Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Raja Ilya dibenci dan dibaling dengan kerusi sebab.. (5 gambar)
Selasa, 11 Ogos 2015
Biarpun dibenci dan diugut akan dibaling dengan kerusi namun pelakon Raja Ilya tetap gembira dan bersyukur dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya. Menurut pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini, dia menerima positif perkara tersebut dan menganggap lakonannya sebagai Che Alin dalam drama ‘Syurga Nur’ yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 itu sebagai satu kejayaan kerana dapat meninggalkan kesan di hati penonton serta diterima ramai.
Rita Rudaini dah bosan di Mahkamah, tiada 'game' dari pihak lawan...
Haha. Cukup melucukan caption dari Rita Rudaini apabila berada di mahkamah berhubung kait kes rumahtangganya dengan Aidil Zafuan yang tiada kesudahan.
Caption itu menunjukkan yang Rita sebenarnya cukup bosan kerana tiada kesudahan yang cukup menyakinkan buat dirinya dan juga anak-anaknya.
Namun itu lah hakikat ibu tunggal ini apabila terpaksa turun naik mahkamah bagi memperjuangkan kehidupannya bersama-sama anaknya.
Iqram Dinzly, Uqasha Senrose bercinta? (2 gambar)
Dengar cerita pelakon, Uqasha Senrose dengan Iqram Dinzly kini sangat mesra. Gambar yang dimuatnaik itu menimubulkan pertanyaan yang bertubi-tubi samaada mereka berkawan biasa atau sebaliknya.
Namun ramai follower yang tidak menolak jika mereka berdua bercinta, dah kedua-duanya single lagi kan. Namun buat Uqasha, memetik laporan Bharian, dia enggan mengulas melainkan soalan mengenai gambar itu ditujukan kepada Iqram terlebih dahulu.
Namun ramai follower yang tidak menolak jika mereka berdua bercinta, dah kedua-duanya single lagi kan. Namun buat Uqasha, memetik laporan Bharian, dia enggan mengulas melainkan soalan mengenai gambar itu ditujukan kepada Iqram terlebih dahulu.
Jue Aziz kini bertudung penuh (3 gambar)
Alhamdulillah, dikhabarkan Jue Aziz telah mengenakan bertudung/hijab penuh. Jue Aziz telah mula mengambil keputusan untuk bertudung/hijab penuh pada Rabu minggu lalu dimana ada kaitan dengan pemergian ayahandanya pada 31 Julai lalu memetik sisipan Kosmo!.
Kita doakan agar Jue istiqamah dan bersemangat di dalam perubahan terbarunya ini.
Kita doakan agar Jue istiqamah dan bersemangat di dalam perubahan terbarunya ini.
Bila Harith Iskander komen mengenai gambar DNA lembu...
Isnin, 10 Ogos 2015
Gambar diatas menjadi viral gara-gra dikatakan komen kurang cerdik oleh seorang yang bergelar 'ustazah'. Ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan itu bahkan ianya seolah-olah hanya bercakap sahaja tanpa berfikir.
Namun lain pula pandangan buat pelawa, Harith Iskander yang turut juga mengomen gambar itu. Tapi bukan dikomen bab yang tu, bab siaran berbahasa Melayu (BM) tapi ada sari kata BM.
Ada yang mengatakan Harith kurang sensitive dan 'ignorant' mengenai program BM.
Namun lain pula pandangan buat pelawa, Harith Iskander yang turut juga mengomen gambar itu. Tapi bukan dikomen bab yang tu, bab siaran berbahasa Melayu (BM) tapi ada sari kata BM.
Ada yang mengatakan Harith kurang sensitive dan 'ignorant' mengenai program BM.
Diana Danielle mengandung anak ke-2? (gambar mengandung)
Dengar khabar angin yang tak disahihkan lagi oleh empunya badan, Diana Danielle yang dia kini mengandung anak ke-2. Mungkin agak sukar dipercayai kerana tiada kenyataan media mengenai itu.
Tapi lihat gambar kat bawah ni pastinya anda akan terfikir, bentuk badan Diana yang sepertinya mengandung/hamil. Kalau betul, tahniah lah kan.
Tapi lihat gambar kat bawah ni pastinya anda akan terfikir, bentuk badan Diana yang sepertinya mengandung/hamil. Kalau betul, tahniah lah kan.
Rumahtangga Maya Matahari retak disebabkan orang ke-3?
Pelakon dan penyanyi Maya mengakui faktor utama beliau mengunci mulut berhubung keretakan rumah tangganya dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 44, yang dibina sejak Jun tahun 2009, adalah bagi menjaga hati kedua belah pihak keluarganya.
Maya menepis dakwaan mengatakan masalah rumah tangganya berlaku adalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Maya menjelaskan beliau dan suami kini tidak lagi tinggal sebumbung namun masih menjalinkan hubungan baik.
Maya menepis dakwaan mengatakan masalah rumah tangganya berlaku adalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Maya menjelaskan beliau dan suami kini tidak lagi tinggal sebumbung namun masih menjalinkan hubungan baik.
Raja Farah dah bertunang semalam dengan seorang...
Raja Farah, 27, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 33 tahun di kediaman keluarganya di sini, tengah hari tadi semalam.
Raja Farah mengesahkan perkara terbabit ketika ditemui pada sesi sidang media.
Raja Farah mengesahkan perkara terbabit ketika ditemui pada sesi sidang media.
"Alhamdulillah, majlis pertunangan tengah hari tadi berjalan lancar. Buat masa sekarang, saya perlu merahsiakan terlebih dahulu identiti bakal suami atas persetujuan kedua belah pihak.Memperkenalkan bakal suami sebagai II, Raja Farah juga merahsiakan tempoh bertunang dan tarikh pernikahan.
"Cukup untuk saya katakan, dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan," katanya.
"Saya boleh katakan majlis nikah dalam tahun ini juga dan persandingan akan diadakan di sebuah hotel Ampang," katanya.Sebelum ini, Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga selama lima tahun sebelum bercerai pada 25 Mei lalu. -HarianMetro
Majlis aqiqah anak Fasha Sandha (12 gambar)
Majlis aqiqah puteri kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma telah diadakan dengan meriah sekali di kediaman mereka di Ampang baru-baru ini berkonsepkan anak puteri kayangan. -gambar https://instagram.com/Camoraarts/
Anak sulung Ridzuan Hashim, Didie Alias kahwin (3 gambar)
Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54, dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam majlis di Shah Alam, semalam, 8 Ogos 2015 memetik laporan HarianMetro
Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi. Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.
Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz.
Coffee di Kafe Elfira Loy bercorak babi?
Sabtu, 8 Ogos 2015
Elfira Loy diberitakan telah membuka kafe ‘lovemesevendayscafe’. Tahniah buat Elfira kerana berani menceburi bidang perniagaan dalam usia yang muda. Tapi ada yang tak kena dengan resipi dan gambar produk kafe nya baru-baru ini iaitu corak coffee macam babi. Ramai follower di Instagram yang tak senang dengan perkara tu. Elfira juga sempat membalas kenyataan mereka.
Farah Lee ulas setahun melahirkan anak sulung.. (gambar)
Isteri Ally Iskandar, Farah Lee telah selamat melahirkan anak sulong mereka tahun lalu. Dan anak itu dah pun membesar setahun, kini Farah sempat berkongsi meluahkan pengalamannya sepanjang bergelar ibu dan isteri di laman Facebooknya semalam.
Exactly ONE year ago.
Terima kasih Allah pinjamkan seorang hamba pada kami suami isteri. MashaAllah Maream cerdik sangat, cepat belajar, kuat makan dan very cheeky pandai hiburkan orang, cuma kadang-kadang angin kuskus dia datang, omma rasa nak bungkus masuk perut balik hah
To Maream, terima kasih sebab ajar Omma jadi monster 😅. Only now I realised that I actually have ten multi-functional hands. Omma minta maaf sebab I am far from perfect to be a good mom to you. Kadang Omma garang, tapi banyak masa Omma sayang. Tapi omma janji to protect you all the time, cuma kalau ada lipas terbang, Omma terpaksa surrender haks
Omma tak minta banyak, omma cuma nak Maream hidup untuk tunaikan janji pada Tuhan. Moga omma dapat pulangkan Maream, dalam nikmat iman dan islam.
Happy Birthday Maream Esabel binti Ally Iskandar. Saranghae banyak banyak
Dayana isteri Ashraf Muslim kini hamil berusia..
Jumaat, 7 Ogos 2015
Dikhabarkan isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana yang kini hamil empat bulan. Perkhabaran baik ini disahkan sendiri oleh Ashraf Muslim. Dalam pada itu, Ashraf Muslim turut menjelaskan kenapa dia enggan dedahkan berita baik ini setelah timbul spekulasi bahawa Dayana telah pun hamil beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini. Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.”
“Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil. Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf dipetik sumber portal Murai.
Abby ada ketemukan bakal suami dengan Norman tapi...
Walaupun Abby Abadi kurang mendapat tawaran berlakon, kini dia menjadi perhatian apabila bakal berkahwin buat kali-3. Dan bakal suaminya itu, Mohd Faizal adalah dari golongan biasa dengan jawatan sebagai wartawan.
Pun begitu, bekas suami pertama Abby, Norman Hakim mengakui pernah berjumpa dengan bakal suaminya itu namun bukan secara keluarga tetapi secara rakan niaga.
Pun begitu, bekas suami pertama Abby, Norman Hakim mengakui pernah berjumpa dengan bakal suaminya itu namun bukan secara keluarga tetapi secara rakan niaga.
"Saya tahu mereka sudah berkawan sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Abby sendiri pernah membawa bakal suaminya itu berjumpa dengan saya.
"Namun ketika dia bawa berjumpa saya, masa itu saya pun tidak tahu mereka ada hubungan istimewa tetapi yang saya tahu mereka hanya rakan niaga sahaja.
"Melalui perjumpaan itu, apa yang boleh saya katakan bakal suaminya seorang yang cool. Itu sahaja,"
"Saya dan Memey dari dahulu lagi memang sentiasa mendoakan kebahagiaan Abby. Malah, saya harap perkahwinan Abby kali ini kekal hingga akhirnya dan Faizal merupakan pilihan terbaik untuknya," -Norman Hakim petikan portal Murai























