Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lara Alana, Awal dan Scha ke Jepun main salji (12 gambar)

Jumaat, 11 Disember 2015


Lara Alana dengan ayah serta emaknya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya beberapa hari lalu bercuti di Jepun. Lara juga mengenakan kimono dan bermain salji buat pertama kalinya untuk musim sejuk di sana.

Difahamkan Awal dan Scha berkunjung ke negara itu atas urusan kerja sebagai duta produk minuman.

Norman, Memey bercuti ke Korea Selatan (32 gambar)

Gambar Shanie terkini.. nampak macam susut sikit badan..

Khamis, 10 Disember 2015

gambar Shanie bersama suami

Dah lama tak nampak Shanie dan Shiela Mambo kan. Dengar khabar yang Shanie dan Shiela Mambo dijumpai ketika satu roadshow Lanai KLCC dimana menempatkan booth gerai yang menjual kek, tudung, makanan dan lain-lain lagi. Rasanya event ni masih ada kot. Cuba try pergi tengok.

Serius! Nabila Huda akan kahwin bulan ini tapi.....

Nabila Huda mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya pada bulan ini namun tidak mahu memberitahu secara lengkap mengenai tarikh dan apa-apa mengenai perkahwinannya kali ini.
"Insya-Allah memang saya akan berkahwin bulan ini. Tapi kita tidak tahu apa-apa boleh terjadi menjelang hari bahagia berkenaan. Doakan yang terbaik. Kalau ia jadi kenyataan saya takkan berahsia. Malah saya tak akan lupa menjemput rakan media dan teman,

"Saya mahukan majlis seringkas boleh. Sebagaimana orang melihat saya di alam realiti, sebegitu juga saya menggambarkan rencana majlis kahwin saya. Cukup dijalankan apa yang wajib," -Nabila petikan Bharian

Ada ustaz nak lamar Siti Nordiana tapi..


Jawapan Siti Nordiana sekiranya dilamar lelaki
Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut.

Apa sudah terjadi dengan Instagram Fazura isu KimK?

Isu KimK yang hangat diperkatakan akhirnya memakan diri sendiri buat Fazura apabila dikhabrkan yang follower dia kat Instagram telah 'lari' sebanyak hampir 200,000.

Sebelum ini jumlahnya adalah 1.8 juta tetapi susut kepada 1.6 juta. Mungkin ramai yang mengerti tindakan Fazura yang mempetahankan tindakannya untuk tidak meminta maaf dan mengecam seorang follower terhadap perkataan KimK, walaupun pada hakikatnya ianya cuma salah faham.

Manakala wanita yang menjadi perhatian kerana isu tersebut dengan menggunakan nama – vii.narza di Instagram kini sudah pun mencapai 32,000 pengikut.

Bila Zarina Zainuddin update status pasal suami..

Rabu, 9 Disember 2015

Status yang dimuatnaik oleh pelakon Zarina Zainuddin nampaknya tak disenangi oleh seorang follower. Tapi nampaknya sekarang Zarina lebih terbuka mengenai suaminya. Semoga perkahwinan Zarina dan suami berkekalanlah kan kehendaknya.

Tapi selepas beberapa minit Zarina mengedit statusnya. Rasanya betul lah kata seorang follower tu kan, tak perlu nak beritahu status sebelum tu, sebab status seperti itu tidak disyorkan bagi keselamatan diri dan keluarga.

Tak payah nak over sangat lah setan! PANAS

Kelihatan Arwah Pak Yus atau Yus Jambu memang sangat sukar diterima, namun ada juga pengikutnya yang terlalu meratapi kehilangannya.

Melalui Instagram milik arwah Pak Yus, ramai komen yang sangat-sangat tidak boleh di terima pakai kerana dianggapi terlalu meratapi.

Melalui Facebook Amran Fan, dia mengecam tindakan pengomen berkenaan dengan menyarankan supaya tidak terlalu 'over' sangat.

Kehidupan terkini pelakon Roslan Salleh (2 gambar)


Pelakon vateran, Roslan Salleh yang dahulunya pasti dikenali ramai kini semakin tidak dikenali. Nasibnya tidaklah semewah rakan artis yang lain, namun berkat usaha sendiri dalam keadaan dia yang sakit, dia tetap berusaha mencari rezeki yang halal.

Satu pengorbanan besar buat Roslan dalam hidupnya yang selama ini menjiwai watak dalam setiap lakonannya.

Bell Ngasri selamat timang anak (2 gambar)

Tahniah buat pelawak Bell Ngasri dan isterinya, Sasha yang selamat menimang anak sulung baru-baru ini memetik Instagram milik adik Bell, Anne Ngasri

Jep Sepahtu buat pengumuman mengejutkan...


Pengumuman mengejutkan Jep Sepahtu
Jep Sepahtu telah membuat satu pengumuman yang amat mengejutkan dimana dia tidak menyertai Maharaja Lawak Mega tahun depan.

Bagi Jep, pengalaman menyertai program realiti lawak bersama-sama Arwah Yus Jambu, juga mesra dipanggil Pak Yus, menjadi kenangan yang cukup istimewa buatnya.
"Selepas pemergian Pak Yus, saya rasa saya tidak masuk lagi program ‘Maharaja Lawak.’

Program itu cukup meriah dan istimewa kerana adanya orang-orang seperti Pak Yus yang memeriahkan lagi program itu,

Program itu juga cukup bermakna bagi saya sendiri kerana kami sebenarnya tidak bertanding sesama sendiri dalam program itu, peminat yang menilai [sebagai pertandingan] dari luarannya. Kami sebenarnya sebagai satu keluarga.

Jadi saya tidak rasa saya dan Syuib akan masuk Maharaja Lawak dalam masa terdekat ini," -Jep

Zahirah Macwilson dipanggil sial sebab..

Selasa, 8 Disember 2015

Kasihan juga melihat nasib Zahirah Macwilson apabila dia digelar sial, perampas dan lain-lain lagi sejak menjalinkan hubungan dengan Zul Ariffin. Zahirah mengulas lanjut mengenai hal itu dengan rasa sedihnya dan mahu berdiam diri selepas ini.

“Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.

“Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Mula-mula, saya sedih juga baca komen-komen pembenci”

“Sebagai contoh ada yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya. Kalau boleh, saya tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus berlakon,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Aidil tidak pernah berhubung/jumpa anak selepas kahwin?

"Dia tidak lagi berhubung dengan dua anak lelakinya sejak berkahwin baru."
Inilah luahan Rita Rudaini mengenai sikap bekas suaminya Aidil Zafuan yang enggan menghubungi anak kandungnya sendiri setelah berkahwin.

Paling menyedihkan lagi anak bongsu perkongsian hidup mereka dulu, Airit Qaqa Arjuna, 4, langsung tidak mengenali bapanya dan mendakwa hanya mampu menunjukkan kepada mereka melalui kaca televisyen ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak.

Memetik laporan akhbar Kosmo, tegas Rita, memang ada usaha untuk rapatkan hubungan Aidil dengan anak-anak, namun dia hanya boleh lakukan apa yang termampu sajalah, jika bekas suaminya yang tidak ada inisiatif langsung.

Majlis akikah anak Erin Malek (4 gambar)

Fazura mohon pengomen 'kimK' mohon maaf.. dui..


Kerana “KimK”, Fazura Buat Laporan Polis?
Fazura tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminatnya di Instagram kerana menggunakan perkataan “kimK”.

Fazura berkata tegurannya itu tidak keterlaluan kerana perkataan itu mengelirukan dan mempunyai makna berlapis seperti pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

“Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.

“Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu,”

“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,” katanya, seperti dilapor Berita Harian

Wanita itu, yang hanya ingin memperkenalkan diri sebagai Vii Narza, mengulas gambar Fazura bersama rakannya di Instagram dengan ungkapan “Mcm kimK yg dpn tu” (macam kimK yang di depan itu).

Lisa, Yusry akhirnya dedah wajah anaknya tapi pinta mereka.. (2 gambar)

Ahad semalam berlangsung satu majlis akikah anak Lisa Surihani dan Yusry. Anak sulung bernama Yahaira merupakan satu rezeki dan nikmat paling besar untuk penantian bertahun-tahun bagi mereka berdua.

Namun desas desus dikhabarkan mereka menyorok wajah anak mereka kepada umum menjadi perbualan hangat. Bagi Yusry dan Lisa mereka berbuat demikian sebelum ini ada sebab tersendiri.

Rita Rudaini temui cinta baru? (5 gambar caption Instagram)

Isnin, 7 Disember 2015

Dengar cerita yang Rita Rudaini ada memuatnaik gambar berserta caption yang sepertinya dilamun cinta. Tidak dapat dipastikan kesahihan apakah penyebab hati Rita sedang berbunga-bunga, adakah dia telah menemui cinta hati baru ataupun ada berita gembira lain.

Tetapi kakak kepada pelakon tersebut, Cik Ala seperti mengiyakan caption Rita dengan memberikan komen seperti berikut,
"makan tak lalu, mandi tak basah, tidoq tak lena la adik kami ni @ritrud727 nampaknya hati sedang berbunga-bunga."
Komen daripada pengikutnya juga ada yang menyatakan ketidak sabaran dan berharap Rita menemui pengganti bekas suaminya, Aidil Zafuan, namun ada juga yang perihatin untuk menasihati Rita agar menumpukan perhatian dan kasih sayang terhadap dua anaknya berbanding soal cinta.

Memang agak pelik kali ini memandangkan sebelum ini Rita ada menyatakan yang dia tidak akan kahwin dan hanya fokus kepada anak-anaknya.

Anak ke-3 Ajak Shiro yang comel terkini (6 gambar)

Comelkan anak ke-3 Ajak Shiro ni, Nada Soffea yang lahir pada 25 Mac lalu. Jom layan gambar terbaru dia.

Feeya Sinar FM selamat bertunang (10 gambar)

Deejay radio Sinar FM, Feeya Iskandar selamat bergelar bertunang kepada jejaka pilihannya, Nurashid Wahab yang diadakan di Puncak Jalil, semalam kira-kira selepas waktu Isyak.

Feeya memberikan tujuh dulang hantaran kepada Rashid manakala Rashid membalas lima dulang hantaran kepada Feeya. -gambar Instagram @feeyaiskandar89 @orkidphoto @hafizharipin.

Kisah CHef Wan tak kenal Tunku Jalil

Chef Wan berkongsikan kisah kelakarnya semasa bertemu dengan Almarhum Tunku Jalil. Tak sangka Almarhum Tunku Jalil sangat merendah diri dan cuba mendekati dan berborak dengan Chef Wan.

Berikut merupakan kisah yang dikongsikan Chef Wan semasa bertemu Almarhum Tunku Jalil dalam satu penerbangan satu masa dahulu di laman sosial semalam.

Tauke Jambu dah bertunang.. (3 gambar)

Dengar khabar yang Tauke Jambu selamat bertunang semalam dengan seorang wanita yang bercinta dengannya selama 4 tahun. Tidak ada maklumat lanjut mengenai berita ini.

Namun 3 keping gambar ini mengambarkan apa yang terjadi baru-baru ini.

Isu masuk Islam, ini komen Marsha Londoh

Ahad, 6 Disember 2015


Isu peluk Islam, ini komen Marsha Milan Londoh
Marsha Milan Londoh enggan mengulas lanjut tentang khabar angin bahawa dia telah memeluk agama Islam.
“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya.

“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya memetik laporan Kosmo!.