Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca Dayang Nurfaizah belum ada kekasih diusia 33 tahun..

Jumaat, 6 Mac 2015


Dayang Nurfaizah Belum Ada Kekasih
Dayang Nurfaizah mengakui hatinya masih lagi tidak berjaya ditawan mana-mana lelaki yang boleh digelar teman istimewa walaupun sudah nak berumur 33 tahun, memetik dari laporan Mynewshub.

Namun pada masa sama, Dayang yang mempunyai karektor manja tidak menolak kaitan dirinya yang tiada teman istimewa dengan sikapnya yang lebih senang ‘memerap’ di rumah pada waktu lapang.
“Dayang serahkan pada Tuhan. Kalau esok lusa datang jodoh, Dayang terima.

“Ini tidak bermakna Dayang tutup diri Dayang sebaliknya sentiasa menunggu,”

“Kalau nak kata Dayang memerap di rumah, itu ya. Dayang memang jarang keluar. Inilah masalah.. Dayang kena keluar selalu lepas ini,” -Dayang Nurfaizah
kita doakan agar Dayang bertemu dengan jodohnya kelak. Amin.

Rozita Che Wan kini bertudung

Wah dengar khabar yang Rozita Che Wan kini dah berhijab. Hasil daripada keberkatan pergi menunaikan Umrah baru-baru ini bersama suaminya, Zain Saidin.

Zain juga mengakui dan mengesahkan hal itu dalam laman sosial Instagram miliknya semalam. Alhamdulillah kalau seperti ini.


Fad Bocey pilih tarikh 14 Mac untuk jadi suami!

Tahniah kepada Fad kumpulan pelawak Bocey yang bakal bergelar suami kepada pilihannya Nur Syahirah A.Rahman dengan memilih tarikh 14 Mac ini. Mereka akan bernikah di Jitra, Kedah manakala resepsi mereka akan diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 23 Mei depan..
"Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

"Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya," -Fad petikan portal mStar

Zaman muda mudi Ogy Ahmad Daud (15 gambar)

Khamis, 5 Mac 2015

Tak sangka periang wajah Ogy Ahmad Daud ketika usia mudanya ni kan. bernostalgia betul bila lihat gambar-gambar lama ni kan. Jom layan. -gambar Forum Cari

Kaka Azraff dianggap sebagai lembu!

Kasihan Kaka Azraff yang dilabelkan pengikutnya sebagai seekor lembu disebabkan dia memakai cincin di hidung untuk satu sesi fotografi berkonsepkan Bollywood.

Buat Kaka yang memetik portal mStar, mengakui tidak kecil hati kerana pengikut itu tidak tahu apa-apa.

Flexia Yeap akui dirinya masih single!

Model yang menjadi perhatian, Felixia Yeap yang baru-baru ini memuatnaik post mengenai status dirinya di Facebook telah menimbulkan ramai reaksi.

Flexia mengakui yang dirinya kini belum berpunya lagi. Dan persoalan itu terjawab apabila ramai yang mahu tahu apakah status dia buat masa ini.

Gosip ada hubungan dengan Zizan, ini hubungan Putri Yasmin..

Rabu, 4 Mac 2015

Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Yasmin berkata, dia tidak mempunyai sebarang penjelasan terhadap perkara itu kerana telah memberikan kenyataan sebelum ini.

Shila Amzah kena banned di China? (15 gambar)

Shila Amzah kena banned kat China? gosip ini timbul apabila sebuah forum Weibo, portal Baidu mengatakan dan membincang yang Shila dah tak boleh nak masuk dalam rancangan tv kat China, tak dipastikan saluran mana.

Isu ini timbul dimana cakap-cakap warga sana yang tak senang melihat penampilan Shila yang bertudung yang terlalu asing buat mereka.

Ini ditambah pula dengan kemunculan Shila di Malaysia Hari Ini baru-baru ini, dimana menyakinkan lagi gosip ini dimana Shila sudah pulang ke Malaysia.

Namun tidak tahu kesahihan berita ini kalau empunya badan belum lagi memberikan komen mengenai hal demikian, harap-harap ianya tak betul. -sumber asal Forum Cari

Mamat Khalid tidak berpuas hati dengan sikap Zizan Razak?

Dengarnya Mamat Khalid tidak berpuas hati dengan Zizan Razak dimana pelawak itu gagal untuk hadir ke majlis tayangan filem "Warewolf Dari Bangladesh" pada 26 Februari lalu menurut portal AstroGempak.

Bagi Zizan dia bukan tidak datang suka-suka namun mempunyai sebab-sebab yang tertentu yang gagal juga untuk di elakkan.
“Saya ingin membuat permohonan maaf sekali lagi kepada Mamat Khalid kerana tidak dapat hadir ke majlis tayangan tersebut.

“Sebenarnya saya sendiri sudah jumpa dan meminta maaf dengan Mamat Khalid berkenaan dengan perkara tersebut.

“Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan saya bukan sengaja untuk berbuat demikian kerana itu adalah tempat saya mencari rezeki.

“Lebih-lebih lagi apabila ia berkenaan dengan promosi filem lakonan saya… Usaha dan kerja keras saya selama ini takkan saya nak sia-siakan.

"Apa punca saya tidak hadir ke majlis itu biarlah hanya saya dan dia sahaja yang tahu,” -Zizan
Banyak betul dugaan Zizan bila dah jadi sukses ni, harap Zizan boleh tabah menghadapinya.

Kereta Ferrari F430 milik Azlan The Typewriter (3 gambar)

Dalam tak disangka, Azlan (The Typewriter) kini memiliki kereta berharga setengah juta Ringgit. Azlan difahamkan memiliki Ferrari model F430. Namun buat Azlan dia enggan menghebahkan lebih lanjut mengenai hal kereta ini kepada sesiapa.
“Ini personal… bahayanya soalan ini,” ujar Azlan.
Amboi, macam nak cuba melarikan diri saja. Ala… kalau betul itu adalah kereta Azlan apa salahnya, ye dak?

Nama anak Fizz, Almy adalah...

Selasa, 3 Mac 2015

Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah bersepakat memberikan nama anak sulung mereka yang lahir pada 16 Februari lalu dengan nama Nur Afrina Ariana (cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan).

Namun wajah anak mereka belum lagi diberi nampak kepada umum kerana mereka akan berbuat demikian setelah anak mereka berusia 40 hari keatas.

10 gambar umrah Zain Saidin, Rozita Che Wan

Inilah hadiah paling istimewa yang diberikan Rozita Che Wan untuk suami tercintanya, Zain Saidin apabila mereka bersama-sama pergi menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Mereka bakal dijadualkan akan pulang ke Tanah Air pada 5 Mac ini.

Kepermegian mereka tidak disertai anak sulung mereka, Aaisyah Dhia Rana.

Wajah neutral Fara Fauzana akui sudah ada kekasih!

Dengar cerita yang pengacara sensasi Fara Fauzana sudah mempunyai kekasih hati. Kalau korang perasan, Fara membuat kenyataan demikian di rancangan Melodi hujung minggu lalu.
"Doalah yang baik-baik untuk saya kerana jodoh semua ini adalah di tangan Allah, walaupun saya ini jenis terbuka untuk berkongsi kisah hidup saya di laman sosial, tetapi untuk soal hati dan perasaan bagilah saya ruang untuk privacy,"

"Hubungan saya ini dikatakan masih baru, kalau dah tiba masanya jangan risau saya akan umumkan, saya perlu hormat kedua-dua belah keluarga agar hubungan ini ada manisnya," -Fara petikan portal Murai

Luahan hati Zamarul Hisham setelah bercerai, masih sayangkan Diana


Zamarul Hisham dan Diana Rafar Cerai
Kemelut rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafah yang bergolak telah terjawab, apabila mereka sah bercerai pada 15 Januari lalu. Zamarul tampil dengan kenyataan pertamanya sejak berlakunya perceraian ini di sisipan akhbar Bharian semalam.
“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.

“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,”

“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.

Siapa kanak-kanak mirip Aaron Aziz ni?

Wajah Budak Kembar Aaron Aziz
Dengar kata kanak-kanak ini menjadi viral di laman sosial akibat daripada wajahnya yang mirip pelakon Aaron Aziz. Namun begitulah kehendak sang Maha Pencipta, pasti akan ada mirip kita di mana-mana yang kita sendiri tidak tahu.

Tidak diketahui maklumat lanjut mengenai kanak-kanak ini.

Juliana Evans, Sonaone ada apa-apa ke? (5 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015


Dengarnya memetik portal forum Cari yang pelakon, Juliana Evans kini sedang mesra menjalinkan hubungan dengan Sonaone. Tak tahu pula hubungan macamana, kalau lihat hint-hint di Instagram ni, rasanya mereka sangat rapat. Kalau bercinta, baguslah, masing-masing kan single juga.

Fesyen sotong Neelofa jadi isu!


Dress 'Sotong' Neelofa Cetus Kontroversi
LUMRAH alam… apabila rumah siap pahat masih berbunyi. Itulah yang berlaku pasca Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) yang berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Putra Bukit Jalil. Seperti dijangka Neelofa menjadi tumpuan mata pemerhati dunia hiburan yang menunggu penampilannya sebagai pengacara di majlis itu dengan mengenakan kostum ‘power ranger merah jambu‘ yang melekap ketat di susuk tubuhnya.

Hanis Zalikha kini bertudung? (3 gambar)

Dengar cerita yang pelakon Hanis Zalikha yang juga kekasih kepada Hairul Azreen kini sudah bertudung. Beberapa keping gambar dia bertudung kini tersebar di laman sosial Instagram milik kekasihnya itu baru-baru ini. Kalau benar, Alhamdulillah. Mungkin ini nasihat Hairul yang terbaik untuk bakal isterinya itu.

Lara Alana dibawa ke Istanbul, Scha sedih (16 gambar)

Sebelum ini Scha al Yahya telah pergi ke Istanbul, Turki untuk sesi shoot photo. Namun kepermegiannya tidak ditemani suami, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana.

Namun, Awal telah membuat satu perancangan dimana, dia dan Lara membuat kejutan untuk Scha yang berjauhan daripada mereka dimana, Awal dan anak kesayangan mereka itu telah 'menerjah' Scha yang merindui mereka berdua.

Scha juga difahamkan menitiskan air matanya ketika kehadiran mereka berdua.

Shamsul Yusof, Puteri Sarah bercuti di Australia (7 gambar)

Baru-baru ini Shamsul Yusof dan isternya, Puteri Sarah telah pergi bercuti di Australia. Dan ini merupakan ulangtahun pertama perkahwinan mereka sebagai suami isteri.

Sangat bahagia pasangan ini, kita doakan agar mereka dikurniakan zuriat kelak. Amin.

Tomok selamat timang anak ke-2 (2 gambar bayi)

Ahad, 1 Mac 2015

Tahniah buat Tomok dimana isterinya, Siti Rahayu telah selamat melahirkan anak ke-2 mereka pada 28 Februari yang lalu. Nama anaknya yang diberikan nama Andrashah Iman itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.33 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Khabar berita ini disampaikan langsung dari Tomok melalui laman sosial Instagram miliknya.

Sekitar pertunangan Hafiz Suip (80 gambar)


Bekas peserta realiti program nyanyian Akademi Fantasia, Hafiz Suip selamant mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, semalam di Kuching, Sarawak. Mereka melangsungkan pertunangannya di Hotel Pullman selepas waktu solat Isyak.

Pada majlis pertunangan tersebut, Hafiz menyerahkan 6 dulang hantaran yang kemudiannya dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama setahun namun tidak menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka kelak. -gambar Project Two-Pi