Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Riezman Khuzaimi dimasukkan ke Hospital

Jumaat, 7 April 2017

Riezman Khuzaimi dimasukkan ke Hospital Shah Alam, semalam, selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad memberitahu Riezman dikejarkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

"Doktor memberitahu paru-parunya dijangkiti kuman namun keadaannya sekarang stabil cuma tekanan darahnya rendah.

"Sekarang dia masih ditahan di wad kecemasan sementara menanti keputusan ujian yang dilakukan doktor.

"Saya bawa dia ke hospital tengah hari tadi selepas mengadu tidak sihat,

"Sudah seminggu dia mengalami demam, tetapi sekejap baik dan kembali tidak sihat sehinggalah pagi ini.

"Bebanan kerjanya yang sangat padat berkemungkinan menyebabkan dia jatuh sakit," kata Normaziah memetik portal mStar Online.

Berita mengejutkan dari Fad Bocey

Ahli kumpulan pelawak Bocey, Fad yang sebelum ini yang sudah menimang anak kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dikejutkan lagi dengan berita isterinya kini hamil. Namun tidak diketahui adakah ianya anak tunggal atau anak kembar dua.

Apakah kesudahan kisah cinta Zahirah Macwilson, Zul Ariffin?

Hubungan yang dikatakan sudah tidak lagi ada selama ini diantara Zahirah Macwilson dengan Zul Ariffin terjawab apabila Zahirah tampil memberitahu mengenai hubungan mereka.

Buat Zahirah, hubungannya dengan Zul masih lagi terjalin dan tidak berlaku perpisahan di dalam percintaan yang mereka bina buat masa ini.

Inilah bakal isteri Dazrin Kamarudin (gambar)..

Khamis, 6 April 2017

Pelakon, Dazrin Kamarudin bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya iaitu Nur Fazulin Razali pada 6 Mei depan. Pernikahan mereka akan berlangsung di Hotel Avillion Legacy Melaka manakala majlis persandingan dijangka diadakan pada Julai.

Ifa Raziah bertudung Tapi....

Sebelum ini Ifa Raziah ada membuat kenyataan akan belajar bertudung dan mahu istiqamah dalam pemakaiannya. Namun pemakaian tudung bagi Ifa belum sepenuhnya lagi buat masa ini.

Ifa juga memberitahu yang dia hanya bertudung pada hari Jumaat sahaja sejak empat bulan yang lalu memetik sebuah portal hiburan.
“Ramai orang tak tahu sebenarnya sebelum orang nampak saya berhijab di salah satu majlis di Kelantan tempoh lalu, saya dah mula berhijab sejak empat bulan lalu.

“Namun saya hanya bertudung setiap hari Jumaat selama ini.

“Ia merupakan salah satu cara saya untuk muhasabah diri selain mahu membiasakan diri ke arah berhijab,” katanya yang enggan terburu-buru untuk berhijab.

Asfan bakal timang anak ke-3

Asfan memberitahu yang isterinya, Ain Sakinah, kini disahkan hamil lebih sebulan anak ke-3. Tambah Asfan walaupun tidak merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat, beliau menyifatkan kandungan itu sebagai rezeki buat keluarganya.
"Doktor baru saja mengesahkan isteri mengandung kira-kira dua minggu lalu. Sebelum berjumpa dengan doktor, kami terlebih dulu membuat pemeriksaan sendiri di rumah.

"Pada asalnya kami mahu fokus pada dua anak saja buat sementara waktu ini, tetapi tak sangka pula Allah menambahkan lagi rezeki kami," katanya kepada BH Online.
Dua cahaya mata Asfan adalah Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

Sekitar resepsi Sharnaaz Ahmad, Nabila (28 gambar)

Rabu, 5 April 2017

Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suami..

Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.
"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh, .

"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya,

"Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya.
Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
"Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya.
Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu. Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.
"Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," kata sumber berkenaan memetik mStarOnline.

Sara Ali buka tudung? ini jawapan ringkasnya..

Dengar khabar pelakon Sara Ali membuka tudungnya setelah setahun bertudung. Gambar tidak bertudung berkenaan dimuatnaik oleh seorang lelaki ke dalam instagram milik Sara.

Lelaki berkenaan bersama-sama bercuti dengan Sara ke Shanghai China. Banyak persoalan yang timbul, adakah Sara kini sudah tidak bertudung, atau dia hanya membuka tudung ketika bercuti sahaja?

Najip Ali hina PM Malaysia, Seniman bakal 'banned'

Tindakan stesen televisyen Singapura menyiarkan rancangan yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Sehubungan itu Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menuntut permohonan maaf daripada stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.
"Seniman mendesak penerbit rancangan OK Chope! meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan ini.

"Jika tidak, kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadab berkenaan daripada terus berkarya di Malaysia.

"Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lain jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online
Kenyataan itu merujuk kepada tindakan beberapa selebriti Singapura termasuk pengacara terkenal, Najip Ali yang dengan sengaja menjadikan Najib sebagai bahan jenaka ketika muncul dalam episod ke-26 rancangan hiburan tersebut.

Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for treating Malaysia progress”.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Mira Filzah terima kejutan di majlis ulang tahun (8 gambar)

Selasa, 4 April 2017


Pelakon, Mira Filzah telah menyambut ulang tahunya baru-baru ini. Dan paling menarik dia telah menerima lebih daripada 500 kuntum bunga mawar daripada peminatnya.

Dalam majlis hari jadi yang dianjurkan oleh kelab peminatnya, Miracle FC, antara tetamu yang hadir adalah kedua ibu bapanya serta kenalan rapat dan juga para peminat.

Majlis diadakan di Sangkot Garden, Hulu Langat dan tema untuk hari jadi Mira Filzah kali ini adalah bertemakan garden. -Kredit foto - Image.Store

Permintaan Aleesya buat Erra Fazira terkedu...


Minggu lalu, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran ada mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak mereka, Aleeysa yang ke 8 tahun. Di majlis tersebut Erra memberitahu bahawa anak perempuannya, Engku Aleesya sering meluahkan keinginan untuk mendapat adik baru.

Ini kah kekasih Fasha Sandha? (gambar bersama jejaka)

Fasha Sandha sebelum ini ada mengakui yang dia kini rapat dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identiti nya. Namun baru-baru ini, memetik portal HarianMetro, satu pendedahan telah dibuat dimana ada sekeping gambar dimana Fasha sedang bergambar dengan seorang lelaki yang disyaki teman rapat nya itu.

Buat masa ini, Fasha masih belum mengomen mengenai gambar berkenaan.

Kulit album Malique mata dajjal? ini jawapan Malique...

Malique menjelaskan kulit album tiga mata album terbaharunya berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati.

Malique berkata, apa cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.
"Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

"Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

"Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya," ujarnya kepada mStar Online.

Saat cemas Tya Arifin melahirkan anak (Siti Nurhaliza dapat cucu!)

Isnin, 3 April 2017

Ifa Raziah belajar dan mahu terus bertudung.. (6 gambar)


Ifa Raziah meminta peminat mendoakan hatinya terbuka untuk terus bertudung. Tambah Ifa niat untuk mengenakan hijab sudah lama terlintas di hati dan berharap satu hari nanti dirinya akan istiqamah.

Lagi 28 gambar HD pernikahan Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Stacy kongsi gambar wajah anaknya (6 gambar)


Stacy (Ummu Shaikhah Stacy Anam) menunaikan janji dengan berkongsi wajah anaknya Eshaal di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Datuk Seri Vida, suami sudah berpisah?

Difahamkan ada desas desus yang mengatakan Datuk Seri Vida dan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin sudah berpisah atau bercerai sejak dua minggu lalu.

Namun Vida yang ditemui, enggan mengulas lanjut mengenai hal demikian.
"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan. InsyaAllah sampai masa nanti saya akan beritahu semua.

"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya Memetik laporan HarianMetro.

L'Zzay 'Joget Selfie Raya' kini bertudung (6 gambar)

Sabtu, 1 April 2017


Penyanyi L'Zzay yang popular menerusi lagu Joget Selfie Raya bersama Noraniza Idris kini memilih untuk bertudung sejak Januari lalu. L'Zzay berkata niat untuk berhijab sudah lama tersimpan, namun hanya menunggu masa yang sesuai untuk melunaskannya.

Siti Saleha umum tarikh perkahwinannya pada....

Berstatus tunangan orang sejak November 2016 yang lalu, semalam, Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan. Majlis tersebut akan diadakan selepas solat Asar di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan.
"Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh iaitu pda 28 Julai ini. Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya.

"Majlis pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis pada tarikh yang dekat supaya mudah saudara mara yang jauh untuk datang," ujarnya kepada mStar Online.

Sekitar pernikahan Sharnaaz, Nabila (27 gambar HD)

Sharnaaz Ahmad sah bergelar suami kepada kakak aktres dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noorsemalam kira-kia jam 9.15 malam.

Pada majlis itu, Sharnaaz, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Nabila, 33. Pengantin lelaki juga memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, lusa, manakala majlis bertandang pula menyusul pada 8 April depan di Pulau Pinang. Seminggu selepas majlis resepsi di Pulau Pinang, pasangan mempelai akan berangkat ke Itali untuk berbulan madu. -BharianOnline | gambar IG SharnaazAhmad, EhMalaysia, OfficialHLive