Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bakal Suami Lana Nordin? (gambar)

Isnin, 23 Mac 2015

Betul ke ini kekasih Lana Nordin. Dengarnya ini cinta baharunya adalah bakal suaminya yang akan diumumkan pada 25 Mac ini untuk sidang perkahwinannya yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Dengarnya juga jejaka ini berasal daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat dan kini menetap di Singapura.

Berikut bukti gambar David McKienzie, atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012, mungkin bakal suami Lana Nordin. Adakah McKienzie? tunggu..~

Zara Zya lesbian?

Dengarnya pelakon, Zara Zya yang terkenal melalui drama Love You Mr Arrogant kini digosipkan dimana dia kini mengadakan hubungan sejenis aka lesbian

Gosip ini timbul apabila Zara dikatakan enggan bergaul dengan lelaki. Memetik sisipan akhbar tempatan, Zara hanya mampu gelak besar.

Zara akui ianya isu lapuk, baginya dia hanya wanita biasa yang masih mempunyai keinginan mencintai kaum lelaki dan waras untuk dijadikan kekasih.

Buat masa ini Zara mengakui dirinya masih lagi belum mempunyai buah hati. Dan berserah kepada Allah untuk mempercayai jodohnya pasti ada kelak.

Punca Black enggan dedahkan wajah anaknya lagi..

Black memberitahu yang dia enggan memdedahkan wajah penuh anakknya terlalu kerap, Khaleef Dayaan bagi memastikan anaknya itu membesar secara sihat dan normal.

Ini diberitahu Black melalui sisipan Bharian dibuat atas bimbang anaknya menjadi tempias kerjayanya kelak.
"Saya tidak mahu terlalu mendedahkan anak saya di sosial media dan sebagainya kerana ingin dia membesar seperti lelaki normal saja.

"Seperti sekarang pun saya tidak mendedahkan gambar penuh wajah anak saya. Benar saya dan isteri berjanji untuk memuat naik gambar anak selepas 44 hari maka kami pun menunaikan janji kami," -Black

Sekitar pertunangan Hanis Zalikha (6 gambar)

Tahniah buat Hanis Zalikha yang kini tunang kepada Hairul Azreen yang diadakan semalam. Mereka memilih untuk berkahwin pada 5 Jun nanti.

Luahan hati Wan Sakinah..

Ahad, 22 Mac 2015

Ini adalah luahan isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang di muatnaik di laman sosial miliknya. Dengan membaca luahannya ini mungkin ditujukan untuk memberikan persepsi maksud sebenar poligami yang dialaminya kini.

Apa-apa pun fikir positif terhadap luahan Sakinah ini..

Status hubungan sekarang Alyah, Ramli MS...

Mungkin sudah ramai yang membuat andaian yang Alyah dengan Datuk Ramli MS kini sudah berpisah setelah dua tahun berkahwin akibat satu konflik yang melanda mereka baru-baru ini. Namun ianya satu andaian yang sangat meleset sekali. Alyah mengakui yang dia masih lagi isteri kepada Datuk Ramli Ms dan ini dinyatakan di dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Sebab kenapa Chef Wan tangguh buka restoran 1 Market by Chef Wan

Sabtu, 21 Mac 2015

Datuk Chef Wan terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuka restoran '1 Market by Chef Wan' di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya kerana keadaan ekonomi negara kurang baik.

Chef Wan berkata, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan.

Kekasih Ramona Zamzam berasal dari Palestin (gambar kekasih)

Jumaat, 20 Mac 2015


Romana Zamzam baru-baru ini memperkenalkan kekasihnya. Nama kekasihnya itu adalah Rami yang berketurunan Arab Palestin.

Mereka berkenalan di dalam kolej sebagai rakan sekolej.

Nabil Ahmad timang anak ke-2 (2 gambar)


Tahniah Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub yang menimang anak ke-2 nya semalam jam 1 tengahari di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara memetik portal Bharian.

Anak ke-2 nya itu berjantina perempuan dengan berat 3.2kg dilahirkan secara pembedahan. Jaclyn Victor dan suami adalah selebriti yang awal melawat anak Nabil.

Sesi fotostudio anak Diana Amir versi Arab (10 gambar)


Sesi fotostudio anak Radhi OAG (8 gambar)

Radhi dan isterinya, Nur Shahira Ayu telah menyambut kelahiran bayi sulung mereka. Nur Aishah pada 30 Januari lalu. Dan baru-baru ini mereka menjalankan sesi gambar studio anak mereka. Jom layan.-gambar Camora Arts

33 gambar anak Fasha Sandha

Khamis, 19 Mac 2015

Dah nak masuk usia 5 bulan dah anak ke-2 Fasha Sandha, Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima. Selain Putera Rayfal yang nak berumur 3 tahun pada bulan Mac ini.-Instagram fashasandha

Zul Ariffin, Gayatri bercuti ke pulau Bali (6 gambar)

Tak dipastikan samaada Zul Ariffn dan kekaishnya, Gayatri Su Lin bercuti di Pulau Bali adalah berdua atau dengan kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Yang penting kita berfikiran positif sahajalah kan.

Untuk informasi lain, Zul juga belum lagi mahu berniat untuk berkahwin pada tahun ini, ini berikutan kesibukan kerjanya yang amat padat.

Romie kuat cemburu jika Hanez Suraya...

Suami mana tak cemburu jika si isteri berlakon dengan lelaki yang bukan muhrim dia kan. Itulah suami Hanez Suraya, Romie Razin yang mengakui yang dia seorang yang kuat cemburu.

Namun nasihat Romie agar Hanez kena pandai jaga hati suaminya itu.

Bila Rozita Che Wan bertudung, jualan tudung makin laris!

Dengar khabar setelah Rozita Che Wan memakai tudung, perniagaan tudungnya sangat laris dan menerima beberapa tempahan daripada orang ramai. Tudung Zeyta En Raudah yang juga dimiliki bersama oleh adik beliau, Ayu Raudhah sejak 2012 menjadi rebutan dan hangat di pasaran buat masa ini.

Memetik portal ManggaOnline, mereka berdua ditemui selepas acara ‘Sepetang Di Maghribi – Anugerah Hijabi Mestika’, majlis minum petang sempena pencarian cover girl majalah Hijab Fesyen.

Kereta Ferrari Zizan Razak remuk?

gambar palsu yang digembar gemburkan kereta milik Zizan Razak

Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Vince AF kini bergelar ayah (5 gambar)

Rabu, 18 Mac 2015

Tahniah ditas perkhabaran kelahiran anak sulung untuk Vince Chong, juara Akademi Fantasia musim pertama. Isteri beliau, Fiona selamar melahirkan anak perempuan bernama Eva Heidi Chong beberapa hari lalu dan kini sudah kembali ke kediaman mereka.

Zulin Aziz kini bertudung (gambar)

Alhamdulillah, seorang lagi selebriti tempatan kini bertudung. Farah Azleenda atau nama popularnya, Zulin Aziz kini telah bertudung. Bagi Zulin ianya bukan paksaan dan trend untuk bertudung namun untuk mematuhi tuntutan agama yang telah diperintahkan Allah SWT.

Malahan Zulin juga tidak bimbang sekiranya rezekinya selepas dia bertudung berkurang atau sebaliknya.

"Saya rasa mengapa melengahkan perkara baik dan kenapa meletakkan tudung sebagai halangan dalam bekerja. Saya turut meminta pandangan ustaz berhubung hal ini dan beliau menasihatkan saya untuk meneruskan niat itu.

"Tudung itu bukan sekadar fesyen kerana ia adalah perkara wajib. Namun saya akui masih baru bertudung dan bukanlah berubah secara drastik serta menjaga tingkah laku bersesuaian dengan imej bertudung ini," -Zulin petikan portal Bharian

Sesi fotografi anak Diana Amir (7 gambar)


Akhirnya Diana Amir sudah bersedia untuk memberikan tatapan wajah anak sulungnya kepada orang ramai. Anak sulungnya bernama Khaulah Al Azwar bermaksud bidadari besi

Sesi fotografi dijalankan di kediaman Diana dekat Setia Perdana dengan tema ‘Newborn, Kids & Family Potrait. -gambar Instagram Camora Arts

Rohana Jalil komen isu Wak Doyok komen lucah IG Kilafairy

Hangat masih diperkatakan apabila Wak Doyok memberikan komen berbaur lucah kepada gambar yang dimuatnaik oleh Kilafairy telah mendapat perhatian ibu Kila sendiri, Rohana Jalil.

Memetik poral mStar, Rohana membidas tindakan Wak Doyok itu kerana bimbang boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap orang ramai.
"Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

"Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini,"

"Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

"Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim," -Rohan
a

Emma Maembong, Kamal Adli kini rapat? bercinta? (17 gambar)

Selasa, 17 Mac 2015

Dengarnya memetik portal Utusan, Emma Maembong dengan kamal Adli kini kian rapat. Namun ada juga kedenagaran yang mereka kini hangat bercinta.

Mengikut sumber yang rapat dengan Emma, memang benar wanita tersebut selesa berkawan dengan Kamal. Walaupun dia tak mengesahkan pasangan itu bercinta tetapi mengakui kedua-duanya selesa berkawan rapat.

Menariknya, semua ini berlaku dengan pantas apabila Emma sudah tawar hati dengan Zizan. Apabila mereka sah putus cinta beberapa bulan lalu, Kamal menjadi tempat Emma meluahkan perasaanya.

Erin Malek sedih...

Erin Malek yang kini difahamkan hamil anak sulung kembar cukup gembira dengan keadaannya sekarang, namun dia juga rasa sedih apabila gambar scan ultrasound anaknya itu tersebar di internet.

Erin bukan tidak mahu menghebahkan kepada semuanya mengenai gambar itu, namun ianya masih lagi dalam peringkat awal kelahiran.