Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak Diana Amir terkini (4 gambar)

Isnin, 12 Oktober 2015

Ogy A. Daud, Erma Fatima berbaik semula, ini sebab dia..

Hubungan Erma Fatima dengan Ogy Ahmad Daud sejak setahun lalu amat rengang. Dan kini mereka mula belajar untuk berbaik dan berdamai semula.

Kisah kerengangan hubungan mereka bermula apabila berlakon bersama untuk drama Pengantin Popular 2014, akibat Erma menegur lakonan Ogy, disitulah hubungan mereka rengang.

Dan kini mereka mula berbaik untuk satu pementasan teater pada November tahun ini.
“Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih,” jelas Erma kepada BH Plus.

Annahita Bakavoli sah bercerai dengan suaminya sebab...

Suami kepada pelakon Annahita Bakavoli, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad memberitahu mereka sudah berpisah dan sah bercerai talak satu tanggal 1 Oktober lepas di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Keputusan untuk menamatkan rumah tangga yang dibina selama 5 tahun lamanya ini dibuat selepas tiada persefahaman lagi antara mereka.
'Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang.' -Datuk Saiful petikan Hmetro
Mereka berkahwin pada tahun 2010, bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sufi Juara AF2015! (3 gambar)

Tahniah, Sufi diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Sufi membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Edry Abdul Halim.

Syamel pula mendapat tempat ke-2 dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, percutian ke Dubai, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Bila dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Shahrul dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Dubai serta trofi. -mStar

Pekin Ibrahim meninggal dunia?

Ahad, 11 Oktober 2015

Pekin Ibrahim terkejut, apabila berita palsu kematiannya tersebar meluas di laman sosial Twitter semalam.

Berikutan laporan itu dia terpaksa menelefon ibunya di kampung bagi memaklumkan mengenai berita palsu itu.

Nasihat Rozita Che Wan untuk wanita diluar sana..

Kalau diikutkan ramai yang iri hati dengan kejayaan Rozita Che Wan buat masa ini, kerana dikatakan sering menunjuk-nunjuk dan bangga dengan prestasinya kini berbanding dulu.

Dan itu semua dapat dilihat apabila Rozita memuatnaik gambar ke dalam laman sosial. Namun buat Rozita, dia ada niat tersendiri nak memuatnaik gambar berkenaan.
“Memang ada orang cakap saya ambil semua gambar bercuti untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebenarnya tidak. Saya mahu gambar itu menjadi motivasi kepada wanita di luar sana untuk berusaha sehingga berjaya dan boleh menjadi seperti saya dapat bercuti ke mana sahaja”

“Sebagai wanita, jangan mengharap sangat duit lelaki, perlu berdiri atas kaki sendiri,” katanya kepada Sinar Harian

Almy Nadia dah langsing.. Wuyoo (2 gambar)

Selepas kahwin dulu, Almy Nadia dikatakan mengalami berat badan, dan ramai yang perasan akan hal itu. Namun baru-baru ini Almy sekarang makin slim aka langsing.

Ini sendiri dipuji oleh rakan-rakannya di laman sosial. Tak dipastikan apa tips sebenar Almy ini, makan ubat? bersenam? diet seimbang? ha korang rasa apa. :)

Nasihat Erra Fazira kepada selebriti baru.. Pedas!

Jumaat, 9 Oktober 2015

Sekali sekala pelakon Erra Fazira ni bagi nasihat kat sebelriti baharu lahir memang okey juga lah kan, ye lah dah nak berpuluh tahun Erra kat dunia seni ni, pastinya dia dia tak lokek nak berikan nasihat.

Erra berharap selebriti baru bersedia untuk menempuh zaman kejatuhan dan mereka perlulah menyimpan selain berusaha mengelak dibebani hutang. Lain-lain boleh tonton video kat bawah ni. :) -video mStar

Shuib Sepahtu mahu jadi abang sado! (3 gambar)

Wah kini Shuib Sepahtu dah nak makin sado. Dengarnya perubahan itu dilakukannya setelah 2 bulan bekerja keras ke gym untuk menjadikan badanya berketul dan berurat.

Lihatlah pemakanan sahaja. Rasanya untuk Shuib je ni kot. hihi.

Rahsia sebenar Adira AF putih gebu.. ini dia..

Memetik portal Bharian, memang ramai yang sudah tahu Adira AF memiliki wajah yang putih dan gebu. Namun ramai yang tidak mengetahui rahsia dan tips sebenar yang Adira gunakan.

Adira menggunakan rawatan yang bernama 'carbon peel laser' yang juga rawatan berteknologi dari Korea.

Sebab mengapa Jasmin Hamid berang di laman sosial! (4 gambar)


Jasmin Hamid Berang Ditegur Peminat
Ada seorang ni telah menghantar sekeping email untuk berkongsi beberapa screenshot status terbaru Jasmin Hamid. Mungkinakibat penampilannya yang didakwa agak seksi dan ramai yang menhentamnya di alam maya, Jasmin Hamid juga 'protect' dirinya daripada komen pedas itu.

Punca Fizo Omar berhutang sehingga RM8 juta!

Dengar khabar yang Fizo Omar kini berhutang sebanyak RM8 juta, bukans satu jumlah yang sedikit. Sebab beliau berhutang adalah kerana ditipu oleh rakan kongsi atau partnership dalam perniagaan.

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya”

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya kepada Harian Metro.

Aidil jangka Rita bakal minta lebih dari itu..

Khamis, 8 Oktober 2015

Lusa lalu, Rita Rudaini telah menang kes mutah kepada bekas suaminya, Aidil Zafuan dan menerima wang sebanyak RM30,000 daripada RM300,000 yang di mohonnya dahulu.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Rita mengenai kemelut rumahtangga yang bertahun-tahun itu. Namun Aidil dalam laman sosialnya, a7z dengan menyatakan yang Rita bakal menuntut banyak lagi bukan daripada yang dia menang ini.

Top 11 selebriti waktu kecil (11 gambar)

Pasti anda tertanya-tanya bagimana rupa selebriti wanita kesukaan anda di zaman kanak-kanak. Jom kita tengok.

Apa terjadi dengan pemain gitar Shiela on 7 ni sekarang? mengejutkan..

Saktia Ari Seno atau Salman Al Jugjawy adalah merupakan seorang bekas gitaris dari kumpulan musik Sheila on 7 satu masa dahulu.

Kini penampilannya amat berbeza. Dia dah menerima hidayah Allah. Ini klip video terbaru yang dimuatnaik di dalam laman sosial baru-baru ini.

Sedapnya Awal, Scha pergi makan seafood, kat mana ni? (4 gambar)

Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari telah pergi makan di restoran Shell Out di Kota Damansara, restoran ala seafood paling terkenal. Lihat makanan mereka, sungguh mengeliurkan. -Facebook Shell Out

Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!

Rabu, 7 Oktober 2015

Semalam Erma Fatima memberitahu yang dia menarik balik permohonan cerai yang dibuatnya kepada suaminya, Bade Azmi. Keputusan itu dibuat pada 3 minggu lalu kerana melihat kesungguhan Bade yang masih mempertahankan rumahtangganya itu.

Erma mengakui yang dia dan Bade sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun punca dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka. Erma menerima jika dia mempunyai madu tapi tidak mahu mengambil berat mengenai hal rumahtangga madunya itu.

Bade kini sudah berkahwin dengan Aida dan dikurniakan seorang anak.

Komen Ridzuan Hashim kontroversi ke kelab malam...

Akibat penyebaran dan viral gambar yang memperlihatkan pelakon Vateran, Ridzuan Hashim aka King telah pergi ke kelab malam baru-baru ini bersama pelakok, Fara Mendoza membuatkan empunya badan tampil untuk memperjelaskan keadaan yang sebenar.
"Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.

"Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di internet,

"Tidak semestinya orang ke kelab malam itu jahat. Saya ke sana pun sekiranya ada urusan-urusan tertentu. Bukan mahu berseronok, apatah lagi saya mempunyai anak-anak yang sudah besar," Ridzuan Hashim petikan portal mStar

Erin Malek tayang anak sulungnya (5 gambar)

Nama anak sulung Erin Malek ni adalah Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz yang lahir minggu lalu.

Ezad timang anak ke-2 (2 gambar baby)

Ezad Exist telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada tarikh 5 Oktober dimana isterinya Nor Azeana Ramli selamat melahirkan cahaya mata bersama-sama Ezad ketika itu. Namun difahamkan Azeana sebelum ini menghidap sejenis ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) yang kemungkinan bakal memberi kesan kepada anak yang dilahirkannya itu.

Namun bagi Tomok dan Azeana mereka redo jika itu yang sudah ditentukan buat mereka. Namun hanya mampu berdoa agar semuanya dalam keadaan baik dan sihat.

Aidil diperintahkan membayar RM30,000 kepada Rita atas sebab...

Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menetapkan untuk memerintahkan pemain bola sepak dan juga bekas suami kepada Rita Rudaini, Aidil Zafuan untuk membayar RM30,000 daripada tuntutan sebenar sebanyak RM300,000 yang diminta Rita sebelum ini.
“Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula,” Hakim Syarie, Mawardi Che Man petikan Sinar Harian.

Tasha Shila kena gam oleh stesen TV sebab...?

Selasa, 6 Oktober 2015


Tasha Shilla Digam Stesen TV
Dengar khabar yang pelakon, Tasha Shila kena gam aka banned oleh stesen TV akibat pelbagai kisah kontroversi yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini.

Bagaimapan, Tasha menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan dia sebenarnya sedang berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon hampir 3 bulan lalu.