Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fathia Latiff berpurdah di Makkah (9 gambar)

Isnin, 12 Jun 2017

Baru-baru ini pula Fathia Latiff memuat naik foto dia memakai purdah di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen, ketika ini Fathia difahamkan tengah menunaikan ibadah Umrah kali ke-3 bersama keluarganya dan sekaligus menyambut bulan Ramadan di Tanah Suci, Makkah.

Dan ini diantara pujian komen di Instagram milik Fathia mengenai gambar berpurdahnya itu.

Inilah wajah wanita yang 'diganggu' Shukri Yahaya?

Agak panas apabila Shukri Yahaya dikatakan telah mengoda seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle (seorang model) dengan aplikasi Wechat 'video call'.

Wanita berkenaan tampil memberitahu mStar Online yang dia mengenali Shukri ketika berada di Kuala Kangsar atas urusan penggambaran.

Bukan niat saya untuk berlagak pandai! - Janna Nick

Baru-baru ini Janna Nick ada memuat naik gambar selfie dirinya bersolat terawik di masjid, dengan Shiela Rusly yang masih kusyuk solat. Tidak lama kemudian, ramai yang menhentam dan mengkritik Janna kerana dikatakan bersikap menunjuk.

Pukul warga Brunei, Lydiawati terima hukuman.. (video)

Ahad, 11 Jun 2017

Lydiawati dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memukul peniaga wanita warga Brunei menggunakan besi, Mac tahun lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51.

Mahkamah turut memerintahkan Lydiawati dikenakan hukuman penjara 14 bulan, jika gagal membayar denda itu.

Pesanan terakhir Jupe kepada kaum wanita...

Semalam Julia Perez atau Jupe telah kembali ke Rahmatuallah. Sebelum ini Allayarhamah menghidap penyakit kanser serviks tahap empat ada membuat satu pesanan kepada kaum wanita mengenai bahayanya kanser ini ini, dia berpesan agar selalu menjaga kebersihan bagian peribadi masing masing.

“Penularan juga bisa dari cara buang air kecil yang sembarangan”kata jupe yang kini dalam keadaan membimbangkan.

Selain menyerankan agar wanita menjaga kebersihan bagian peribadi, jupe juga mengecam tindakan lelaki atau pun suami yang kerap melakukan hubungan dengan wanita lain sebelum balik kerumah.
“Itulah sebenarnya yang membawa penyakit itu datang menghancurkan hidup saya”,

“Virus ini berasal dari suami,jadi saya sarankan kepada suami jangan jajan di luar,kasihan kami para isteri”

“Banyak paktor yang menyebabkan penyakit ini menular,mulai dari bercium,berpeluk atau pun bertukar pakaian dalaman juga memiliki peranan penting,tolong jauhi hal hal semacam ini" kata jupe.

PANAS! 'my x menantu yg bangsat!' - Chef Wan

Sabtu, 10 Jun 2017

Bukan main marah lagi Chef Wan dengan bekas menantunya, Gavin yang enggan menghadiri ke mahkamah untuk proses perceraiannya dengan anak Chef Wan, Serina.

Chef Wan memuatnaik status marah berkenaan semalam dengan ayat-ayat yang susah hendak kita percaya.

Hans Isaac dedah kenapa tangguh kahwin 29 Julai


Datuk Hans Isaac, 46, terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya dengan model, Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Hans berkata, majlis itu terpaksa ditunda kerana bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

"Saya terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan kami kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang berikutan terikat dengan kontrak di Austria.

"Malah ada saudara mara dan sahabat handai yang pergi bercuti pada tarikh sama. Sejujurnya, ini adalah salah saya kerana ketika memilih tarikh berkenaan saya tidak memberitahu kepada Gabrielle dan keluarganya," katanya kepada HarianMetro

Ezlynn dedah pertahankan rumahtangga bergolak 3 tahun lalu atas sebab...

Jumaat, 9 Jun 2017

Ezlynn mendedahkan pergolakan rumah tangganya bermula sejak tiga tahun tetapi dipertahankan atas saranan mahkamah syariah yang memintanya menjalani kaunseling.

Begitupun, selepas tempoh itu hubungan Ezlynn bersama suami, Adam Fahmy, tidak dapat diselamatkan susulan tiada persefahaman.

"Kemelut rumah tangga kami bermula sejak tiga tahun lalu dan akhirnya saya terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas tidak nampak jalan penyelesaian. Kini kami mengikut saranan pihak mahkamah menjalani sesi kaunseling.

"Saya mengunci mulut kerana menganggap ia kisah peribadi bersama suami yang tidak harus diceritakan kepada umum. Masih panjang sebenarnya proses ini untuk dibicarakan di mahkamah.

"Sejujurnya memang tiada komunikasi antara kami tetapi itu tidak bermakna kami bermasam muka. Lebih baik begini," katanya kepada BH Online.

Jubah dan Abaya bukan baju raya kita! - Erma Fatima


Erma Fatima berkata dia ingin mengembalikan gaya tradisional orang Melayu dengan memperkenalkan koleksi pakaian Mak Cun. Ia merupakan rekaan pakaian berdasarkan wataknya dalam drama popular Mokcun.
"Koleksi Mak Cun ditampilkan dengan mengambil ilham daripada watak yang saya lakonkan dalam drama terbabit. Manakala sebuah lagi koleksi saya, Khalif, pula adalah rekaan yang diinspirasi daripada pakaian yang saya gemari.

"Saya jenis wanita yang suka bergaya pelik, tetapi tidak melupakan elemen batik untuk setiap koleksi dihasilkan. Jadi, saya suai padankan semuanya.

"Koleksi saya pun hanya menggunakan kain kapas dan tidak mahal. Ia pakaian harian yang sangat praktikal. Sejujurnya, dua koleksi saya hasilkan ini bertujuan untuk mengembalikan gaya tradisi ketika sambutan raya dan pemakaian harian,

"Jubah dan abaya bukan baju raya kita. Gaya sedemikian adalah lebih kepada orang Arab.

"Saya pula mahu kembalikan gaya Melayu yang masih bercirikan ketimuran," katanya kepada Berita Harian.

Maria Farida 'takut' mertua ke tu?

Dengarnya yang Maria Farida mahu mengekalkan hubungan baiknya dengan mertuanya. Personaliti seksinya ketika berlakon sebelum berkahwin, membuatkan dia kini lebih berhati-hati memilih watak.

Buat masa ini, watak yang harus dilakonkan tidaklah seksi mahupun mengoda kerana bimbang mertuanya bakal menonton drama/filem berkenaan.

Zizan Razak tidak beraya di kampung

Dengar khabar yang pelawak terkenal, Zizan Razak tidak beraya di kampung dan Negara sendiri. Dia lebih beringinan berhasrat untuk beraya di Kota Suci Makkah.

Tahun lalu juga Zizan pernah beraya di tempat yang sama yakni untuk menikmati 10 malam terakhir Ramadan. Memetik portal mStarOnline, Zizan akan berangkat pada 14 Jun ini sehingga 2 Syawal selain menganggap ia tempat yang baik dan sempurna untuk bercuti.

"Semenjak pertama kali ke Makkah saya sudah tiada perasaan untuk ke tempat lain kerana di sanalah tempat paling baik untuk bercuti.

"Selain meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam setiap ibadat dilakukan saya juga sentiasa berasa amat tenang apabila berada di Mekah dan akan gunakan setiap peluang beribadah dengan sebaik-baiknya," katanya.

Shima Anuar disahkan hamil, tapi kehamilan pertamanya ini.....

Khamis, 8 Jun 2017

Tahniah, pelakon Shima Anuar mengesahkan dia kini sedang hamil tujuh minggu. Kata Shima, 26, sepanjang tempoh kehamilan dia mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
"Syukur kerana hajat kami untuk menimang cahaya mata di awal usia perkahwinan dimakbulkan Allah biarpun saya mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.

"Dek kerana muntah, selera makan saya juga terjejas selain turut alah dengan beberapa bau wangian," katanya kepada mStar Online.

Siti Sarah manis bertudung, ini ucapan Sweet Shuib.. (3 gambar)


Baru-baru ini, Siti Sarah Raisuddin memuatnaik gambar dia manis bertudung. Reaksi itu turut mendapat perhatian suaminya, Shuib yang teruja melihat isterinya bertudung.

Disamping itu Shuib juga membuat satu ucapan manis buatnya. Namun Siti bukanlah bertudung kekal, ianya adalah untuk mempromosikan produk sahaja.

Nabil Ahmad 'panas' dengan peminat Fattah Amin

Minggu lalu, dengar berita yang Fattah Amin tidak hadir ke program Meletop sehingga timbul isu sindir menyindir diantara beliau dengan Neelofa di media sosial.

Nabil Ahmad selaku host program itu juga menerima tempias daripada isu berkenaan apabila diserang peminat fanatik Fattah. peminat Fattah itu telah menghantar mesej langsung di akaun Instagramnya dan menyuruh Nabil mengambil iktibar dengan kejadian itu.

Siti Nurhaliza dihina paling kejam!



“Cantik pun tak guna kalau mandul” – Komen makcik ni untuk Siti Nurhaliza buat netizen naik angin, dah kenapa dia ni?

Hati wanita mana yang tidak terguris apabila hal sensitif yang melibatkan zuriat dibuat bahan ejekan dan sindiran.

Anak Datuk Seri Vida dihina kerana hitam..


Dengar khabar anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B dihina kerana berkulit gelap dan jauh berbeza dengan kulit ibunya sendiri. Dan komen di Instagram itu berbunyi begini.

Masih ingat dengan Pelakon Kecil Ini? Jangan terkejut.. ( 26 GAMBAR )

Rabu, 7 Jun 2017


Kini beliau adalah Isteri kepada Kerabat di Raja Kedah. Cantik mengalahkan Fazura dengar khabar.

Anzalna Nasir seronok bermain dengan anak kembar comel ini (13 gambar)

Anzalna Nasir akui seronok melayan karenah anak kembar, Anggun Darleena dan Anggun Darleesa yang merupakan anak kembar kepada kakaknya, Diana Nasir.

Anzalna berkata dia tidak kisah sekiranya masa lapangnya dihabiskan dengan menjaga dua bayi comel itu.

Masalah berat badan, Adira pasrah kalau suami cari lain?


Selepas melahirkan anak pada bulan Mac lalu, Adira AF nampaknya belum berjaya menurunkan berat untuk kembali kepada bentuk badan yang asal dimana berat Adira sekarang mencecah sehingga 49kg, berbanding berat dulu yang hanya 42 kg.
“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu. Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.

Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,” katanya kepada ProjekMMO.
Ditanya tentang kemungkinan suaminya akan berubah hati, Adira cuma berkata,
“Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.

“Saya pun tidak tahu perasaan dia selepas kelahiran Anggerik kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja.

“Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama." -tambah Adira

Isteri Saharul Ridzwan selamat bersaling anak sulung berjantina...


Tahniah diucapkan kepada Shahrul Ridzwan dimana isteri beliau iaitu Qaabila Deena Emir selamat melahirkan seorang bayi berjantina lelaki pada Selasa, semalam.

Berita itu diumumkan oleh Saharul menerusi Instagram miliknya kira-kira pada pukul 5 petang.

Bagaimanapun Saharul tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kelahiran anak lelakinya itu namun mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan peminat kepadanya dan isteri.

"saharulridzwanAlhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn. 😊" tulisnya.

Gambar comel anak Kareena Kapoor yang jadi viral (4 gambar)

Selasa, 6 Jun 2017

Jom lihat gambar anak Kareena Kapoor yang menjadi viral di media sosial kerana kecomelannya yang menjadi idaman para suami isteri diluar sana.

Nora Danish dedah 'kesan' sweet suami terhadapnya...

Nora Danish yang baharu sahaja berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu mengakui yang berat badannya bertambah hampir tiga kilo sejak berkahwin kerana suaminya itu sering memasak sehingga membuatkan dia tidak mampu untuk menolak setiap hidangan disediakan.

"Dia adalah chef terbaik! Nedim memang gemar memasak dan sejak kami kahwin dia nampaknya lebih selesa berada di dapur.

"Pelbagai masakan dimasaknya sehingga berat badan saya naik hampir tiga kilogram dan ada ingat saya sedang hamil kerana wajah nampak tembam!

"Tetapi saya tidak merungut kerana ia rezeki tetapi saya sendiri kadang-kadang malas hendak bersenam dan selepas ini memang kena kerap ke gim," katanya memetik mStarOnline.