Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dato' Aliff Syukri Ngaku Kahwin 2! (video)

Selasa, 7 Mac 2017

Nak tahu lebih lanjut, tonton video kat bawah ni eh.

Rozita gelar ganggu Aqasha-Baizura sebagai BETINA


Isu seorang selebriti janda yang menganggu kehidupan Aqasha dan isteriya, Baizura mendapat perhatian seorang selebriti terkenal, Rozita Che Wan.

Namun perhatian Rozita kali ini cukup 'kasar' kerana melibatkan perkataan yang susah diterima oleh kaum wanita. Ramai yang mengecam komen Rozita itu kerana tidak sewajarnya ianya dikeluarkan oleh Rozita

Isu Jep lari dari wartawan masih lagi menjadi perhatian...

Isu Jep Sepahtu dan Sari Yanti lari daripada wartawan masih hangat lagi diperkatakan. Difahamkan mereka lari dari wartawan disebabkan isu perkahwinan mereka.

Namun ada yang bersependapat salahnya untuk Jep dan Sari memberikan sedikit kenyataan berkaitan perkahwinan mereka kerana ia adalah benda baik yang seharusnya dikongsi kepada umum apatah lagi mereka adalah “public figure” yang mempunyai jumlah peminat yang agak ramai.

Ramai pengikut media sosial berang kenapa Jep dan Sari bertindak sedemikian.

Jawapan Nora Danish tarikh perkahwinnya..

Isnin, 6 Mac 2017

Memetik portal BharianOnline semalam, Nora Danish dihubungi melalui aplikasi WhatsApp untuk menanyakan bila tarikh perkahwinannya dengan Nedim. Namun jawapan Nora cukup ringkas kemungkinan atas faktor kesibukan kerja untuk membalas Whatsapp berkenaan.

"Insya-Allah, itu saja," demikian jawapan ringkas Nora, seakan-akan tidak menafikan berita disiarkan dalam ruangan pojok sebuah akhbar, hari ini, yang mengatakan mereka dijangka berkahwin sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Komen Nora Danish sebelum ini..
"Memang belum ada sebarang kepastian mengenai soal perkahwinan ketika ini. Namun, saya berharap ia akan tetap dapat dilangsungkan pada tahun ini.

"Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang ia tidak menjadi kenyataan," kata Nora.

Nadya Syahera selamat melahirkan anak sulung (gambar baby)

Pelakon Nadya Syahera yang selamat melahirkan puteri sulungnya yang dinamakan Aleena Rose, kelmarin. Fizul Nawi, suami Nadya berkongsi berita gembira berkenaan menerusi entrinya di akaun Instagram.

Mawar Rashid, Raf Yaakob tengah bercinta ke? (4 gambar mesra)

Timbul cerita dimana adik kepada penceramah dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob kini sedang rapat dengan Mawar Rashid (Mawar GST). Raf juga sebelum ini pernah dikatikan menjalinkan hubungan dengan pelakon Emma Maembong. Namun cerita dengan Emma itu hanya lah gosip sahaja, mereka menafikan menjalinkan cinta.

Kini Raf dikatakan sering memuat naik foto mesra bersama Mawar dengan ayat-ayat yang mengambarkan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Mengikut informasil, Emma dengan Mawar sebenarnya adalah kawan baik dan ada kemungkinan Emma juga yang 'rekomen' Mawar kepada Raf.

Geng Masjid terjah rumah Saleem. Kenapa? Saksikan..

Nak tahu kenapa? jom saksikan video berkenaan di bawah ini..

Rosyam buat kejutan diusia 50 tahun

Selepas lima tahun belajar mengaji, penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

Rosyam berkata, pencapaiannya itu juga disifatkan sebagai hadiah terbaik bersempena sambutan ulang tahun hari lahirnya yang ke-50 pada 1 Mac lalu.

"Alhamdulillah selepas lima tahun saya belajar mengaji bermula dengan membaca Iqra saya berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

"Sebelum ini saya pernah khatam sendiri sebanyak dua kali ketika mengerjakan Umrah di Mekah pada bulan Ramadan.

"Saya anggap khatam buat kali ketiga ini adalah hadiah bermakna bagi diri saya bersempena dengan sambutan hari lahir saya yang ke-50 baru-baru ini," katanya kepada mStar Online.

Artis Janda ganggu kehidupan rumahtangga Aqasha? PANAS

Sabtu, 4 Mac 2017



Isu baru yang panas kini timbul, dengarnya seorang artis wanita berstatus janda telah menganggu kehidupan Aqasha. Menurut portal Cari, isteri kepada pelakon Aqasha iaitu Noor Baizura telah memuat naik beberapa foto bukti perbualan antara Aqasha dengan seorang artis wanita berkenaan di akaun Instagram miliknya. Malangnya, foto-foto berkenaan sudah dipadam oleh Baizura.

Namun, selepas itu Baizura ada memuat naik sekeping foto yang menyatakan beliau kini sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama Aqasha.

Baizura ada menyatakan bahawa artis wanita yang menggoda Aqasha sebenarnya sudah berkahwin dua kali (gagal dalam kedua-dua perkahwinan) dan berstatus janda yang kini berusia 40 an.

Siapa dia?

Neelofa akur minta senyap daripada berkomen apa-apa

Selepas terpalit dengan kisah percintaan kontroversi, pelakon dan pengacara Neelofa kini mahu diberi ruang untuk meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang.

Menurut Neelofa, 28, dia mahu kekal positif dan enggan terus dikaitkan secara peribadi dengan pelakon Fattah Amin.

"Sejujurnya saya dah tak nak komen apa-apa kerana dah banyak sangat buat komen sampai orang suruh saya senyap.

"Lebih baik saya tak komen apa-apa lagi. Saya nak kekal positif,

"Saya tak ada apa nak komen mengenainya lagi (berganding dengan Fattah)... cukuplah, cukuplah," katanya kepada mStar Online.

Nur Sajat bernyanyi sambil mandi (HOT video)

Jumaat, 3 Mac 2017

Ahli perniagaan kosmetik, Nur Sajat membuat video yang rasanya pertama kali dalam sejarah berkareoke sambil mandi di bilik mandi. Apa motif video ini dibuat mungkin korang boleh nilai sendiri dengan caption yang disertakan di video berkenaan.

Suami dah tak benarkan Hanez Suraya berlakon..

Hanez Suraya difahamkan akur dengan kehendak suaminya, Romie Razin untuk tidak mengizinkannya kembali ke dunia lakonan selepas mendirikan rumahtangga Mac 2015 yang lalu.

Drama Love You Mr Arrogant adalah drama kali terakhir Hanez berlakon, drama berkenaan sudah pun berlalu empat tahun lalu. Hanez juga ada memujuk suaminya itu berubah fikiran tapi dia tetap dengan pendirian itu.

“Tak ada apa yang perlu dikesalkan. Tipulah kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula, tapi sebagai isteri, perlu patuh kepada suami. Mungkin ada sebab suami berbuat sedemikian, apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi.

“Walaupun tak berlakon, tapi dia mengizinkan saya untuk menjalankan perniagaan. Dia membuka peluang itu kepada saya. Alhamdulillah sekarang sudah tiga bulan saya mengusahakan tudung yang dijual secara ‘online’,

“Sejak tak berlakon, masa saya memang banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya memang menguruskan sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumah.

“Bagaimanapun, sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunakan khidmat pembantu rumah. Apabila dia sudah besar sedikit, saya pun boleh keluar berjalan, tapi tak pernah lagi tinggalkan anak lebih sehari,” katanya memetik HarianMetro.

Ummi Nazeera umum tarikh perkahwinan dengan Mr. i

Ummi Nazeera bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr. I selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan.

Bagaimanapun kata aktres berusia 27 tahun itu, dia belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya dan akan berbuat demikian apabila difikirkan sesuai.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti.

"Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai," katanya kepada mStar Online.

Che Ta kongsi tips wanita diusia 40an

Rozita Che Wan (Che Ta) mengakui di usianya kini yang mencecah 40 an, Che Ta masih bertenaga dan lincah merancangan sesuatu didalam kehidupannya.

Menurut Che Ta, kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun. Pada saat itu, beliau sudah mengecapi pelbagai perkara dan berjaya baik daripada segi rumah tangga ataupun kerjaya.
Umur 40 saya kahwin dengan Zain Saidin. Pada umur 41 tahun pula saya melahirkan Aaisyah Dhia Rana, sekarang dia pun sudah dua tahun. Jadi macam untuk orang perempuanlah terutamanya, jangan ingat umur 40 rasa macam dah tua sangat lah.

Tak sebenarnya, kalau orang lelaki boleh cakap life begin at 40’s, kenapa bukan perempuan jugak kan? My life begin at 40’s. Pada umur 40 tu kita dah cukup matang, kita dah tahu apa hala tuju hidup kita, dah tahu apa yang kita nak so kita dah boleh rancang perjalan hidup kita." katanya memetik portal AstroGempak

Mizz Nina, Noh Hujan dituduh menunjuk-nunjuk?

Noh Hujan dan isterinya, Mizz Nina dikatakan menunjuk-nunjuk apabila sering kali memuatnai gambar bersama di media sosial. Namun Mizz Nina menyangkal perkara itu dan menganggap ianya bertujuan untuk memberikan inspirasi

Neelofa komen bekas kekasih nak kahwin...

Khamis, 2 Mac 2017

Seperti sediamaklum, Hans Isaac yang dijadualkan akan berkahwin pada 29 Julai dengan tunanngnya, bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011, Aileen Gabriella Robinson.

Neelofa yang pernah dikaitkan dengan Hans sebelum ini dimana mereka pernah bercinta selama 2 tahun dari 2012 sehingga 2014, sudah mengetahui rancangan perkahwinan Hans lebih awal iaitu sejak November tahun lalu, hampir dua bulan lebih awal sebelum pelakon dan pengarah berkenaan bertunang.

"Sebagai kawan yang lebih daripada lima tahun, saya begitu gembira sebab dia layak untuk bahagia.

"Saya sangat gembira... sejujurnya saya sangat gembira. Dia maklumkan kepada saya November lepas,"

"Hubungan kami tak ada masalah, malah kami ada berhubung minggu lepas... dia ada beritahu pasal bertunang.

"Tiada isu negatif antara kami dan masing-masing boleh bawa haluan sendiri dan kami kekal sebagai kawan," katanya kepada mStar Online.

Baby bump 5 bulan isteri Keith Foo (3 gambar)

Video Zizan Razak bergaduh jadi bualan hangat


Anak dedah sebab perginya Jins Shamsuddin

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Seniman Negara iaitu Tan Sri Dr Jins Shamsuddin. Mengikut portal mStarOnline. anak Allahyarham Putera Hang Jebat berkata, pada mulanya Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang.

Katanya, ayahnya itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan iaitu Klinik Idzham di Taman Melawati oleh ibunya iaitu Puan Sri Halijah Abdullah dengan bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, apabila tiba di klinik berkenaan, keadaan Allahyarham menjadi lemah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terkahir.

Ujar Jebat lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka malam ini (Rabu) untuk urusan seterusnya. Jenazah dijadual akan dikebumikan di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

Isteri ke-2 luah perasaan kenapa pilih Rahim..

Rabu, 1 Mac 2017

Kini Rahim telah mengesahkan dia telah berkahwin dua dan isteri keduanya itu bernama Lily. Baru-baru ini, Lily telah memuatnaik beberapa keping gambar di laman sosial Isntagram bersama suaminya itu dengan beberapa caption menerangkan mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan seorang pelawak.

Luahan Pertama:
Apa persamaan Abg Rahim ni dgn Abah akak??? Sangat2 Penyayang dan Sabar mereka sangat2 tinggi Inilah dua insan paling penyabar akak pernah jumpa di dunia ni .Akak ni banyak hal, degil dan banyak kerenah.. makan cerewet, pakai cerewet..serba serbi lah nak teratur…
Sebab tu Akak ditakdirkan dalam jagaan Abg Rahim korang ni dia dan abah akak je tahu cara dan gaya menguruskan kedegilan akak ni
Luahan Kedua
(Beri buku kerohanian, agama). Hadiah Abg Rahim korang utk akak hari ni.. tq Sayangg Sbb u seorang Suami yg sempurna, sahabat karib, penasihat, pelindung dan pembimbing yang baik
Luahan Ketiga
Terkenal sbg seorang pemikir di kalangan rakan2 nya, akak sendiri mengagumi kreatif thinking Abg Rahim.From now on kita paterikan jadi quote berharga yang boleh kita kongsi bersama selain di radio now in media sosial..Pesan DMFK, yang baik harus utk kita sebarkan . Ameen

Zizan Razak tak dijemput kahwin Jep-Sari?

Kasihan Zizan Razak. Dengarnya tak kena jemput ke majlis pernikahan pelawak Jep Sepahtu. Tak tahu apa sebabnya. Tapi ini jawapan Zizan terhadap itu.

Siapa bakal isteri Hans Isaac ni? rupa-rupanya...

Datuk Hans Isaac akhirnya mengumumkan akan berkahwin dengan Aileen Gabriella Robinson yang juga seorang bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 dan pernah berlakon untuk Oh My English.

Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan. Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,

"Masa itu saya kenal dia hanya sebagai peserta dan saya pernah buat dia menangis kerana memberikan komen-komen 'pedas'.

"Berdasarkan gambar yang dia ambil bersama seekor burung kakak tua, saya beritahu bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya," katanya kepada mStar Online.