Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video sangat romantik dari Yana Samsudin, Fadzil

Isnin, 16 Februari 2015

Inilah video hasil pengantin baru Yana Samsudin & Fadzil Zahari yang dikatakan cukup menyentuh hati dan perasaan.

Paling mengharukan bila sampai part Fadzil pesan pada Yana supaya menjadi isteri yang mendengar kata. Yana pula berharap dia mati dulu sebelum Fadzil kerana tak sanggup kehilangan orang yang disayangi.

Bayi comel anak kepada Ana Raffali (gambar)

Gambar Bayi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah

Hari Khamis yang lalu, Ana Raffali selamat melahirkan anak lelaki sulung dia dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah yang mendirikan rumahtangga pada Februari 2012 yang lalu.

Ana memberitahu berita baik itu di laman sosial Instagramnya semalam. Tambah Ana, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal.

Rita Rudaini sedih anaknya diganggu?

Berita Rita Rudaini Mengamuk Bila Tahu Aidil Dapat Baby Baru
Dengarnya Rita Rudaini mengamuk apabila mendapat tahu yang Aidil Zafuan bergelar ayah, dimana isterinya Zarema telah melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup comel.

Melihat status Rita di laman sosialnya, sepertinya Rita agak tidak berpuas hati dimana keluarga bekas suaminya itu, dikatakan menyibuk dan menganggu emosi anak-anaknya.

Punca Sarimah Ibrahim cerai dengan Adrew

gambar nourarahmat fg

Rasanya ramai yang dah tahu Sarimah Ibrahim yang pernah berkahwin dengan jejaka kelahiran Australia, Andrew John Browning telah sah bercerai.

Mereka berpisah secara baik dan sah setelah diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah beberapa hari lalu. Sebelum itu, Andrew sudah melafazkan cerai di kediaman mereka sekitar bulan Mei 2009 yang lalu.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009″

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. “Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” -Sarimah petikan Hmetro.
Sarimah bakal mendirikan rumahtangga semula dengan pasanganya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini.

TMJ guna 'haha' untuk kenyataan rasmi

Sabtu, 14 Februari 2015

Apabila TMJ Guna`Haha’ Dalam Kenyataan Rasmi

Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan perkataan `haha’ yang sering digunakan oleh masyarakat sebagai ayat ketawa dalam kenyataan rasmi baginda semalam.

TMJ menggunakan ayat itu sewaktu membuat kenyataan terhadap pihak yang sentiasa memandang negatif terhadap pembangunan bola sepak Johor termasuk yang gembira dengan kekalahan Harimau Selatan dalam aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) baru-baru ini.

Sekitar pernikahan Yana Samsudin, Fadzil Bahri (60 gambar)


Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari sebentar tadi di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Pernikahan ini disempurnakan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalaris B Abd Hamid. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan wartawan sahaja.

Manakala majlis persandingan pasangan ini akan diadakan secara besar-besaran pada esok di Dataran Gemilang Yong Peng.-info MediaHiburan | gambar Facebook Fadzil Zahari

Punca sebenar Saiful Apek enggan sertai MLM

Jumaat, 13 Februari 2015

Punca sebenar mengapa pelawak lagenda, Saiful Apek enggan menyertai MaharajaLawak Mega musim hadapan yang ditawarkan kepadanya walaupun program berkenaan memberikan hadiah cukup lumayan dalam sebuah pertandingan program realiti.
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu,"
Saiful juga mengulas perbezaan pelawak sekarang dan dahulu ketika zaman-zaman Senario.
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," -Saiful Apek petikan portal mStar

Adik perempuan kembar Scha al Yahya (gambar)


Gambar Adik Perempuan Kembar Scha Al-Yahya
Scha Al-Yahya sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan kembar yang hampir sama dengan raut wajahnya tetapi berbeza ketinggian dan cara senyuman diantara mereka berdua.

Apapun, mari kita lihat gambar adik perempuan kembar Scha Al-Yahya yang dipaparkan di bawah ini, seiras atau tidak.

Punca sebenar Syaiful Melati tunda perkahwinan!

Difahamkan salah seorang ahli kumpulan pelawak Zero, Syaiful akan menangguhkan proses untuk berumahtangga aka kahwin dengan pasangannya.

Keputusan Syaiful atau panggilan Melati itu dibuat adalah dasar kerjaya atau kemungkinan mendapat pelbagai tawaran.

Namun ramai yang terkilan, kerana hasrat Syaiful itu seharusnya dibuat terlebih dahulu, kerana itu adalah niat pertama mereka dan tidak menjadi kesalahan jika sudah berkahwin dan kekal sebagai seorang pelawak.
Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu. -Syaiful

Apa yang tak kena dengan gambar Hisyam Hamid, isteri ni?

Jika selalu kita melihat ramai selebriti di kalangan golongan wanita bertudung, namun kali ini isteri kepada pelakon Hisyam Hamid yang juga pelakon drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah dikhabarkan telah berhijab.

Isteri beliau, Mel mengakui yang dia mengenakan hijab baru-baru ini dimana terjadi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

“Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah”

“Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya,” Mel petikan MediaHiburan

Sekitar resepsi Leez Rosli, Aepul (13 gambar)

Mari layan gambar resepsi pelakon, Leez Rosli dan Aepul (Drama Band) yang berlangsung beberapa hari lalu. Mereka sebenarnya sudah bergelar suami isteri pada bulan Disember 2014 lagi.

Pra-wedding Hanis Zalikha, Hairul Azreen part ll (6 gambar & video)

Rabu, 11 Februari 2015

Laman video, Youtube telah memaparkan video dengan nama Celebrate TV yang menunjukkan suasana di sekitar kota romantis Paris bersama Hanis Zalikha dan Hairul Azreen untuk slot video pra-wedding mereka.

Jangan terkejut tengok, sebab video ini berdurasi hanya 5 saat sahaja.. :)

Keputusan saman bekas pengurus terhadap Zizan Razak ialah...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam mengetepikan saman bekas pembantu peribadi pelawak dan pelakon Zizan Razak terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Hakim Datuk John Louis O’Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, yang merupakan defendan kedua.

Dalam saman berkenaan, Marina Juki (plaintif) mendakwa beliau mengalami keaiban tetapi tidak menunjukkan bagaimana beliau mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

Beliau berkata plaintif juga gagal mendapat kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defenden ketiga seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat.

Hakim itu memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 kepada Maybank Islamic Berhad.

Pada 30 Sept tahun lepas, Marina, 31, menyaman Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 31, dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd kerana peranan mereka dalam membekukan akaun syarikat itu.

Wanita itu mendakwa beliau mengalami kerugian besar dari segi wang kerana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing memandangkan pembekuan akaun syarikat itu membayangkan ia menghadapi masalah.

Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina, manakala Zizan dan Wire Fame masing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew. – BERNAMA

Sekitar foto pra perkahwinan Sharifah Sakinah, Aliff (9 gambar)

Sakinah dan bakal suaminya, Aliff Adha telah membuat satu sesi photo studio untuk pra perkahwinan mereka yang bertemakan casual dimana tempat lorong menjadi lokasi pilihan mereka.

Mengikut sumber mereka akan bernikah di Hotel Shangrila, Putrajaya pada 28 Mac depan. Dengan majlis resepsi mereka pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Majlis berinai bertemakan konsep Bali terlebih dulu akan diadakan seminggu sebelum majlis nikah iaitu pada tanggal 21 Mac di Sungai Long, Kajang, Selangor.

Gambar bakal suami Yana Samsudin

Yana Samsudin yang bakal bergelar isteri pada hari Jummat ini kepada Fadzil Zahari sudah memberitahu persiapan perkahwinan mereka kini dah hampir sepenuhnya siap.

Majlis diadakan selepas solat fardu Jumaat di kediaman Yana dekat Yong Peng, Johor. Bersanding pula pada kesokkan harinya di Dataran Gemilang Yong Peng.

Menurut Bharian, cerita mereka mula berkenalan dimana Yana mula mengenali Fadzil pada 2009. Sebelum menghantar rombongan meminang pada 14 Disember lalu, Fadzil dan keluarganya pernah datang merisik pada 16 September 2010.

Ketika itu Fadzil main redah saja datang rumah keluarga Yana. Kebetulan masa itu masih dalam mood berhari raya. Masa itu, keluarganya datang ingin mengetahui status Yana sama ada sudah dimiliki atau masih solo. Bapa Yana katakan kepada mereka dia masih solo.

Ketika itu mereka terus berteman baik. Namun, nak kata istilah bercinta atau pasangan kekasih pun tidak juga. Cukup untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain, tambah Yana.

Johan As'ari bercinta lokasi dengan Puteri Najwa?

Selasa, 10 Februari 2015

Johan As'ari mengakui wujudnya 'cinta lokasi' diantaranya dengan aktres Puteri Najwa ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd iaitu Waris Kasih di slot Azalea di TV3.

Johan bagaimanapun berkata, perasaan itu wujud hanya semata-mata untuk menjiwai watak memandangkan mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri itu.

Kekasih Abby Abadi terbaharu? (4 gambar)


Gambar Pakwe Baru Abby Abadi

Dengar khabar yang Abby Abadi kini tengah rapat dengan seorang jejaka bergelar ustaz. Ustaz ini dikatakan seorang guru mengaji anak-anak Abby.

Abby yang ditemui menafikan yang dia dengan Ustaz itu ada hubungan intim. Namun beberapa keping gambar mereka bersama sepertinya membuktikan mereka sangat rapat.
 -gambar Murai

Gambar Ustaz Kazim Elias yang sempoi


Gambar Sempoi Ustaz Kazim Tersebar
Sebut saja nama penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias, pasti ramai yang terbayang akan ceramahnya yang berbentuk santai dan kerap diselitkan dengan lawak jenaka serta alunan lagu yang merdu.

Baru-baru ini, sekeping gambar yang menunjukkan Dato' Ustaz Kazim dibelakang sebuah van kini menjadi viral dilaman sosial. Gambar berkenaan menunjukkan Ustaz Kazim sedang menikmati nasi bungkus bersendirian.

Walaupun dianggap sebagai orang terkenal, namun Ustaz Kazim dikatakan sangat merendahkan diri dan tak kisah dengan kemewahan dunia.

Ramai pelayar maya menyifatkan Ustaz Kazim sebagai antara penceramah yang amat low profile dan sifatnya yang sukakan kesederhanaan.

Itulah kelebihan DUKE (Dato' Ustaz Kazim Elias), tidak perlukan kereta mewah mahupun motor besar.

Gambar baby bump Lisa Surihani, sangat comel!


Gambar Baby Bump Lisa Surihani

Setelah lama tanpa kesahihan dari empunya badan, Lisa Surihani kini sepertinya memberikan beberapa hint untuk menunjukkan perutnya yang baby bump. Dah lama peminat menantikan saat-saat gembira ini, dan memberikan persespsi positif terhadap perkembangan rumahtangga Lisa dan Yusry.

Gambar baby bump dibawah ini dimuatnaik oleh pelakon, Sharifah Amani pada petang semalam menerusi laman Instagramnya.

Sekitar majlis harijadi anak Memey, Norman (24 gambar)


Majlis Majlis Hari Jadi anak memey iaitu Mohamed Darwisz Hakim (Awish) yang berlangsung di Taman Layang Layang Kepong bertemakan 'racer'.
"Alhamdulillah selesai majlis #awishzturns2 .. Memang tak menang tangan melayan semua yg hadir.. Tq byk2..ampun maaf klu ada yg terkurang ye..️️ Nasib baik kita serahkn pd yg pakar @thephotolicious utk rakam segala kenangan manis hari ni.. Tq," tulis Memey melalui IGnya.

Untuk info, Memey kelihatan cantik dengan pakaian serba putih di majlis tersebut. Paling menarik, Abby Abadi turut hadir memeriahkan suasana bersama 'kekasih' hatinya. Heh.


Elyana yang terkini (10 gambar)

Isnin, 9 Februari 2015

Dengarnya kini Elyana sudah aktif dalam dunia anak seni setelah bertahun-tahun menyepi. Ini juga atas saranan suami beliau yang mahu dia aktif semula. Namun agak pelik jika melihat Elyana kini, sekejap bertudung sekejap 'free hair'. Tak mahu komen isu itu lebih lanjut, mari kita lihat perkembangan Elyana yang terkini dengan gambarnya yang terbaru.

Rumah baru Fizo, Mawar (6 gambar)


Rumah Baru Fizo Omar Dan Mawar
Pasangan suami isteri, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim dikhabarkan telah berkongsi beberapa keping gambar rumah mereka di laman sosial yang kini sedang giat diubahsuai. Namun dengarnya ramai yang teruja dan mendapat banyak perhatian mengenai kehidupan mereka sekarang ini