aksi Nikki semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Apabila diminta pose bukan main lagi si Nikki ni posing sampai lupa ada sesuatu yang tertonjol di dadanya.

Agaknya Nikky lupa baju yang dipakainya tu jenis kain yang lembut. Bila agak ketat sikit maka, adalah yang tertonjol-tonjol bila badan dibengkokkan.Tak tahulah Mangga Muda kut kut Nikky memang sengaja pilih dress itu sebab nak menampakkan dia seorang wanita yang seksi. Nilaikanlah sendiri.

Ada majlis yang sesuai nak pakai seksi seksi ni dan ada juga yang kurang sesuai. Tapi artis Malaysia ini memang tak kisah dah sebab itulah sekarang ini banyak gambar-gambar aksi hot mereka berjaya dirakam dan disebarkan.

-Ehsan ManggaOnline-

Nita Ikut Kehendak Ibu Untuk Menyanyi

Meskipun kisah cintanya dengan juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid berjaya membuatkan populariti Nita tidak pernah pudar, namun jauh di sudut hatinya, bukan cerita seperti itu yang diharapkan tuan empunya diri untuk terus bertahan di dalam bidang ini.

"Sebab itu saya lebih suka 'mendiamkan' diri saja sejak kebelakangan ini. Ramai juga yang bertanya kenapa saya agak senyap, tetapi saya lebih selesa seperti ini...lagipun album terbaru pun belum ada.

"Saya tidak mahu asyik kisah cinta saja yang keluar, kalau boleh saya lebih suka cerita tentang karier saya yang diperkatakan," ujar Nita.

Namun, anak jati Kuala Lumpur ini tidak patah semangat dengan apa yang berlaku. Malah, tutur Nita, dia tidak pernah menyesal bergelar anak seni dan sanggup meninggalkan karier sebagai penyanyi kelab dulu.

"Saya masuk dalam bidang ini ialah untuk merealisasikan niat ibu saya sendiri dan saya juga ingin lihat sejauhmana saya boleh pergi di dalam industri ini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berada di bawah pengurusan 8 Unit yang banyak membantu saya survive. Mereka sentiasa akan carikan show untuk saya setiap bulan," kata Nita.

-Ehsan mStar-

Aril dan Qhaud Berpeluk Pulak

Tidak lama dulu gambar si Aril (adik kepada Izwan Pilus) tengah cium dahi Qhaud (peljar seperti Mawi) menjadi kontroversi tetapi telah “berjaya” di senyapkan oleh jurufoto tersebut dengan mengatakan mereka melakukan aksi “Keakraban Seorang Sahabat”. Tapi kali ini dapat pula gambar tengah berpeluk mesra antara Aril AF7 dan Qhaud AF7. Kali ni susah mahu disangkal lagi kewajaran yang mereka lakukan. Anda bakal nilaikan sendiri. Ahaks.

Kembar Artis AF7, Rini dan Rina

Dunia selebriti Malaysia sudah memiliki pasangan kembar seperti Ekin & Ain, bintang bola sepak, Aidil Zafuan & Aidil Zakuan serta pelakon baru, Diana & Lina Johor.

Dan sejak adanya AF7, sudah ada satu lagi pasangan kembar menjadi perhatian iaitu Rini dan adik kembarnya, Rina.

Mereka berdua turut pergii ke uji bakat tetapi Rina atau Zuzafrina, kurang bernasib baik. Nyata mereka berdua sama cantik dan berbakat. Suara Rini atau Zuzafrini, lebih besar dan serak manakala Rina pula lebih lembut.Namun ketika ini Rini agak teruk menjadi mangsa kritikan ramai peminat berikutan isu hangat yang timbul dalam Diari AF7. Sebagai adik, Rina, juga kurang selesa dengan apa yang terjadi dan cuba mempertahankan kakaknya.

"Sebelum ini kami berdua memang sangat rapat. Kami tidak pernah berenggang dan apabila itu terjadi, Rini akan mudah tersentuh dan tertekan. Mungkin dia rindukan saya. Selalunya segala masalah kami akan kongsi bersama.

"Bagi saya, Rini jenis yang suka berterus-terang. Dia juga tidak suka cakap belakang-belakang. Kalau nak tahu, perangai kami memang aktif dan agresif tapi sebagai perempuan, hati kami tetap lembut serta mudah tersentuh," jelas Rina.

Bagaimana hendak kenal wajah mereka berdua?

Jika diamati betul-betul, Rini mempunyai sepasang mata yang lebih besar berbanding Rina. Selain itu juga, difahamkan, Rini memiliki tahi lalat di dahi manakala Rina pula di bawah dagu dan mata.

-Ehsan Murai-

Badrul Muhayat Join MLM Bentuk Makan

Badrul Muhayat bukan nama asing dalam industri hiburan negara. Walaupun dikaitkan dengan banyak perkara yang mengaibkan. Antaranya ditangkap berkhalwat, memukul isteri, berkahwin lagi dan perkara-perkara memalukan. Dulu pernah Badrul bercerita dia memang malu nak keluar rumah gara-gara pelbagai tanggapan serong masyarakat terhadapnya. Sewaktu zaman popularnya, Badrul pernah menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana. Wajah tampannya berjaya membawa Badrul memasuki Hero Remaja di awal-awal pertandingan berprestij itu dimulakan oleh Majalah Remaja.Kini keadaan berubah. Sesuai dengan peredaran masa, Badrul yang akan turun ke lokasi filem Mat Kilau ternyata makin berisi. Berat badannya bertambah sehingga 10kg! Kata Badrul bukan sahaja dia gembira dengan perjalanan hidupnya sekarang, tetapi kerana dia baru terjebak dalam satu program perniagaan berasaskan makanan namun berbentuk MLM ~Island Red Cafe (IRC.com).
“Saya boleh menjana pendapatan harian melalui makan, dapat baucher dan duit. Tu badan naik mendadak. Kalau siapa biasa melepak di Old Town, sebenarnya konsep pernigaan mereka sama sahaja. Tapi di IRC, kita boleh dapat duit dan menaja orang lain untuk makan dan mendapat duit juga” akui Badrul yang ditemui di Island Red Cafe, Pandan Indah. Sila layari http://www.2islandredcafe.com atau hubungi talian 012-2169286/012-6993038 untuk maklumat lanjut.

Nine OIAM Berpeluk Dengan Wartawan Kosmo

Khamis, 26 Mac 2009

Dakwa pengirim gambar ini, peserta OIAM3 iaitu Nine berpeluk sakan dengan aweknya yang merupakan seorang wartawan tabloig harian. Apa yang membuat pengirim marah, katanya selama ini wartawan asyik hentam artis bila berkelakuan tak senonoh... tetapi kali ini wartawan pula yang membuat onar.

Namun apa yang boleh katakan, memang wartawan baru zaman sekarang ada segelintirnya yang tak bermaruah dan berlagak bagus. Sebenarnya keadaan ini jauh berbeza dengan zaman wartawan dulu-dulu yang memang serius dalam tugasan yang diberikan.

Bagaimanapun, gambar tersebut bukanlah teruk sangatkan? Cuma 'ringan-ringan' je! Itupun kalau betullah wanita tersebut 'wartawan'... mana tahu cuma wartawan pelatih je??

Dalam hal ini, wartawan bukanlah malaikat dan mereka juga tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Bak kata orang: dalam setandan pisang, pasti kadangkala ada juga pisang yang busuk. Tak gitu??

Datuk Farid dan Noryn Aziz Bercuti Di London?

Jangan salah sangka, ini bukan gossip Datuk Farid CEO Media Prima & Noryn Aziz bercinta, sebaliknya mereka berdua adalah di’antara selebriti yang di’terbangkan oleh Air Asia ke London sempena penerbangan sulung syarikat itu ke sana. Selain mereka berdua, selebriti yang turut serta dalam percutian ini adalah Fara Fauzana, Dj Hot FM.Menurut Tony Fernandes, penerbangan Air Asia ke London telah di’jadualkan sebanyak 5 kali seminggu, dengan kos penerbangan yang lebih murah. Berbanding MAS, Air Asia menawarkan penerbangan serendah RM500 sehala dari lapangan terbang LCCT. Namun, anda di’sarankan untuk menyemak harga MAS, setahu penulis MAS sudah mempunyai All Inclusive Airfare, mungkin mereka juga menawarkan pakej yang lebih menarik.

Awie Bahagia Bersama Keluarga Baru

Bila ditanya tentang kehidupannya kini, Awie terus mengatakan yang dia amat bersyukur. Dia semakin bahagia kini dan keserasian semakin baik serta kukuh antara dirinya dengan isteri, Rozana Misbun.Isteri saya dah semakin memahami saya dan sebagai seorang ibu, dia tak pernah nak bandingkan antara anak tiri dan anak kandung sendiri. Anak-anak saya yang dulu pun rapat dengan mummy mereka tu. Saya suka tengok anak-anak saya membesar di depan mata saya.

Anak sulung saya, Puteri Aleeya Antasha dah berumur sembilan tahun manakala Puteri Alifa Antasha dah berumur tujuh tahun. Putera saya pula, Putera Ahmad Merah dah berumur dua tahun dan yang bongsu Putera Ahmad Rezzki dah berumur tujuh bulan memang sentiasa berada dalam kawalan saya.

Pernikahan Dr Muszaphar & Dr Halina Mungkin Tak Jadi?

Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan buah hatinya, Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, pada pertengahan Julai 2009.

Menurut beliau, Halina menjadi pilihannya setelah mereka salingmengenal hati budi masing-masing sejak masih menuntut di universiti lagi."Benar, saya kenal dia masa kami sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," akuinya ringkas.

Pada 27 November tahun lalu, kami berjaya mendapatkan reaksi balas doktor dalam bidang kecantikan estetik di Prima NoraWomen's Wellness Centre itu mengenai hubungannya dengan SheikhMuszaphar.

"Saya serasi dan suka berkawan dengan Mus," kata Halina ketika itu tetapi pada masa yang sama Sheikh Muszaphar mengambil sikap mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.

Ditanya lebih lanjut soal perkahwinannya, Sheikh Muszaphar dengan tenang berkata: "Saya tak mahu bercakap tentang hal kehidupan peribadi saya lagi."

Mengulas mengenai perkembangan terkini dirinya, beliau berkata, dia telah kembali kepada jawatan hakikinya sebagai pakar bedah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tetapi hanya bertugas seminggu sekali saja.

Kembar 'Ziana Zain' di Ujibakat AF

Mengelarkan dirinya sebagai Ziana Zain, pemuda gadis yang pernah memberanikan diri membuat ujibakat Akademi Fantasia dahulu, telah membuat kemunculan di’konsert Akademi Fantasia minggu kedua. Lagaknya tidak berubah, tetap mengenakan baju yang sama dan kelip rambut bertatah bunga telur kahwin, menjadikan dirinya kelihatan anggun lagi menawan . Kepada pembaca, harap anda tidak mengigau atau mengalami kemurungan jiwa selepas ini.

Faizal Tahir Minta Maaf kepada Kak Nita

Semuanya berpunca sewaktu sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkan Faizal dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak yang mana Faizal tiba lewat sejam di sidang media itu, sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.

Malah, sikap Faizal yang langsung tidak meminta maaf atas kelewatan itu dan terus mengambil tempatnya membuatkan banyak pihak di sidang media tersebut termasuklah wartawan cukup bengang dengan penyanyi ini.
Faizal ketika itu hanya memberikan alasan bahawa dia terperangkap dalam kesesakan lalulintas gara-gara hujan lebat.

"Saya kalau boleh tidak mahu hal ini diperbesarkan. Tetapi, saya ingin jelaskan apa yang terjadi pada hari itu sebenarnya adalah salah faham antara pihak saya dan penganjur.

"Pada awalnya, saya dan pengurus saya diberitahu kami perlu berada di sidang media tersebut paling lewat pun pada pukul 3.30. Saya akui saya sampai di sana terlewat sedikit sekitar jam 3.45, tetapi saya tak sangka pula sebenarnya saya sudah terlewat hampir satu jam.

"Saya terkejut bila baca dalam akhbar beberapa hari kemudian yang mengatakan saya tidak hormat penyanyi senior kerana tiba lewat sejam. Dari situlah baru saya sedar yang sebenarnya sidang media itu sepatutnya bermula pukul 3 petang.

"Kalau saya tahu hal tersebut pada hari itu juga, saya pasti akan minta maaf. Tetapi tidak mengapalah, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak pun.

"Ini adalah satu salah faham saja, jadi tidak ada apa yang perlu diperbesarkan. Saya akan minta maaf dengan Kak Nita jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana nanti," tutur Faizal yang ditemui pada sidang media sempena Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative di Bora Ombak, Ampang, semalam.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini, dia tidak mahu lagi mengulas lanjut tentang hal tersebut dan akui akan lebih berhati-hati untuk apa jua perkara selepas ini.

-Ehsan mStar-

Agnes Monica dan Dr Neil Bertunang?

Agnes Monica dan Dr Neil bertunang menjadi gosip artis panas sejak kebelakangan ini. Blog ini sempat menulis pacar baru Agnes Monica dan gosip pertunangan ini jadi membuktian kalau Agnes masih seiring dengan doktor asal negera Jepun berkenaan.

Kalau tahun lalu, artis ini juga pernah digosipkan mengenai “Agnes Monica - Salah Potong Rambut” ini masih mahu lagi berbelah bagi soal kriteria kekasih idamannya, kali ini Agnes jesteru menyimpan rahsia setiap ditanya soalan mengenai pasangannya.

“Aku kan udah bilang, tanya apa aja kecuali my personal life“

Pas digasak dengan pertanyaan yang sama, artis comel yang sempat di'tarik' di Malaysia ini cuman menjawab seperti berikut.

“Masalah itu mending saya dan keluarga aja yang tau. Soalnya gini, buat ngegabungin 2 orang aja udah ribut apalagi kami juga punya prinsip hidup berbeda. Malah ribut, apalagi kalo ntar ada orang ketiga, keempat, kedua ratus, ke sejuta sekian. Mending keluarga aja yang tau.”

Tambahan sahaja, makanan kesukaan Agnes, Niku Udon (Japanese Food), terus juga pernah sudah mengikuti kursus Bahasa Jepun, seterusnya nak tunggu apa lagi ya.

Farawahida Tidak Kenang Budi!

Itulah reaksi pengurusnya, Julfekar, apabila diminta memberi komen tentang SMS yang dikirim anak didiknya, Farawahida, memaklumkan keputusannya untuk keluar dari naungan Millenium Art Sdn Bhd. Ini ikutan dari surat bertarikh 16 Februari yang dihantar kepada Julfekar, meminta supaya dia dilepaskan dari Millenium Art. Alasan yang diberikan – dia tertekan dan dikongkong. Menurut Julfekar, Farawahida masih terikat kontrak dengan syarikat sehingga Februari tahun depan.
“Niat saya baik iaitu ingin memberi peluang kepada artis baru mengetengahkan bakat mereka. Tapi, itulah, sesetengah mereka memang tidak mengenang budi. Dalam kes Farawahida, saya memang ada mendengar dia bercerita benda yang tak baik mengenai saya dan menuduh macam-macam. Walaupun kesal, tapi saya tak mahu ambil kisah sangat sebab saya tahu saya di pihak yang benar,” cerita Julfekar kepada Berita Harian hari ini dalam ruangan ‘Jawablah!’.

Mengikut cerita, Farawahida telah menghilangkan diri sejak awal bulan lalu, selepas berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-23 dimana dia memenangi Lagu Terbaik dalam kategori Etnik Kreatif. Semua percubaan untuk menghubunginya gagal.

Diminta mengulas tentang dakwaan Farawahida yang dia dikongkong, Julfekar menjelaskan untuk menjadi seorang artis, penampilan harus dijaga, tidak boleh keluar malam dan kena banyak membuat latihan. Katanya, jika benar dia banyak berleter atau mengongkong, itu adalah untuk kebaikannya.

Julfekar juga percaya tindakan Farawahida adalah disebabkan pengaruh orang-orang sekelilingnya. Enggan lagi mengambil tindakan mahkamah, dia berharap Farawahida akan bertemunya untuk berbincang.

Ehsan Gua