Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Respon Yatt Hamzah terhadap tuduhan bekas suami..

Selasa, 23 Februari 2016

Kemelut bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib berhubung kait dengan bakal suami barunya, dimana dakwaan bekas suaminya itu yang menyatakan bakal suaminya itu adalah pihak ketiga.

Namun bagi Yatt dia tetap dengan pendiriannya sendiri untuk mempertahankan bakal suaminya itu.

Sekitar resepsi ke-3, Shaheizy Sam, Syatilla (11 gambar)

Majlis pernikahan Anzalna Nasir versi full version oleh Mangotouch (100 gambar)

Inilah dia bakal suami Hetty Sarlene (2 gambar)

Isnin, 22 Februari 2016

Buat masa ini, Hetty Sarlene sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Britain yang dikenali sebagai Daniel Oakes (sudah memeluk Islam) .

Menurut portal Bharian, mereka sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya di London, Disember 2015.

Dugaan buat Norman Hakim diatas musibah menimpa isterinya (2 gambar)


Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pasangan Norman Hakim isterinya Memey Suhaiza. Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang mungkin tidak tahu. Minggu lalu Memey Suhaiza dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat tidak sihat.

Berita tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Norman Hakim.

Menurut Norman Hakim, Memey Suhaiza mengalami demam urat dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

5 Gambar anak kembar Eina Azman


Gambar baby kembar sepasang milik Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan isterinya Datin Paduka Eina Azman yang selamat bersalin kelmarin.  

Luahan hati Adira AF menjadi isteri ke-2

Kehidupan Adira AF kini dikatakan lebih ramai tidak menyukainya memandangkan Adira AF sanggup menjadi isteri ke-2 seorang ahli perniagaan.

Namun bagi Adira memetik Bharian Plus, dia cukup bahagia disamping suami tersayang.
“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang berbanding dulu apatah lagi, sudah mempunyai teman hidup selain anak-anak tiri yang sentiasa di sisi. Kehadiran mereka melengkapi hidup kini, malah membuatkan saya lebih gembira”

“Saya tahu, di luar sana masih ramai yang melemparkan pelbagai kata hinaan hanya kerana saya menjadi isteri kedua. Terserah kepada mereka kerana saya ajar diri supaya tidak ambil pusing terhadap segala cacian yang dilemparkan”

“Semua itu hanya mengganggu emosi dan keharmonian rumah tangga. Saya memilih untuk tidak membaca segala tohmahan yang dilemparkan di sosial media. Lebih baik begitu kerana saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang,” jelasnya kepada BH Plus.

Lagi gambar pernikahan Anzalna Nasir, Hanif (12 gambar)

Sekitar pernikahan Anzalna Nasir, Hanif (10 gambar)

Ahad, 21 Februari 2016

Isteri Shukri Yahya hamil, usia kandungannya adalah... (gambar)

Pelakon Shukri Yahya, 27 memberitahu kini isterinya Tya Adnan kini sedang hamil 2 bulan.
“Alhamdulillah isteri saya hamil 2 bulan,”

“Saya terharu dan bercampur gembira apabila isteri memberitahu sedang hamil anak kami,” katanya
Ikut informasi, Shukri Yahya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas 2 tahun mengikat tali pertunangan.

Sekitar pemilihan baju pengantin Anzalna, Hanif (30 gambar HD)

Anzalna Nasir dan Hanif akan melangsungkan pernikahan pada Ahad ini. Untuk hari perkahwinan hari ini, mereka akan mengenakan busana rekaan duo pereka terkenal Rizman dan Ruzaini.

Eina Azman selamat bersalin, keadaan anaknya.... (gambar)

Semalam Datuk Paduka Kaiser yang merupakan suami kepada pelakon Eina Azman telah mengumumkan bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan pasangan bayi kembar yang sihat namun jantina dan gambar bayi itu masih belum diumumkan lagi

Bakal suami Yatt adalah 'orang ke-3' - bekas suami

Bakal bernikah dengan seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya, Yatt Hamzah, 36, pernah menafikan punca perceraian dengan bekas suami, Abdul Mutalib ialah orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengannya.

Bagaimanapun, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tampil kepada Berita Harian Online menyatakan sebaliknya:
Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.

Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini.

Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.

Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2009 dan bercerai tahun lepas.
Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini.

Sekitar pernikahan Angah Raja Lawak (10 gambar)



Dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, pelawak dan juga pelakon popular Angah Raja Lawak, 38 selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan Amira Asyura Abd Razak, 20 dengan sekali lafaz.

Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim menggayakan kurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Ini komen Dato' Aliff Syukri isu rumahtangga bergelora.

Jumaat, 19 Februari 2016

Baru-baru ini, Dato’ Aliff Syukri seringkali memuatnaik gambar di Istagram milliknya dengan nada yang sepertinya menggambarkan ada masalah berkaitan hati dan perasaan berkaitan dengan rumah tangganya yang dihadapinya ketika ini.

Memetik SinarHarian, Dato' Aliff enggan mengulas lanjut mengenai hal itu..
“Saya keliru, biarlah saya sahaja yang tahu,” jawabnya ringkas.
Kebanyakkan pengikutnya mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga Dato' Aliff

Percutian Raja Farah, suami Di London (9 gambar)

Persediaan perkahwinan Nora Danish, Nedim? (7 gambar)

Dalam senyap, rupa-rupanya Nora Danish sedang giat melakukan persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nedim Nazri. Info ini disampaikan oleh rakan media bernama Manja Imani yang mendakwa, Nora telah pun menempah busana perkahwinan dengan pereka fesyen, Ashraff Zainal.

Malah melalui laman Instagram milik Nedim, dia juga seolah telah memberi 'hint' mengenai perkahwinan mereka itu semakin hampir menerusi status terbaru ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan.

Mia Ahmad, Mira Filzah bergaduh?

Dengar khabar hubungan Mia Ahmad dengan Mira Filzah dingin. Ini akibat ada desas desus dimana Mia Ahmad putus cinta dengan Syarul Ridzwan disebabkan Mira.

Dan ini respon Mia.
"Saya tiada masalah dengan Mira. Kami baik-baik saja dan tiada istilah bermasam muka dengan gosip yang timbul. Tidak ada apa untuk saya jelaskan lagi mengenai isu ini. "Biasalah, lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Jadi saya memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini," katanya kepada BH Online.
Tambah Mia, dia turut menyedari gosip berkenaan menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan

Gambar Nakal Sharifah Sakinah di Mekah Dikecam Peminat (2 gambar)


Sharifah Sakinah dan suaminya kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Pelakon ini telah berkongsi gambar dia dan suaminya yang mencetuskan kontroversi di laman instagram.

Namun ada sekeping gambar Sharifah Sakinah membuat gaya menjlir lidah yang menjadi tumpuan ramai.

Isu Aksi Nakal Sharifah Sakinah di Mekah

Fazura mahu anak macam Aaisyah (2 gambar)

Khamis, 18 Februari 2016

Selain Datuk Siti Nurhaliza yang teruja bertemu dengan anak bongsu Rozita Che Wan pada majlis perkahwinan pereka, Ruzaini Jamil, baru-baru ini, seorang lagi bintang jelita, Nur Fazura, turut mengambil kesempatan itu untuk bergambar dengan kanak-kanak comel terbabit.

Fazura sendiri nampaknya terpesona dengan 'keayuan' anak perempuan hasil perkahwinan Che Ta dengan Zain Saidin itu hingga terserlah sisi kewanitaan dan keibuan Fazura ketika mendukung Aaisyah.

Memuat naik gambarnya bersama kanak-kanak itu, foto berkenaan cepat menangkap perhatian pengikut bintang Langit Cinta ini sehingga ia mendapat lebih 24,000 'like'. Lebih menarik, Fazura turut memuatkan keterangan gambar yang dianggap sangat comel dan penuh erti. -Bharian

Almy Nadia hamil anak ke-2 tapi mahu berhati-hati sebab


Seperti sedia maklum Almy Nadia kini berbadan dua akan mengandung anak ke-2. Namun berita itu hanya disampaikan oleh suaminya, Fizz Fairuz menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan menggunakan hasgtag #rezekibabydlmperut.

Inilah bakal suami baru Yatt Hamzah (2 gambar)

Desas-desus berita berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.

Dalam jemputan berkenaan, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.

Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. -mStar