Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Imam nasihatkan Johan aksi cium Ozlynn di ABPBH

Selasa, 7 April 2015

Tindakan Johan Raja Lawak yang mencium isterinya, Ozlynn Watie di khalayak umum sewaktu diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 di Arena Of Stars Di Genting Highlands mengundang kontroversi.

Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.

Jelasnya, perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkhawin.

Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.
“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,”

“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.

“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” -Ustaz Hassan petikan freemalaysiatoday.com

Neelofa buat kejutan di malam ABPBH

Isnin, 6 April 2015


Wah memang Neelofa kini dah jauh berubah. Lihatlah sahaja semalam apabila dinobatkan sebagai salah seorang juara ABPBH dalam kategorinya, dia enggan bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya walaupun menyedari dia tersalam dengan M. Ang.

Namun ada juga peminat yang berkomen membetulkan keadaan ketika itu.

Perkembangan terkini Mawi yang mengejutkan..


Lama sudah kita pernah Mawi kan, dulu bukan lagi main gah namanya, kini semakin ditelan arus dan kelahiran ramai artis-artis realiti.

Mari kita lihat perkembangan terkini Mawi melalui video ini. -video mStar


Sekitar 2 majlis resepsi Sharifah Sakinah (108 gambar)

Diana Danielle kembali menyeksi di Majalah GLAM (video)

Bukan main seksi juga Diana Danielle walaupun pernah menimbulkan kontroversi beberapa minggu yang lalu dengan penyebaran berani mati berbaju dalam untuk majalah lain.

Kini Diana tampil dengan cara yang sama, cuma terdedah di belakang sahaja untuk majalah GLAM edisi terkini.



Senarai penuh keputusan ABPBH 2014 (15 gambar)

Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam yang diberikan kepacayaan oleh peminatnya dengan undian 265,703 undi dan sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) buat kali ke-3 (2010, 2012) yang berlangsung semalam di Arena of Stars, Genting Highlands.

Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid. -gambar Bharian

Izreen Azminda kini bertudung (8 gambar)

Ahad, 5 April 2015


Alhamdulillah kini penampilan Izreen Azminda dah berubah kepada bertudung. Perubahan ini sebenarnya sudah lama diniatkan oleh Izreen Azminda sendiri, namun kesibukan bekerja membatasi niat baiknya itu. Kini dengan istiqamah dia memulakan hidup yang baru.

Punca Baim Wong, Elfira Loy putus cinta?


Hubungan cinta aktor popular Indonesia, Baim Wong dan Elfira Loy dikatakan sudah berakhir baru-baru ini.

Sebuah laman portal Indonesia melaporkan Baim kini sedang menjalin cinta dengan pelakon sensasi sinetron, Marshanda.

Marshanda yang kini berstatus janda selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani sejak November lalu, dikatakan sedang mendekati bekas kekasihnya itu.

Perkara tersebut dikuatkan lagi dengan laporan mengatakan mereka bakal disatukan semula dalam sinetron terbaru.

Mereka juga dikatakan telah kembali berhubung melalui Whatsapp dan merapatkan semula hubungan selepas masing-masing berpisah ketika Marshanda membuat keputusan mengahwini bekas suaminya.

Bagaimanapun perkara tersebut telah dinafikan Marshanda yang menjelaskan dia kembali rapat dengan Baim kerana mahu bersikap profesional , tambahan lagi mereka bakal berlakon bersama dalam sinetron terbaru tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, jika dia dan Baim kelihatan intim kini, itu hanyalah kerana mahu mencari ‘chemistry’ sebelum berlakon bersama.

Bagaimanpun, status sebenar hubungan Baim dan Elfira hanya mereka yang boleh memberikan jawapannya.

Taufik Batisah dah bergelar suami (gambar dan video)

Sabtu, 4 April 2015


Tahniah penyanyi, Taufik Batisah yang kini sudah bergelar suami kepada pasangan pilihan hatinya NurSheehanah Akbal.

Siti Elizad akhirnya bakal berkahwin pada...

Jumaat, 3 April 2015

Dua kali pernikahan ditunda, memetik portal Bharian, Siti Elizad akhirnya akan memutuskan bakal bergelar isteri kepada Shamsul Baharin (duda anak 2) pada 11 April ini.

Majlis berkenaan katanya akan diadakan secara sederhana dan berlangsung di Masjid Wilayah.
"Sebab asyik tertunda, saya sendiri tak berani nak bagi tarikh tepat majlis nikah. Tapi Alhamdulillah kami sepakat memilih 11 April ini. Harap dipermudahkan apa yang dirancang. Insya-Allah.

"Cuma seperti saya katakan sebelum ini atas permintaan keluarga terutama bapa yang mahu acara nikah hanya untuk keluarga dan saudara mara sahaja. Untuk resepsi pastinya teman media akan diundang meraikan perkahwinan kami,"

"Saya tak rasa perkahwinan ini membebankan. Kahwin itu jatuh hukum wajib kepada sesiapa yang mampu. Rezeki Allah itu luas dan saya tak perlu takut serta percaya dengan janji-Nya. Lagipun ramai saja artis yang ada nama dan sudah pun berkahwin .

"Siapa tahu selepas kahwin nanti, Tuhan akan beri lebih daripada apa yang tidak terjangka. Saya rasa dirahmati... bersyukur. Saya impikan perkahwinan ini nanti akan sampai ke jannah. Doakan kami ya!," katanya.

Wajah terkini Zamani, makin 'bulat'


Inilah wajah terbaru Zamani yang semakin berisi dan 'bulat'. tubuh badan Zamani menjadi perhatian beberapa bulan yang lalu apabila terbabit dengan isu penyalahguanaan dadah dan direman polis.

Kini wajah dan fizikalnya semakin berubah. -gambar MyNewsHub.

Ajak Shiro romantik juga orangnya.. cuba lihat.. (6 gambar)


Ingatkan pelawak ni tak romantik, tapi mereka jugalah orang-orang yang sering berkarya untuk jadi orang yang disayangi. Ajak Shiro telah meluahkan kata-kata manis kepada isterinya baru-baru ini bersempena hari jadi isterinya itu.

Sekitar majlis pernikahan Sarimah Ibrahim (8 gambar)


Tahniah Sarimah Ibrahim yang kini bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, tenghari semalam.

Sarimah menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.

Sarimah bertunang dengan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dikenali Tunku Jamie pada 27 September tahun lalu.

Tunku Jamie pula sudah berstatus duda tanpa anak ketika bertemu Sarimah. -Bharian

Anak sulung arwah Hani Mohsin terkini (19 gambar)

Khamis, 2 April 2015


Teringat pula seorang pelakon yang cukup berbakat ini, iaitu arwah Hani Mohsin. Dulu-dulu zaman filem Jimi Asmara tengah top memang suka sangat tengok. Piao memang minat dengan arwah Hani Mohsin kira hero melaya jugakan saing-saing Rosyam Nor.

Semasa berita kematian arwah ditayangkan, satu-satu anak perempuannya menagis setelah diberitahu ayahnya telah meninggal. Masa tu tengok memang comel sangat Hani Karmila nama yang cantik macam orangnya juga. 

Tapi sekarang Hani Karmila telah dewasa. Cantik dan mempunyai iras-iras ayahnya iaitu arwah Hani Mohsin. Jum tengok gambar di bawah..

Fouziah Gous, Suami ke Tokyo, Jepun (37 gambar)


Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran yang kini sudah bergelar suami isteri 2 tahun telah pergi ke Tokyo, Jepun untuk bercuti sekaligus menyambut hari jadi suaminya itu yang ke-32.

Mari lihat gelagat kemesraan mereka ketika berada di sana sejak 21 Mac lalu sehingga 1 April.

'Hantu Kak Limah' terlibat kemalangan jalan raya, keadaanya..

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang membintangi watak Hantu Kak Limah untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memetik portal Bharian, pelakon berkenaan, Delimawati terlibat kemalangan jalan raya semalam petang dekat Rembau, Negeri Sembilan.

Delima difahamkan dengan dua adiknya dalam perjalanan untuk pulang dari Mersing (Johor) ke Puchong (Selangor). Kereta yang dipandu oleh adiknya itu terbabas akibat jalan licin berikutan hujan lebat yang melanda sehingga melanggar lori.
"Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan.

"Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,"

"Saya dan adik baru sahaja menghantar anak buah yang melanjutkan pengajian di MRSM, Mersing," -Delima

Neelofa, ahli keluarga tunai umrah (9 gambar)


Baru-baru ini Neelofa dan juga ahli keluarganya telah menunaikan ibadah fardu umrah di Kota Makkah dan ziarah ke Madinah. Sangat indah kenangan seperti ini, apabila Neelofa sudah pun berhijab.

Umi Nazeera terkini (7 gambar)

Rabu, 1 April 2015

Umi Nazeera dah 2 tahun menyepi. Setelah bertudung tahun lepas, kini kehidupannya sangat berseri-seri. :)

Fynn Jamal tak reti menyanyi?

Dengarnya kini menjadi isu perbualan apabila Damian VE (salah seorang kumpulan VE) meminta agar Fynn Jamal berhenti daripada menyanyi dimana kenyataan Damian itu dikongsikan melalui laman sosial Twitter tanpa sebarang bentuk komen berbaur emosi dan kecaman.

Pada 28 Mac yang lalu, Damian telah menyatakan pendapat jujurnya mengenai Fynn Jamal dan memberi nasihat agar penyanyi itu agar berhenti menyanyi.
“Saya mungkin tak bersependapat, tapi saya tetap support usaha kalian. Support bukan mengampu je memanjang. Support kena jujur demi kemajuan,” -Damaian

Usia kandungan terkini Liza Hanim (3 gambar)

Liza Hanim kena terus berehat lagi dari nyanyian untuk tumpu kandungan yang dah masuk tiga bulan.

Liza mengandung anak keempat dan dijangka bersalin September ini.
“Kena rehat lagilah sebab ada ni,” kata Liza sambil menunjukkan perut yang dah nampak membesar walaupun dia kelihatan kurus.
Liza ditemui semasa hadir bersama suaminya, Shah Indigo menonton Konsert PGL di Istana Budaya malam tadi.

Liza kini sibuk menguruskan perniagaan berasaskan periklanan, Liza Hanim Media.

Adira AF sudah bertunang pada... (6 gambar bertunang)

Wah Adira AF sebenarnya sudah bertunang. Majlis pertunangnya dengan Shahrul Nasrun berlangsung pada 22 Disember tahun yang lalu dan akan merancang berkahwin pada bulan September 2015 nanti. Tahniah diucapkan.
"Majlis pertunangan saya diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh kedua- dua belah ahli keluarga, Alhamdulilah majlis tersebut berjalan dengan lancar.

"Pertunangan ini diibaratkan sebagai tanda perhubungan kami, pernikahan kelak adalah pengukuh hubungan kami sebagai suami isteri," ujar Adira

Hanez Suraya dengan anak-anak Romie (4 gambar)


Belum sebulan berkahwin dengan Romie Razin, keihatan Hanez Suraya kini mesra dengan dua anak Romie iaitu Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3. Mengakui perkara itu, ibu tiri ini harus menerima dab belajar mereka sebagai anak yang kandungnya sendiri.