Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Che Ta akui pendapatannya RM200,000 sebulan!

Selasa, 6 Oktober 2015

Rozita Che Wan atau Che Ta berkata dia masih memerima pelbagai tawaran lakonan namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama. Dia bersikap selektif dan hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.

Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.

Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil.

Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan.

Bulan madu Nubhan, isteri di Paris (14 gambar)


Penyanyi Nubhan dan isterinya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir telah memilih Kota Paris, Perancis untuk berbulan madu selepas perkahwinan mereka bulan lalu.

Bulan madu Haziq Rosebi, isteri di Bali (11 gambar)

Memetik portal MediaHiburan, penyanyi bintang Akademi Fantasia bernama Haziq Rosebi telah pergi berbulan madu dengan bersama isteri, Maisarah Sidki di Bali, Indonesia pada 14 hingga 17 September lalu.

Dimana mereka telah pergi ke tempat menarik seperti Pantai Pandawa Nusa Dua, Turtle Island, serta Tanah Lot.

Sebab Maya Karin mahu kahwin semula..

Setelah bergelar janda bertahun-tahun, Maya Karin kini sudah terbuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi buat kali ke-2.

Memetik laporan Bharian, hal itu disuarakan oleh Maya untuk tiba masanya menyulam cinta setelah lama tidak ada pasangan dalam hidupnya yang sesuai.

Ayda Jebat, Aiman Hakim bercuti di Belanda? (3 gambar)

Isnin, 5 Oktober 2015

Dengar khabar yang Ayda Jebat dan Aiman Hakim pergi dating kat Amsterdam, Belanda. Mereka sempat mengambil gambar bersama di sana berdua.

Namun itu semua adalah babak untuk sebuah drama berjudul Sesal Separuh Nyawa arahan Michael Ang. Difahamkan mereka berada disana selama 2 minggu sejak 16 September yang lalu lagi. -gambar manngaOnline

Nelydia Senrose, Qi Razali sah putus cinta sebab..

Nelydia Senrose akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali, 38. Dia mengakui, cinta serta kasih yang disulam selama hampir tiga tahun tidak dapat diteruskan selepas masing-masing membawa haluan sendiri baru-baru ini.

King pergi kelab malam dengan Fara Mendoza.. (gambar)

Ridzuan Hashim atau King dikhabarkan bersama-sama dengan pelakon Fara Fizz Mendoza dan Carmen Jamayah Erminda telah pergi ke kelab malam untuk menyambut hari ulang tahun Carmen Jamayah Erminda.

Kelibat King menjadi perbualan hangat di media sosial apabila dikatakan usianya yang dah nak masuk usia emas itu tidak sewajarnya pergi ke tempat sedemikian untuk berjimba.

Pelakon Gerak Khas seksi, dapat kecaman..

Pelakon drama Gerak Khas, Tisha Shamsir telah mengejutkan ramai follower di Instagram apabila dia memuatnaik gambar dia berpakaian seksi.

Ramai yang mengomen agar lebih kepada berbaur lucah, ada juga di antara pengikut Tisha meninggalkan komen agar dia memadam gambar tersebut. Ada juga yang mengatakan Tisha sengaja memuatnaik gambar tersebut untuk meraih publisiti murahan.

Ikut info Tisha merupakan pelakon filem Villa Nabila dan bekas peserta Mentor musim ke-6, menjadi protégé kepada penyanyi Ferhad.

Nora Danish, Nedim kantoi bercuti di Bali? (2 gambar)

Ramai telah mengetahui yang hubungan Nora Danish dan Nedim dah berakhir beberapa bulan lalu. Namun ada yang menyangka mereka hanya berlakon untuk menyembunyikan gosip mengenai hubungan mereka.

Terbaru mereka dikatakan bercuti ke Bali melihat kedua-dua akaun Instagram ini. Instagram milik Nora yang bergambar dengan Bunga Citra Lestari. Manakala Instagram milik Ashraf Sinclair pula bergambar dengan Nedim.

Jadi kebetulan atau dah kantoi ni?

Ini lah kekasih Ieda Moin..

Ahad, 4 Oktober 2015

Ieda Moin telah menampilkan kekasihnya baru-baru ini iaitu, Mohd Amril Gul. Sebelum ini Ieda menganggap Amril seorang adik, namun tidak disangka masing-masing telah jatuh hati.

Ieda sebelum ini pernah putus tunang dengan seorang jejaka. Nak tahu lebih lanjut? tengok video dibawah ini. -video mStar


Lana Nordin kini berbadan dua.. Tahniah!

Tahniah kepada pelakon Lana Nodin yang kini disahkan hamil. Lana memberitahu yang dia kini sedang mengikuti suaminya, David di luar negara untuk bertugas namun ingin bersalin di Kuala Lumpur jika tiada halangan.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi”

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana memetik portal Harian Metro.

Tak kisah dan pelik pakai bra di pulau.. -Julia Ziegler (5 gambar)

Baru-baru ini Julia Ziegler ada pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu. Namun percutiannya menjadi bualan hangat apabila dia bergambar dan memuatnaik gambar memakai bra di tepi pantai.

Namun buat Julia, dia tak kisah dan tak merasa pelik untuk berbuat demikian. Punya berani kenyataan Julia ni kan. Huhu

Erin Malek selamat melahirkan anak sulung tapi kembarnya...

Sabtu, 3 Oktober 2015

Pelakon Erin Malek, 21, selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 9.27 pagi Khamis.

Bayi lelaki diberi nama Mohamed Faliq itu ialah hasil perkongsian hidupnya dengan suami Mohamed Farriz Fauzy, 30, yang dikahwini pada Oktober tahun lalu.

Elfaeza Ul Haq kini dah bertudung.. (2 gambar bertudung)

Jumaat, 2 Oktober 2015

Pelakon Elfaeza Ul Haq fikhabar kan kini dah berhijab/bertudung. Kalau tidak silap pelakon ni pernah digosipkan bersama-sama dengan Zul Ariffin. Tapi tidak ada khabar berita lanjut mengenainya.

Kalau betul berita mengenai dia bertudung ini, Alhamdulillah semoga istiqamah dengan apa yang dilakukan. Hidayah dah sampai. Korang bila lagi nak berubah?

Datin Norjuma mengandung/hamil? (gambar berbicara)

Tak pastilah berita ni betul. Ada pihak anggap gambar ini gambar lama, tapi ada juga yang menafikannya dan ianya gambar terbaru yang diambil pada minggu lepas ketika dia menghadiri perkahwinan model hijab, Ameera Zaini.

Tunggu empunya badan komen lah kan nanti, kalau benar, Alhamdulillah, tahniah.

Hubungan Erra Fazira, Shahir kini tak rapat?

Erra Fazira memetik portal Bharian mengakui yang hubungannya dengan Shahir AF lebih rapat dan menafikan mereka kini bercinta seperti yang digosipkan sesetengah pihak.

Namun ada juga yang menyatakan mereka kini tidak rapat mungkin atas sebab mereka jarang bertemu, mungkin cara mereka berkomunikasi adalah melalui atas talian bukan dating-dating yang tidak mengikut syariat agama.

Linda Rafah, Syed Aiman bakal rujuk kembali.. Alhamdulillah..

Dengar khabar baik yang Linda Rafar dan bekas suaminya, Syed Aiman bakal berusaha untuk merujuk kembali untuk kebaikan anak-anak mereka.
“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif”

“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,”

“Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya”

“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” kata Linda memetik sisipan Utusan

Awie akui ada yang lebih menyedihkan dari tinggalkan isteri..

Semalam Awie membuat kejutan dimana dia mengakui lebih sedih meninggalkan kumpulan Wings daripada meninggalkan isterinya walapun sudah 8 tahun tidak bersama Wings yang telah berjuang selama 30 tahun.

Kenyataan itu dibuat ketika Awie menghadiri majlis bersama ahli kumpulan Wings, Eddie, Black dan Joe untuk sambutan ulang tahun ke 30 kumpulan Wings di Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur.

12 Disember bertunang, Aliff Aziz (6 gambar bersama bakal tunang)

Khamis, 1 Oktober 2015

Tahniah Aliff Aziz yang bakal bertunang dengan pasangannya, Bella Astilla pada 12 Disember ini. Sekaligus menamatkan spikulasi yang dia enggan bercinta lama-lama tanpa ada ikatan seperti yang berlaku sebelum ini.

Azwan Ali bakal ke Negara Syurga! ko mampu! (5 gambar)

Azwan Ali aka Diva AA bakal pergi ke negara Brunei Darussalam dengan undangan khas untuk satu demonstrasi memasak rendang.

Paling membingungkan apabila ada caption bersama-sama peminatnya dan negara yang digelar negara Syurga. Nah? ko mampu?

Lokasi acara ini adalah di Tutong pada 3hb Oktober 2015 (Sabtu) dan 4hb Oktober 2015 (Ahad) untuk menyaksikan live demo masakan rendang Azwan Ali dan berselfie bersama-sama. -Gambar Forum Cari

Ammar Alfian bangga tayang tatu? (2 gambar)

Dengar khabar yang Ammar Alfian membuat satu yang gempar di laman sosialnya apabila dia memuatnaik gambar dia bertatu.

Namun Ammar menafikan ianya untuk publisiti murahan tapi ianya tatu yang telah ada sejak dua tahun lalu. Tapi rasanya tak perlu tayangkan bro. Kalau sangat nak berubah, simpan je kan apa-apa yang patut.. :)

Rozita belikan hadiah anak jam tangan RM15k! (23 gambar)

Agak mengejutkan dimana Rozita Che Wan telah membuat satu majlis mewah untuk menyambut ulang tahun anak sulungnya, Ammar Effendy yang ke-19 pada Isnin lalu di Restoran Hampshire Place.

Nak dianggap mewah disebabkan hadiah yang diberikan Rozita kepada anaknya iaitu sebuah jam tangan berjenama Bell & Ross rekaan Bruno Belamich yang dikatakan mencecah harga dari RM18,000 sehingga RM50,000 memetik portal mStar.
"Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja.

"Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa,"

"Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup.

"Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata," -Rozita Che Wan
Tengok gambar pakai rantai pula tu si Ammar, didikan agama mana tu Rozita oi.. kiki