Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Leez selamat melahirkan anak (2 gambar bayi)

Rabu, 6 April 2016

Leez selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Nur Safiyya Alisha. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan di Pusat Rawatan Islam Azzahrah di Bangi pada kira-kira jam 5.26 petang. Leez yang berkahwin dengan anggota kumpulan Drama Band, Aepul pada Disember 2014 gembira dan bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulung berkenaan. Leez turut berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya.

Putri Sara Sefhia Anak Perempuan Elly Mazlein (3 gambar)

Rozita Che Wan pula jual bajunya serendah RM30!

Selasa, 5 April 2016

Selepas Datuk Siti Nurhaliza menjual pakaiannya, kini giliran aktres Rozita Che Wan atau Che Ta pula menjual koleksi barangan terpakai seperti baju, beg tangan dan kasut berjenama yang pernah digunakan.

Che Ta berkata, penjualan barang-barang itu dilakukan selepas menyedari terlalu banyak pakaian yang tidak lagi dipakai yang kini memenuhi ruang kondominium untuk menyimpan koleksi peribadi.

Kehidupan terkini Fasha Sandha, soal anak-anaknya..

Pelakon Fasha Sanda mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas bercerai.

Apa yang tak kena dengan pakaian Mira Filzah ni..? (2 gambar)

Dengarnya ada yang perasan cadar langsir di rumahnya apabila Mira Filzah memakai kain yang sama. Memang tidak disangka dan ianya mungkin satu kebetulan.

Shortfilem sedih lakonan Pekin, Falisha (video)

Ini adalah sebuah karya short filem oleh Wan Mohd Hafiz melalui akaun Facebook beliau dimana short filem ini dilakonkan oleh Pekin Ibrahim dan Falisha Crossley mengisahkan kisah kasih sayang suami isteri.

Nak tahu sangat, ha tonton sampai habis shortfilem berjudul Isteri Saya.

Sekitar resepsi ke-2 Anzalna Nasir (17 gambar)

Ziana Zain terkini bertudung (17 gambar)

Isnin, 4 April 2016

Jimmy seorang bapa yang tak bertanggungjawab! - ibu Suhaila

Datin Monirah Kassim, ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi tidak dapat berhenti meluahkan rasa kekecewaanya apabila anak perempuan tunggalnya itu dihukum penjara tiga hari kerana menghalang hak lawatan bermalam Jimmy terhadap anak mereka, Zahra Rania, 3.

Monirah memberitahu Malaysia Gazzette:

Baby shower Linda Rafar bertema telekung.. (18 gambar)


Linda Rafar dan suaminya, Syed Aiman baru-baru ini telah mengadakan majlis 'baby shower' dan doa selamat. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Lebih unik, majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran rakan dan keluarga selain turut menampilkan tema bertelekung buat wanita. Semuanya kelihatan manis-manis belaka. -Forum Cari

Nadiya Nisaa hamil anak ke-2, usia 5 bulan (4 gambar)

Nadiya Nisaa memilih untuk berehat sementara daripada menerima sebarang tawaran berlakon berikutan kehamilan anak kedua membuatkan beliau mudah berasa penat.

Faye marah Elly Mazlein enggan minta maaf?

Berita peceraian pelakon Elly Mazlein dan juga pengarah drama Azmi Hatta dikatakan berkait rapat dengan kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Faye Kusairi. Berita ini hangat menjadi topik perbualan orang ramai terutamanya di laman sesawang. Bagaimanapun, Faye Kusairi tampil memberi penjelasan terhadap punca yang tidak relevan itu kepada pihak media.

Menurut Faye, tuduhan yang dilemparkan menjejaskan dirinya sebagai artis baharu malah keluarga juga turut menerima tempias. Tambahnya lagi, dakwaan Elly yang mengatakan Faye punca penceraian merupakan fitnah sama sekali dan beliau meminta agar Elly menarik semula tuduhan yang dilempar dan diarah agar memohon maaf kepadanya. Bagi pihak Elly pula, beliau tidak pernah menuduh sesiapa pun yang menyebabkan keretakan rumahtangganya

Tu dia, tudung Fareeda punya sambutan.. Komen pedas Wardina.. (video)


Bukan main sambutan tudung Fareeda ni. Sampai berasak-asak lelaki dan wanita ketika itu. Kasihan macik yang di hadapan tu kan, sampai tertarik-tarik tudung dia dikerjakan.

Fathia Latif kini dah bertudung penuh (4 gambar)

Ahad, 3 April 2016



Dengar khabar yang Fathia Latif menjelaskan bahawa dia sudah mengambil keputusan muktamad beberapa hari lalu untuk berhijab penuh. Ini dibuat kerana Fathia menyedari yang menutup aurat bagi wanita adalah wajib.

Lagi sekitar harijadi Mira Filzah ke-23 (18 gambar HD)

Nora Danish shooting tudung jenama sendiri di Iceland (9 gambar)

Fasha Sandha komen hubungan dengan Jejai saat ini..

Fasha Sandha memberitahu yang hubungan dia dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli hanya sekadar ayah kandung kepada anak-anaknya. Malah setakat ini, beliau tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarga beliau.
“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya”

“Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya,” katanya kepada Utusan Online.

Izreen Azminda bercinta dengan Redza Rosli?

Jumaat, 1 April 2016

Dengar gosip yang Izreen Azminda yang dia rapat aka bercinta dengan pelakon baru, Redza Rosli. Dan ini komen Izreen semalam mengenai gosip berkenaan.
“Redza cuma kenalan saya sahaja. Kami pernah berlakon dalam drama bersiri Kak Mar, tetapi tiada babak pun yang menggandingkan kami bersama.

Saya sendiri tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul.

Saya kini bahagia dengan status solo dan gembira dengan kehidupan saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Benarkah Yuna dibayar RM80,000 untuk satu lagu?

"Nyanyi dengan suara malas camtu pun boleh dapat RM80,000? Biar betul?!" demikianlah pandangan yang dilontarkan oleh seorang forumer di mForum Cari.

Menurut forumer tersebut, dia terkejut bilamana mendapat tahu penyanyi Yuna menerima bayaran RM80,000 untuk nyanyikan sebuah lagu.
"Terperanjat saya dengar payment yang Yuna dapat. Satu lagu dia dapat RM80,000! Dengan 'suara pemalas' itu? Pada saya, tak berbaloi langsung harga dengan suara begitu.

"Shila Hamzah pula saya dengar dapat RM50,000 untuk satu lagu. Tetapi sekurang-kurangnya dia femes juga di China. Yang Yuna ini, macam suam-suam kuku saja," katanya.
Namun, forumer yang lain menjelaskan bahawa cara nyanyian Yuna itu bukan suara malas, tetapi attitude dalam nyanyian.
"The fact yang dia dapat RM80,000 untuk satu lagu itu membuktikan bahawa dia bukan suam-suam kuku. Dia dah collab dengan Pharrel dan berduet dengan Usher. Belum ada lagi artis Malaysia yang mencapai tahap itu.

"Memanglah dia tidak sepopular Rihanna, tetapi dia dah break the market di tahap ramai penyanyi-penyanyi dari US sendiri pun hanya mampu bermimpi saja nak buat," kata forumer lain.
Sesetengah pula berpandangan bahawa, biarpun gaya 'malas' menyanyikan lagu, namun liriknya yang begitu puitis menjadi tarikan pada pendengarnya. Mungkin lirik sebegitu tidak mendapat 'tempat' di Malaysia, namun ia berjaya menawan hati golongan pendengar dari negara US atau Eropah.

Mohon maaf atau di saman! -Faye Kusairi

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa pelakon Faye Kusairi ialah punca perceraian Elly Mazlein dengan pengarah Azmi Hatta. Khabarnya, Elly turut membuat dakwaan itu dalam laporan sebuah akhbar. Kepada Harian Metro, Faye memberitahu yang dia menuntut Elly membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya dalam masa sebulan hingga dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman.

Siti Sarah sedih dihina disebabkan ini.. (4 gambar)

Sedih juga mendapat tahu yang ada segelintir manusia yang masih menghina ciptaan Tuhan. Sedangkan apa yang diciptakan Tuhan itu cukup sempurna.

Memang orang-orang seperti ini harus menerima balasan yang setimpal akibat memperlekehkan ciptaan Tuhan. Siti Sarah juga harus banyak bersabar dengan tolmahan ini terhadap bentuk fizikal terutama hidungnya.

Berikut adalah paparan segelintir manusia berkenaan dan sekali komen balas dari Siti Sarah.

Blog Rotikaya bakal disaman RM1 juta!

Penyanyi utama kumpulan 'Shades', Wan Shades memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya, empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini dengan menamakan Nor Hamzie Md Hambali, 31, sebagai defendan.