Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Keadaan Datuk M Daud Kilau terkini..

Rabu, 6 Januari 2016

Datuk M Daud Kilau yang terlantar di Hospital Teluk Intan (HTI) akibat komplikasi membuang air kecil kini beransur. Beliau dimasukkan ke wad Ahad lalu, namun kini menunjukkan reaksi positif malah tidak sabar mahu bertemu peminatnya di seluruh negara.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia, peminat dan juga rakan seangkatan saya di seluruh negara mendoakan kesihatan saya serta yakin dan percaya boleh menghiburkan peminat saya semula yang ada di seluruh negara.

"Saya juga diberi layanan terbaik oleh pihak hospital. Saya tidak mahu mengalah selagi kudrat saya ada untuk menghiburkan peminat," kata beliau memetik Bharian

Kenangan manis, dirogol beramai-ramai! -Nur Risteena.. OMG


Pengalaman Manis Nur Risteena Dirogol Beramai-ramai?

Agak pelik apabila Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mengakui yang pengalamannya menjadi mangsa rogol beramai-ramai merupakan satu pengalaman manis lapor PRU14.tv.

Ia dibuat Nur Risteena dalam satu majalah hiburan yang gambarnya dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Kenyataan itu menjadi tanda tanya besar kerana ini kali pertama seseorang wanita mengakui jika tajuk itu seperti yang digambarkan.

Jika diikutkan mungkin pengalaman itu hadir dalam babak di dalam drama atau filem lakonannya mungkin kerana keganjilan babak itu.

Kalau diikutkan fikiran waras dan sihat kita sebagai manusia, memanglah tidak logik untuk berasa manis dalam kejadian dirogol beramai-ramai.

Inilah nama penuh anak Hanez Suraya, Romie

Sebelum ini Hanez Suraya dan Romie mengumumkan nama anak mereka sebagai Putri sahaja. Namun semalam mereka telah sepakat untuk memberitahu nama penuh Putri.

Namanya adalah Putri Aleesya. Aik macam Engku Aleesya nama anak Erra Fazira kan. hehe. Mereka memberitahu dengan menggunakan hashtag nama tersebut pada gambar puterinya yang dimuat naik sejak semalam dan hari ini.

Datuk Hattan mahu 'pinang' Siti Nordiana

Datuk Hattan menyatakan minatnya terhadap pemenang program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.

Hattan berminat untuk menawarkan Siti Nordiana menjayakan watak utama dalam filem terbaru yang berjudul Gadis Jolobu.

Filem tersebut merupakan hasil kerjasama antara pihak Hattan dengan Q-Plex Communication.
“Melihatkan keadaan industri filem yang semakin pulih, perancangan untuk menghasilkan filem Gadis Jolobu bakal diteruskan pada tahun ini.

“Memandangkan filem ini inspirasinya adalah menerusi lagu Gadis Jolobu, saya mahu pelakonnya nanti boleh bertutur dengan bagus dalam dialek Negeri Sembilan.

“Saya ada bayangkan Siti Nordiana membintangi filem ini. Tetapi perkara ini belum dibincangkan secara lebih lanjut lagi,

“Watak dalam filem tersebut memerlukan pelakon wanita bertudung dan boleh bercakap dialek tempatan.

“Siti Nordiana sememangnya mempunyai ciri-ciri yang dicari, jadi saya berminat untuk mengambilnya. Tidak sukar baginya untuk bertutur dalam dialek Negeri Sembilan nanti,” katanya memetik portal Astro Awani.

Elfaeza Ul Haq sanggup buka tudung disebabkan ini..

Pelakon Elfaeza Ul Haq mengakui terpaksa membuka tudungnya kerana sebuah kontrak lakonan yang dipersetujui sebelum ini.

Pekin Ibrahim meninggal dunia?

Selasa, 5 Januari 2016

Pelakon terkenal, Pekin Ibrahim telah menyangkal dakwaan bahawa dirinya sudah meninggal dunia yang telah menjadi viral di laman Twitter.

Sekitar resepsi ala Bollywood Marsha Milan & Shaiful (15 gambar HD)

Ayah berubah setelah berkahwin dengan Maria Farida? OMG

Suami baru kepada pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur yang mempunyai anak-anaknya hasil perkahwinan terdahulu dikhabarkan agak kecewa kerana perubahan ayahnya setelah berkahwin dengan Maria dakwa seorang anak beliau, Nurshazleen Anis yang berusia 28 tahun (kakak kepada 5 adik yang lain, Wan Nathasha, 22, Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6)
“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi. Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri”

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,” katanya.
Nurshazleen juga mengakui sebelum ini bahawa dia dihasut untuk memburukkan ibu kandungnya sendiri yang juga isteri pertama Datuk Rahman, Karen Rahman melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan.
“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” tambah katanya menerusi sebuah portal.

Qyra Beuty, Elizad Sharifuddin ada krisis? (3 gambar)

Dengarnya satu syarikat kosmetik bernama Qyra Beauty telah tidak lagi memakai khdimat pelakon Elizad Sharifuddin untuk menjadi duta butiknya.

Namun melalui Instagram milik Qyra, mereka dalam proses untuk mencari duta baru. Kira okey lah, normal sahaja. Namun dalam pencarian itu, terdapat ayat sindiran yang ditujukan kepada seseorang yang kemungkinan dia adalah Elizad.

Persoalan disini, apa yang Elizad Sharifuddin buat sampai pihak Qyra Beauty macam cuba untuk menghentam dia? hoho..

Nubhan, Isteri diminta berjimak.. (PANAS)


Peminat Minta Nubhan Kongsi Gambar 'Jimak' Pula

Masih ingatkah korang dengan penyanyi Nubhan AF? Dia telah pun melangsungkan pernikahan dengan isterinya, Afifah Hidayah pada 29 Ogos lalu di Seremban.. Nak dijadikan cerita, pasangan ini mahu kongsikan detik bahagia mereka bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi..

Menerusi laman Instagram milik Nubhan, dia telah memuatnaik gambar bersama isteri serta status memaklumkan pada para peminatnya, isterinya sudah pun disahkan mengandung.. Biasalah, semua pasangan berkahwin pasti gembira mendapat berita bakal memiliki cahaya mata sulung..

Datuk Aliff Syukri bagi nampak harta jutaan Ringgit miliknya (video)

Sebelum ni Dato Seri Vida yang memaparkan berapa banyak harta yang dimilikinya. Kali ini Datuk Aliff Syukri pula yang ditemu ramah Dato Aznil @Pak Nil.

Berbeza dengan Dato Seri Vida, Datuk Aliff memiliki kekayaan yang dia sendiri jarang merasakannya, siap ada tanda harga lagi setiap aksesori. Auuch..

*klik video untuk play..

Azwan Ali buat laporan polis sebab ugutan serius ini..

Isnin, 4 Januari 2016

Nak kata lawak tak tahu lah, ugutan dasyat dan jarang-jarang kena buat report pasal hal seperti ini dalam sejarah. Hmm. Macam-macam dah..

Nelydia Senrose ke Koh Lipe dengan siapa tu.. (PANAS)

Sebelum ini, Nelydia ada memuatnaik gambar dia pergi bercuti ke pulau Koh Lipe, namun tidak kelihatan gambar Qi dan hanya memberi hint pada gambar itu.

Namun setelah di usha ke Instagram Qi, rupa-rupanya dia pun pergi ke tempat peranginan yang sama dengan Nelydia. Jeng-jeng, kebetulan atau dah kantoi ni.

Ebby Yus yang bikin panas (video)


Ntah lah apa nak jadi dengan Ebby Yus ni kan. Bikin panas betul. Apa-apa pun jom lihat video kat bawah ini. Layan..

Nama anak sulong Hanez Suraya, Romie

Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha bakal menamakan anak perempuan sulung hasil perkahwinan mereka dengan nama Putri.

Romie berkata, bagaimanapun nama penuh anak yang lahir pada Selasa lalu itu hanya akan diputuskan dalam masa beberapa hari lagi.

"Kami sudah ada beberapa senarai nama dan saya serta Hanez akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai bagi digandingkan dengan pangkal Putri," katanya kepada BH Online.

Ini ke kekasih Nas-T yang terkini? (cun habis)

Pelakon Nas-T mendedahkan yang dia sebelum ini berminat dengan seorang janda anak satu dengan profesion sebagai model, Atitah Haris. Namun idak dipastikan keakraban mereka seperti apa, kawan biasa atau bercinta.

namun ada yang melihat mereka kelihatan bersama untuk menghadiri kursus kahwin. Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama juga dimuatnaik oleh Atitah sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Anak Rita Rudaini minta ada papa baru tahun depan?

Ahad, 3 Januari 2016


Anak Rita Rudaini minta 'ayah baru' dan adik baru
Diusik soal jodoh seperti yang sering menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini, Rita Rudaini menegaskan hatinya masih belum terbuka mengenai perkara itu.
“Bagaimanapun jika ALLAH sudah takdirkan saya akan berkahwin lagi, saya akan terimanya asalkan lelaki itu boleh terima saya dan anak-anak.

“Yang penting juga lelaki itu boleh menyayangi anak-anak saya lebih daripada dirinya dan dapat membimbing kami. - Akui Rita juga, anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 6 juga pernah menyuarakan hasrat agar dirinya berkahwin lagi lapor Sinar Harian.

Anak Rita Rudaini minta 'ayah baru' dan adik baru
“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu.

“Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.

“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.

“Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” katanya yang meminta peminatnya terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Rita berkata, walaupun dia tetap akan membawa anak-anaknya keluar beriadah ataupun menonton wayang mengikut permintaan mereka.

Dato Seri Dr. Vida beri nampak harta jutaan Ringgit miliknya.. (video)

Syarif Sleeq timang cahaya mata sulung (gambar bayi)

Isteri kepada Syarif (bekas anggota kumpulan Sleeq) selamat melahirkananak sulung berjantina perempuan pada 31 Disember lalu. Perkara tersebut dikongsikan Syarif di laman Instagram.

Anak sulung Hanez Suraya & Romie (4 gambar)

Jumaat, 1 Januari 2016

Photo studio anak ke-3 Ashraf Muslim (10 gambar)




Anas Muslim, cahaya mata sulung Ashraf Muslim dan Noor Dayana yang dilahirkan pada 10 Disember lalu dengan seberat 2.85kg merupakan anak ketiga daripada kedua-dua isteri Ashraf Muslim. -Gambar ThePhotolicous.com

Sekitar malam berinai, pernikahan Marsha Milan Londoh (20 gambar)

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail kira-kira pukul 8.55 malam pada Khamis.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam, 29, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Fauzi Ibrahim manakala Marsha diwakil walikan oleh hakim.

Marsha yang kelihatan anggun dengan persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 daripada Mohamed Shaiful Nizam manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran.

Upacara pernikahan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga rakan rakan kepada pasangan tersebut.

Marsha mengucup tangan suaminya selepas selamat bergelar suami-isteri.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Adira, Ozlynn, Adeline Tsen, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Michael Ang dan Dafi.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.

Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sudah mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu. -mStar