Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hadiah paling indah Remy Ishak buat ibunya.....

Selasa, 12 Januari 2016

Remy Ishak berniat dan merealisasikan niatnya untuk membawa ibunya untuk menunaikan umrah di Makkah pada hujung bulan ini.

Remy mengakui sudah lama untuk mengimpikan hadiah ini kepada ibunya sejak dulu lagi cuma tidak berpeluang kerana kesibukan kerja.

"Saya sudah lama menyimpan hajat untuk membawa ibu menunaikan umrah di Makkah. Alhamdulillah, tahun 2016 membuka tirai dengan perkara baik dan sekali gus saya dapat menunaikan janji yang sudah lama tertangguh kepada ibu.

"Biarpun jadual kerja saya agak padat pada bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk melawat tempat Nabi harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Makkah pula.

"Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja kerana berpeluang untuk ke sana dengan kesihatan yang masih baik." katanya kepada BH Online.

Inilah sebab mengapa Mia Sara sudah bertudung

Mia Sara, 11, mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada tiga minggu lalu.

Bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik oleh keluarganya.

Penampilan sebenar Ezany Nizariff yang buat korang terkejut.. (3 gambar)


Peminat Terkejut Melihat Imej Terkini Ezany Nizariff

Ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai Ezany Nizariff yang kelihatan seperti kini mengikuti golongan Tabligh. Berikut merupakan kisah sebenar disebalik penghijrahan Ezany Nizariff.

Kisah ini dikongsikan oleh Ali Russia di laman Facebook miliknya.

Hari Jadi Siti Nurhaliza Yang Ke 37 Di Jakarta (6 gambar)

Dato' Aliff Syukri digelar orang bodoh. ini jawapan beliau.

Sejak satu program tv yang dihostkan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi mengenai beberapa orang ahli pernigaan kosmetik baru-baru ini, tidak kurang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan program itu.

Dato’ Aliff Syukri diantara orang yang dikritik hebat apabila ada pihak yang menggelarkan dirinya sebagai orang kaya bodoh selain membandingkan cara beliau berniaga dengan jutawan Melayu yang lain.

“Kadang kadang tidak semua benda yang kita lakukan orang faham dan itu konsep program TV tidak eprlu menghukum kami bodoh. Kalau awak bijak sangat, tampilkan diri. Tidak perlu buat kenyataan begini,” tulis Dato’ Aliff Syukri di Instagram.

Aril AF akhirnya dedah wajah anaknya (comel)

Isnin, 11 Januari 2016

Akhirnya Aril AF telah memberi namak wajah anak sulung nya yang lahir bulan November tahun lalu melalui laman Instagram miliknya

Nama anak lelakinya ini adalah Tun Adriel Mikael. Pendedahan ini dilakukan Aril sebagai menghormati pantang isterinya yang sudah berakhir.

Sekitar baby shower Liyana Jasmay (15 gambar)

Nora Danish punca kemelut rumahtangga Fasha Sandha?


Nora Danish akui jadi mangsa keadaan dalam kemelut rumah tangga Fasha Sandha
Kontroversi melibatkan Nora Danish dan juga Fasha Sandha dalam isu rumah tangga merupakan salah satu perkara yang tidak akan pernah tamat di bibir peminat dua orang pelakon ini.
“Saya mangsa keadaan. Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula. Tetapi apa boleh buat. Apa sekali pun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Nora Danish, buat ketika ini dia dinasihatkan oleh agar tidak mengeluarkan sebarang komen oleh peguamnya mengenai dakwaan bahawa dia turut terlibat dalam meretakkan hubungan rumah tangga Fasha dan juga suaminya, Jejai.
“Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang,” katanya. Semoga apa saja sengketa mahu pun salah faham di antara peminat pelakon ini dapatlah diselesaikan secara baik

Sekitar majlis resepsi Marsha Milan Londoh (15 gambar)

Hujung minggu lalu telah diadakan satu majlis resepsi pelakon Marsha Milan dan juga suami Shaiful yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Sekitar kejutan hari jadi Umie Aida (13 gambar)

Tarikh sebenar harijadi Umie jatuh pada 18 Januari, tapi diawalkan oleh rakan-rakan selebritinya.

Jangan terkejut, siapa yang mengorat Siti Nordiana ini..

Sabtu, 9 Januari 2016


Wah berani juga budak-budak zaman sekarang ni nak mengorat awek kan. Yang jadi sasaran Siti Nordiana. Cukup berani juga.

Biasanya di laman sosial mereka ni cukup berani, tapi bila berdepan, memang gegar lutut dibuatnya nak mengorat.

“Yang cuba nak mengorat ada jugak. Biasalah tu peminat. Ada juga budak umur 15 tahun komen pada gambar yang saya muat naik – “nilah bakal isteri aku”. Saya pun balas, “Iya adik”

“Dulu, kalau saya rasa penat dan jika ada peminat yang mahu ambil gambar bersama, saya akan menolak. Tapi sekarang walau penat mana sekalipun, saya cuba melayan mereka dan tak mahu mengecewakan mereka,” jelasnya kepada portal Malaysian Digest.

Padah kritik PM, Soo Wincci hampir muflis..


Padah kritik Najib, Soo Wincci hampir muflis
Penyanyi Soo Wincci terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris diiystiharkan muflis akibat kegagalannya mendapatkan tajaan mengadakan konsert Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober tahun lalu.

Wincci, 30 berkata, bagaimanapun dia gembira kerana rakan-rakannya membantu meminjamkan wang bagi mengurangkan bebanannya melangsaikan hutang tersebut.
“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.

“Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.

“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya
Terdahulu, Wincci nekad meneruskan konsertnya pada 31 Oktober 2015 yang lalu dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat sambutan. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Restoran Fizo dikritik pedas.. ini jawapan Fizo

Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen mengenai perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan adalah tidak boleh diterima sekali.

kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," -Fizo petikan portal mStar

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

M. Daud Kilau meninggal dunia?

Jumaat, 8 Januari 2016

Agak menyedihkan bila seseorang itu terlantar sakit di hospital dan ada yang membuat khabar angin bahawa dia telah meninggal dunia.

Datuk M Daud Kilau tidak ketinggalan dengan khabar palsu itu. Dimana beliau sebelum ini ada menerima rawatan untuk membuang air kecil.

Dan ini komen beliau mengenai khabar angin yang tersebar itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berharap panjang umur...Saya lebih sihat berbanding ketika mula-mula masuk wad.

"Berita fitnah ini memberi saya lebih keyakinan untuk sembuh cepat dan jumpa peminat dalam masa terdekat ini. Saya maafkan pihak yang menyebarkan cerita palsu ini,"

"Sejak tersebarnya berita ini, ibu saya dan juga seluruh ahli keluarga sedih dan terkejut kerana sekarang ini ayah sedang beransur pulih. Namun, ada pula pihak yang cuba mereka sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya mahu pihak yang tidak bertanggungjawab itu memadamkan berita itu sebaliknya menyiarkan cerita yang sebenarnya," katanya memetik Bharian

Mereka berbohong, sebenarnya...! -Maria Farida


Luahan Maria Farida apabila anak tiri suaminya memburukkan dirinya

Di awal perkahwinan aktres ini lagi sudah ada kata-kata yang tidak enak didengar. Dituduh sebagai perampas dan sebagainya itu antara yang perlu dihadapi Datin Maria Farida, 47.

Bagaimanapun melalui kehidupan berumah tangga selepas 15 tahun menjanda, tiada apa yang mahu dikongsi Maria selain kehidupan yang lebih bahagia. Dikelilingi kasih sayang suami dan anak-anaknya, ternyata ini fasa yang paling dinanti Maria.

Bagaimanapun baru tiga bulan bergelar isteri kepada Datuk Rahman Shakur, 63, baru-baru ini timbul lagi sebuah kisah yang kononnya Maria menjadi penyebab di mana empat anak kandung bekas isteri suaminya terabai. Tidak cukup dengan itu, dia juga dituduh sebagai penghasut kepada keretakan hubungan antara suami dan bekas anak tiri suaminya itu. Tidak mahu cepat melatah, jelas Maria dalam hal ini dia dan suaminya lebih jelas dengan apa yang berlaku lapor Utusan Malaysia.

Sektiar majlis tahnik anak Ashraf Muslim, Dayana (3 gambar)

Anak sulung berjantina lelaki, Ashraf Muslim dan Noor Dayana yang selamat dilahirkan sekitar bulan Disember tahun lepas telah diadakan satu majlis tahnik (cukur jambul) di kediaman bapa Dayana, Haji Lokman yang terletak di Sg Pusu Gombak baru-baru ini.

Sesi photo studio anak Hanez Suraya, Romie (12 gambar HD)

Kredit gambar The Photolicious.

Nama anak dikeji.. ini respon Linda Hashim..

Khamis, 7 Januari 2016

Inilah punca Elyana keguguran anak ke-2.. Salam Takziah..

Tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tujuh minggu mengandungkan anak kedua, penyanyi Elyana pasrah apabila dimaklumkan beliau kehilangan kandungannya itu semalam.

Elyana terkedu apabila hanya mengetahui berita kehamilannya selepas insiden tumpah darah. Selain disahkan sendiri oleh doktor berhubung perkara itu, beliau bagaimanapun diminta membuat pemeriksaan lanjut Jumaat ini.

"Umum mengetahui karakter saya yang kasar dan lasak, oleh itu saya terkejut ketika tumpah darah semalam kerana sama sekali tidak tahu sedang hamil tujuh minggu. Doktor menjelaskan saya keguguran.

"Namun, saya perlu membuat rawatan susulan bagi memastikan tiada bayi luar rahim. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya boleh menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional bagi memulihkan kembali rahim.

"Buat masa ini, saya menjalani rutin harian seperti biasa. Ada juga sesekali terasa sakit dan saya berehat seketika sehingga rasa itu hilang. Mengenali diri saya yang lasak ini, memang susah untuk duduk berehat di rumah," katanya kepada BH Online.

Elyana dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, yang kini berusia lima tahun.

Umie Aida buat terjunan payung terjun, adakah berjaya? (8 gambar)


Umie Aida dan rakan-rakannya telah mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem terjunan dari kapal terbang ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.

Gambar terkini anak Zulhuzaimy, Misz Erna (5 gambar HD)

Bayi berjantina perempuan ini bernama Indah Armani dan dilahirkan pada 22 Disember lalu.

Sharnaaz Ahmad putus cinta? (2 gambar bukti)

Dengar khabar tak rasmi yang Sharnaaz Ahmad kini putus cinta dengan kekasihnya, Nabila. Ini dibuktikan dengan tindakan kedua-duanya memadam gambar mereka bersama di laman sosial Instagram.

Sharnaaz juga ada memuatnaik gambar berserta caption yang mencerminkan hubungan mereka terkini. Namun gambar itu telah dipadam beberapa jam kemudian.