Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Awie bergelar Datuk

Sabtu, 7 Januari 2017

Awie semalam dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran Datuk. Awie berharap gelaran yang diterima menjadi pembakar semangat untuknya lebih bersinar dalam bidang seni.

"Alhamdulillah, saya sangat hargai penganugerahan ini dan berterima kasih sebenarnya.

"Apa yang pasti saya masih Awie yang dahulu, orang yang sama atas pentas," katanya ringkas.

Penganugerahan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-86 Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah itu berlangsung di Istana Pahang, Jalan Chulan, Kuala Lumpur.

Ini lah punca kenapa Aizat 'lari' dari rumah ibubapanya

Jumaat, 6 Januari 2017

Aizat Amdan memberitahu dia sudah berpindah dari rumah ibu-bapanya di Ampang dekat sejak Ogos tahun lalu kerana ingin hidup berdikari.

Aizat berkata, selain belajar hidup sendiri, keputusannya itu juga kerana ingin bertukar angin dan memilih Damansara Perdana di sini sebagai tempat tinggal baharunya.
"Saya berpindah bukan sahaja ingin belajar hidup sendiri tetapi mencari angin baru terutamanya dalam berkarya.

"Saya pilih Damansara Perdana kerana di situ merupakan kawasan di mana ramai penggiat seni berhimpun yang dapat memberi saya inspirasi kepada karier saya.

"Alhamdulillah sejak berpindah pada Ogos lalu saya semakin selesa di tempat baru dan tetap pulang ke rumah ibu-bapa apabila mempunyai kelapangan," katanya kepada mStar Online.

Yasmin Hani dedah wajah anak ke-2 nya yang comel (3 gambar)

Semalam, Yasmin Hani memuat naik gambar anak kedua yang diberi nama Eissa Elzander Wong yang dilahirkan 27 Disember lalu.

Gambar berkenaan disertakan dengan anak pertamanya, Noah Ismail Wong untuk bergambar bersama adiknya. Instagram anak ke-2 Yasmin juga diwujudkan dengan diberi nama @EissaElzanderWong.

Video anak Fasha Sandha berpelukan yang harus ditonton


Fasha sempat memuat naik beberapa foto dan video ketika beliau berada di sana bersama peminat. Namun, satu video dimana anaknya Putri Raysha Jemaima yang memakai gaun watak filem Frozen berlari memeluk abangya, Putra Rayfal membuatkan ramai peminatnya yang sayu dan pilu melihat video berkenaan.

Isteri pertama terima saya sebagai madu! - Coco

Khamis, 5 Januari 2017


Coco (Marshaira Ismail) yang berkahwin pada Ahad lalu mengakui yang dia okay menjadi isteri kedua pada usia 19 tahun walaupun menerima pelbagai kritikan dan hinaan segelintir pihak. Bagi Coco apa yang dia lakukan adalah mengikut prosedur dan tidak salah. Coco juga mengakui yang isteri pertama suaminya menerimanya sebagai madunya.

Zur Eda dituuduh sebagai mak lampir & kaki bomoh!

Penyanyi Zur Eda mendedahkan walau banyak menerima kecaman semasa menyertai Gegar Vaganza (GV) tahun lalu namun pihak terbabit sudah memohon maaf.
Zur Eda tuduhan yang dilemparkan berat untuk diterima namun berkat kesabaran, semuanya diharungi dengan baik.
“Semasa GV saya dikecam, dikutuk dan difitnah. Wajah saya ditularkan sebelum disunting.

“Ada di antaranya rasa bersalah dengan saya, mesej saya sendiri meminta maaf kerana sudah mengaibkan Zur Eda di media sosial.

“Mereka minta ampun. Mahu saya ampunkan dosa mereka. Itulah hikmah di sebalik kesabaran saya, saya tidak jawab, saya cuma cakap alhamdulillah,” katanya kepada ProjekMMO.
Penyertaan Zur Eda dalam GV tahun lalu penuh dengan kontroversi apabila gambar pengenalannya yang belum disunting didakwa menakutkan oleh netizen.

Penampilannya pada minggu kelima dengan rambut mengerbang dituduh pula sebagai mak lampir oleh sesetengah pengguna media sosial.

Pada malam penyingkirannya, Zur Eda menafikan mengguna bomoh untuk menjuarai pertandingan nyanyian itu. Katanya, tuduhan itu amat berat untuk diterima dan tidak benar apabila beliau tersingkir di peringkat suku akhir.
“Saya bersyukur ada netizen dan pengecam kerana sedikit sebanyak menaikkan nama Zur Eda kembali walaupun ia secara negatif.

“Bila saya periksa siapa mereka ini, budak muda rupanya,” katanya kepada Malay Mail online.

Diana Amir selamat bersalin anak ke-2 (gambar baby)

Diana Amir yang telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga anak ke-2 nya semalam, 4 Januari, jam 5.55 pagi, di Hospital Umra Shah Alam dengan berat 3.19 kilogram.

Ini yang sangat dirisaukan Dina Nadzir...

Deejay radio Dina Nadzir difahamkan kini dia sangat merisaukan dirinya kerana statusnya yang kini bujang dan solo di usianya yang mencecah 32 tahun. Dina pernah bercinta, tapi itu semua lapan tahun yang lalu.
“Ikutkan saya hanya pernah bercinta sekali dan selepas berpisah saya terus solo sampai sekarang. Soal tekanan memang tidak ada, mungkin sebab kehidupan saya juga sibuk dengan kerjaya dan sebagainya.

“Namun kalau boleh saya sudah berniat mahu menamatkan zaman bujang di umur 40 tahun. Bagi saya melihat kawan-kawan lain yang memilih untuk berkahwin lewat juga membuatkan saya tidak terlalu memikirkan soal ini lagi,” katanya.

Sharnaaz Ahmad umum tarikh perkahwinannya..

Rabu, 4 Januari 2017

Memetik portal Bharian, Sharnaaz Ahmad dan bakal isterinya yang juga kakak Neelofa, Norr Nabila bakal membuat sidang media untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 9 Januari nanti selain mengumumkan tajaan dan perkara berkaitan hari bersejarahnya.

Shahz Jaszle, isteri timang anak ke-2 (2 gambar)

Shahz Jaszle selamat menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinannya bersama isteri, Nur Hanis Husna. Shahz menyambut kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada jam 4.19 petang semalam. Nama anaknya itu buat masa ini belum didedahkan lagi.

Rusdi Ramli tak puas hati dengan pelakon baru! PANAS

Rusdi Ramli kesal dengan sikap segelintir pelakon baru yang lebih mementingkan soal bayaran daripada kualiti kerja. Ada antara mereka yang menetapkan bayaran sehingga RM15,000 bagi satu telefilem.

"Perkara ini memang wujud dalam industri kita sekarang. Mereka menetapkan bayaran yang tinggi bagi satu telefilem tapi komitmen kerja hanya empat hari berbanding kebiasaan selama seminggu.

"Kalau kualiti lakonan itu bagus dan seperti apa yang diharapkan pengarah, saya okey lagi. Tapi ini tidak. Kadang-kadang ada di antara mereka yang sekadar melontarkan dialog tapi tak tahu apa yang disampaikan,"

"Perkara ini sudah menjadi satu trend. Apa yang saya perasan mana-mana artis yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram lebih mendapat perhatian. Sedangkan kalau dikaji dengan betul perkara itu tak membantu dari segi kualiti kerja pun.

"Pengikut mereka kebanyakannya nak mengetahui kisah peribadi saja. Bagi saya untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti jangan nak mementingkan rupa paras pelakon semata-mata.

"Tidak salah nak memberi peluang kepada pelakon yang betul-betul boleh berlakon dan menjayakan sesuatu watak dengan baik. Ada banyak pelakon sebegitu yang dipinggirkan," katanya kepada Harian Metro.

Eira Syazira, Azad Jasmin timang anak ke-2 (2 gambar)

Eira Syazira dan Azad Jasmin selamat menimang anak ke-2 pada 31 Disember 2016 yang lalu. Anak sulung mereka iaitu Amarra Sofea Rose kini berusia empat tahun dan sudah pun mempunyai adik perempuan yang diberi nama Ameisya Leann Rose.

Eira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 3.9 kilogram melalui kaedah pembedahan.

Percutian di Eropah Miera Liyana semakin cantik (15 gambar)

Selasa, 3 Januari 2017

Yasmin Hani selamat bersalin anak ke-2 (gambar)

Fiza Elite dikecam sebab gambar ini...

Duta produk Deeja Cosmetic iaitu Sherry Ibrahim ada “repost” foto Fiza Elite beberapa hari lalu untuk mengucapkan terima kasih kepada Fiza yang menggunakan produk berkenaan.

Tuduhan panas terkini terhadap isteri ke-2 Adi Putra

Ada pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap kebahagian rumahtangga Adi Putra dengan isteri keduanya, Norshahida dengan menimbulkan spekulasi terbaru.

Ada yang beranggapan perkahwinan Norshahida dan Adi semata-mata kerana Adi inginkan zuriat. Namun, perkara itu sekerasnya dinafikan oleh Norshahida. Menurut beliau, Adi tidak pernah membangkitkan isu berkenaan.

Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya.

Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.

Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis aqiqah anak Shukri Yahaya yg comel (11 gambar)

Sekitar perkahwinan Falisha Crossley (60 gambar HD)

Isnin, 2 Januari 2017


Falisha Crossley sah bergelar isteri kepada juruterbang, Mohamad Rafiq Mohmad Arif, kira-kira jam 10 pagi tadi. Majlis pernikahan mereka yang disaksikan lebih 100 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak dilangsungkan di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak.

Falisha menerima mas kahwin berjumlah RM1,304.85 sen, yang juga simbolik kepada tarikh hari lahirnya, 13 April 1985. Pada majlis berkenaan juga, pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak suami.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Falisha dan Mohamad Rafiq, 32, akan diraikan pula malam ini di Dewan Seri Rampai, Kuching. Pasangan ini bertunang di kediaman keluarga pelakon terbabit di Kuching pada 27 Ogos tahun lalu. -BharianOnline | gambar IG Shahrilomaq

Adel AF selamat menjadi isteri (8 gambar HD)

Adel AF 2014 (Adeline Joyce) selamat dinikahkan dengan seorang ahli perniagaan Muhammad Affan Jumahat, 29, dengan sekali lafaz di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad semalam dan dihadiri lebih 200 tetamu.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh bekas isteri Affan bersama tiga anaknya. Manakala majlis resepsi mereka berlangsung pada hari ini bertempat di Tuaran.

Pasangan ini mula berkenalan sejak setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 Disember lalu.

Sekitar pernikahan Julia Zeigler (55 gambar HD)


Julia Ziegler selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Johan, 33, pada majlis yang berlangsung pada Ahad semalam.

Julia menerima mas kahwin sebanyak RM80 daripada Johan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Julia dan Johan yang juga seorang jurutera mekanikal berkenalan sejak setahun lalu sebelum pelakon itu membawa lelaki berkenaan bertemu keluarganya pada Aidilfitri lalu. -mStar

Wanita ini tegur selebriti lelaki ini untuk berselfie, akhirnya...

Ahad, 1 Januari 2017

Shuib Sepahtu sanggup cukur rambut jadi macamni.. LOL


Katanya Shuib cukur rambut demi sepahtu reunion. Ganti rambut rakan baiknya, Jep sepahtu untuk episod minggu lepas,